Subky Abdul Latif

Tuesday, September 27, 2005

PERUBAHAN PAS MELALUI HIBURAN ALTERNATIF

SYARIE atau tidak hiburan alternatif yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan diserahkan kepada persembahan yang ikut dijayakan oleh Mawi di Kelantan malam 30 Setember 2005 ini dan perkembangan seterusnya.

Jika ia berjaya, agaknya ini satu kejayaan besar yang PAS dapat sumbangkan kepada masyarakat Malaysia khsusnya dan kepada kemjuan hiburan global amnya.

Antara isu yang dibangkitkan, percubaan Kelantan memperkenalkan hiburan alternatif itu ialah ia tidak dibincangkan dulu oleh parti di peringkat pusat – baik Majlis Syura Ulama yang Menteri Besar Kelantan adalah pengerusinya dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Adab itu tidak diperhatikan. Justeru itu pada peringkat awalnya, ia adalah urusan kerajaan Kelantan dan ia bukan urusan PAS.

Maka kemudiannya ada kenyataan rasmi ia sudah diakui oleh PAS. Bagaimanapun masih adab organisasi belum diikuti sepenuhnya. Adakan rancangan kegiatan dulu, dapatkah pengesahan parti kemudian.

Mungkin tidak boleh disamakan dan mintalah supaya jangan disamakan, mengenai penggunaan wang lotri untuk kegunaan sekolah agama rakyat semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra dulu. Terima dulu keputusan memberi wang itu kepada SAR, panggil ulama mengesahkannya kemudian.

Saya tidak berhajat membangkitkan cara mana PAS menerima kegiatan Kelantan bersama Mawi itu antara kegiatan PAS melalui kerajaannya yang ada.

Tetapi bolehlah ia dikira sebagai satu perubahan besar yang PAS buat dalam lonjakan perubahan oleh pasukan pimpinan perubahan sekarang.

Sejak muktamar di Putik, Kota Bharu Jun lalu semua pihak menunggu perubahan yang dijanjikan. Agaknya adakah merayakan kejayaan Mawi sebagai juara Akadami Fantasia 3 sambil memperkenalkan hiburan alternatif itu sebagai perubahan yang ditunggu tadi?

Jika ia adalah mukaddimah kepada perubahan itu, maka saya ucapkan Selamat Berbangga kepada pimpinan PAS dan penyokong-penyokongnya sekalian.

Al-Marhum Dato Asri sebagai seorang pencita seni tidak mampu memperkenalkan gagasan hiburan alternatif, tetapi gagasan itu diperkenalkan oleh PAS di bawah kepimpinan ulama.

Di bawah pimpinan Al-Marhum Dato Fadzil Noor, PAS bersama-sama rakan juangnya memperkenalkan gagasan Barisan Alternatif, maka di bawah pimpinan bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Dato Seri Abdul Hadi Awang – Nasaruddin Mad Isa – PAS mempelopori hiburan alternatit.

Oleh kerana yang mempelopori utama gagasan hiburan alternatif ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik’mat dan beliau adalah Mursyidul Am PAS, maka dengan sendirinya ia adalah hasil pemikiran Majlks Syura Ulama. Sama ada ia dicetuskan oleh pemikiran Mursyidul Am sendiri atau ia diputuskan oleh Majlis Syura, justeru Mursyidul Am adalah pengerusi Majlis Syura, maka ia adalah di bawah tanggungjawab Majlis Syura Ulama.

Justeru masyarakat umum tidak mendengar sebarang penjelasan dari Dato Dr. Haron Din sebagai sifatnya Timbalan Mursyidul Am, maka ia adalah keputsuan beliau bersama.

Dengan dokongan semua tokoh ulama terbilang dalam PAS itu, maka dengan sendirinya bantahan Dato Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama PAS tidak dilihat mempunyai kekuatan kecuali Dewan itu dapat membuktikan sebaliknya.

Kini orang ramai menunggu Dato Dr. Haron Din mengeluarkan kertas konsep hiburan alternatif itu untuk diteliti. Dato Dr. Haron Din adalah orang yang penting bersama rakan-rakannya dalam Majlis Syhura Ulama merangka Dokumen Negara Islam.

