Subky Abdul Latif

Tuesday, September 06, 2005

TANDA KIAMAT ALLAH TARIK ILMU, TUTUP SAR

TIDAKKAH ada yang memikir langkah Pantagon pusat anti Islam terbesar dunia memaksa jihad dikeluarkan dari sukatan pelajaran Islam dan usaha kearah penutupan sekolah agama rakyat – SAR – adalah isyarat awal tanda hampirnya kiamat?

Adalah benar bahawa perkembangan itu adalah kerenah manusia akhir zaman, tetapi tidakkah ia membantu bertambah dekatnya kiamat?

Mengikut maksud hadis sahih yang acap dibaca tuan-tuan guru di surau dan masjid tentang bab tanda-tanda awal kiamat ialah Allah angkat ilmu dari umatNya.

Antara ilmu boleh hilang ialah lupa. Ahli-ahli kena penyakit lupa, maka ilmu tadi tidak dapat dimanfaatkan. Ahi ilmu itu tidak dapat melakukan ibadat sesuai dengan ilmunya dan orang tidak dapat lagi belajar daripadanya.

Tetapi penjelasan para ulama yang paling masyhur, ilmu hilang dari umat dengan matinya ahli-ahli ilmu dan kematian itu tidak berganti.

Jika banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. dapat dikira sebagai satu kimat awal, kerana ia membiasakan seluruh manusia kupar dan harta benda, maka tanda awal banjir itu apabila mati serentak lima orang ahli ilmu yang terkemuka lama sebelum Nuh diutus menjadi rasul.

Lima orang ahli ilmu itu menurut setengah ulama adalah anak Nabi Adam. Tetapi yang jelasnya mereka adalah dari kaum Nuh. Mereka ialah Wad, Suwaa, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr. Wad ada yang tertua dari yang lain dan dikatakan sangat berjasa kepada Nabi Adam a.s.

Mereka adalah pemimpin dan tuan guru kepada masyarakat pada zamannya. Kasih sayang dan kesetiaan masyarakat pada ketika itu terhadap mereka tiada bandingnya.

Dukacita Allah mentakdirkan kelima-lima mati serentak dalam masa sebulan. Maka tidak ganti.

Sayang orang ramai terhadap mereka menyebabkan kematian diratap berhari-hari, malah yang terus menerus menangis di kubur mereka begitu menyayat. Mereka benar-benar sedih, tdiak berhenti menangis, lupa kerja dan rata-rata tidak lalu makan.

Tidak wujud di kalangan mereka seorang ulama yang boleh menasihatkan mereka supaya jangan bersedihan yang melampau-lampau. Tiada yang dapat menggantikan orang-orang soleh itu tadi,

Dalam keadaan demikian, datang iblis merasuk. Ia mencadangkan supaya dibina patung kelima-limanya sebagai kenangan bagi melepaskan rindu.

Mereka pun bersetuju membina lima buah patung dan diletakkan di tempat duduk mereka. Sesluuh kaum Nuh itu berulang alik ke tempat-tempat patung itu, merenung muka patung itu berhari-harian.

Oleh kerana sambutannya begitu baik, akhirnya iblis mengasut supaya setiap orang memiliki patung sendiri diletak di rumah maasing-masing supaya mereka tidak bersusah payah dating dari jauh semata-mata untuk merenung muka patung itu.

Hasutan itu diterima kerana apabila patung itu disimpan di rumah maasing-masing, seluruh anggota keluarga dapat menatap mka patung itu setiap hari.

Akhirnya apabila generasi awal seluruhnya mati, tiada lagi yang tahu kisah sebenarnya siapa Wad, Suwaa, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr yang sebenar, maka tibalah giliran iblis menyuruh mereka menyembahnya dan jadilah patut-patung itu berhala.

Patung-patung berhala itu memakai nama orang-orang soleh yang mereka puja tadi.

Dan inilah sejarah penyembahan berhala yang pertama di kalangan manusia.

Ketika Nuh diutus menjadi rasul, seluruh kaum Nuh atau Bani Raasib itu adalah penyembah berhala. Pada hal nenek moyang mereka dulunyua pengikut setia lima orang ahli ilmu itu. Tetapi sekarang wajah ahli ilmu yang dijelmakan dalam lima buah patung dijadikan berhala, dan setiap satu berhala itu menggunakan nama ahli ilmu itu sendiri.

Apabila Nabi Nuh datang untuk menyeru supaya mereka menyembah Allah dan tinggalkan penyembahan berhala, ia sudah tidak dapat diterima.

Akhirnya kaum itu ditenggelamkan dalam banjir besar.

Inilah contoh terbaik bagaimana ilmu ditarik dari kaum Nuh dengan cara mematikan alim ulama dan tinggallah di kalangan kaum itu orang-orang yang tidak berilmu. Orang jahil adalah mudah sesat dan akhir kiamat awal berlaku, jika banjir itu boleh dikira satu kiamat awal.

Dalam kiamat yang sebenar semua makhluk musnah kerana dunia ini berakhir di situ, tetapi banjir kira-kira memusnah semua yang bernyawa kecuali yang diselamatkan dalam bahtera Nabi Nuh.

