Subky Abdul Latif

Friday, August 26, 2005

BERBANGKIT KONTRAK SOSIAL TANDA NEGARA DALAM KRISIS

MENGAPA sekejap-sekejap soal kontrak sosial sesama penduduk di Negara ini dibangkitkan? Sejak sekian lama isu ini timbul. Kemudian tenggelam. Lepas itu timbul balik. Mengapa?

Pihak lain tidak boleh disalahkan. UMNO patut menyalahkan dirinya sendiri apabila perkara ini berbangkit.

Apabila perkara ini dibangkit-bangkitkan, maka itu tandanya Negara dan bangsa Malaysia ini berada dalam suasana krisis. Kiranya ia berbangkit dari semasa ke semasa, itu tandanya yang dinamakan bangsa dan Negara Malaysia itu adalah satu bangsa dan Negara dalam krisis terus menerus sejak lahir.

Paling akhir isu kontrak sosial ini dipanaskan oleh Perhimpunan Agung UMNO yang tidak puas hati dengan pencapaian orang Melayu selepas merdeka. Dan tambah panas apabila ada reaksi kerabat-kerabatnya dalam Barisan Nasional.

Saya tidak tahu apa motif Dr. Lim Kheng Yaik dari pimpinan Gerakan dalam reaksinya kepada UMNO dengan menyebut supaya ia usah dibangkit-bangkitkan.

Saya pun suka kalau boleh biar ia jangan dibangkit-bangkitkan kerana tidak pun apa yang dapat dengan membangkit ungkitnya. Yang perlu di tangan UMNO ada kuasa pemerintahan. Kuasa itu diberi adalah mengisi kehendak kontrak social itu hingga ia tidak berbangkit dan tidak perlu diungkit-ungkit.

Kalau boleh biar ia terkunci dalam peti besi yang tidak boleh dibuka hingga tiada lagi orang yang tahu dan menyebutnya malah tiada apa untungnya menulisnya dalam buku-buku sejarah.

Lihat saja Singapura. Kemerdekaannya bukan kehendak Lee Kuan Yew saja. Kemerdekaan itu adalah tuntutan orang Melayu sama dan Utusan Melayu ada peranan besar dalam menggerakan kemerdekakan itu di peringkat awal. Atas sokongan semua pihak ia merdeka dan menjadi Lee Kuan Yew bapa pembentukan bangsa Singapura maju.

Tiada siapa tahu ia ada kontrak sosial atau tidak. Tidak siapa membangkitkan ia ada kontrdak sosial atau tidak. Justeru Lee Kuan Yew diberi kuasa. Dia bekerja mengikut kuasa yang ada padanya. Dia jadikan orang Melayu Presiden republic itu yang pertama. Dan lepas itu tdiak perlu lagi cucu cicit Sang Nila Utama itu menjadi Presiden.

Dia buat kerja hingga tiada lagi orang Singapura nak kekal jadi orang Melayu dan orang India pun tidak ada apa untung minta jadi orang India lagi. Masing-masing puas hati jadi bangsa Singapura.

Mengapa di Malaysia sikit-sikit kontrek social, sikit-sikit kontrek social. Dan lepas itu tak ada pun yang dapat dan tidak pun ia diselesaikan.

Yang mengaku memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia ialah UMNO. Hingga ia hak istimewanya dan ia ditumpang dakwa sama oleh MCA dan MIC. Orang Melayu lain di luar UMNO yang ada hak dalam kemerdekaan itu ialah Hang Tuah.

Yang memerintah dan yang menang semuanya UMNO. Tetapi UMNO juga yang terkial-kial menjerit dan melolong kontrak social itu tidak disempurnakan. UMNO yang memerintah, maka UMNOlah yang salah krisis itu terus ada.

Kadang-kadang mahu juga nak mulangkan paku buah keras; padan muka UMNO; padan muka Tunku; padan muka Tun Razak; padan muka anak cucu Dato Onn; padan muka Dr. Mahathir dan padan muka Abdullah Badawi. Padan muka kepada semua!

Tetapi apa untungnya dengan melemparkan padan muka kepada semua muka itu? Tidak ada apa-apa untung selain dari kekecewaan ditadbir di bawah krajaan UMNO tetapi ia tidak dapat melaksanakan kandungan kontrak social dan sebalik brkokok seperti ayuam jantan tua melung-melaungkannya setiap kali bersidang.

