Subky Abdul Latif

Thursday, August 18, 2005

MCA KA TING ADALAH MCA LEONG SIK

SIAPA yang akan menjadi Presiden MCA antara Ong Ka Ting dengan Chua Jui Ming pada pemilihan hari Sabtu 20 Ogos, 2005 ini?

Pemilihan ini sekadar untuk menentukan cengkaman bekas pemimpinnya Tun Dr. Ling Leong Sik akan berakhir atau dikekalkan.

Ong Ka Ting, Presiden yang tidak pernah dipilih ke jawatan itu sentiasa dilihat sebagai gambar Leong Sik dalam MCA.

Leong Sik adalah seorang pemimpin yang berjaya membebaskan MCA dari cengkaman pengaruh Lee San Choon yang begitu berakar dalam MCA selepas Tun Tan Siew Sin.

Leong Sik adalah antara pemimpin MCA yang besar, mungkin standing dan Tan Cheng Lock dan Tan Siew Sin. Tetapi beliau tidak dapat meneruskan penggalnya yang terakhir disebabkan popularitinya merosot. Dia terpaksa meletakkan jawatan bagi mengekalkan pengaruh dan nama baiknya dalam parti.

Dia tidak dapat mengekalkan perpaduan parti itu dihujung pimpinannya malah ia juga tidak padu selepas peninggalannya. Saingan politik politiknya Lim Ah Lik mendapat sokongan besar dan tidak memungkin MCA padu kiranya Leong Sik tidak berundur.

Justeru itu jalan keluarnya Leong Sik berundur, tetapi beliau memberi laluan kepada orangnya Ong Ka Ting menjadi pengganti. Jalan keluar itu hanya jalan keluar untuk peribadi atau pimpinannya, tetapi Leong Sik masih dilihat memimpin parti kerana Ka Ting adalah anak patungnya.

Leong Sik tidak undur sendiri. Dia hanya pergi kalau bersama yang pergi ialah Lim Ah Lik yang menjadi Timbalan Presiden ketika itu. Ia adalah satu tolak ansur yang terbaik.

Tetapi perlembagaan MCA memberi peruntukan penggantinya tanpa pemilihan perwakilan apabila pemegang jawatan mengosongkan kerusinya. Ong Ka Ting yang kebetulan ketika itu Naib Presiden yang terkanan secara otomatik mengisi kerusi terpenting itu.

Setengah pertubuhan sekadar memperuntukkan pengganti menjadi Pemangku sehingga ada satu pemilihan yang baru oleh perwakilan.

Ong Ka Ting dengan ini mengulangi sejarah Leong Sik menjadi Presiden MCA yang tidak dipilih ketika mengambil alih pimpinan. Seong Sik menjadi Presiden MCA kerana Presiden ketika itu Tan Koon Suan dijatuhkan hukuman penjara di Singapura.

Kiranya Leong tidak berundur, maka pengaruhnya akan menjadi lebih bergelora, bukan sekadar parti terus berpecah, malah beliau sendiri tidak mungkin dapat mempertahankan kedudukannya.

Samada dia mempertahankan jawatannya atau berundur, kerusi Presidan itu pasti dipertanding oleh Team B yang disebut-sebut ketika itu ialah Chua Jui Ming yang mencabar Ka Ting sekarang.

Dalam apa keadaan Chua Jui Ming diramalkan boleh mengalahkan Leong Sik dan tidak mustahil beliau boleh mengalahkan sesiapa saja calon yang mewakili kumpuan Leong Sik.

Ka Ting adalah anak didik Leong Sik yang memulakan kerjarya politik sebagai Setiausaha Politik kepada Leong Sik. Beliau naik dari satu tangga ke satu tangga dalam kerajaan yang ikut selari dengan kedudukan dalam parti. Kedudukan dalam kerajaan banyak memberinya kesempatan menduduki tempat terbaik dalam parti.

Kiranya Leong Sik tidak berundur, maka beliau akan menjadi tokoh MCA yang tidak popular selepas Neo Yee Pan.

