Subky Abdul Latif

Thursday, July 07, 2005

RAFIDAH LAWAN MAHALEEL, SIAPA KENA KELUAR?

POLITIK Proton dan isu pengeluaran AP sudah muncul sebagai satu skendal negara yang terbesar yang boleh menggegarkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi.

Tiga nama besar menjadi perhatian umum memainkan peranan menggelegakkan isu itu iaitu Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Rafidah Aziz dan CEO Proton Tengku Mahaleel.

Nama Datuk Seri Abdullah duduk di belakang, tetapi dipercayai adalah orang yang gelisah kiranya skendal AP ini meletup terus.

Panasnya skendal ini hingga TEngku Mahaleel cuba dihadapkan dengan tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh diketepikan sebagai peneraju Protonoleh lembaga pengarahnya.

Keributan bermula apabila Tun Dr. Mahathir selaku Penasihat Proton membangkitkan pengeluaran AP motokar luar terutama dari Korea Selatan yang begitu besar tahun lalu hingga ia boleh mengganggu kepentingan Proton.

Rafidah Aziz, menteri yang menentukan dasar pengeluaran AP tidak bersedia mendedahkan pihak yang mendapat durian runtuh itu. Tengku Mahaleel dalam perbuatan dengan satu egensi media komputer Cina menyebut peranan kerajaan tadi tidak menggalakkan kepentingan perniagaan Proton hingga memaksa Rafidah membuat reaksi melenting dan lantang.

Reaksi menteri itu sepertsi garang dan bertenaga. Reaksi keras itu dipercayai mempengaruhi adanya isu mahu mengemukakan cadangan tunjuk sebab kepada Tengku Mahaleel.

Di sinilah datang Dr. Mahathir sekali lagi dengan mendakwa untuk membela kepentingan Proton tetapi yang terbela ialah Tengku Mahaleel. REaksi pertama Rafidah tentang campur tangan Mahathir itu ialah tidak mahu bercakap. Tetapi dia nantinya tidak boleh terus tidak bercakap kerana isu itu sudah meletup.

Dr. Mahatahir tidak dapat mendiamkan diri apabila lambakan AP tahun lalu saja 67 ribu. Hanya 12,600 diberi kepada 82 syarikat, menakala 54,000 diagihkan kepada 20 syarikat.

Dr. Mahathir seolah-oleh mewakili orang ramai mahu penerima AP itu didedahkan.

Perdana Menteri tidak begitu menyertai polemik itu. Sebagai ketua kerajaan, maka yang mesti berperanan ialah menterinya Rafidah Aziz. Tetapi Perdana Menteri adalah penangkung jawaban secara menyheluruh apabila ia dibuktikan sah satu skendal.

Perkembangan setakat ini mulai dilihat oleh orang ramai sebagai satu perang politik antara bekas Perdana Menteri dengan penggantinya iaitu Perdana Menteri. Jika ia menjadi satu perkembangan politik, nescaya ia akan mengalihkan isu besar yang lain seperti kempen memereangi rasuah dan mungkin juga melujpakan orang kepada perbicaraan Tan Sri Eric Chia.

Sedikit sebanyak kempen menentang rasuah yang tidak berapa menjadi itu adalah senjata politik Pak Lah untuk melonjakkan imej bersihnya dan sekaligus boleh meletakkan perkara itu suatu yang tidak dipedulikan oleh pentadbiran sebelumnya.

Mahathir yang berjaya menjadi penasihat Proton bertindak menjaga kepentingan Proton. Kedudukannya itu menjadikan Tengku Mahaleel raja Proton yang bertenaga semula. Banyak pihak termasuk kementerian Rafidah dipercayai mahu Mahaleel tidak di situ lagi.

Perlantikan Mahatahir sebagai penasihat mengukuhkan posisi Tg. Mahaleel dan sokongan Mahathir kepada sungutan Mahaleel terhadap layanan kerajaan kepada Proton menjadikan dia orang kuat yang baru.

Rafidah sekarang sudah tidak terdaya untuk berlawan dengan Tg. Mahleel. Sebarang reaksinya kepada Mahaleel adalah sikapnya kepada Dr. Mahathir. Raafidah tidak boleh melawan Dr. Mahathir kerana dia adalah budak Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir tahu dan kenal budaknya itu.

Mahathir mesti tegas mendesak Rafidah mendedahkan penerima durian runtuh AP itu. BPR mesti diajak ambil tahu tentang anugerah itu tidak kira ada permintaan atau tidak.

Campur tangan Dr. Mahathir boleh dilihat sebagai campur tangan dalam urusan dan politik kerajaan. Sama ada itu niatnya atau ia sekadar tugasnya sebagai seorang rakyat yang tidak gemar kepada ketidak adilan, dia seoleh-olah susah menjadi rakyat biasa jika tidak menegur apa yang perlu ditegur.

Pembabitan Dr. Mahathir itu boleh juga dilihat sebagai sokongan kepada tindakan Pak Lah memerangi rasuah. Jika Dr. Mahathir dapat membuktikan pengeluaran AP yang mengancam Proton itu satu skendal, maka membantu Pak Lah membongkar satu amalan rasuah. Bukankah mudahkan lagi usaha Pak Lah menghadapi rasuah atas bantuan Dr. Mahathir.

Tetapi kalau beliau bersama Rafidah menjadikan Malaysia lambakan AP motokar asing, maka Pak Lah mestilah menjawabnya. Bagaimanapun apa yang dihadapi oleh Rafisah nanti, tidaklah boleh beliau tidak mahu campur seperti dia tidak mahu campur dalam banyak perkembangan.

Sekarang seolah-olah tunjuk sebab dari Tg. Mahaleel tidak begitu dikehendaki lagi. Yang dikehendaki masyarakat ialah Rafidah pula memberi tunjuk sebab. Rafidah mesti memberikan tunjuk sebab mengapa penerima AP tidak boleh diumumkan?

RAfidah mesti diminta tunjuk sebab mengapa AP berlambak-lambak dan mengapa pembahagian AP dibuat demikian kepada 82 syarikat dan mengapa pula 20 syarikat lagi mendapat lebih banyak?

Mahathir adalah orang yang melindungi Rafidah selama 22 tahun. Apakah beliau masih memberi perlindungan kepada Rafidah atau dia lebih wajar melilndungi Tg. Mahaleel?

Mahaleel sudah tidak jadi dikeluarkan dari Proton. Dia cuba dikenakan tunjuk sebab kerana dia mengeluarkan pandangan yang dikongsi oleh Dr. Mahathir. Ia sseperti memberi tunjuk sebab kepada Dr. Mahathir. Sekarang ada kemungkinan Rafidah yang kena keluar kerana Tg. Mahaleel tidak dapat dikeluarkan.

Bagaimana reaksi Pak Lah dalam isu sekarang? Bersama Dr. Mahathir yang menuntut keadilan? Atau bersama Rafidah yang beliau terletak di bawah tanggungjawabnya?

SeTAPAK
07/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home