Subky Abdul Latif

Wednesday, August 31, 2005

48 TAHUN MERDEKA SEPARUH MASAK

HARI ini Malaysia menyambut ulang tahun ke 48 kemerdekaan separuh masak dengan keadaan yang tidak menentu oleh ancaman harga minyak dunia yang sangat senang melepasi US$70+ setong.

Tahun ini saja Malaysia sudah tiga kali menaikkan harga runcit petrol dan disel untuk kegunaan orang ramai. Dengan kenaikan minyak di pasaran dunia yang tidak dapat dihalang itu, tiada cara Negara yang separuh masa kemerdekaannya ini dapat menghalang kenaikan harga runcit itu.

Saya suka meremalkan bukan suatu yang menakjubkan kiranya dalam waktu yang terdekat kerajaan menaikkan minyak hingga ke paras RM6 seliter dan kerajaan yang ada tiada keupayaan untuk menghalang para peniaga berpakat sama sendiri menaikan apa jua harga barang.

Perdana Menteri dan menteri-menterinya hanya boleh bersungut dalam TV tentang tidak baiknya sikap saudagar menaikkan harga barang asal saja harga runcit minyak naik. Sungutan itu selalu didengar dan tidak pernah para saudagar mendengarnya dan kerajaan tidak pernah buat apa-apa terhadap mereka.

Di masa-masa lalupun kerajaan tidak dapat menyekat kenaikan harga sekalipun harga minyak tidak naik. Dalam keadaan mninyak naik, maka tiada apa yang dapat dibuat oleh kerajaan yang lemah ini.

Kementerian hal ehwal pengguna ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna. Kini ia dilihat kementerian yang tidak berguna.

Dengan harga minyak antara bangsa dan dalam negeri yang tidak dapat disekat itu, maka kehidupan rakyat seluruhnya bertambah gawat. Ia akan memusnahkan terus kemerdekaan yang tidak sempurna.

Tahun kemerdekaan yang 48 ini akan menghadapi kenaikan tol di jalan bertol tidak kira minyak naik atau stabil. Kerajaan pro lintah darat ini sekarang terikat dengan perjanjian konsesi tol yang dikuasai oleh lintah darat. Kerajaan belas akan penderitaan rakyat tetapi apakan daya kerajaan sudah terikat dengan pemegang konsesi yang menjadualkan kebikan tol dari semsa ke semasa.

Kemerdekaan ekonomi rakyat dan Negara dengan ini tidak mampu bertahan pada tahap separuh mereka yang sedia ada.

Kemerdekaan bahasa rasmi sudah hancur. Atas kekeliruan Negara akan lemah dan ketinggalan apabila generasi baru tidak menguasai bahasa Inggeris, kerajaan menjalankan kempen menguasai bahasa Inggeris. Tanpa kempen itu jalan raya dan pasar segan menggunakan bahasa kebangsaan, maka dengan kempen itu semua mendapat lesen tidak mengamalkan bahasa kebangsaan.

Impian untuk melihat semua majlis rasmi Negara berjalan dalam Bahasa Malaysia tidak akan berlaku. Datuk Seri Samy Vellu pernah menggunakan kekerasaan supaya perwakilan kongres MIC menggunakan bahasa kebangsaan dan dia tidak melayan sesiapa menggunakan bahasa Tamil, tidak lagi memaksa MIC berbahasa kebangsaan dalam majlis rasmi MIC.

Samy Vellu juga sudah jadi macam pemimpin-pemimpin UMNO senang berbahasa Iggeris ketika berdepan dengan kamera TV.

Ketika Negara berusaha menyempurnakan kemerdekaan yang separuh masak itu menjadi kemerdekaan yang betul-betul masak semua stesyen TV membuat dua kerja untuk berita nasonal. Menginterbiu tetamunya dalam bahasa Inggeris dan dalam Bahasa Malaysia. Versi bahasa Malaysia untuk berita cenel kebangsaan dan versi Inggeris bagi cenelnya.

Menjelang 48 tahun merdeka, stesyen TV memadai menggunakan yang Inggeris saja. Suatu yang tidak berlaku bagi TV Perancis dan Jerman yang merdeka 100 peratus.

