Subky Abdul Latif

Friday, August 05, 2005

GILIRAN NASIB BAIK BUAT ANWAR

SEOLAH-olah suasana yang ada kini adalah giliran baik buat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalami ujian nasib buruk selama tujuh tahun lalu.

Bekas Timbnalan Perdana Menteri itu beberapa bulan lalu memenangi kes saman malunya terhadap Khalid Jafri yang menulis buku berjodol ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri.’

Sedikit sebanyak buku itu memulakan gema meributkan politik Anwar Ibrahim dalam UMNO hingga terepecat beliau dari parti itu yang bagi Anwar seolah-olah parti yang berpuaka buatnya.

Apakah buku itu ada peranan menyebabkan Anwar belum jadi Perdana Menteri terus menjadi perhatian tetapi ada yang terfikir tempias buku itu untuk sementara waktu Perdana Menteri itu dibagi kepada orang lain dulu.

Ajal Anwar belum tiba. Apakah dia akan jadi Perdana Menteri atau tidak, sama-masa kita lihat. Sesudah ajalnya tiba dan beliau tidak jadi Perdana Menteri, maka barulah dapat dinilai semula buku itu.

Setakat ini Khalid sudah dijatuhkan hukuman salah kerana menulis buku itu. Dia dikenakan penjara tetapi dia mengemukakan rayuan. Sementara menunggu keputusan mahkamah, Khalid belum dipenjara.

Pada Rabu 04 Ogos lalu Anwar berejaya lagi dalam samannya kepada Tan Sri Rahim Nor, Ketua Polis Negara yang memukulnya di lokap Bukit Aman tujuh tahun lalu.

Mahkamah menghapuskan kes itu setelah peguam bagi pihak Rahim Nor mngemukakan cadangan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan menyampaikan kenyataan kenyataan Rahim Nor bersetuju minta maaf sebagai satu daripada yang dituntut oleh Anwar.

Peguam Anwar dan Anwar bersetuju dengan cadangan peguam Rahim Nor menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Walaupun RAhim masih menyorok dari padnangan umum tetapi permohonan maafnya sudah sampai ke mahkamah. Mengikut akhbar kenyataan mohon maaf itu sseperti berikut:

‘Kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh anda dan keluarga amat dikesali dan saya secara ikhlas memohon maaf kepada anda dan keluarga.’ – Bekas Ketua Polis Negara.

Penyelesaian sepenuhnya sedang dirundingkan antara peguam kedua pihak terutama mengenai ganti rugi yang Rahim kena bayar kepada Anwar. Anwar menuntut ganti rugi teruk dan ganti tauladan serta mnuntut semua defendan memohon maaf kepadanya dan keluarga terhadap apa yang berlaku selama penahanannya.

Berapa banyak yang Rahim kena bayar dan yang sanggup dibayarnya? Terdayakah Rahim memenuhi tuntutan itu dan di mana pula Rahim dapat duit untuk membayarnya?

Agaknya kalau sekadar Anwar nak makan dengan keluarganya untuk beberapa tahun dengan duit itu, kalau terdaya Rahim memenuhinya, maka Anwar akan senang. Tidak jadi professor di luar negeri pun tak mengapa.

Adakah ganti rugi itu untuk kesenangan Anwar selepas ini? Dengan ganji dan elaun professor di England dan di Amerika dipercayai mencukupi untuk hidupnya dan saraan anak-anaknya belajar.

Inilah ruginya apabila kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Kita tidak dapat mengikuti perkembangannya. Orang ramai tidak dapat melihat wajah Rahim yang terakhir. Adakah dia sihat, gemuk atau kurus? Orang juga hendak melihat menteri yang juga didakwa. Bolehkah menteri tak datang atau memadaikah sekadar mengirim peguam?

Apa jawapan Rahim secara berhadapan dengan orang ramai. Orang sangat ingin melihat rupa Rahim menghadapi Anwar yang tidak digari dan matanya tidak ditutup.

Pada 20 Sepember, 1998 dulu Rahim mempelupuh Anwar yang bergari tangan dan mata dittutup. Sekarang Anwar tidak digari dan matanya tidak ditutup.

Penyelesaian di luar mahkamah itu adalah baik kerana ia memugkinkan dating rasa tulus ikhlas dan saling maaf dan memaafkan. Tetapi orang ramai rugi kerana tidak dapat melihat perjalanan mahakamah dan berapa Anwar dapat dari Rahim?

Payah hendak diramalkan adakah Anwar akan mengumumkan duit yang akan diperolehinya. Mungkin juga Anwar lebih senang duit itu tidak diumumkan.Tetapi kalau keputusan dibuat oleh mahkamah, maka orang boleh tahu pada masa itu juga.

Anwar dipercayai tidak akan menggunakan duit itu untuk peribadinya. Tetapi wang itu mungkin boleh digunakan untuk membiayai lain-lain tuntutan orang-orang yang didera dan teraniaya dalam semua kegiatan reformasi untuk membelanya dulu.

Banyak dakwaan yang dibuat ke atas pihak yang mengasari penyokong-penyokong Anwar. Dan penyokong Anwar juga ramai yang ditahan. Di mana datangnya perbelanjaan itu?

Maka duit dan kekayaan yang ada pada Rahim Nor itulah wajar digunakan untuk menyaman polis dan lain-lainnya. Adalah ajaib kalau duit bekas Ketua Polis Negara digunakan untuk menghadapi kerajaan dan polis. Inilah menariknya seni politik.

Keputusan Rahim ini menyelamatkan menteri dan kerajaan Malaysia. Bila kes itu diselesaikan di luar mahkamah, maka yang membabitkan menteri dan kerajaan Malaysia ikut gugur.

Ia memperlihatkan pemukulan ke atas Anwar itu adalah angkara Rahim sendiri. Ia bukan lagi masalah kerajaan dan masalah menteri. Kerajaan dan menteri suruh tahan tetapi bukan suruh keroyok sampai dia sengsara.

Rahim sudah menerima hukuman atas perbuatan rangginya. Dia sudah dilucutkan dari jawatan, dihukum penjara walaupun tidak masuk penjara. Dia terpaksa menyorok dari public. Berbagai tekanan dihadapinya.

Bagaimanapun dosa memukul orang tidak lepas. Hanya selesai dengan datang bermaafan sallu alan nabi dengan Anwar.

Walalupun Rahim dalam berkhidmat dengan negara dan ketua kerajaan pada masa, tetapi kerana bertindak lebih sudu dari senduk, maka dia ibarat menghadapi kes yang menikam terlepas, dua saksi tergantung.

Jika Rahim berani dan menyesal, dia wajar datang bertemu Anwar, minta maaf secara yang diajar oleh Islam, minta jadi saksi dan perjelaskan kaedah bermaafan dalam Islam, maka selesai dosa Rahim dunia dan akhirat dengan Anwar.

Rahim sudah menderita atas kerenah orang lain berbalah. Orang lain selamat Rahim terpaksa menghilang diri dari masyarakat. Maka kalau Rahim berani menebus kesilapannya secara ikhlas mengikut Islam, dia akan jadi seorang yang bebas dan merdeka sepanjang berhubung dengan Anwar dan keluarganya.

Orang lain yang belum bermaafan dengannya seperti yang memikul tilam ke mahkamah, adalah masalah mereka. Jika mereka tidak berdosa, syukurlah. Tetapi kalau berdosa, nanti terpaksa mencari Anwar di Padang Mahsar sambil mengusung tilam yang lebih besar untuk meminta maaf adalah satu azab yang amat susah.

SeTapak
05/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home