Semua Presiden MCA menghadapi tempoh berundur yang kira-kira sama. Hatta Presiden Pengasasnya Tun Tan Cheng Lock yang tidak dilihat bermasalah dalam pimpinannya, digulingkan mengejut oleh Lim Chong Eu.

Dr. Lim Cehong Eu terpaksa berundur sebelum tempoh penggal pertamnya tamat kerana beliau tidak dapat menyesuaikan diri dengan Tunku Abdul Rahman Putra. Tan Siew Sin yang menjadi Presiden untuk beberapa penggal kemudiannya berdepan dengan golongan reformasi dalam MCA yang dipimpin oleh Dr. Lim Kheng Yik yang menjadi Presiden Gerakan sekarang.

Siew Sin memecat Lim Kheng Yik yang mengumumkan untuk mencabarnya dalam pemilihan berikutnya. Berikutnya Siew Sin memberi laluan kepada Lee San Choon untuk mengambil pimpinan parti. Lee San Choon kira-kira adalah sama seperti Ong Ka Ting pada masa itu.

Beliau bermula sebagai Setiausaha Politik Siew Sin dan merangkak dari satu kedudukan dari bawah hingga ke atas. Kekalahan tokoh-tokoh MCA dalam pilihan raya umum 1969 membuka jalan kepada San Choon menjadi pemimpin MCA hinggalah terpaksa berundur kerana didak dapat menyesuaikan diri dengan Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu.

San Choon adalah pemimpin MCA seperti Leong Sik ketika itu. Dia menjadi ketua klik kumpulannya menunjukkan Neo Yee Pan sebagai pengganti bagi menyelematkan pengaruhnya dalam MCA, tetapi akhir dicabar oleh Tan Koon Suan bersama Leong Sik.

Bukan sekadar Neo Yee Pan tidak selamat, pengaruh San Choon dalam MCA itu tidak selamat terutama apabila Leong Sik kemudiannya menjadi penggaruh yang penting hingga sekarang.

Chua Jui Ming tidak mempunyai peluang yang sama dalam menghadapi Ong Ka Ting jiga dibandingkan kalau yang ditentang itu Leong Sik sendiri. Tetapi Chua Jui Ming adalah orangnya untuk boleh mengakhiri pengaruh Leong Sik. Kalau yang bertanding itu Leong Sik, hampir pasti Chua Jui Ming akan menang.

Tetapi Ka Ting yang berupaya menarik penyokong calon Timbalan Presiden yang menjadi regunya, Chan Kon Choi, telah dapat mencuri sebahagian dari penykong Lim Ah Lek dalam Team B yang dipimpin oleh Chua Jui Ming sekarang.

Ong Ka Ting yang menjadi Presiden lebih dari setahun mendapat banyak peluang berkempen dan jentera parti banyak terdedah kepada pengaruh presiden parti.

Keduanya adalah berusaha menjadi Cina Malaysia yang terbaik. Dalam masalah ini dari segi wajjah, Chua Jui Ming dilihat seperti muka Cina campur Melayu atau memiliki rupa antara Cina dan Melayu. Sedang Ka Ting sebiji macam muka Cina tulen.

Dari berbahasa Malaysia juga Chua Jui Ming bercakap seperti orang Malaysia, tetapi Ka Ting masih kelihatan seperti ‘mualaf’ Malaysia.

Ka Ting menggunakan modal sebagai Preisden yang dapat menyelesaikan banyak masalah. Ia diakui oleh Chua Jui Ming. Tetapi katanya ia adalah tugas Presiden menyelesaikan semua perkara yang berbangkit. Contohnya kalau ada kebakaran, siapa pun mesti memadamkannya.

Ka Ting bermodalkan pimpinan berpasukan, manakala Chua Jui Ming bermodalkan pembaharuan – MCA baru, pimpinan baru dan Cina Malaysia baru.

SeTAPAK
18/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home