Subky Abdul Latif

Tuesday, July 19, 2005

UNDANG2 BARU SELATAN THAILAND, KEGAGALAN DIPLOMASI MALAYSIA

SUASANA di Thailand bertambah gawat apabila kerajaannya di Bangkok memberi kuasa terlalu besar kepada Perdana Menteri Thaksin Sinawatra untuk bertindak apa saja terhadap wilayah dan penduduknya di wilayah selatan yang bermajoriti Islam.

Dalam undang-undang itu Perdana Menteri boleh mengadakan undang berkurung, melarang pergerakan orang ramai ke tempat lain, tidak boleh mengadakan perkumpulan dan boleh menahan sesiapa saja yang disyaki sekalipun tanpa bukti dan lain-lain.

Undang-undang dan kuasa besar Perdana Menteri itu ditentang oleh media dan masyarakat Thailand di luar wilayah selatan dan ia sangat dibibangi oleh masyarakat antara bangsa.

Agensi media di Bangkak mengira undang-undang itu akan lebih banyak mengundang ketegangan dan sangat mudah disalah gunakan oleh Perdana Menteri.

Apapun yang berlaku ia menandakan kegagalan pimpinan Thaksin menangani masalah dalaman negaranya, kian lemahnya pengaruh Raja yang s elama ini sangat dihormati semua pihak, dan pimpinan kerajaan Malaysia juga tidak dapat lari dari dipersalahkan atas kegagalan diplomasinya.

Thaksin sudah lama hilang wibawa sejak ia gagal membendung keadaan. Dia gagal melihat faktor jenayah, pedagang dadah dan permanan kotor pimpinan tentera sebagai penyumbang kekacauan dan huruhara. Dia dan kerajaannya melihat dan menghidupkan faktor lama iaitu gerakan pemisahan dan apa yang dikatakan keganasan Islam.

Dia tidak cepat-cepat melihat jarum intelejen Amerika untuk melemahkan perpaduan Islam Asia Tenggara dengan menyemai prasangka curiga yang tinggi terhadap Islam di kalangan pimpinan kerajaan dan masyarakat Thailand. Amerika mahu menghalang perpaduan ASEAN dengan isu Islam supaya wujud di kalangan ASEAN yang Islam dan ASEAN yang tidak Islam.

Thailand dapat digunakan untuk melemahkan ASEAN dan dengan ini Amerika dapat memencil masyarakat Islam Asia TEnggara dengan masyarakat Asia TEnggara yang lain. Selepas itu Islam akan dijadikan sasaran.

Raja Thailand yang selama ini sangat berpengaruh, dihormati oleh penduduk Islam, kini tidak lagi dapat memankan peranan sebagai faktor penyatu, malah tidak timbul langsung dalam krisis yang ada sekarang.

Apapun Thaksin sudah tidak lagi menjadi orang yang boleh diterima bagi menyatukan rakyat Thailand dan tidak lagi dapat menjadi penyelamat negara itu. Dia mula mengembalikan kepada suasana zaman Phibul Sogram, Sarit Thanarat dan Thanom Kitikachorn di mana rakyat saling curiga antara Islam dan bukan Islam.

Setelah demokrasi pasca Thanom diwujudkan, Thailand bersatu dan ia menuju negara maju dan Bangkok menjadi perhatian dunia disamping Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta. Bangkok terus mendapat sokongan masyarakat Islam khususnya dari selatan. Isu pemisahan tenggelam.

Tetapi poliltik anti Islam dari New York diterima oleh Thaksin, Thailand tidak lagi menjadi Negara yang selesa dan sekarang dalam huruhara.

Dalam hal ini diplomasi Malaysia juga gagal kerana ia tidak mengambil peluang yang dibuka oleh Thailand untuk menjadi orang tengah meredakan suasana di semdan.

Pada peringkat awal krisis Kuala Lumpur dilihat sebagai pihak yang dapat membantu merapatkan hubungan antara Thaksin dengan wilayah di selatan Negara itu. Pengalaman Malaysia membangunkan rakyatnya yanag berbilang kaum sudah diminta untuk dipinjamkan kepada Thailand.

