Subky Abdul Latif

Monday, August 08, 2005

FENOMENA MAWI

SAYA tidak dapat menduga apa terjadi kiranya bukan Mawi yang memenangi juara Akadami Fantasia 3 malam Sabtu 06 Ogos 2005. Saya tidak meramalkan ada rusuhan, tetapi ada satu macam kelam kabut berlaku di kalangan kegilaan orang ramai yang gilakan Mawi.

Kalau Mawipun pelik bagaimana Anugerah Pesembahan Terbaik pada malam akhir juara Akadami Fantasia dan lain-lain dapat kepadanya semua. Mawi sendiripun pelik dengan suasana itu. Dan saya pelik dengan serta merta semua lapisan masyarakat, semua pihak cerdik dan cerdik, muda tua gilakan Mawi secara tiba-tiba.

Apa yang berlaku dalam masa beberapa minggu ini adalah suatu para akadamik dan ilmuan patut kaji. Tidak berlaku secara spontan orang yang tidak dikenali, tiba-tiba menjadi pujaan berjutaan orang, dan mungkin ia yang pertama di dunia.

Mawi bukan orang pertama menjadi kegilaan orang ramai. Tetapi Mawi adalah yang pertama dari orang yang tidak dikenali ramai yang jadi kegilaan ramai kali pertama muncul di tengah orang ramai.

P.Ramlee, Dr. Mahathir, M. Nasir, Anwar Ibrahim, Siti Nurhaliza, Muhamad Sabu, Micheal Jackson, Muhammad Ali dan lain-lain juga digilai oleh ramai orang, tetapi mereka tidak digilai secara tiba-tiba. Sesudah masing-masing melakukan sesuatu dan dikenali beberapa ketika, s etelah disaksi kehebatan masing-masing baru orang gila dan bertambah gila kepada mereka.

Tetapi Mawi sudah mengalahkan Dr. Mahathir dan Micheal Jackson dan lain-lain dalam sekelip mata. Tidak ada apa yang pelik saya lihat pada Mawi. Kalau saya tertarik ialah kerana dia saya lihat bersahaja, bila juru komen mengulas tentangnya, dia kelihatan macam budak kecil bersalah. Sayu dan belas.

Kalau dia baercakap dia merendah diri. Lain-lain calon bercakap untuk melakukan yang terbaik, dia berkata dia akan buat apa boleh dibuat. Itu saja.

Dia tidak tahu menari. Macam mana penghibur tak tahu menari. Orang kata dia macam kayu. Sekarang bolehlah sikit seperti katanya, ‘Tidaklah macam kayu sangat.’ Tetapi dengan beberapa perkara yang menarik pada saya itu tidak mungkin menjadikan dia lebih popular dari Dr. Mahahir dan Siti Nurhaliza.

Saya tidak tahu untuk berapa lama.

M.Nasir mulanya kecewa dengannya kerana dia lupa lirik. Banyak komen lain yang dia belum jadi penghibur. Tetapi ketika itu orang sudah terhibur dengannya.

Melihat kepada keadaan yang ada, komen saya kepada Mawi ialah Mawi tidak ikut muzik tetapi muzik misti ikut Mawi.

Biarlah apa selpas ini dan sama-sama kita lihat.

Apa yang saya perlu ingatkan ialah Mawi dianugerah Allah suara dan bakal berkhasidah dan qari. Walaupun kemuliaan seorang umat tidak diletakkan kepada suara, tetapi taqwa dan ilmu. Namun Nabi Daud di samping nilai baik yang lain, baginda adalah nabi yang terkenal dengan suara bulu perindu.

Tetapi Mawi bermula di kampung sebagai budak bersuara merdu dalam bidang bacaan Quran berlagu. Itulah kebanggaan ibu bapa dan keluarganya. Dan kalau mahu jadi penghibur seni suara pun, mungkin penyanyi nasyid.

Tetapi dengan suara buluh perindunya, nama mengaku dia tidak menyangka jadi penghibur. Bapanya terpaksa menerima keadaan, kerana anaknya Mawi di depan matanya digilai seramai orang. Hanya yang tidak ikut perkembangan yang tidak tahu Mawi sudah menggantikan tsunami. Tidak betul bapa itu tidak gembira ketika orang menyanjung tinggi anaknya.

Tetapi yang mana lebih baik bagi Mawi yang berbakat qari dan mendekati al-Quran dari jadi penghibur?

Saya tidak merendahkan seorang penyanyi. Saya tidak kata apa-apa pada Zahid dan Amylea serta Aidil yang dilahirkan untuk meminati muzim dan setengahnya dari keluarga seni.

Tetapi seorang yang dari kecil dan menjangkau remaja disayangi imam dan masyarakat surau, tiba-tiba dengan bakat anugerah Allah menjadi penghibur, adalah satu perkara yang mengelirukan pengunjung surau.

Mawi layak menjadi imam dengan bacaannya yang baik. Banyak imam tidak sebaik Mawi dalam bacaan. Tetapi bagaimana orang mahu berimamkan Mawi dalam keadaan Mawi lebih dikenali sebagai penghibur dan mungkin syukur jadi penghibur.

Penghibur tidak terkeluar dari Islam, tetapi dunia hiburan adalah ibarat langit dengan bumi bagi surau dan masjid.

Dan insya Allah Mwi dan keluarganya akan hidup mewah dengan ganjaran yang sudah didapati dan bakal dipungut oleh Mawi sepanjang hayatnya. Dia sudah berjanji untuk menghantar ayah dan ibunya ke Mekah dengan lumaian wang hiburannya.

Inilah yang menjadi dalimem yang Mawi kena hati-hati. Akadamik Fantasia telah menguji Mawi sebagai insan berbakat dalam suara yang dekat dengan masjid dan yang mengharapkan jadi belia yang hatinya di masjid dan surau. Hati Mawi mungkin tidak di kelab malam, tetapi badannya nanti di kelab hiburan.

Seni suara dan nasyid boleh dimanfaatkan untuk dakwah. Itulah azam dan niat setengah pendakwah. Tetapi pengiat nasyid yang terjun ke arena hiburan untuk dakwah dibimbangi tidak berupaya untuk mendakwah penghibur tetapi menjadikan penghibur dari pendakwah.

Pendakwah hiburan sudah menjadi penghibur. Dia dan mereka menjadi tarikan kepada orng yang berhibur. Pergaulannya lebih banyak dengan artis dan mereka sudahpun menjadi sebahgiandari artis.

Mawi berdakwah. Tetapi Mawi memajukan hiburan. Mawi sudah tahu menari dan berkinja-kinja bersama Masya dan Amylea. Dulu mereka seperti itu dikenali anak wayang.

Mawi sudah menjadi sebahagian dari anak wayang tetapi hari ini digelar artis. Artis dan anak wayang adalah sama, tetapi Melayu lama memandang satuj macam keapda anak wang tetapi Melayu Baru dan Melayu Glokal bangga dengan artis.

SeTAPAK
08/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home