Dunia tetap siang kalau ayam jantan tua muda tak berkokok.

Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib menyarankan bahawa pendidikan Negara berjalan di bawah satu sekolah dengan satu bahasa penghantar. Tun Abdul Rahman Yaakub ketika menjadi menteri pelajaran menyarankan supaya semua menjadi satu dengan bahasa kebangsaan menjadi bahasa penghantar.

Ia adalah satu dari perkara dalam kontrak social. Saudagar-saudagar MCA yang ketua-ketuanya menyeturui kontrak social itu meragukan Tun RAzak bahawa habis anak-anak orang Cina belajar keluar negeri sejak sekolah rendah. Bimbang orang tua itu hingga memangil Tun Rahman Yaakub supaya mengkaji semula dasar itu.

Abdul RAhman Yaakub masih hidup. Tanya dia. Biarkan mereka mengaji di luar negeri. Tak ada yang keluar negeri untuk belajar tahun satu sekolah rendah. Ada dua tiga orang. Beliau tidak berganjak. Tidak pula Tun Razak memaksanya membatalkannya. Tetapi ternyata beliau mulai ragu dengan perkara itu

Tetapi menteri pelajaran itu ada tawaran baru; menyelesaikan pimpinan Sarawak. Kumpulan Kalong Ningkan tertarik untuk politik bersekutu sesama negeri-negeri tak bersultan yang ideanya datang dari Temasik. Tidak mustahil mahu jadi macam Temasik juga.

Beliau dikirim menjadi Ketua Menteri Sarawak dan tinggallah kementerian pelajaran kepada anak Dato Onn dan sekarang kepada cucu Dato Onn. Akhirnya kontrak social dalam pendidikan bercelaru.

Natijahnya belum sesuai menuduh UMNO dan kerajaan menjual orang Melayu, tetapi tidak ssalah dikatakan ia sudah menjual TV1. Stesyen itu sejak dilahirkan tahun 60an adalah rangkaian nasional tetapi ia sudah menjadi rangkaian Malayan Union. Semua rangkaian TV mengikut apa yang wawasankan oleh Malaan Union lepas perang Jepun dulu, tetapi TV1 itu begitu.

Yang itupun tidak dapat dipertahankan oleh kerajaan UMNO. Jangan kata yng hamir 100 cenel tidak mungkin diprogram nasonalkan, TV1 itu sendiri jadi bahan jualan. Dulu TV3 dalam siaran berita perdana atau utamanya berbahasa rasmi sepenuhnya. Sekarang bahasa rasmi itu jadi macam bahasa Pak Kadok saja. Yang itu pun UMNO tidak dapat pelihara, maka macam mana ia dapat memikirkan tentang kandungan dan kehendak kontrak sosial yang lain?

Dr. Burhanuddin Al-Hilmi dan Dato Onn sudah ingatkan bahawa kemerdekaan yang UMNO capai ketika itu separuh masak, tangguh dulu bagi memestikan tidak berbangkit kemudian hari apa yang dikatakan kontrak sosial.

Sangat malang bagi Malaysia yang sudah 48 tahun merdeka UMNO dan kerajaannya tidak dapat mememenuhi tujuan Malan Union diruntuhkan. Atas keruntuhan Malayana Union UMNO ditubuhkan tetapi hari ini UMNO yang baru sekali runtuh Malayan Union dimertabatkan.

Kerajaan Barisan Nasional yang menang besar itu adalah kerajaan besar Malayan Union. Untuk apa UMNO ada kalau Malayan Union memerintah? Untuk menjerit tentang kontrak sosial saja.

Sedikit hari lagi akan ada orang berkara, dulu, kini dan selama-lamanya UMNO jual negara kepada Malayan Union. MacMicale dan Dato Onn sudah ssama-sama tiada, tetapi yang bangkit ialah MacMicale dan cucu Dato Onn.

SeTAPAK
26/08/05

1 Comments:

  • Bengkel Asas Penulisan Bersama Kartunis Zunar di Pej keADILan Senai pada 31 Ogos.Berminat hubungi Nurin 012 7616421.Bayaran rm 10 shj.

    By Blogger sri_gading, at 7:54 PM  

Post a Comment

<< Home