Subky Abdul Latif

Saturday, September 10, 2005

CUKAI JALAN, BERI SEGENGGAM AMBIL DUA GENGGAM

SETELAH kerajaan memansuh cukai jalan bagi motosikal bersisi rendah, maka kerajaan seolah-olah bermurah hati lagi lalu beberapa kenderaan yang disifatkan tidak mewah dikurangkan antaranya hingga separuh mulai Isnin 12 September, 2005.

Ia kira-kira sedekah kerajaan kepada rakyat. Tetapi bagi kereta injin disel tidak sedekah dari kerajaan kerana ia termasuk mewah, walaupun tujuan menggunakan injin disel itu asalnya untuk tujuan berekonomi atau berjimat.

Sedekah kerajaan kepada rakyat itu dibuat setelah kerajaan dalam tahun ini saja menaikkan harga minyak sebanyak tiga kali. Maka serentak dengan pemotongan cukai jalan itu kerajaan cuba menunjukkan baiknya lagi dengan jaminan tiada lagi kenaikan minyak hingga akhir tahun ini.

Maknanya tiada kenaikan sampai empat kali tahun ini. Memadailah tiga kali saja.

Dengan kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri, tiada lagi kenaikan minyak hingga akhir tahun ini, memberi ingatan tiada jaminan ia tidak dinaikan awal tahun depan.

Ketika pengumuman itu dibuat 7 September lalu, tahun ini tinggal tiga bulan tiga minggu saja lagi.

Rakyat bolehlah berlapang dada menghadapi puasa, hari raya puasa, hari raya Natal dan lain-lain dengan pemotongan cukai jalan dan tiada kenaikan baru harga minyak.

Tetapi dalam masa tiga bulan tiga minggu itu rakyat sedang berhempas pulas menghadapi natijah kenaikan minyak sebelum ini seliter petrol 10 sen dan disel 20 sen. Kenaikan itu ibarat kerajaan telah mengambil dua genggam dari rezeki rakyat dan yang disedekah kepada tuan punya kenderaan melalui pemotongan cukau jalan itu sekadar segenggam saja.

Ia ambil dua genggam, ia beri segenggap.

Cukai jalan itu sudah sedia tinggi. Apabila dikurangkan pun ia terasa tinggi juga. Namun berapa pun tinggi cukai jalan itu ia tetap lebih murah dari kenaikan minyak yang acap dan tinggi itu.

Pengalaman saya, dari cukai jalan yang direndahkan itu saya mungkin dapat menyelamatkan hingga RM100 atau lebih setahun. Dalam suasana nilai ringgit yang rendah ini apalah ertinya RM 100 setahun? Benda yang sangkut di celah gigi saja pun lebih RM 100 setahun.

Tetapi bajet minyak pula sebelum kenaikan yang kedua tahun ini setelah menggunang perjalanan, sekadar menghantar dan mengambil budak sekolah, ke pasar yang tika kilometer saja dari rumah ke surau atau masjid tidak lima kali sehari, sekadar sekali atau dua kali saja sehari, maka saya berbelanja sebanyak RM 25 seminggu.

Kalau ada urusan di luar kawasan, jemputan kahwin, menziarahi orang sakit di hospital, menziarahi orang mati dan lain-lain, maka peruntukan minyak itu banyak bertambah. Kalau mahu berjimat, maka kurangkan ke majlis kahwin yang di luar mukim, kurangkan menziahari orang sakit dan orang mati. Terpaksa begitu nampaknya.

Selepas kenaikan yang kedua, maka peruntukan RM 25 seminggu itu sudah tidak praktikal lagi. Terpaksa berbelanja atas minyak sebanyak RM 40 seminggu.

Berbelanja sekadar RM 40 seminggu atas minyak, adalah taraf yang belum masuk ke paras kemiskinan. Kalau RM 30 seminggu sah ia di paras kemiskinan atau di bawah paras kemiskinan.

