Subky Abdul Latif

Wednesday, July 06, 2005

YUSUF ANJAH TENAT, MASIH INGAT BISNES

EMPAT petang Isnin 04 Julai 2005 saya membukan mesej pesanan ringkat DMS dari Nasir Yusuf, seorang aktivis usahawan. Dia memaklumkan ayahnya, Haji Yusof Anjah, seorang tua PAS di Masjid Tanah, Melaka sedang dalam wad ICU di Southen Hospital, Melaka.

Haji Yusuf adalah orang lama PAS yang sangat cergas di zaman Dr. Burhanuddin Al Hilmi. Rumah acap didatangani Al Marhum Prof. Zulkifli Muhamad.

Bila saya menyertai hujung 70an, Pak Haji Yusuf banyak bersama Dewan Ulama PAS. Di mana-mana saja ada perjumpaan PAS, beliau pergi dengan memandu motokar sendiri. Motokar yang dipandunya jenis jenama baik-baik kepunyaan anak-anaknya, rata-rata ahli perniagaan. Beliau sendiri berniaga dan ada pejabat perniagaan di Masjid TAnah.

Saya masih ingat beliau bersama-sama isterinya yang agak uzur. Bila isterinya bertambah uzur, beliau kurang menghadiri perjumpaan di Kedah, Kelantan atau Terengganu. Selepas isterinya meninggal, mukanya kelihatan semula.

Lepas itu beliau beristeri, jauh lebih muda, boleh pula memandu. Dia bertambah acap bersama-sama isteri muda menghadiri kegiatan PAS di merata-rata. Maklum pasangan itu sama-sama boleh memandu.

Pantang ada rombongan perdagangan ke luar negeri, beliau dan isterinya akan bersama. TEmpat kesukaannya Istanbul dan Afrika Selatan.

Kira-kira lima tahun kebelakangan ini beliau tidak begitu kuat. Terpaksa bertongkat, tetapi masih menghadiri Muktamar PAS di Putik, Kelantan. Beliau bukan lagi perwakilan maklumlah beberapa hari lagi saja akan genap 80 tahun.

Nasir, anaknya yang juga bercampur dengan masyarakat PAS menjadi teman berjalannya. Asal ada kegiatan PAS, awal-awal dia mengingatkan Nasir untuk melapangkan masa membawanya.

Terakhir saya jumpa Nasir di Kelantan. Katanya, terpaksa membawa Pak Haji Yusuf.. Saya tak jumpa Haji Yusuf hari itu kerana orang ramai sangat.

Dulu beliau selalu ke Markaz Taribiyah PAS Kuala Lumpur. Kadang-kadang dua kali bulan. Kerana beliau kurang tenaga, saya jarang jumpa beliau. Terakhir beberapa minggu selepas PAS kalah di Terengganu.

Syarikatnya ada memohon tanah di Terengganu. Kerajaan PAS menyokongnya kerana dia ahli perniagaan yang cergas. Permohonan itu, katanya lulus. Tetapi tawaran belum dibuat. Ada orang dari kerajaan baru datang meminta persetujuan untuk merundingkan perkongsian hasilnya. Tetapi permintaannya tinggi; meletakkan panggunya kecil.

Saya tidak tahu apa jadi dengan perkara itu. Biasanya peniaga PAS yang berurus dengan kerajaan baru menghadapi diskriminasi.

Saya tergesa-gesa mencari Sesnator Hasan Shukri untuk berpakat menziarahi Haji Yusuf yang tentunya tenat. Hari itu saya puasa. Saya bercadang untuk pergi esoknya.

Kawan-kawan membantah sikap bertangguh menziarah orang sakit terutama orang yang masuk wad ICU. Kita mesti pergi sekarang. Menjelang Asar di Kuala Lumpur jalan mula sesak. Kalau tunggu lepas Asar, jalan bertambah sesak. Untuk melintas Kuala Lumpur dari Gombak ke Sungai Besi melalui jalan Rangkai TEngah saja mengambil masa hampir satu jam.

