Subky Abdul Latif

Tuesday, August 02, 2005

TAKZIAH ATAS KEMNGKATAN RAJA FAHD

PAS dan anggotanya, Malaysia dan rakyat, umat Islam dan dunia seluruhnya mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Raja Fhad dan rakyat Arab Saudi seluruhnya yang berduka cita atas kemangkatan Raja Fahd pada 01 Ogos 2005.

Pemergian baginda mengakhiri satu pemerintahan yang telah meletakkan Arab Saudi dalam arena politik dan diplomasi antara bangsa yang penting. Tetapi di akhir pemerintahan baginda juga meletakkan Arab Saudi dalam satu suasana tegang berikutan dengan imej buruk yang dialami oleh Islam seluruhnya termasuk Arab Saudi khususnya.

Dasar anti Islam pentadbiran George W. Bush sebelum dan selepas peristiwa 11 September 2001 telah mengganggu persahabatan dan penerimaan barat dan Eropah terhadap kerajaan dan pimpinan Arab Saudi. Perkembangan dan kegiatan warga Saudi dalam dan luar Negara yang tidak senang dengan dasar anti Islam Bush dan barat itu membuka ruang kepada pemerintahan baginda memikirkan semula hubungan dan sikap kebaratan yang berlebihan selama ini.

Meskipun Arab Saudi sentiasa menjaga hubungan terbaik dengan Amerika, tetapi dasar anti Islam Bush tidak dapat menghargai dasar dan pendirian Saudi itu malah apa yang diberikan selama ini masih tidak cukup. Tamak haloba barat itu mengganggu persahabatan selama ini.

Dalam suasana seperti inilah Raja Fahd dipanggil pergi oleh Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani,

Pemergian baginda tidak mungkin meletakkan istana Arab Saudi dalam kekosongan kerana Putera Abdullah yang mengambil alih takhta telah menjalankan pemerintahan secara aktif sejak Al Marhum Raja Fahd uzur pertengahan tahun 1990an.

Raja Abdullah dikira bertanggungjawab dengan pentadbiran dan keputusan Negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dijangka tidak akan membuat banyak perubahan. Oleh itu dunia tidak akan melihat banyak kelainan dalam perubahan pemegang takhta.

Bagaimanapun inilah masa terbaik bagi pentadbiran Arau Saudi bagi mengimbangi suasana supaya dunia Islam tidak terus tertekan dan bebas dari kongkongan barat.

Perubahan serentak ketua Negara Arab Saudi dan Iran boleh memulakan usaha memadamkan imej buruk yang diberi oleh dunia asing kepada Islam dan dunia Arab, peperngan terhadap keganasan bukan satu peperangan terhadap Islam, dan Islam mesti dilihat positif.

Raja Abdullah menaiki takhta di tengah-tengah Britian menghadapi menyelesaikan isu pengeboman terhadap sistem kenderaan awam bawah tanahnya. Suasana itu seolah-olah mahu meletakkannya sebagai paksi anti Islam yang baru. Tetapi masyarakat Britain mula menerima bahawa huruhara di London itu adalah natijah dari dasarnya menceroboh Iraq.

Raja Abdullah datang ke tengah gelanggang dalam isu Iraq menguasai dunia dan apa yang dunia boleh dapat dari pengaruh dan diplomasinya bagi m,eletakkan dunia pada kedudukan yang betul. Dan baginda juga memulakan pemerintahan ketika harga minyak dunia terlalu tinggi. Apa sumbangan baru bagi mengatasi krisis yang bermacam-macam ini.

Ketika Amerika dan Britian di minta keluar dari Asia Barat, apa yang Raja Abdullah dapat mainkan bagi menstabilkan rantau itu supaya pentadbirannya benar-benar dilihat sebagai satu rahmat.

SeTAPAK
02/08/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home