Subky Abdul Latif

Friday, September 02, 2005

RAFIDAH PELUK MAHATHIR

KETIKA acara rasmi sambutan hari kemerdekaan ke 48 pada siang 31Ogos, 2005 selesai, ketika para dhif kehormat menunggu giliran bersuarai, Datuk Seri Rafidah Aziz mempamirkan drama singkatnya, terburu-buru mengejar Tun Dr. Mahathir yang sedang menuju ke motokarya hendak pergi, dipeluk dan didakapnya orang tua itu dengan linangan air mata dan sedu sedan.

Kurang dari satu minit drama itupun selesai.

Ia tanda inisatif Rafida mahu menyelesaikan episod perbalahannya dengan Dr. Mahathir dalam isu pemberian AP sesuka hati dan layanan buruk kerajaan terhadap Proton.

Rafidah telah melakukan permintaan para hulualang Dr. Mahathir supaya Rafidah minta maaf kepadanya yang pernah menyebabkan Rafidah menangis dalam public. Rafidah melakukan apa yang diminta di khalayak ramai dengan menangis dan memeluk Dr. Mahathir.

Ia tentunya memuaskan hati para hulubalangnya tetapi apakah pada Dr. Mahathir, Rafidah sudah tidak apa-apa lagi dalam pengendalian AP dan layanan kepada Proton yang dikatakan telah berlaku itu? Ia mungkin berakhir tetapi Dr. Mahathir tentu bukan seperti Melayu yang dianggapnya mudah lupa. Kalau dia lupa, maka dia pun sama saja dengan Melayu yang mudah lupa yang logiknya tidak berguna itu.

Orang ramai mungkin ada persepsi masing-masing tentang Rafidah mendakap laki-laku tua di khalayak ramai, suatu yang menyentuh adab Melayu yang beragama. Tetapi persetan itu semua, tetapi suaminya tidak boleh depersetan kerana dalam keadaan apapun dia adalah isteri suaminya dan suaminya ada hak ke atasnya.

Biarkanlah perkara itu jadi masalah suaminya dan biarnya suaminya menanganinya.

Mungkin segala-gala yang berhubung dengan Rafidah dan AP serta Proton reda, hubungan dengan Mahathir sepatutnya reda, yang lebih ketara dalam isu Rafidah ini dengan Dr. Mahathir ialah tuduhan Dr. Mahathir betapa Rafidah telah membohongi Perhimpunan Agung UMNO berhubung isu AP dan Proton.

Kalau Rafidah ada masalah dengan Allah, Allah Maha Pengampun, maka Allah boleh mengapun dosa hambaNya yang bertaubat. Masalahnya dengan Dr. Mahathir, maka Dr. Mahathir boleh menyelesaikannya. Tetapi dengan Perhimpunan Agung UMNO, maka Perhimpounan Agung UMNO juga yang menentukannya.

Kerana tuduhan Dr. Mahathir dikatakan Rafidah membohong syuro tertinggi UMNO, maka ia tidak boleh diselesaikan oleh Presiden UMNO, ia bukan hak Majlis Tertinggi UMNO mengampunkannya atau menentukan Rafidah tidak berbohong, tetapi ia mesti diputuskan oleh Perhimpunan Agung juga.

Apa yang boleh dibuat oleh Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO ia menyerahkan tohmah itu kepada jawatankuasa khas bagi mengkajinya atau menyerahkan kepada badan disiplin membuat cadangan.

Tuduhan Dr. Mahathir itu agak berat jika UMNO sebuah pertubuhan politik yang serius dan berdisiplin. Jika ia bermaruah, maka ia mesti membincangkan perkara itu. Jika ia mengamil remeh hal itu, maka ia meremehkan UMNO dan meremehkan Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir diterima sebagai tokoh UMNO yang tiada tandingnya setakat ini. Bagi UMNO, Musa Hitam, TEngku RAzaleigh, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tidak ada apa-apa dibandingkan dengan Dr. Mahathir. Malah dia tokoh yang lebih menonjol dari Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun RAzak.

Justeru itu kenyataan Dr. Mahathir adalah satu petunjuk kepada UMNO dan UMNO tidak boleh remehkan. Kalau tiada apa-apa perhatian atas isu itu, maka sahlah Dr. Mahathir sudah diremehkan dan kehebatannya dulu pun mungkin beleh dipertikai.

Jika tuduhannya diremehkan, maka wibawa Dr. Mahathir itu setakat dia berkuasa, dan bila sudah tidak berkuasa, maka dia tidak ada apa-apa.Itulah dan itukah taraf seorang penganjur yang bernama Mahathir?

UMNO mesti peduli kepada pandangannya.Bukan peduli ketika beliau Perdana Menteri dan Presiden parti, tetapi dia mesti dipedulikan selepas tidak berkuasa. Tiada apa-apa erti memulangkan semua motokar Proton yang dihadiahkan kepadanya, kalau dia juga membenarkan komennya diremeh dan dibakul sampahkan.

Rafidah telah dituduh atas satu kesalahan besar. Ia suatu yang membabitkan maruah dan disiplin parti. Kalau Perhimpunan Agung boleh dibohong, maka dimana hebatnya UMNO kalau Perhimpunannya beleh dibohongi? TEntunya parti itu boleh dilihat sebagai parti cacamarba.

Sehingga ini semua ahli-ahli UMNO dan perwakilan UMNO yang dikatakan telah dibohongi oleh Ketua Wanitanya tidak bersuara. Mengapa tidak bersuara? Mungkin demokrasi tidak subur dalam UMNO dan dikalangan ahlinya. Maka tidak yang berani dan tergamak untuk menyuarakan reaksi masing-masing.

Ahli-ahli tidak peka dan tidak serius. Lantaklah apa nak jadi. Atau ahli-ahli parti adalah orang yang tidak tahu apa-apa—sudah jadi adik beradik robot, bergerak apabila dikomputerkan. Jika ia robot, maka 3 juta orang yang dikatakan menjadi ahli parti itu, maka ia adalah parti yang terdiri dari 3 juta robot.

Atau ia parti yang tiada disiplin dan tiada wibawa. Kehebatannya bukan kerana disiplin dan wibawa, tetapi ia berkuasa.

Jika UMNO sebuah parti bermaruah, maka Rafidah sedang berhadapan dengan disiplin dan dia mesti bersedia menjawab dan mesti diminta menyatakan sebab-sebab mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan.

Tetapi kira UMNO itu terdiri dari 3 juta robot, maka tiada apa yang Rafidah risaukan. Dalam keadaan badan yang kaku itu, tokoh lebih utama dari disiplin dan wibawa parti.

Begitulah Rafidah dinilai dan begitulah juga UMNO dinilai. Adakah ia bernilai? Pandang-pandanglah dan dengar=dengarlah.

SeTAPAK
02/09/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home