Thaksin sendiri minta pemimpin Kuala Lumpur membantu membangunkan masyarakat Thailand dengan menggunakan pengalamannya. Thaksin sudah berjanji untuk membangunkan masyarakat Islam yang ketinggalan itu.

Timbalan Perdana Menteri Dato Najib telah pergi ke Bangkok membincangkan bagaimana mahu membantu meredakan ketegangan dan membangunkan wilayah itu.

Apa yang didengar ketika itu Malaysia ghairah menjual Islam Hadharinya kepada masyarakat di Thailand. Dari awal kerajaan Malaysia telah kita ingatkan bahawa Islam Hadhari tidak mungkin mendapat pasaran baik di sana kerana umat Islam Thailand lulusan Mesir, Mekah, Madinah dan lain-lain mungkin hamper sama ramai dengan Malaysia.

Thailand tidak mahu Malaysia datang mengajar mereka tentang Islam kerana mereka mungkin lebih tahu tentang Islam dibandingkan dengan golongan yang memimpin di Malaysia.

Tetapi yang dikehendaki ialah diplomasi Malaysia membantu mereka meredakan keadaan dan dalam suasana yang selesa itu menasihatkan kerajaan membangunkan masyarakat yang mundur itu berpandukan kepada pengalaman Malaysia selama ini.

Perhatian Bangkok kepada Malaysia ketika itu sangat besar. Tetapi mengapa peluang yang dibuka itu tidak dapat dimanfaatkan? Malaysia yang dipelawa memberi bantuan itu lebih dilihat sebagai pemerhati saja. Selepas Islam Hadhari tidak boleh dipasarkan, tiada apa yang diketahui yang Malaysia iklankan.

Thailand sebelum ketegangan adalah daerah yang subur dengan demokrasi dan dakwah. Keupayaan masyarakat Islam mempamerkan kehidupan beragama menarik perhatian rakyat umum. Majlis ilmu mendapat sambutan masyarakat Islam laki-laki dan wanita.

Beberapa majlis ilmu dan beramal sebelum dan selepas tahun 2000 berupaya mengumpul hampir 10.000 muslimat dari seluruh Negara. Mereka sanggup berkhemah sampai dua atau tiga hari. Ia suatu sukar dicontohi di Malaysia.

Yang diperlukan oleh Thailand ialah bagaimana masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama itu dapat dibawa duduk bersama. Ia boleh dicuba melalui mengajak kerajaan Thailand menganjurkan siding-sidang mengenai Islam yang dihadiri oleh semua golongan membincangkan semua masalah yang dihadapi di Negara itu.

Sidang-sidang seperti itu diadakan di Bangkok, di wilayah-wilayah di selatan dan dikota=kota besar yang lain di Thailand dari semasa ke semasa boleh membuka ruang kepada pertemuan lebih kerap di peringkat bawah.

Kehadiran tokoh-tokoh antarabangsa – Islam dan bukan Islam – dalam sidang seperti itu akan memberi banyak cadangan dan pandangan untuk merapatkan lagi kemeseraan.

Apabila Negara dan rakyat sebok dengan tugas-tugas melaksanakan ssaranan sidang dan membangunkan masyarakat dengan apa yang dicadangkan, maka semua pihak tidak ada masa untuk memikir yang lain, tetapi bekerja untuk membangunkan masyarakat Thailand yang bersatu, hidup rukun bersama jiran dalam satu kesatuan ASEAN.

Kesesmpatan Malaysia menjadi pengerusi OIC dan NAM yang Thailand tidak dapat menjauhkan diri dari diplomasi itu, maka mengapa tidak dimanfaatkan bagi membantu Thailand menyelesaikan masalahnya.

Masalah Thailand adalah masalah Malaysia kerana kita berjiran. Kepentngan Malaysia beergantung kepada Thailand yang aman. Tetapi aspek diplomasi ini tidak digunakan oleh Malaysia sebaik-baiknya. Peluang yang diberi sukar diperolehi lagi jika tidak disambut sebaik-baiknya.

SeTAPAK
19/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home