Subky Abdul Latif

Wednesday, September 07, 2005

KATRINA, TALIM, NABI MACAM TAUFAN ZAMAN NUH a.s

TAUFAN pun seperti makhluk lain berbangsa-bangsa dan ada nama sendiri.

Yang melanda New Orelans dalam seminggu setengah ini bernama Katrina. Yang melanda wilayah tertentu di Tanah Besar China di masa yang sama bernama Talim dan awal minggu Jepun juga didatangi taufan yang tidak kurang kencangnya, bernama Nabi.

Pada tahap sekarang ia adalah taufan-taufan yang sangat kencang dan mengakibatkan banjir yang mengorban banyak jiwa. Tetapi ia masih kecil dibandngkan dengan taufan di zaman Nabi Nuh a.s. yang ditujukan kepada kaum Bani Raasib yang menyembah berhala dan mendustakan Nabi Nuh.

Terkencang dan mendapat liputan kencang dunia ialah taufan Katrina yang melanda wilayah selatan Amerika khususnya kawasan bertebingkan sungai Mississippi di kota raya New Orleans, sebuah kota yang diasaskan pendatang Perancis ketika pembukaan Amerika dulu dan ia sebuah bandar di bawah paras laut.

Pukulan Katrina itu kira-kira adik kepada tsunami yang memukul pantai negara lautan Hindi, paling ketara wilayah Aceh di Indonesia dan Sri Lanka.

Ribuan dijangka mati tetapi tidak sebesar rakyat Aceh, tetapi yang menghampakan New Orleans ialah lambat bantuan Bush sedang dia mengetuai satu empayar yang perkasa dan kaya. Kedua, banjir di kota rendah itu tidak surut sendiri, melainkan takungan itu dipam keluar.

Ketika rencana ini ditulis, sekalian yang hidup sudah diselamatkan. Yang mati sedang diusahakan. Di pungut, cuba dikenali jika mungkin dan dikebumikan. Rata-rata reput dan menjadi kesukaan gagak dan sejenisnya.

Azab Allah di New Orleans itu menjadi ribut sedunia kerana ia berlaku di sebuah negara demokrasi yang rakyatnya sangat berdaulat, dan mereka berupaya membuat bising terhadap kerajaan dan pemimpinnya dan banga itu punya stesyen TV CNN yang menyiarkan apa jua kejadian dan perkembangan. Tidak cukup CNN ia juga diperhati dan dipantau sama oleh BBC boleh dikatakan 24 jam.

Talim mendapat perhatian juga tetapi kerana kedaulatannya tidak sekuat kedaulaltan pemimpin dan negaranya, maka kesengsaraan mangsa kurang perhatian kencang dunia.

Yang di Jepun pula kurang lapuran disebabkan anginnya tidak sekencang yang melanda negeri Tuan Bush yang menyamai imej Firaun sebagai manusia yang paling gagah di dunia di zaman masing-masing.

Banjir di zaman Nuh melalui al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil diketahui sebabnya, malah ia dilapur dalam Taurat palsu dan Zabur palsu yang dnamakan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru serta Injil palsu yang dinama Bible bahawa taufan raksaksa itu adalah natijah kaum Nuh, Bani Raasib engkar terhadap Allah dan rasulNya, Nuh a.s.

Banjir itu tidak akan berlaku kiranya Bani Raasib menerima kerasulan Nuh iaitu menyembah Allah dan meninggalkan penyembahan berhala. Mereka tidak sekadar menolak risalah yang Nabi Nuh sampaikan tetapi mencabar supaya azab yang dijanjikan atas keengkaran mereka dibuktikan.

Lihatlah kepada kitab-kitab suci dan kitab-kitab suci tiruan itu menyatakan bahawa banjir itu adalah untuk memusnah sekalian yang mensyirikkan Tuhan selain Allah dan pertemuan air dari langit dan yang terpancar dari bumi memburu sekalian yang tidak beriman hingga kepuncak gunung palinggi.

Jika yang tidak beriman itu mendiami lereng banjaran Himalaya di utara India, nescaya air itu menenggelamkan Puncak Everest.

