Subky Abdul Latif

Monday, August 15, 2005

RAFIDAH: SOKONG SHAHRIZAT MEMBAWA REBAH

DATO SERI Rafidah Aziz, Menteri MITI masih mahu berfikir dan berkhidmat setelah menghadapi krisis AP dan perbedaannya dengan Dr. Mahathir yang cuba dijadikannya bapa.

Tiba-tiba dia mengumkan untuk memansuhkan pemberian AP kepada peniaga kereta. Reaksi Perdana Menteri kenyataan Rafidah itu bukan dasar kerajaan tetapi pandangannya pada masa itu.

Orang yang masih mahu berfikir tidak semesti boleh lagi berfikir. DEngan kenyataannya yang terbaru yang Perdana Menteri tidak dapat pertahankan, terasa Rafidah sudah tidak boleh berfikir sebagai menteri dan pemimpin Wanita UMNO.

Jika ada setingkat lagi gangguan, maka berkemungkinan pemikiran politiknya menyamai orang yang terlalu tua atau dari segi wanita ia menuju arah nenak kebayan.

Dalam situasi seperti inilah beliau dipertahankan oleh timbalannya Dato Shahrizat Jalil yang juga seorang menteri. Katanya kira-kira, Wanita UMNO terus menyokong pimpinannya.

Tahukah Shahrizat apa yang disokong dan apa yang hendak dipertahankannya dalam kedudukan Rafidah sekarang? Mungkin Shahrizat seorang yang jujur kepada Rafidah dan setia.

Tetapi sokongannya boleh membawa rebah.

Rafidah kini berhadapan dengan dua isu.

Pertama, pengendalian pengeluaran AP yang tidak dapat diterima oleh cabinet hingga menyebabkan kerajaan terpaksa menubuhakan jawatankuasa menggubal Dasar Permotoran Negara. Komiti ini akan menentukan dasar AP selepas ini.

Kedua, dakwaan Dr. Mahathir bahawa Rafidah telah memberi kenyataan yang tidak betul kepada Perhimpunan Agung UMNO Julai lalu.

Isu ini bagi UMNO adalah lebih serius dari isu anugerah AP. Isu AP boleh diselesaikan terutama apabila cabinet sudah mengambil alih penentuan dasar dari menteri dan kementerian kepada jawatankuasa menggubal dasar baru.

Tetapi pemimpin tertinggi UMNO dan menteri memberi ketereangan tidak betul kepada perhimpunan UMNO adalah perkara yang besar.

Martabat Perhimpunan UMNO adalah sama dengan martabat sebuah parlimen. Tidak siapa dibenarkan berbohong. Memberi pandangan tak bernilai tidak salah. Ia sekadar memudaratkan wibawa orang bercakap itu saja.

Tetapi memberi kenyataan tidak betul atau berbohong adalah salah.

John Profumo, Menteri Perang British di zaman Perdana Menteri Herold Macmilan, salah seorang calon Perdana Menteri terpaksa meletak jawatan dari cabinet dan parlimen atas dua sebab.

Pertama atas isu sebenar iaitu terlibat dalam skendal sex dengan Christine Keeler dan membabit diplomat Soviet Union. Diplomat itu dipercayai pengintip.

Isu kedua, berbangkit dari isu pertama, John Profumo berbohong di parlimen. Ketika kisah itu ditanya di Parlimen, dia menafikan penglibatannya. Media membuktikan dia terlibat. Dia minta maaf kerana berbohong di Parlimen dan meletakkan jawatan.

British Glokal mengutuk sebarang skendal termasuk skendal jantina. Tetapi kesalahan berbohong lebih sensitif.

Seorang yang berbohong di parlimen boleh dikenakan tindakan disiplin. Apakah berbohong atau membuat kenyataan yang tidak betul kepada perhimpunan agung UMNO tidak dipandang berat oleh UMNO?

Yang menuduh Rafidah tidak memberi keterangan betul ialah Dr. Mahathir bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri. Dakwaan itu dipercayai dibuat dengan penuh tanggungjawab.

