Subky Abdul Latif

Thursday, August 25, 2005

SISWA TAK BACA AKHBAR MELAYU

TENAGA akadamik Universiti Malaya memberitahu seminar Peranan Akhbar Melayu Dalam Agenda Kebangsaan betapa mahasiswa yang ditanya di universiti itu menjawab mereka tidak membaca akhbar Melayu, sebaliknya budak-budak Melayu lelih suka membaca akhbar khususnya The Star yang dipunyai oleh MCA itu.

Datuk Kadir Yassin, bekas Katua Pengarang NST ketika membentang kertas kerjanya seperti mengesahkan kenyataan profesor itu dengan meemtik angka pengedaran akhbar Cina yang terbesar lebih 400,000 sehari, akhbar perdana Inggeris masing-masing lebih 300,000 tetapi dua akhbar perdana Melayu leblilh 200,00 saja.

Tentang mutu akhbar pula, Dato Kadir menunjuk dengan tangannya sambil berkata, ‘Mutu berita akhbar Melayu begini.’ Beliau menambah kata, ‘Mutu berita akhbar Inggeris begini..’ sambil mengangkit tangannya tadi ke atas.

Maksudnya berita akhbar Melayu rendah dibandingkan akhbar Inggeris. Tiada ilmu yang dapat dari akhbar Melayu, tetapi kalau mahu ilmu carilah dari anggbar Inggeris.

Mior Kamarul Shahid, bekas Timbalan Ketua Pengarang Berita Harian, Manja Ismail, Timbalan Pengarang Berita Harian yang hadir tidak menjawab. Seminar itu dianjurkan oleh Persatuan Bekas Watawan Berita Harian, Persatuan Wartawan Melayu Kelantan dan Jabatan Antropolilgi dan Sisiologi Universiti Malaya.

Kadir menyebut keadaan itu ada hubungannya dengan pantauan yang lebih dari pihak berkuasa terhadap akhbar Melayu hingga menyebabkan kebebasan akhbar itu tidak standang dengan kebebasan akhbar Cina dan Tamil, dan pantauan terhadap akhbar Inggeris tidak setara perhatian terkadap akhbar Melayu.

Kadir dan tenaga akadimik juga menyebut undang-undang baru mengenai penerbitan, mesin cetak dan sebagainya antara punca kelemahan, sedang Kadir berkata, undang-undang yang sedia ada mampu mengawal akhbar bertanggungjawab atas kerjaya waratawan.

Saya menyebut lebih dulu tentang tidak perlunya undang-undang yang baru itu kerana kanun jenayah yang ada sudah mencukupi.

Saya memberi beberapa perkara mengapa akhbar-akhbar Melayu tidak diminati. Pertama kebanyakan beritanya sudah disiarkan oleh radio dan TV sehari sebelumnya. Maklumat itu sudah dalam pengetahuan umum. Pembaca mau maklumat lain pula.

Kebanyakan ketua pengarang akhbar di negara ini berhenti kerana bersara. Tiga dari lima dari Ketau Pengarang Utusan Melayu diberhentikan. Hanya Mazlan Nordin bersara kerana cukup umur walaupun beliau menyamabung perkhidmatanna di situ di bahagian lain. Seorang lagi masih berkhidmat.

Ketua Pengarang Berita Harian sebelum ini juga diberhentikan. Yang terakhir diberhentikan ialah Ketua Pengarang NST Tan Sri Abdullah Ahmad.

Kejadian ini menyebabkan para pengarang lebih bersifat makan gaji dari mnumpukan perkhidmatan dari segi professional.

Suasana ini menyebabkan para pengarang tidak sedar mereka boleh menyumbang kepada motif propaganda dari sumbangan menyampaikan maklumat.

Nipisnya perbezaan maklumat dan propaganda itu adalah ibarat kulit bawang. Jika pengarang tidak berhati-hati mereka tidak berkhidmat untuk memberi maklumat tetapi lebih banyak menyampaikan bahan propaganda.

Kiranya yang disiarkan itu adalah bahan propaganda, adalah lebih baik ia tidak dibaca oleh mahasiswa kerana kita tidak mahu otak belia yang masih bersih itu diisi dengan bahan propaganda.

Nilai berita Utusan Melayu sebelum mogok tdak lama sebelum pembentukan Malaysia adalah berbeza. Masa ia adalah benar akhbar penyebar fikiran rakyat. Apabila Almarum Yusuf Ishak pengasas akhbar itu membuka sekali lagi sahamnya kepada orang Melayu, maka UMNO membeli kebanyakan sahamnya, bukan sekadar matlamat akhbar itu bertukar, malah Almaarhum Yusuf Islam sendirdi diberhentikan.

Tan Sri Samad Ismail, pengarangnya semasa di Singaura ditukarkan ke Jakarta dan diberhentikan sejurus sebelum akhbar itu berpindah ke Kuala Lumlur. Pengarang selepasnya Said Zahari kerana terbabit dengan mogok bukan sekadar diberhentikan malah tidak dibenarkan masuk semula ke Malaysia.

Bagaimana Berita Harian dapat diterima sebagai akhbar orang Melayu sedang ketika kelahirannya ialah adalah diterbitkan oleh The Stratis Time, sebuah syarikt milik asing berpejabat di Singapura.

Bagaimanapun berita ketika itu agak berbeza dan tidak begitu terkongkong. Tetapi apabila syarikat penerbitnya dipindahkan kepada syarikat Malaysia, iaiu New Straits Time, sahamnya jatuh kepada pemegang saham yang dikuasai oleh UMNO, maka dasar Berita Harian sudah sama seperti Utsuan Melayu.

Masing-masing menjadi akhbar yang mencerminkan fikiran kerajaan atau pemikiran siapa yang menjadi Perdana Menteri.

Apabila pemikiran bergantung kepada pemikiran Perdana Menteri, maka ia lebih terserlah sebagai perkhidmatan propaganda. Perkhidmatan maklumat jadi perkara kedua.Maklumat yang demikian lebih dikenali sebagai maklukat propaganda. Dalam propaganda mana ada maklumat?

SeTAPAK
25/08/05

1 Comments:

  • Bengkel Asas Penulisan Bersama Kartunis Zunar di Pej keADILan Senai pada 31 Ogos.Berminat hubungi Nurin 012 7616421.Bayaran rm 10 shj.

    By Blogger sri_gading, at 7:55 PM  

Post a Comment

<< Home