Subky Abdul Latif

Monday, September 12, 2005

KELABIT GLOKAL TERAJUI MAS

TAHNIAH buat Idris Jala dan buat MAS. Buat Idris justeru terlantik menjadi Pengarah Urusan MAS dan lebih istimewa beliau adalah anak Malaysia dari suku Kelabit dari daerah Bario, satu kawasan terpencil di Sarawak. Kelabit dan Bario berak berkongsi gembira atas pemilihan ke atas Idris itu.

Dan bagi MAS pula ia adalah lambang kemerdekaan, terselamat dari pimpinan warga asing.

MAS di bawah pengerusi barunya, Dr. Munir Majid seolah-olah buntu untuk mendapatkan seorang warga Negara untuk mentaddbirkan MAS bagi memestikan ia tidak juah ketinggalan dengan keuntungan yang diperolehi SIA, Cathay Pasifik dan lain-lain.

Sesudah tambang MAS dinaik dan dinaikkan maka ia rugi juga. Sebelum kemunculan Asia Air sebagai pesawat tambang murah sekitar lima tahun lalu, maka MAS sudah boleh dikatakan sebuah pengangkutan udara rakyat. Ia bukan sedar kenderaaan awam untuk orang atasan dan berada, malah ia menjadi pilihan rakyat biasa – petani, nelayan dan buruh.

Dengan tol jalan darat yang tinggi, maka pengembaraan domistik dengan MAS tidak dirasa membebankan. Memandangkan penjimatan masa perjalanan, maka kalaupun ia lebih sedikit saja tambangnya dibandingkan dengan mengembara di jalan tol, maka mengembara dengan MAS masa itu menjadi ekonomik dan selesa.

Tidak diceritakan kepada orang ramai masa itu bahawa MAS rugi. Kenaikan tambang dibuat oleh MAS tidak begitu menceritakan atas sebab kerugian, tetapi kerana sudah lama tidak dinaikkan dan pesawat lain telah berkali-kali menaikan tambangnya.

Mungkin malu agaknya kerana tambang tidak naik-naik seperti pesawat lain, maka MAS pun memehalkan tambangnya. Maka ia kembali seperti sebelumnya, kurang digunakan oleh nelayan, petani dan buruh.

Maka sesudah tambangnya naik, ia rugi pula.

Yang anehnya, Asia Air untung sekalipun tambangnya rendah dibandingkan dengan tambang MAS. Dan terus menerus ia maju, malah minta kebenaran untuk memajukan lapangan terbang sendiri atas tanggungan sendiri.

Apabila Dr. Munir Majid mengambil alih pengersusi MAS berikut kematian Al-Marhum Tan Sri Azizah Zanal Abidin, dia mendapati syarikat penerbangan awam itu rugi dan Pengarah Urusannya pun bersara. Beliau tidak jumpa ada warga glokal untuk mengemudikan syarikat itu.

Maka dia sudah berkira untuk mengambil orang asing atau orang putih glokal untuk menerajui MAS untuk satu jangka waktu sehingga pegawai terkanan MAS cukup terlatih. Pegawai itu akan dilatih di bawah pegawai asing itu, maka setelah didapati lulus nanti, barulah diserah kepada anak tempatan.

Malangnya Dr. Munir menceritakan cadangan itu. Dia sudah mengenal pasti beberapa orang calon. Nama-namanya sudah dibocorkan.

Dalam komen saya yang lalu, saya tidak berhajat untuk mempertahankan ia sebagai hak orang Melayu, kerana kita terpaksa menghadapi hakikat, tiada apa megahnya mengangkat anak Melayu yang tidak berupaya kerana MAS bukan badan kebajikan tetapi adalah syarikat perniagaan yang wajib untung.

Dari menyerahkan bunga kepada beruk local, maka baiklah bunga itu diserahkan kepada makhluk asing yang menghargai bunga.

Pada masa itu sah tiada Melayu Glokal untuk jawatan itu.

Rupanya setelah semua orang bising, hatta orang tua Tun Dr. Mahathir itu juga tidak percaya tidak ada rakyat yang glokal untuk jawatan itu.

Saya tidak malu kalau diberitahu tiada Melayu glokal untuk jawatan itu tetapi saya malu dengan kemerdekaan selama 48 tahun gagal menyediakan rakyat boleh setelah dimasyhurkan bendera Malaysia Boleh di mana-mana.

Dr. Munir telah meragukan kita tentang motto Malaysia Boleh itu. Ketika itu kita sudah terasa rupanya Malaysia Tak Boleh.

