Subky Abdul Latif

Wednesday, August 10, 2005

AL-MARHUM AHMAD DEDAT, TAKZIAH

JUTAAN takziah kepada keluarnya dan umat Islam Afrika Selatan atas pulangnya ke rahmatullah Al-Marhum Syaikh Ahmed Hossen Deedat 87 tahun pagi Isnin 8 Ogos 2005 di kediamannya di Verulam, wilayah KwaZulu Natal, Afrika Selatan setelah terlantar selama sembilan tahun kerana serangan angin ahmar.

Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat umat Islam di seluruh dunia kerana almarhum adalah seorang tokoh ilmu yang mahir dalam dua agama terbesar dunia iaitu Islam dan Kristian.

Putera berjiwa besar yang lahir di India dan kemudian besar di Afrika Selatan adalah seorang pendebat terkemula dan menghabiskan usia tuanya semasa sihat dulu untuk kerja-kerja dakwah. Beliau diundang berceramah di seluruh dunia.

Beliau pernah ke Malaysia dan kemudian ke Singapura. Selepas itu Singapura tidak lagi mengizinkannya datang ke Singapura. Tindakan itu diambil oleh kerajaan Singapura lama sebelum dunia melebelkan penganit Islam berpotensi menjadi pengganas.

Sudah tentu pandangannya yang tegas membela Islam sebagai addin dan agama kemajuan dan justeru beliau mengetahui Kristian secara mendalam dan berupaya membuat perbandingan, maka beliau tidak disenangi oleh kumpulan gereja.

Oleh kerana kemunculannya di gelanggang dunia antarabangsa pada ketika dunia mula digegarkan oleh kebangkitan umah, maka pandangannya banyak membantu gerakan Islam menegakkan benderanya di mana-mana saja tidak kira di negara yang ramai penduduk Islam mahu di Negara yang Islam hanya majoriti.

Islam sebagai agama ibadat dan sebagai satu tamadun, maka ia diterima baik sebagai jiran oleh masyakat di kota-kota besar Eropah dan Amerika. TEtapi apabila Islam dibangunkan sebagai agama yang sempurna dan mahu mencorakkan dunia, maka ia tidak dapat diterima oleh masyarakat liberal di barat dan timur – baik mereka beragama atau tidak beragama.

Dalam suasana ini Syaikh Ahmed Deedad muncul dan memberikan ransangan yang cukup baik kepada Islam. Beliau mampu menghadapi tokoh-tokoh antarabangsa yang anti Islam dengan hujah-hujah Ilmu.

Warga Afrika Selatan ini adalah tokoh pertama selepas Nelson Mandela yang dikenali dan dihormati oleh masyarakat dunia kerana perjuangannya menegakkan keadilan yang berpaksi kepada Islam.

Tiada yang tidak kenalkan beliau dan kebanyakan pengunjung asing ke Negara itu tidak melepaskan peluang untuk bertemunnya terutama seetelah beliau uzur.

Meskipun dia terbunur selama sembilan tahun di katil, tetapi dalam keadaan badan yang tidak bergerak, mata tetap berkelip dan fikirannya tetapi cegas, telinga tetap berfungsi, dia dapat berbual dengan pengunjung-pengunjung dan berupaya memberikan pandangan dan nasihat yang terkini kepada orang ramai.

Isterinya adalah orang berpahala besar kerana sabar dan tabah menghadapi kerenah orang sakit terlantar yang begitu lama. Ahmed Deedat dalam keadaan seperti itu adalah suami tidak pernah terbiar. Dia dalam keadaan yang terawas apabila dikunjungi orang ramai.

Semangat dan penguasaaan ilmu tidak pernah luntur walaupun dia terbaring di ranjang sakit di rumahnya.

Sekarang beliau pergi berbekalkan amal dari ilmunya yang berguna. Beliau pergi sebagai orang yang berjasa.

Sekalipun penderitaannya selama sembilan tahun, tetapi dia menghadapi ujian dengan sabar.

Saya tahu pedih dan deritanya terlantar di katil kerana tujuh minggi tidak boleh bergerak. Di situlah semua makan, solat dan bersuci. Ketika itu yang diingat ialah mati.

Dato Seri Abdul Hadi Awang yang menziarahi saya memberi kata-kata perangsang yang bersemangat ketika sakit terlantar itu, ‘Allah memberi seseorang sakit sebagai satu cara bagi menghapuskan dosa seseorang. Orang sakit bukan sekadar penderitaan tetapi ia adalah rahmat bagi menggugurkan semua dosa dari badan.

Sembilan tahun Syaikh Ahmed Deedat berjuang hidup di katil sambil sakit, maka ia ssebesar-besar rahmat kepadanya. Moga-moga semua dosanya gugur dan sebaliknya peluang keemasan mengumpul pahala yang sebanyak-banyaknya. Ibadat orang uzur besar pahalanya.

Umat Islam mendoakan pemimpin kesayangan mereka mendapat penghormatan Allah di alam akhirat.

Bukan senang beroleh putera Islam sehebatnya. Bila pula dunia dan Afrika Selatan mendapat sseosrang menggantikannya.

SeTAPAK
10/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home