Sejak Malaysia mengenal TV ia mengadakan cenel rasmi TV1. Dalam suasana kemerdekaan yang separuh ia ada TV1 selaku saluran perdana. Sebelum merdeka ada peribahasa jual bangsa, maka sebelum tiba ulang tahun ke 48 merdeka, TV1 pun sudah dijual.

Kempen menguasai bahasa Inggeris mendapat sambutan ala kadar di sekolah-sekolah, tetapi sambutan cukup hebat dari bapa dan ibu murid di luar sekolah.

Semua setuju belia berhadapan dengan penyakit keruntuhan akhlak yang parah. Setelah tiada daya menanganinya ditubuhkan satu kementerian tentang warisan dan kesenian. Tiada gangguan bagi menterinya memajukan muzium. Tetapi usaha mewujudkan remaja berbudaya semuanya kalah denan aura Mawi.

Ancaman paling baru ialah landaan revolusi cinta muzik di kalangan rakyat. Keruntuhan akhlak remaja bermula dengan landaan muzim pop sejak hujung 60an. Melalui revolusi muzik ini alam muzik meneroka muzik nasyid. Dakwaannya adalah demi menyalurkan dakwah kepada muda mudi khususnya peminat muzik.

Malangnya muzik yang tidak menjadi kaedah uslub dakwah oleh para nabi dan tabiin tidak mungkin mampu membaiki akhlak remaja, tetapi revolusi muzik nasyid ini berupaya menarik golongan agama minat kepada muzik. Sebelum budak-budak rosak akhlak mengenal surau, tok-tok guru sudahpun tertarik kepada wayang nasyid dan mencari nas betapa bunyi-bunyian bukan barang terlarang.

Akhirnya orang surau dan masjid habis menonton muzik dan belajar vocal, pengamal dan peminat pop tetap tidak ke surau.

Kemerdekaan membuka kebebasan membangunkan dalam serba bidang. Hutan rimba diteroka menjadi kawasan maju dan desa bertukar menjadi bandar. Urban di mana-mana menggantikan rural. Setiap negeri menuju matlamat negeri maju didahului oleh Selangor sudahpun diisytiarkan negeri maju.

Dua bulan menjelang 48 tahun merdeka, UMNO Selangor menganjurkan seminar Selangor maju. Ia mendapati keseluruhan negeri Selangor sudah urban. Ia satu pencapaian bertarap glokal. Tetapi kemajuan yang diranang dalam kemerdekaan separuh masak menyerlahkan setiap kejayaan urbanisisasi dikuti dengan hakisan peratus orang Melayu.

Kemerdekaan yang dituntut dulu adalah untuk menafikan berterusannya Malayan Union. Kemerdekaan separuh masak 31 Ogos 1957 ditegakkan atas runtuhan Malayan Union. Oleh kerana Dr. Burhanuddin Al-Hilmy dan Dato Onn Jaafar sepakat mengirakan merdeka separuh masak, maka separuh abad kemerdekaan dua tahun lagi akan melihat penjelmaan Malayan Union yang sempurna atas tulang belulang merdeka separuh masak.

SeTAPAK
31/08/05

14 Comments:

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada tips cara malas jadi kaya. Peluang dan tips cara malas jadi kaya di sini.

    Lawatilah bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Jeego, at 11:11 PM  

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Jeego, at 8:17 AM  

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Jeego, at 11:16 PM  

  • Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada tipskaya dengan mudah. Banyak tips kaya dengan mudah di sini.

    By Blogger Jeego, at 4:13 PM  

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada tips usaha jadi kaya. Peluang dan tips usaha jadi kaya di sini.

    Lawatilah bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Rockerz, at 7:26 PM  

  • Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang kaya dengan cepat di sini.

    By Blogger Rockerz, at 11:51 AM  

  • Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang kerja dari rumah di sini.

    By Blogger Rockerz, at 11:58 PM  

  • Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang cara mudah buat wang di sini.

    By Blogger Karl Hiunzm, at 6:49 AM  

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Karl Hiunzm, at 1:46 PM  

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Karl Hiunzm, at 2:25 PM  

  • Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Khairul Nizam Zainon, at 3:47 PM  

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Karl Hiunzm, at 4:40 PM  

  • Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    By Blogger Jeego, at 4:13 PM  

  • Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang jana wang automatik di sini.

    By Blogger Rockerz, at 4:03 PM  

Post a Comment

<< Home