Adakah sekarang MAS sudah menemui rakyat glokal dengan melantik Idris Jala atau ia sekadar memenuhi kehendak orang-orang yang bising itu?

Dr. Munir mesti jujur dan berterus terang bahawa penemui Idris Jala adalah disebabkan akhirnya MAS bertemu dengan rakyat glokal yang dikehendaki, bukan sekadar memenuhi kehendak orang bising.

Yang negara mahu sekarang ialah MAS untung, Malaysia cukup watan yang glokal, yang menjadi pengarah urusan MAS ialah seorang yang layak, Malaysia adalah negara yang merdeka.

Tiada apa ertinya sekadar mengangkat orang tempatan yang tidak standard semata-mata untuk memenuhi semangat dan sentimen orang ramai. Ia nanti adalah ibarat mengecat kereta lama, sedang hakikat kereta lama adalah tetap kereta lama.

Ini yang Dr. Munir kena jelaskan supaya Idris yang akan memulakan tugasnya pada 1 Disember nanti datang dengan penuh kekuatan dan keyakinan.

Perlantikan Idris dibuat dalam suasana MAS tidak menemui calon yang glokal, tiba-tiba setelah semua orang bising, maka ada pula orang yang glokal. Jangan dijadikan perlantikan Idris itu sekadar melepaskan batuk di tangga. Dr. Munir mesti menjelaskan Idris adalah orang yang dicari, tetapi dalam masa pencarian itu beliau tersorok di hutan terpencil di Bario.

Latar belakang Idris sebagai orang utama syarikat Shell dalam dan luar negeri meyakinkan beliau adalah orang yang sangat berjaya di tempat kerjanya. Dia berperanan ketika diletakkan di Sri Lanka dan dia memajukan Shell di mana saja dia diletakkan.

Adakah perniagaan Shell sama dengan syarikat penerbangan? Yang jelas MAS menggunakan minyak. Peniagaan Shell adalah peniagaan minyak. Insya Allah, Idris tidak akan menghadapi karenah dari kerajaan yang menjadi tuan MAS. Shell adalah syarikat yang kerajaan tidak local standi untuk campur tangan, maka Idris tidak berjumpa dengan karenah Pemuda UMNO, JKK dan jari jemari lembaga di belakang kerajaan.

Perlantikan Idris tidak wajar disamakan dengan perlantikan Dr. Khir Toyo untuk menjadi Menteri Besar Selangor dulu. Ketika semua orang mencari-cari siapa yang layak menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abu Hassan Omar, maka cari punya cari Dr. Mahathir pengamal doktor gigi persendirian.

Semua orang terkejut. Orang yang tidak ramai kenal. Itulah kehebatan Dr. Mahathir Beliau boleh menjadikan seorang yang tidak terkenal untuk menjadi pemimpin negeri maju dan paling maju.

Dari segi tidak terkenal, Idris dan Khir Toyo adalah sama. Dan Idris dipercayai akan menerima cabaran barunya dengan cabaran yang besar. Beliau mengisi jawatan yang tidak ada orang lain di Malaysia ini boleh dan layak menjadi pengarah urusan MAS.

Sebelum perlantikan Idris itu MAS sudah mendapati tiada calon yang layak. Kalau ramai orang yang layak maka sudah tentu tidak berbangkit melantik orang luar negeri. Sekarang MAS menemui Idris. Dia seorang saja yang layak pada masa ini. Jika ramai orang yang layak selain dari Idris, maka tentulah Dr. Munir tidak membuat kenyataan yang betul apabila dia mencari orang asing untuk syarikat terpentng itu.

Wibawa Dr. Munir tidak cukup kuat kiranya didapati lebih dari seorang orang tematan yang layak. Demi menghormati wibawa Dr. Munir, maka kita kena akui bahawa hanya Idris saja menepati kreateria yang diperlukan.

Syabas dan tahniah sekali lagi buat Idris dan saudara-saudara kita dari Kelabit atas perlantikan itu, tetapi Malaysia masih menjadi sebuah Negara yang tidak dapat mengisi kemerdekaannya dengan baik. 48 tahun merdeka hanya ia boleh mengeluarkan seorang saja seperti Idris. Apa jadi dengan kemerdekaannya? Adakah ia bukti kata-kata Dr. Nurhanuddin Al Hilmu dan Dato Onn bin Jaafar bahawa kemerdekaan 48 tahun dulu adalah separuh masak?

SeTAPAK
12/09/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home