Maka kini bagaimana pula bentuk dokumen mengenai hiburan alternatif itu? Orang ramai khususnya para imam di masjid-masjid di seluruh Negara memerlukannya supaya mereka dapat menjelaskan kepada orang ramai betapa dalam Islam ada hiburan.

Sebelum ada anak-anak muda menyanyi dulu di depan mimbar masjid sebelum sembahyang Jumaat, kerana Islam tidak melarang hiburan 100 peratus, maka perlu imam tahu konsep itu.

Imam-imam di Kuala Lumpur mulai terpesona dengan dakwah Mawi yang diperkenalkan di Kelantan itu dapat menyampai mesej Islam kepada anak-anak muda yang tidak datang ke surau dan masjid.

Mungkin ada nanti saranan, demi mengajak lebih ramai kaki-kaki lepak datang sembahyanag Jumaat, maka apa salahnya sebelum khutbah, dibenarkan pasukan nasyid dengan iringan muzik alternatif mengadakan setengah persembahan di tepi mimbar.

Tujuannya ialah demi meramaikan belia cinta hiburan dating ke masjid, dan Islam tidak merang hiburan 100 peratus.

Ia mungkin satu pandangan khayal, tetapi apabila lulus jarum, maka luluslah kelindan.

Sementara ahli-ahli PAS menunggu perubahan lain, maka perubahan yang ada ini sudah cukup besar dan sudah mampu memenatkan para pemimpin untuk menjelajah ke seluruh Negara menerangkan gagasan hiburan alternaif ini.

Maka rombongan-rombongan juga boleh diatur untuk menghadiri pesta-pesta hiburan antarabangsa untuk memperkenalkan hiburan alternative di pentas dunia.

Mungkin ia satu contoh pendekatan siasah syariyah, dan mengundang kontroversi.Tetapi mana perubahan yang berjalan tanpa gangguan dan masalah.

Apa pun pimpinan PAS mesti menjelaskan bagaimana revolusi hiburan dan muzik nasyid ini akan dapat mengekalkan apa yang dikatakan seolah-olah ada kerjasama manusia di bumi dengan malaikat di langit dalam kerja-kerja PAS selama ini.

Jika slogan itu hendak dipakai, maka pastikan perubahan PAS melalui hiburan alternatif ini dapat menyemarakkan lagi kerjasama antara manusia di bumi dengan malaikat di langit.

SeTAPAK
27/09/05

3 Comments:

  • ala rilek la

    By Blogger hisham, at 7:49 AM  

  • Bila membaca tulisan saudara, saya sendiri pun tak tahu apa yang saudara lakukan(tulis)untuk menarik golongan muda. Kerajaan Kelantan mengadakan konsert yang berlandaskan enakmen yang lebih 10 tahun tidak diperbahaskan oleh saudara mahupun Ketua Dewan Ulama PAS. Sebelum inipun, Ramli Sarip pernah mengadakan persembahan, di manakah tulisan-tulisan hentaman saudara?

    Jadi, ada cara jika kita tidak bersetuju, adakah muzakarah selepas ini. Tengok dulu dan buatlah penilaian. JIka hendak heretkan bersama Ustaz Harun Din, saya tak bersetuju. DIa berdiam diri, ada sebabnya, mungkin hendak melihat dulu perkara ini berlaku, kemudian buat penilaian.....Ini lah orang berilmu, jika tidak berkenan, hentamlah selepas ini. Setidak-tidaknya apa usaha untuk mendidik golongan remaja yang semakin ramai di Kelantan ini.
    Jadi, apa yang PAS buat bukan untuk diri mereka sendiri, tetapi lebih kepada memperkembangkan Islam kepada golongan remaja.
    Datanglah ke Kelantan, tengoklah sendiri , buat penilaian terbuka, kemudian jika tidak bersetuju, adakan cadangan untuk menarik golongan remaja ini ke arah yang lebih baik.

    Di harapkan konsert tautan kasih akan memberi lembaran baru kepada PAS.

    By Blogger hisham, at 8:02 AM  

  • We previously have a Dokumen Negara Islam. Will there be a Dokumen Hiburan Islam soon?

    By Blogger Wan Saiful, at 12:43 PM  

Post a Comment

<< Home