Subky Abdul Latif

Thursday, September 01, 2005

ONG KA TING BUAH KEPUTUSAN SUSAH

PRESIDEN MCA, Ong Ka Ting dipercayai membuat keputusan yang susah tetapi berani tentang perlantikan abangnya, Dato Ong Ka Chuan untuk jawatan Setiausaha Agung MCA bagi menggantikan Tan Sri Ting Chew Peh.

Abangnya mempunyai pengalaman yang lama sebagai anggota Jawatankuasa Pusat MCA dan ketua MCA Negeri Perak dikira layak dilantik memegang jawatan itu sama ada Ong Ka Ting jadi Presiden atau tidak. Malah dia lebih kanan dari adiknya dalam pimpinan MCA. Tetapi beliau bukan satu-satunya calon yang layak.

Kelemahan yang ada padanya ialah dia abang Ong Ka Ting yang baru disahkan sebagai ketua parti. Dalam apa keadaanpun bukan tiada calon lain selain Ong Ka Chuan yang boleh di ketengahkan.

Inilah masalah yang dihadapi oleh dunia demokrasi di mana-mana juga. Seseorang tidak diberi laluan yang mudah untuk menggangkat seseorang yang layak bagi apa jua jawatan penting apabila keduanya mempunyai talian darah keluarga terdekat apatah lagi adik beradik atau anak.

Presiden John F. Kennedy menghadapi teguran keras dari masyarakat Amerika apabila beliau menamakan adiknya Robert Kennedy untuk menjadi Peguam Negara, jawatan cabinet, sedang ia memerlukan kelulusan Senet. Senet bukan satu badan yang mudah memberikan kelulusan.

Tiada dewan perundangan di dunia yang lebih bebas dari pengaruh dan tekanan Ketua Negara atau Ketua Kerajaan dalam membuat keputusan dibandingkan dengan Senet Amerika. Ia belum pernah menjadi mohor getah untuk meluluskan aapa jua keputusan.

Kennedy dituduh mengamalkan pilih keluarga memilih adiknya ke jawatan cabinet.

Kennedy memberi tahu bahawa adiknya mempunyai syarat dan kelayakan yang sukar dipertikai untuk memenuhi jawatan yang diberi kepadanya, dalam kempen pilihan raya yang memenangkan Kennedy itu, Robert menjadi pemian utamanya.

Sesiapa saja yang berkedudukan demikian dalam pilihan raya Presiden yang membuktikan kerja cemerlangnya diberi jawatan penting dalam kerajaan. Robert diberi tempat atas kelayan tadi dan adakah adil orang yang selayak itu dinafikan dari sebarang kedudukan penting semata-mata kerana keduanya adik beradik.

Dewan Senet Amerika akur pada atas hujah itu. Dan Ameika adalah Negara demokrasi yang rakyatnya paling bebas membuat teguran, tidak ada halangan bagi Senet menghukum Kennedy jika dalam tugas adiknya nanti dibukikan kerjanya tidak mencerinkan kelayakan tetapi justeru sedarah sedaging.

Saya pernah berada dalam dilemma sedemikian apabila saya mempunyai kuasa untuk melantik seseorang untuk satu jawatan. Calonnya adalah antara anak saudara saya sendiri dengan seorang lain yang kelayakannya sama, dan kerana saya tahu anak saudara saya dari kecil, saya tahu keupyaannya dan saya percayaan anak saudara saya ada kelebihan yang payah dinyatakan dibandingkan dengan calon yang satu lagi.

Dzamir saya sendiri mahu anak saudara saya itu menjawat jawatan itu kerana peluang itu boleh menjadikan dirinya orang berjaya dan khimatnya tidak akan mengecewakan organisasi yang saya tadbir itu.

Kerana saya kuasa untuk membawanya kepada kedudukan seperti yang saya hajati kemudian, saya tidak memberikan jawatan itu kepadanya tetapi dia saya beri satu jawatan yang rendah sedikit tetapi dengan keupayaannya yang baik di situ, saya akan naikkan dia kemudian.

Anak saudara saya menerima tawaran untuknya dengan baik walaupun ia tidak seperti yang diharapkannya.

Beberapa minggu selepas itu, dalam bulan pertama itu juga, dia menerui saya dan bertanyakan apakah dia tidak layak untuk jawatan yang dipohonnya berbanding dengan calon satu lagi.

Saya tidak berpolitik di situ dan menerangkan keadaan sebenar pada padnangan saya, dan menyatakan betapa payahnya seorang yang berkedududkan seperti saya dalam keadaan mahu mengamalkan demokrasi dan keadilan yang terbaik memberikan jawatan kepada keluaraga yang terdekat.