Syukur jalan selepas tol Sungai Besi lancer dan tiba di hospital pukul 7 petang.
Anak-anaknya semua berkumpul. Tetapi menjelang Maghrib masing-maasing pulang ke Kuala Lumpur. Mereka orang bisnes dan ada urusan yang perlu dibereskan.

Beliau dimasukkan ke wad hari Sabtu. Padi hari Ahad beliau tak berapa boleh bercakap dan tidak berasa sedar. Hari Isnin itu stabil sedikit. Boleh bercakap. Suaranya agak telor tetapi boleh difahami.

Mengikut isterinya, kata doktor keadaannya antara sedar dan tidak. Dia kenal saya dan kenal Senator Hasan dan rakan-rakan yang lain.

Dia baru saja keluar wad. Mujor juga Pak Haji Yusuf dibawa semula segera ke wad. Kata doktor, kalau lewat datang ada kemungkinan akan diserang angina ahmar. Sebalah tangannya sudah payah diangkat sendiri. Mulutnya macam nak herot.

Oleh kerana cepat mendapat bantuan doctor dan segera mendapat rawatan, maka kemudharatan itu dapat dielakkan. Jika tidak ada apa-apa masalah, besar harapan dapat semboh.

Apabila keadaan itu beliau akan menjalani satu rawatan memecahkan batu dalam buah pinggang. Banyak penyakitnya pada masa ini.

Sepanjang bersamanya, percakapannya adalah mengenai bisnes. Dia menyebut peniagaan berjuta-juta. Dia mahu ke Kelantan bersama isterinya untuk menguruskan perniagaan yang berjuta-juta tadi.

Wad itu tak boleh masuk ramai. Dua pelawat saja dibenarkan satu masa. Sepanjang 30 minit kami bersamanya, dia tidak berhenti bercakap.

Kata isterinya, begitulah keadaannya sejak dia sedar. Dia berhenti bercakap apabila tidur. Kebanyakan percakapannya adalah mengenai perniagaan yang dilibatinya. Dia juga bercakap mengenai PAS.

Sebagai ahli perniagaan Pak Haji Yusuf agak berjaya. Beliau berniaga desngan semua kaum. Darah dagingnya adalah bisnes sejak dari muda.

Beliau adalah contoh ahli perniagaan yang berjaya walaupun dia dikenali seluruhnya sebagai ahli PAS.

UMNO di Melaka adalah pekat. Fanatiknya sangat tinggi. Ghafar Baba, Rahim Tambhy Cik sama saja dengan Ali Rostam bersikap keras terhadap penyokong PAS. Ramai berniaga takut mendekati orang PAS kerana tidak mahu peliang bisnes hilang.

Kadang-kadang rumah bapa saudara sendiri yang jadi ahli PAS tidak ditengok kerana takut bisnes disekat. Pedrniagaan mereka pun tidaklah maju sangat.

Tetapi Haji Yusuf tidak pernah menyembunyikan dirinya ahli PAS sejak muda dan tidak pula menyembunyikan dia ahli perniagaan. Semua orang di Melaka tahu dia ahli PAS yang berniaga. Tetapi perniagaannya tidak pernah tersekat.

Mungkin dia tidak dapat projek-projek kerajaan dan diuntukkan oleh kerajaan untuk penyokong-penyokongnya. Tetapi bisnes bukan dengan kerjaan saja. Dia ramai kawan Cina dan dengan Cinapun dia dapat berniaga.

Anaknya mengirim SMS lagi, berterima kasih kerana sudi menziarahinya ayahnya dalam masa bebebrapa jam selepas mereka menyampaikan maklumat. Moga-moga beliau segera sembuh supaya boleh merayakan genap usia 80 tahun tidak lama lagi.

Dan yang menyegerakan kami menziarahnya, kerana dia sakit tetapi lebih dari itu kerana dia ada Haji Yusuf Anjah.

SeTAPAK
06/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home