Itu atas beban kenaikan minyak runcit saja. Apa pula hendak dikira dengan kanikan barang keperluan akibat dari kenaikan minyak tadi.

Kesan yang saya terpaksa tanggung atas minyak sebelum kenaikan yang ketiga kalau tak ke mana-mana sekitar RM 60 sebulan. Dalam masa kurang dari dua bulan saja tambahan belanja atas minyak sudah sama dengan RM 100 setahun yang diselamakan dari cukai jalan yang direndahkan itu.

Saya selamat RM 100 setahun atas cukai jalan, tetapi saya kena tambahan belanja minyak setahun semasa kenaikan minyak kali kedua ialah RM 780. Apabila berlaku kenaikan minyak kali ketiga baru-baru ini, saya tidak mahu mengiranya lagi. Tetapi jelasnya peruntukan RM 40 seminggu sudah tidak releven lagi.

Nisbah genggam diberi dan genggam yang diambil bukan lagi sekadar segenggam dan dua genggam tetapi sudah jadi segenggam diberi dan lebih dari sepuluh genggam diambil balik.

Bagaimana pun saya tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana menyelamatkan saya RM 100 setahun. Daripada tiada langsung baik ada sedikit. Tetapi bagaimana saya boleh berseronok sangat dengan kerajaan yang mengurangkan cukai jalan atas kadar yang ditentukan itu tetapi menaikkan harga minyak berkali-kali dan tidak berganda-ganda?

Kenaikan minyak adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu, sama seperti menunggu datangnya Malaikat Maut. Kerajaan yang ada tidak tahu bagaimana tidak menaikkannya justeru kenaikan minyak mentah di pasaran dunia yang melewati USD 70 setong.

Kerajaan yang ada ini tidak pernah lagi menceritakan tentang petrol dan gas Malaysia berbeza dengan produk OPEC. Dalam dulu Petronas selalu berbangga dengan mutu menyak mentah kita lebih baik dari minyak dunia. Kononnya kita jual minyak yang elok itu dan beli semua minyak dunia untuk kegunaan domistik dengan harga lebih murah.

Tiada gunanya menggunakan minyak terbaik sedang minyak biasa sudah cukup baik. Oleh itu baik jual minyak kita, beli yang lain, maka untung Negara. Semua berbangga dan bersyukur atas rahmat itu.

Kalau harga mentah minyak dua USD 70+ setong, maka tentulah minyak Malaysia dibeli lebih dari USD 70 setong. Bukankah begitu? Bukankan ia memberi untung yang terlalu banyak kepada Petronas dan Negara?

Maka mengapa harga runcit dalam negeri tidak dijadi satu harga yang kebajikan kepada rakyat? Harga kebajikan itu ialah harga yang baik untuk rakyat.

Selalunya, alasan kenaikan yang diberi ialah bagi mengelakkan minyak kita dimanfaat oleh rakyat Negara jiran yang datang membeli minyak kita. Ia merungikan nagara. Tetapi kerana karenah orang luar, maka rakyat pula yang didenda.

Gunalah apa cara jua mengelakkan orang luar membeli runcit.

Isu yang besar dihadapan kita ialah memotong cukai jalan dan menangguhkan kenaikan minyak sehngga habis Desember 2005.

Apabila masuk upuk tahun baru, maka idah tak naik haarga minyak sudah berakhir. Ia akan naik.

Tetapi yang menjadi persoalan baru ialah langkah membodohkan rakyat, dengan memotong cukai jalan tetapi tidak menjamin minyak tidak akan naik. Ia seolah-olah mahu memberi kelapangan kepada rakyat, tetapi ia membodohkan rakyat. Rakyat cuba didiamkan dengan rendahkan sekekap cukai jalan, tetapi tak mengapa kalau minyak dinaikkan pula tahun depan.

Demikianlah nasib rakyat Malaysia yang sudah lama kehilangan daulat. Begitulah kalau sudah rakyat tidak berdaulat. Boleh dibodoh dan digula-gulakan.

SeTAPAK
10/09/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home