Subky Abdul Latif

Thursday, August 11, 2005

MANA MARUAH RAFIDAH?

APA yang Datuk Seri RAfidah Aziz jelaskan kepada kabinet belum diketahui. Tetapi lambat laun akan diketahui juga.

Yang dapat dilihat sekarang segala tanda tanya dan kekeliruan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir belum berjawab. Kabinet yang mendengar keterangan menteri Rafidah belum membuat kenyataan yang membela dan mempertahankan Rafidah dan Rafidah tidak dibenarkan membuat apa-apa kenyataan pula mengenai isu itu.

Dan Rafidah pun suka tidak diganggu oleh media tetapi dengan sikap Rafidah serta larangan kepadanya bercakap tentang isu itu tidak menjadikan Rafidah seorang menteri yang dapat mempertahankan bermaruahnya.

Justeru itu kenyataan mengampu Mahathir oleh seorang penyokongnya dalam kerajaan supaya Rafidah meminta maaf kepada Mahathir mulai dilihat berasas. Dan Mahathir sendiri lebih yakin dia masih berpenyokong telah mensifatkan Rafidah tidak berkata benar kepada Perhimpunan Agung UMNO mengenai isu AP.

Kerajaan dilihat tidak mahu mengambil tanggungjawab atas dasar dan pemberian AP oleh Rafidah sebelum dan selepas siding kabinet Rabu 10 Ogos 2005. Isu itu diserahkan oleh semua menteri kepada Rafidah. Jika Rafidah uzur, maka negara terpaksa tunggu Rafidah sihat dan balik berkhidmat.

Ia satu sikap yang jarang berlaku. Lazimnya individu menteri tidak mahir tentang isu sesebuah kementerian, tetapi menteri masih boleh bercakap dasar dan secara kasar terhadap tindakan kerajaan dan menteri sekalian.

Untuk keterangan terperinci barulah tiap-tiap menteri minta menteri berkenaan tampil membuat penjelasan. Secara umum semua menteri ada espirit de corp terhadap rakan kabinetnya.

Menteri-menteri hari ini dilihat mahu lari dari masalah Rafidah dan biarlah Rafidah menghadapi isu AP sendiri.

Kabinet yang bersidang 10 Ogos seolah-olah tidak mempertahankan Rafidah apabila dia dilarang jangan membuat kenyataan lagi, dasar permotoran (automatif) negara yang Rafidah kendali dikakatan ada kelemahan, satu jawatankuasa menggubal dasar permotoran Negara ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

Jika Rafidah diyakini oleh kerajaan dan dirasakan masih bermaruah, maka Rafidah wajar diberi kuasa menjelaskan langkah baru kerajaan tentang kelemahan dasar permotoran dan penubuhan jawatankuasa merangka dasar prmotoran Negara sekalipun pengerusinya adalah Perdana Menteri.

Walaupun dasar besar wajar dipengerusikan oleh Perdana Menteri, tetapi dengan menteri diberi peluang mengumumkan, maka ia boleh memberi kekuatan kepada menteri yang dipertikai itu.

Kabinet bukan seperti di zaman Tunku dan Tun RAzak dulu. Tiada menteri dulu mengumumkan keputusan kabinet mengenai kementeriannya. Apapun dulu orang yang mempengerusikan cabinet yang memberikan kenyataan. Sekarang menteri sendiri menjelaskan keputusan kabinet.

Dan bila Rafidah dihalang membuat kenyataan mengenai isu yang berbangkit, tindakan baru mengemaskan masalah itu pun tidak diberi kepadanya. Ia meletakkan diri dan imejnya di tempat yang rendah. Bahasa politiknya bermaruah rendah.

Bagi menteri dan politik bermaruah, lazimnya apabila seorang menteri yang terasa dirinya tidak diyakini lagi oleh kerajaan termasuk ketua kerajaan, maka anggota cabinet itu berundur secara baik atau secara tidak baik. Beerundur secara baik ialah dia berundur dan menerima apa saja kesan.