Proses dari tarikh lima tokoh ilmu itu mati dengan tarikh banjir melanda, mengamil masa lebih dari seribu tahun.

Tidak siapa tahun bila kiamat akan berlaku, seperti tiada siapa di zaman Nuh tahu bila banjir akan berlaku. Nabi Nuh sendiri tahu bahawa banjir akan berlaku, tetapi baginda sendirdi tidak tahu bila hinggalah dating wahyu memintanya membina bahtera.

Dalam dunia hari ini ahli-ahli ilmu masih ramai dalam setiap wilayah. Ertinya lambat lagilah kiamat. Tetapi perkembangan nampaknya adalah ke arah mempersulit orang untuk menuntut ilmu. Sekolah dan pusat pengajian banyak, tetapi ilmu yang melahirkan ulama boleh dibilang.

Presiden Giorge Bush terbang ke sana sini cuba menghalang orang mengisi dada dan kepada masing-masing dengan ilmu yang dihendaki oleh Islam. Selain dari orang Islam dicap sebagai pengganas, Amerika cuba memaksa instisui pengajian Islam mencabut ilmu jihat dari sukantan pelajaran.

Universiti al-Azhar agak tercabar apabila Amerika cuba campur tangan dalam pengajian agama. Tetapi Pakistan mulai menutup sekolah agama, pelajar-pelajara dari luar Negara sudah mulai dihantar pulang.

Di Malaysia sendiri terdapat perkembangan membantu mewujudkan alamat awal kiamat itu. Orang-orang yang hendak menuntut ilmu ke Mesir dulu lebih mudah dari sekarang. Dulu pelajar-pelajar yang dapat memenuhi syarat yang disediakan oleh al-Azhar, maka mereka boleh belajar di situ.

Tetapi ssearang ia sudah dipersulit. Kita membuat syarat tambahan pula. Mereka kena ambil STAM dulu. Mulai ada cadangan sekarang, orang yang hendak belajar agama keluar negeri kena dapat persetujsuan dari kementerian pelajaran dulu.

Imegresyen luar negeri cuba dibawa berbincang supaya memperpayah visa bagi orang di sini hendak belajar di Negara mereka.

Dalam negeri pula sekolah agama bukan kerajaan tidak diberi bantuan. Dulu sekolah-sekolah agama mudah dapat zakat dari orang ramai. Sekarang zakat dan wakaf kena serah kepada kerajaan, dan kerajaan pula memilih sekolah untuk diberi bantuan dan ssekarang dilarang memberi bantuan kepada sekolah agama rakyat.

Walaupun tujuannya untuk menyekat sekolah dijadikan pusat melahirkan penentang UMNO, tetapi UMNO tidak membuat sekolahj agama. Ia mendirikan masjid saja. Masjid tidak mendidik orang mendapaat ilmu. Ia menyediakan tempat sembahayuang.

Kalaupun di masjid mengadakan kuliah agama lepas maghrib, tetapi pengajian itu sekadar mengingatkan orang ramai tentang pengetahuan asas Islam, tidak tidak melahirkan ahli ilmu.

Tempat melahirkan ilmu agama di Malaysia ialah sekolah pondok dan sekolah agama rakyat. Apabila kerajaan menyekat bantuan kepada SAR, maka banyaklah sekolah itu tutup dan akan tutup. Tetapi gantinya tidak ada.

Kerajaan baru bercadang dan baru mencuba. Hasilnya belum tahu. Tetapi sekolah yang diperlukan ditutup dulu.

Ada keperluan SAR itu dimaju dan ditingkatkan. Asasnya sudah ada. Yang diperlukan bagaimana ia perlu dikemaskinikan. Kira yang baru perlu, yang sedia ada jangan dimatikan dulu. Tunggu yang dicadangkan sudah dapat menepati keperluan, maka barulah yang sedia ada itu dibincangkan untuk dijadikan apa.

Apa pun yang berlaku kerajaan dan UMNO sudah boleh dilihat membantu mewujudkan alamat kiamat dari aspek mencabut ilmu dari dada umat. Ulama yang ada akan mati, kiranya tiada yang mengganti, maka tepatlah dengan maksud hadis mencabut ilmu dari umat dengan mencabut nyawa orang yang berilmu.

Tidak diketahui Tuan Guru Saleh Masri ada anak atau cucu menggantikannya? Adakah ada anak dan cucu Tuan Husein jadi gantinya? Siapa ganti Ustaz Abu Bakar Bakir? Siapa ganti Dr. Burhanuddin Al-Hilmy? Dan tidak diketahui ganti Syaikh Abdullah Pahim.

Jika ahli-ahli ilmu itu tidak diganti oleh anak dan cucu sendiri, jangan sekat mereka digantikan dengan anak cucu orang lain. Tetapi secara sedar atau tidak, sekatan kepada SAR menepati dengan maksud Allah menarik ilmu dari umat.

Yang menentukan kiamat adalah Allah. Tetapi yang melahir alamat kiamat itu adalah manusia. Sama dengan yang menentuan banjir di zaman Nuh adalah Allah, tetapi justeru tiada manusia menggantikan ahli ilmu seperti Wad, Suwaa, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr, maka manusia mendorongkan banjir itu berlaku.

SeTAPAK
06/09/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home