Subky Abdul Latif

Sunday, August 14, 2005

EROPAH, DULU ANTI YAHUDI KINI ANTI ISLAM

BARANG dijauhkan, ya Allah! Janganlah disamakan malang yang menimpa orang Yahudi berabad-abad di Eropah dulu, menimpa pula umat Islam kini.

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh penduduk Eropah kepada keturunan Yahudi dulu, seolah-oleh mula dilakukan pula oleh keturunan yang sama terhadap umat Islam yang menjadikan Eropah atau dunia barat sebagai tempat hidup mereka.

Dunia seluruhnya dulu dan sekarang mengutuk layanan orang barat kepada keturunan Yahudi yang menjadi warga negara-negara Eropah baik di mana saja.

Orang-orang berdarah Yahudi yang menumpang tinggal di Eropah ketakutan dan tidak nyenak tidur, pobia akan gangguan orang-orang Eropah. Mereka diganggu, diinaya, diancam, diapakan saja secara tidak berperi kemanusia, malah dibunuh.

Apa kesalahannya? Ialah semata-mata kerana dalam darah mereka itu mengalir zuriat Yahudi dan mereka menganut agamanya.

Hatta pemimpin terkemuka Menshevik, kumpulan radikal marxis Rusia yang minoriti, Leon Trotski enggan menerima tawaran Lenin untuk menjadi Presiden pertama Soviet Union kerana dia berketurunan Yahudi.

Menshevik digabungkan dengan Bolshevik pimpinan Lenin membentuk Parti Komunis Rusia dengan Lenin dan Trotski sebagai dwi pimpinannya. Kalau Lenin menjadi pimpinan revolusi marxis Rusia, Trotsilah pencetusnya. Setelah Soviet Union dibentuk Lenin mencadangkan supaya Trotski menjadi ketua Negara dan ketua kerajaan.

Trotski menolak kerana pertama dia berketurunan Yahudi dan kedua kerana tidak mahu Lenin yang menjadi ketua parti berada di luar kerajaan.

Menjadi ketua kerajaan Soviet Union adalah satu kuasa besar dunia yang sangat berpengaruh dalam dan luar negeri, tetapi kerana dia keturunan Yahudi, dia tetap khuatir atas prejudis bangsa Eropah terhadap Yahudi.

Walaupun pada idealnya komunisma meleburkan batas ras dan perkauman, tetapi pemimpin komunis itu tetap terbawa-bawa dengan ancaman dan igauan pobia anti Samatik yang sangat terbal di sanubari kebanyakan orang Eropah selama berabad-abad.

Tempat yang selama bagi bangsa Yahudi selama-lamanya ialah di Negara-negara Islam. Sekalipun Islam dari segi akidahnya melihat Yahudi sebagai yang tidak dikehendaki, tetapi keadilan Islam tidak memusuhi orang yang berdarah Yahudi, apa yang Islam hati-hati ia pemikiran zionisma yang ada di setengah kalangan orang Yahudi.

Bagaimanapun tiada undang-undang anti zionis di bumi umat Islam. Tiada Yahudi dihukum dan diburu kerana menjadi Yahudi. Tetapi Yahudi yang dihukum kalaupun ada ialah kerana jenayah yang dilakukannya. Nikmat ini tidak dirasai oleh Yahudi Eropah sebelum tamat pereang dunia kedua.

Sikap anti Yahudi kira-kira hapus di Eropah selepas Nazi Hitler dan Jerman kalah dalam perang dunia kedua. Pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berperanan memupuk dunia sama berdaulat dan cuba menghapuskan sebarang prejudis ras, warna kulit, kepercayaan agama dan ideology politik.

Tetapi selepas pembentukan Kesatuan Eropah dan lahirnya Parlimen Eropah, seluruh bangsa Eropah digerakkan kearah melahirkan nasionalis Eropah, maka pedrlahan-lahan ia membenarkan menjelmanya semula rasa prejudis terhadap orang bukan Eropah dan bukan barat.

