Subky Abdul Latif

Monday, August 22, 2005

PAS LESU SELEPAS MUSLIMAT DIMARTABAT

SEJAK PAS bersama oleh empat tokoh ulama serangai iaitu Almarhum Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Almarhum Dato Fadzil Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS dilihat sebagai parti sangat konservatif tetapi adalah parti yang berdaya maju dan amat dihormati kawasan dan lawan.

Kebetulan di bawah kepimpinan tokoh yang demikian, PAS mula mengorak apa yang diiklankan sebagai kepimpinan ulama. Ketika itu dan justeru itu ia mendapat suntikan semangat yang amat maksima.

Tetapi PAS terus dikritik dari kiri dan kanan atas status Muslimat dan peranannya pada masa itu. Muslimat berada di tempatnya yang khas dalam semua kedudukan – tidak dekat tetapi tidak jauh. Dalam saf mereka tidak sebaris dan tidak di sebelah menyebelah. Tetapi ia adalah dalam badan yang satu dan beratu dalam bentuk ia di belakang dan ia juga ada di depan.

Statusnya dalam parti adalah sama, jika diibaratkan dalam bentuk solat, semua dikehendaki solat tetapi tidak menjadi imam dan bilal tidak dalam saf yang satu, dan dalam solat jenazah belum diminta muslimat ikut serta sekalipun jenazah yang disolatkan itu adalah muslimat.

Justeru itu muslimat tidak menjadi calon pilihan raya dan dalam muktamar mereka tidak duduk sebaris tetapi tidak dipisahkan oleh tabir.

Semua yang di luar PAS mengkritik PAS dan yang membela PAS ialah muslimat dalam PAS. Semua anggota Muslimatnya tidak perenah merasa mereka didiskriminasi, mereka suka dalam keadaan seperti itu dan mereka tidak pernah minta mereka disamakan dalam serba serbi.

Dalam keadaan seperti itu semua pihak – kawan dan lawan – menghormati PAS dan mahu berkawan dengan PAS. Yang mengkritik secara terang dan cara senuyap akan sikap PAS itu pun menghormati dan suka berkawaan dengan PAS.

Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengenepikan calon wanita Semangat 46 bertanding di Kelantan kerana bimbang sekutunya tidak menyokongnya, tetapi PAS kata kepadanya, ‘Letaklah.’ Ia adalah menggambarkan pandangan orang luar PAS terhahdap PAS.

Tidak pernah PAS dikira dan dilihat lemah dengan sikap itu malah ia adalah tenaga yang diharapkan menjadi parti alternatif dan selama-lamanya dikira satu-satunya peretubuhan yang boleh menjadi kerajaan menunggu. Dalam muafakat-muafakat yang disertainya dengan orang-orang yang berpisah dengan UMNO, tidak ditolak kemungkinan PAS kedepan kiranya tahaluf itu berjaya.

Dalam keadaan PAS dikritik tentang kedudukan Muslimat itu, ketika Anwar Ibrahim meringkuk di Penjara Sungai Buloh, pemimpin PAS disetujui membacakan pengumuman-pengumuman penting BA. Tiada yang membantah penyertaan dan peranan PAS dalam muafakat itu.

Dalam keadaan yang ada padanya PAS berjaya menjadi pembangkang paling banyak kerusi di Parlimen dalam pilihan raya umum 1999. Dato Fadzil Noor diterima menjadi Ketua Pembangkang dan kemudiannya digantikan oleh Dato Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam keadaan yang PAS tidak dapat kuasai, pemimpin-pemimpin PAS terpaksa duduk sebaris dan sebelah menyebelah dengan tokok-tokoh wanita parti kerabatnya dalam majlis-majlis yang mereka dikehendaki ada bersama. Tidaklah wajar pemimpin PAS, Almarhum Dato Fadzil menolak duduk dekat Datin Seri Wan Azizah Ismail atau Taresa Koh dari DAP dalam perjumpaan yang mereka mesti bersama baik tertutup atau terbuka, baik ia dianjurkan oleh PAS atau pihak lain.

Ia suatu yang diterima dan ada siasah yang dipegang bagi menghadapi suasana dalam suasana yang ada.

Tetapi ia tidak boleh dijadikan isu mengapa anggota Muslimat PAS tidak duduk dekat pemimpin parti sedang mereka boleh duduk dekat wanita lain. Itulah yang dapat kita buat kalau kita memilih untuk berperanan dalam keadaan yang ada.

Menakala dalam rumah kita dan sesama keluarga kita, kita berhak menentukan pndirian kita dan kita sudah membuat pendirian itu, maka kita boleh terus dengan pendirian dan dasar yang sudah dibuat.

Saya percaya pendirian parti termasuk kedudukan Muslimat itu adalah betul. Sekalipun PAS tidak pernah menang besar dalam pilihan raya tetapi PAS digeruni, dihormati dan disegani. Kita terima kita tidak menang kerana kita tahu yang memenangkan itu adalah Allah.