Dia puas hati kerana bakat dan kelayakannya saya iktiraf dan dia juga dapat tahu dia ada tanda lebih baik dari yang satu lagi.

Yang memeranjatkan saya ialah dia menolak sikap saya kerana menafikan haknya semata-mata kerana alas an saya mahu berlaku adil pada pandangan umum tetapi tidak berlaku adil kepadanya semata-mata kerana pertalian keluarga.

Dia tiada sebarang bantahan kiranya dia kurang kelayakan, tetapi dia percaya saya telah berlaku adil kepada anak saudara saya sendiri. Dia membuat keputusan berhenti. Ia satu ujiran pertama bagi saya dalam melaksanakan keadilan dan demokrasi.

Dia dapat satu tawaran kerja lain dan dibuktikannya dia berjaya. Kami acap berbincang dan saya jarang mendapati dia lemah dalam tugasnya.

Ia banyak mempengaruhi pendirian dan persepsi saya dalam isu pilih keluarga dan keadilan. Sejak itu saya tidak keromo dalam perlantikan terhadap anggota keluarga seperti yang dihadapi oleh Ong Ka Ting sekarang. Saya tidak pasti apakah dia sejujur saya dalam membuat keputusan tentang abangnya itu.

Saya merasakan Ong Ka Ting telah membuat satu keputusan yang sangat payah tetapi dia juga sudah membuat keputusan yang sangat berani. Saya tidak mahu berangkap buruk kepada perlantikan itu, tetapi Orang Ka Ting akan menghadapi kepayahan berat kiraya Ong Ka Chuan tidak mencapai prestasi cemerlang dalam kerjanya.

Allah menentukan kejayaan hari depan. Bukan semua yang disangka baik berlaku baik dan bukan pula mustahil yang disangka berlaku baik. Allah saja Maha Berkuasa menentukannya.

Yang menjadi perhatian bagaimana Ong Ka Ting yang tidak menggunakan kuasanya untuk menamakan calon Setiausaha Agung itu sebaliknya memungkinkan majority anggota jawatankuasa pusat parti bersetuju mengemuakan nama Ong Ka Chuan dan menasihatkan Ong Ka Ting tidak menolaknya.

Ketika ini Ong Ka Ting dilihat sebagai orang yang menerima pandangan jawatankuasa pusat sebelum Ong Ka Ting menamakan calonnya. Masyarakat umum sebagai hakim akan menjatuhkan hukum atas gerak hati. Belah mata hati hakim memutuskan atas perkara tdiak lagi memerlukan bukti tetapi atas yakin dan percaya.

Seorang pengamal undang-undang memberitahu saya menjelang penghakiman kes Dato Harun. Rundingan antara wakil bank dan wakil Dato Harun tentang sumbangan yang bank wajar beri kepada pihak Dato Harun. Ia brkisar kepada jumlah yang dicapai. Bagaimana jumlah itu timbul dan dipersetujui?

Jika jumlah itu datang dari cadangan wakil bank, maka Dato Harun selamat sampai bila-bila, tetapi kalau ia datang dari wakil Dato Harun, maka Dato Harun sangkut sampai bila-bila. Kedua-dua wakil itu tidak ingat bagaiman angka itu timbul. Maka terserah pada hakim, belah mana pada rasa dan keyakinannya perkara itu datang? Hak hakim begitu. Demikian pengamal undang-undang itu menjelaskan kepada saya.

Dalam kes Ong Ka Ting ini masalahnya ialah bagaimana jawatankuasa pusat MCA mencadangkan kepadanya supaya mengambil abangnya? Kita sebagai hakim perlu menimbangkan sama ada ia dating dari mereka sendiri, atau agen Ong Ka Ting diilham oleh Ong Ka Ting supaya mengilhamkan jawatankuasa pusat membuat cadangan itu tanpa merasakan ia datang dari Ong Ka Ting sendiri?

Ong Ka Ting sudah menonjolkan sikap dirinya menghormati pandangan rakan-rakannya, bukan atas cadangannya tentang kelayakan abang.

Sebelah mana rasa dan detik hati kita. Kiranya ia dicetuskan oleh anggota pusat parti dan Ong Ka Ting menerima, maka itulah kecenderungan yang wajar diterima. Tetapi jika rasa hati kita ia diilhamkan oleh Ong Ka Ting, maka fikiran kita itu betul juga.

SeTAPAK
01/09/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home