Eropah dan Amerika justeru menganuti agama yang sama iaitu Kristian semacam kembali ke era sebelum perang dunia kedua, prejudis kepada bukan barat yang ramai mendiami Amerika dan Eropah. Prejudis itu tidak lagi dihalakan kepada Yahudi, tetapi dihalakan kepada Islam.

Apa yang dihadapi oleh keturunan Yahudi berabad=abad itu, mulai dirasai oleh orang Islam terutama selepas kejadian 11/9/01 di Amerika dan selepas peletupan keretapi bawah tanah London 7/7/05.

Orang Islam dipandang serong, diinaya, diperhatikan 24 jam sehari, diadakan undang anti keganasan yang mudah dikira undang-undang anti Islam. Eropah dan Amerika dengan ini lagi menjadi dunia yang selesa bagi orang Islam.

Perubahan dari anti Samatik kepada anti Islam tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia bukan ntijah selepas tragedi 11/9 tetapi sudah bermula lama. Benih penyakit Eropah itu sebenar tidak pernah hapus dari benua itu. Ia tidak dilihat anti Samatik bukan kerana Eropah berfikiran demokratis, tetapi lebih takut kepada Yahudi yang menguasai keweangan, ekonomi dan politik dunia.

Yahudi adalah kebal di Eropah. Tidak Jerman boleh menyentuh ketidak adilan individu Yahudi di negara itu, melainkan tindakan akan dikenakan kepadanya. Lazim tindakan yang melibatkan pekerjaan. Kekebalan itu menyebabkan sikap anti Samatik tidak berbangkit.

Anti orang asing masih ada secara sistematik sejak Eropah tidak dapat menerima Turki sebagai sebahagian dari Eropah sekalipun Turki adalah negara sekular anti Islam sejak 1920an. Hingga kini Kesatuan Eropah membakul sampahkan permohonan Turki untuk menyertainya.

Kemenangan Mujahidin di Afghanistan, kemunculan Revolusi Khomeini di Iran, kemenangan FIS pimpinan Abbasi Madani yang dikuti oleh perang saudara di Algeria menguatkan konspirasi anti Islam. Dalam diam-diam kesatuan buruh dan seumpamanya menggesa peraturan anti semua agama tetapi disorohkan sebagai anti Islam.

Pekung penyakit barat itu tidak dapat disorokkan apabia tercetuskan apa yang dikatakan etenik klinsing yang membunuh orang Islam beramai-ramai di Bosnia awal 1990an. Ia dibiarkan beberapa ketika. PBB tidak menunjukkan keupayaannya menghentikan pembersihan terhadap etenik Islam oleh etenik Kristian Slabia.

Apabila rakyat Bosnia dibantu oleh sukarelawan asing menunjukkan ia mula menguasai peperangan, maka segera Eropah dan Amerika mengambil tindakan segera membendung peprangan itu.

Ketegangan di wilayah-wilayah lain di Balkan dan prejudis terhadap Islam di beberapa negara Eropah seperti Bogaria, Romania menguatkan lagi api anti Islam di Eropah yang maju.

Perang Teluk yang pertama yang menyatukan dunia barat terhadap Iraq menyebabkan orang Islam di Eropah tidak senang terhadap setiap kerajaan di Eropah. Ia menyebabkan ada inidividu Islam yang tidak puas hati membuat tindakan sendiri.

Peristiwa 11/9 dan reaksi Presiden Bush yang melancar crusade anti keganasan di seluruh dunia adalah recara taktikal rasmi hidup semula anti etenik bukan Eropah di kalangan bangsa-bangsa Eropah. Ia hidup dibawah naungan Kesatuan Eropah.

Charles de Gaule dan Konrad Adineuar yang mempelopri pembentukan Pasaran Bersama Eropah yang menjadi asas pembentukan Kesatuan Eropah berjaya menyembunyikan rasa anti Islam sebagai ganti anti Samatik Erpah tetapi pimpinan Chrac dan Tony Blair mendedahkan bahawa wajah anti Islam adalah sifat ketara Eropah. Ia akan galak lagi selepas Jerman dapat tempat dalam Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota t etap.

Adakah ini yang menggembirakan Kesatuan Eropah?

SeTAPAK
14/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home