Kita tahu yang betul itu adalah Nuh a.s. tetapi Nuh tidak diterima oleh kaumnya. Yang menentukan kedudukan Nuh dan kaumnya itu Allah. Tetapi pegangan Nuh selama 950 tahun itulah yang menyelamatkannya dalam banjir besar di zamannya.

Supaya PAS lebih berperanan dan supaya ia dilihat terbuka PAS membincangkan kedudukan Muslimat dan bersetuju kembali kepada apa yang dikatakan dasar asal PAS membolehkan Muslimat dicalonkan dalam pilihan raya.

Ia bukan tuntutan Muslimat tetapi ia dilemparkan kepada Muslimat oleh pimpinan PAS dan segera disambut oleh setengah Muslimat yang memang menunggu buah luruh.

Pandangan saya dari awal tidak berubah. PAS ada pendiriannya yang betul tetapi dilihat konservatif dalam hal tertentu. Ia dibuat atas fahaman Islam dan kita mentafsirkan Islam begitu masa itu.

Ia tidak pernah menghalang PAS lebih berperanan dan dengan kebekatan perjuangan yang ada, maka PAS telah dilihat ada dan berperanan. PAS dikehendai supaya ada walaupun tidak semua orang Islam menyertainya.

PAS percaya ia telah mencapai kejayaan paling gemilang dalam sejarahnya dalam pilihan raya 1999. Pada saya PAS mendapat kejayaan itu adalah berkat pendiriannya itu. Walaupun kejayaan itu kerana perkembangan politik pada masa itu, tetapi kita di situ pada masa itu dengan dasar kita pada masa itu. Kita menerima kejayaan seperti itu adalah kerana perjuangan itu diberkati.

Orang kata pendirian PAS mengenai Muslimat dan wanita adalah jumud. Dalam keadaan seperti itu kita dikehendaki oleh semua pihak. Semua mahu mengadakan kerjasama dan semua mahu PAS serta dalam semua kegiatan menentang kezaliman.

Saya mengingatkan pimpinan pada masa itu, kita takut PAS yang sudah diterima itu hilang berkat atau tidak dapat mengulangi kejayaanya apabila kita kaji semula pendirian kita atas faktor luaran bukan atas sebab yang kita sendiri fikir PAS mesti berubah.

PAS mesti berubah kerana sebab-sebab Islam dan kerana PAS mengatakan kita mesti berubah. Kita bukan berubah kerana kritikan dari luar terutama dalam isu Muslimat atau wanita.

Orang kritik kerana pimpinan Muslimat tidak duduk sebaris dengan pimpinan lain. Kita sensitif atas kritikan itu, maka ubah. Kita patut ubah bukan kerana apa orang kata, tetapi kerana Islam kata wajar Muslimat duduk di situ.

Saya tidak pernah menyembunyikan padangan saya. Saya sangat bimbang PAS hilang keberkatan.

PAS kembali kepada apa yang dikatakan dasar asal PAS, membenarkan calon Muslimat bertanding. Harapannya ialah untuk lebih berperanan dan untuk menarik undi wanita yang banyak. Saya tidak kata langkah penyesuaian itu tidak Islam, tetapi saya bimbang suasana semua orang suka kepada kita akan bertukar menjadi orang tidak suka.

Seelok saja perubahan itu kembali kepada dasar asal diterima, maka DAP mengabil keputusan keluar dari BA. Kemudian banyaklah kritikan terbuka dibuat oleh rakan-rakan terhadap apa yang PAS buat. Semua ini menyukar PAS untuk berhadapan dengan masyarakat.

Ketika Dato Fadzil masih ada, kita tidak tahu apa patut dibuat dengan pilihan raya kecil di Bentong yang DAP bertanding. Patut bantu atau tindak? DAP sudah keluar BA.

Lepas itu Muslimat dapat apa yang ia mahu, tetapi PAS yang sudah terbuka itu hilang apa yang sudah ada.

PAS tidak tertarik membincangkan apa yang saya suarakan kerana ia sikap yang dilihat mundur, tetapi saya rasa dengan sikap yang sangka maju dan terbuka itu, PAS sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat. Dulu ia tidak disokong, tetapi disegani dan ia diperlukan ada.

Sekarang PAS ada tertapi ia dirasakan seperti tiada. Sikap kita sudah terbuka dan sudah dirasa elok, tetapi penerimaan orang semasa tidak berapa elok dulu adalah lebih baik dari ketika ia sudah elok.

Cabaran besar yang dihadapi oleh Muslimat sejak ia diberi semula kedudukan sebaris dan seiring dengan semua lapisan ialah ia menghadapi krisis perpaduan yang tidak kunjung selesai sejak enam tahun atau lebih yang lalu.

Kelesuan yang ada bukan baru. Ia sudah terbayang sejak pertengahan pimpinan Al-marhum Dato Fadzil. Kalau beliau masih bersama kita, belum tentu fenomina yang ada dapat dihindarkan.

Tugas PAS sekarang ialah mencari kerjasama dengan makhluk dilangit, bukan dengan makhluk yang merasakan dasar PAS tidak betul dari luar PAS.

SeTAPAK
22/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home