Subky Abdul Latif

Tuesday, August 02, 2005

KEMATIAN JOHN GARANG ANCAM SEMULA SUDAN

NAM dan OIC wajar memberi perhatian serius terhadap peristiwa kematian John Garang, Naib Presiden Pertama Sudan dalam satu kemalangan udara di sempadan Sudan-Kenya Isnin 01 Ogos 2005.

Malaysia sebagai pengerusi kepada dua pertubuhan seranau yang Sudan adalah anggota pertubuhan-pertubuhan itu wajar menubuhkan pasukan penyiasatan sama bersama atau berasingan tentang kematian dan kemalangan yang menimpa John GArang, ketua kumpulan pemberontak dan pemisah Sudan yang baru sebulan menamatkan perjuangan bersenjatanya dan kembali ke pangkuan Sudan.

NAM dan OIC jangan membiarkan peristiwa itu kepada PBB atau lain-lain badan dunia menangani tragedy itu kerana dibimbangi ia akan mengancam keselamatan Sudan dan perdamaian yang dicapainya bagi menyelesaikan konfrantasi lebih 20 tahun itu.

Sudan diancam oleh dua krisis besar akhir-akhir ini. Pertama ialah pemberontakan dan gerakan pemisahan yang diketuai oleh John Garang sejak lebih 20 tahun dan kedua ialah Krisis Darfur yang dunia seluruhnya cuba menyalah dan menghukum Sudan. Dunia yang tidak jujur terhadap Sudan selama ini berperanan dan campur tangan dalam kedua-dua krisis itu.

Kerajaan Sudan dan kumpulan John Garang baru saja menyelesaikan perbezaannya secara perundingan. Pertubuhan Perpaduan Afrika dan Mesir memainkan peranan mendamaikan Kerajaan Sudan dan Kumpulan John Garang.
John Garang bersestuju menamatkan pemberontakan pemisahan Selatan Sudan dan kembali ke pangkuan Sudan, manakala kerajaan Sudan pimpinan Presiden Al Bashir bersetuju menerima John Garang sebagai Naib Presiden Pertama.

Pencapaian itu dipercayai membuka jalan dan mempermudah bagi Sudan menangani krisis Darfur.

Muafakat Sudan dan John Garang itu adalah satu kebaikan unuk Sudan seluruhnya. Ia akan mengukuhkan perpaduan nasionalnya, ia akan membuka ruang dan peluang membangunkan Negara, dan ia boleh muncul sebagai tenaga yang kuat dan tersohsor di Afrika.

Adalah dibimbangi dalang yang ingin memecahkan Sudan selama ini tidak gembira atas perpaduan Al Bahsir dan John Garang itu khususnya keputusan besar John Garang pulang ke pangkuan Khartoum sebulan lalu.

NAM dan OIC mesti segera bertindak membantu Sudan mengatasi krisis kemalangan udara itu tidak menyebabkan peperangan lebih 20 tahun itu disambung semula dan krisis Darfur sukar ditangani.

Dalang yang dipercayai berpusat di Rom dan Washington suka Sudan berpecah dua. Musuh Sudan suka melihat wujud sebuah kerajaan lagi di Afrika yang kedudukannya adalah anti Sudan dan dengan sendirinya Sudan menjadi sebuah Negara yang lemah.

Ancaman terhadap Sudan selama ini ialah ia berpotensi menjadi satu kuasa Islam yang penting di Afrika. Aset bagi Sudan ialah kekayaan buminya yang belum diteroka dan pegangan rakyatnya kepada Islam adalah lebih jelas dari setengah masyarakat Islam yang lain.

NAM dan OIC hendaklah memastikan bahawa kemalangan udara itu tidak mengembalikan Sudan ke era peperangan saudara yang menggerunkan, dan pastikan adakah kejadian itu satu pengkhianatan dari musuh nasional Sudan.
Kerjasama Uganda adalah penting kerana pesawat yang membawa John Garang itu adalah milik kerajaan Uganda.

Sekalipun Sudan adalah pihak malang dalam kejadian ini, tetapi masalahnya agak berkurangan disebabkan kenderaan yang digunakan bukan miliknya.

Setakat ini cuaca buruk dikira punca utama kemalangan itu. Bagamana pun penyokong John Garang sudah pun cuba merusuh sebagai tindakan tidak dapat menerima kejadian meragut jiwa pemimpin mereka.

Oleh kerana masyarakat antarabangsa banyak peranan dalam urusan Sudan selama ini, maka NAM dan OIC wajar mengambil bahagian untuk membantu Sudan mendapatkan keadilan dari masyarakat antarabangsa. Keadilan itu sukar dijamin kiranya ia dibiarkan kepada dunia yang tidak pernah adil kepada Sudan.

Dalam suasana seperti ini Sudan memerlukan bantuan, OIC dan NAM dapat memberikan apa yang Sudan mahu. Justeru itu Malaysia sebagai pengerusi kepada kedua-dua pertubuhan perlu segera bertindak bagi menyelamatkan perdamaian diwujudkan bersama oleh John Garang itu.

Pemergian pada ketika khidmatnya sangat dikehendaki oleh Sudan sekarang, adalah satu kerugian buat Sudan dan buat Presiden Al Bashir yang memerlukan rakan dan regu bagi membaiki dan membangunkan Negara dan perpaduan bangsanya.

Buat masa ini tragedy yang menimpa John Garang itu diratapi oleh umat Islam khususnya di Sudan walaupun mereka pernah berperang lebih 20 tahun dengannya. Walaupun dunia Islam dukacita atas kemangkatan Raja Fahd dari Saudi Arabia, tetapi mereka juga dukacita atas nasib John Garang walaupun tidak seagama, malah kejadian itu memberi kesan besar kepada Islam dan Sudan.

Dunia Islam mengharapkan penyokong-penyokong Garang meneruskan semangat barunya untuk membina Sudan untuk semua dan tidak menjadikan peristiwa itu mengubah pendirian kumpulannya.

SeTAPAK
02/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home