Katrina, Talim dan Nabi adalah sekadar memberi peringantan tetang akidah masing-masing. Jika sekadar sesat dan tidak kuat beribadat, tetapi tidak kejam dan menghianti akidah dan penganut agama lain khususnya agama yand diredhai di sisi Allah, maka azab itu tertangguh.

Allah itu penyayang dan Maha Takabur dan Maha Garang, tetapi tidak mengirim bala secepat kilat apabila perintah membina bahtera diturunkan kepada Nuh. Tafsir pada ulama menyebut Nuh menanam kayu untuk bahtera itu sselepas wahyu mengenainya turun menunggu 100 tahun untuk memulakan pembinaan kapal.

Saranan computer penyelidik barat Nuh membina bahteranya selama 120 tahun, dari tahun 2465 BC hingga 2345 BC. 120 tahun selepas Nabi Nuh membekukan dakwahnya, baru azab itu diturunkan.

Regim Amerika pimpinan Bani Bush baru empat tahun melancarkan dasar crusade terhadap puak yang dipanggilnya pengganas. Dasar itu kemudiannya dinamakan anti keganasan sejagat mengambil kesempatan menyerang Islam dalam berbagai bentuk.

Pelaksanaan dasar itu mencamuri urusan karikulam pengajian Islam di semua insitusi pengajian Islam di Negara-negara Islam supaya jihad digugurkan, mempengaruhi ketua-ketua kerajaan Islam menutup sekolah Islam, menyekat kebebasan beragama untuk penganut Islam di Negara-negara yang menerima piagam kebebasan beragama, menganak tirikan penganut Islam, memerangi Negara Islam yang tidak tunduk ke Washington seperti Afghanistan dan Iraq, mengugut dunia Islam yang tidak bekerjasama dengannya untuk diserang seperti Pakistan. Syria dan lain-lain.

Ekoran dari dasasr crusade Tuan Bush itu tersebar sikap anti Islam keseluruh dunia hingga China dan Jepun dan lain-lain tertarik sama. Dunia kini terasa sulit bagi orang Islam. Tiada dunia lantang membangkitkan orang-orang Islam yang aniaya di Baghdad, di penjara-penjara Teluk Guantinamo dan Al-Ghraib.

Suatu yang lazim akhir-akhir ini orang Amerika menghina Al-Quran seperti mencampakkannya ke mangkuk tandas, melemparkan najis manusia ke atas kita suci itu dan berbagai-bagai menghinaan yang mungkin sama saja kebiadapan kaum-kaum Nuh dulu.

Beza kaum Nuh dengan kebiadapan Bush dan orang-orangnya, kaum Nuh menyuembah berhala dan Bush menyembah Tuhan yang disekutukan dengan dua identity lagi. Tetapi berhala yang kaum Nuh sembah itu adalah kerana kekeliruannya kepada lima orang soleh sebelum kelahiran Nuh iaitu Wad, Suwaa, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr. Nama orang-orang soleh itu diabadikan kepada lima patung berhala yang mereka sembah.

Penyokong Bush pula memuliakan rasul dan bondanya bertaraf Tuhan, atau bertuhankan orang-orang soleh bertaraf rasul.

Tidak dapat tiada, Allah mengirim tentera bernama Katrina untuk kaum Bush di sekitar New Orleans adalah satu azab besar untuk zaman ini, tetapi ia kecil dibandingkan dengan taufan dan banjir di zaman kaum Nuh.

Rencana ini adalah sebagai risalah kepada Banu Bush supaya sembahlah Allah dan tinggalkanlah penyembahan yang sesat yang dibelenggu oleh kuasa Pantagon. Bebaskan diri dari kedurjanaan zionis dan takutlah azab yang lebih besar dari Katrina di dunia dan azab yang lebih besar di akhirat.

Dunia wajar memikirkan bahawa bala itu tidak sekadar bencana alam, tetapi ia adalah ingatan dan balasan dari Allah atas kekufurannya.

Kita tidak tertarik dengan bala itu tetapi tidak dapat menahannya kerana manusia tidak sedar akan kejadiannya. Jangan tunggu Katrina yang lebih garang.

SeTAPAK
07/09/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home