Secara kasar seperti yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hitam yang tesrasa Perdana Menteri Mahathir tidak begitu yakin dengannya, dia pun meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian mengambil langkah menentang atau mencabar ketua kerajaan.

Rafidah sekarang dilihat oleh orang ramai sebagai menteri yang bermasalah. Tidak diketahui siapa yang bersamanya dengan dasar-dasar pemberian APnya? Yang simpatipun tidak akan menyatakan berterangan. Dia akan bergantung kepada keluarga sekarang.

Dan bagaimana kerajaan hendak menghadapi pandangan umum dengan membenarkan anggota kabinetnya dilihat tidak disokong kabinet?

Pelaksanaan dasar yang dikatakan ada kelemahan itu memerlukan keterangan dan bukti. Apa dia kelemahan dan apa yang telah terjadi dari kelemahan dasar? Kelemahan pelaksanaan itulah yang sedang ditanggung oleh Rafidah.

Rafidah hanya dapat simpati atas langkahnya melaksanakan dasar yang lemah. Kerana dasar itu lemaha, maka Rafidah telah melakukan perkara yang tidak t epat sebagai yang dihendaki walaupun dia mungkin telah membuat setepat yang dihendaki oleh dasar.

Maka jiga demikian yang berlaku, Rafidah menjadi korban dan mangsa dasar yang lemah. Bukan salah Rafidah untuk membuat yang tidak disukai umum tetapi ia justeru dasar yang lemah. Maka Rafidah boleh menyatakan bahawa dia bukan menyeleweng tetapi dia diperangkap oleh dasar yang lemah.

Bersetujukah orang ramai, anggota cabinet dan Dr. Mahathir bahawa Rafidah tidak menyeleweng tetapi sekadar menjadi mangsa dasar yang lemah? Jika dasar menjadi punca, wajarkah dibiarkan Rafidah menghadapi alam pancaroba itu seorang diri?

Apakah kabinet tidak mahu langsung kengambil tanggugjawab atas kelemahan dan kesilapan yanag diketuai oleh Rafidah?

Dalam sausana demikian RAfidah yang maruahnya tercabar dan mesti mempertahankan maruah, wajar berundur secara bermaruah dan memberishkan didrinya di luar kerajaan kerana kerajaan kini membiarkan dia seorang diri.

Lebih mencabar maruah Rafidah ialah dakwaan Dr. Mahathir bahawa dia tidak membuat keterangan yang betul kepada Perhimpuna Agung UMNO. Ertinya Rafidah berbohong kepada partinya dan berbohong kepada ribuan parwakilannya. Jika kenyataan yang tidak betul itu dikira pembongan, maka yang turut dibohongi ialah Presiden UMNO sendiri.

Malang bagi UMNO dan Presidennya ialah masing-masing tidak tahu mereka diohongi oleh Rafidah. Bagaimana perwakilan Perhimpunan Agung boleh berdiam diri apabila Rafidah membonginya?

Tuduhan yang Dr. Mahathir buat itu mungkin ditujukan kepada individu Rafidah saja. Tetapi ia mendedahkan Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, ahli Majlis Tertinggi dan perwakilan tidak tahu mereka dibohongi dan kalau tidak disanggah oleh Dr. Mahathir mereka sangka Rafidah adalah benar.

Sekarang UMNO mesti menjawab cabaran Dr. Mahathir. Belum pernah ada keterangan dan tuduhan Perhimpunan Agung UMNO kena bohong dan diberitahu ia dibohongi.

Di bawah pimpinan baru ini, kata bekas Presiden UMNO, mereka semua kena bohong.

Rafidah mesti menyangkah yang dia membohongi UMNO. Jika tidak jawatankuasa disiplin mesti meneliti betapa Ketua Wanita UMNO dikatakan telah membohongi Perhimpunan Agung UMNO.

Dengan semua tuduhan itu Rafidah mesti mempertahankan maruahnya. Caranya ialah meletakkan jawatan dari kerajaan dan Ketua Wanita UMNO. Bagaimana Wanita UMNO berketuakan seorang yang memberi keterangan tidak betul kepada perhimpunan parti?

SeTAPAK
11/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home