Jika kejadian ini berlaku di Jepun, nescaya pemimpin Jepun akan diminta mengosongkan kerusinya. Dalam kes seperti ini bukan sekadar orang besar yang didakwa membuat kenyataan palsu dikenakan sasaran, p emimpin utama yang membiarkan persidangan mendengar kenyataan palsu dan tidak membuat teguran awal ikut menjadi sasaran.

Jika perhimpunan UMNO itu adalah persidangan parti pemerintah Jepun, sah Rafidah dan Pak Lah akan diminta mengambil sikap pertanggungjawaban. Kedua-duanya wajar berundur.

Shahrizat mesti faham dan peka masalah yang dihadapi oleh Rafidah sekarang. Shahrizat lebih baik tutup mulut dulu supaya Rafidah membersihkan dirinya dari tohmah membuat keterangan tidak betul. Ia telah mengelirukan tiga juta ahli UMNO.

Daripada Sharizat membuat sokongan kesetiaan seperti Hang Tuah setia kepada Raja Melaka, maka baik saja dia diam.

Sokongan Shahrizat yang tidak berlapk itu adalah menyokong pembohongan kepada Perhimpunan Agung UMNO.

Dakwaan Dr. Mahathir itu belum tentu betul. Kedudukan setiap dakwaan adalah tidak betul hingga dibuktikan betul. Tanggungjawab membuktikan tidak betul mesti datang dari Rafidah. Apabila Rafidah tidak membuat sebarng penjelasan, maka Rafidah sseperti mengakui ia betul.

Tugas Wanita UMNO sekarang ialah meminta Rafidah membuat penjelasan apa sebenarnya kedudukan perkara itu. Rafidah tidak membela diri. Tiba-tiba Shahrizat dating jadi hulubalang menyokong Rafidah yang dituduh dr. Mahathir itu.

ADakah Shahrizat tidak menghiraukan kenyataan Dr. Mahathir? Salah seorang antara Dr. Mahathir dan Rafidah adalah betul. Dan seorang lagi salah. Kedua-duanya betul adalah tidak betul. Tetapi kalau kedua-duanya tidak betul ada kemungkinan betul.

Kalau Rafidah betul, maka yang salah ialah Dr. Mahatahir. Pendirian Shahrizat itu ssecara jelas adalah menolak pandangan Dr. Mahathir. Mungkin dia tidak berniat mengenepikan Dr. mahathir, tetapi dengan memihak kepada Rafidah tanpa mengambil kira dakwaan Dr. Mahathir, menyebabkan Shahrizat menjadi seorang yang tidak membuat kajian sebelum menentukan keputusan.

Wanita UMNO wajar menyokong Rafidah sebagai pimpinan. Tetapi Wanita UMNo mesti memastikan Rafidah sentiasa dalam kedudukan yang betul. Jika dibenarkan Rafidah tidak membuat penjelasan tentang kenyataan dr. mahathir itu maka ini bererti wanita UMNO menolak kenyataan Dr, Mahathir tanpa usul periksa.

Sokongan terhadap Rafidah oleh Shahrizat pada masa ini adalah menyokong seorang yang membuat kenyataan tidak betul pada perhimpunan agung UMNO. Ini bererti Wanita UMNO rela dibuat begitu oleh Rafidah.

Mungkin orang lain lebih banyak berbohong di perhimpunan itu. Tetapi yang berbangkit hanya Rafidah saja diberitahu telah membuat kenyataan tidak betul.

Rafidah boleh selamaat dari berbohong kalau kenyataan yang dibuatnya tidak tepat tetapi tidak berniat membohong. Atau dia tidak tahu yang dia berhohong.

Kenyataan tidak tepat tidak semesti berbohong. Ia boleh jadi kesilapan.

Tetapi pemimpin yang sepertinya tidak boleh berbohong dan tidak boleh silap.

Rafidah boleh jadi silap. Tetapi Shahrizat adalah melakukan apa yang peribahasa kata sokong membawa remah.

Dia sesbenarnya belum membela Rafidah, tetapi boleh menyulitkan Rafidah. Shahrizat mesti membantu Rafidah dengan nasihat bukan dengan semuanya betul. Shahrizat jangan jadikan Rafidah sampai ke tahap kebayan.

SeTAPAK
15/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home