Subky Abdul Latif

Tuesday, September 13, 2005

TPM SERU, DALAMI AL-QURAN

SEMASA majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menggesa umat Islam seluruhnya supaya mendalami ilmu al-Quran.

Kenyataan beliau itu adalah seruan, dakwah, nasihat, ingatan, gesaan, arahan dan paling tinggi ialah perintah. Semuanya dalam satu iaitu mengajak semua pihak supaya mengetahui al-Quran.

Sebagai seruan Datuk Najib dikira menyambung kerja dan tugas Rasulullah SAW yang selepas menerima wahyu dan lantas memahaminya, maka baginda menyeru para sahabat dan umat Islam di sekelilingnya hingga hari kiamat supaya mempelajari dan mendalami isi al-Quran.

Dia menyambung kerja semua para rasul menasihat, mengingat, menggesa, mengarauh dan menyuruh setiap orang menguasai kandungan al-Quran.

Sebahagian dari umat Islam sudah pun membuat apa yang diingatkan oleh beliau itu. Dan apabila beliau pula menyebut perkara itu adalah untuk meingatkan dan nasihat menasihati antara satu sama lain.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri ingatan dan seruan seperti itu lebih bermakna dan sangat penting kerana beliau adalah orang yang berkuasa dan dia ada kuasa untuk melakukan apa yang diseru dan diarahnya itu.

Tuan guru dan pendakwah yang membuat gesaan itu dalam kuliah mereka, hanya dapat pahala kepada tok guru itu dan yang mendengarnya juga dapat pahala. Yang disampaikan itu adalah benar dan betul. Tetapi kelemahan mereka ialah mereka tidak ada kuasa atas orang lain. Cuma mereka ada kuasa ataas diri dan orang yang di bawah tanggungjawab mereka seperti isteri dan anak-anak.

Berbeza dengan Timbalan Perdana Menteri. Dia boleh gunakan kuasanya, sesudah dia dulu mendalaminya atau melakukan apa yang disuruhnya, maka dia boleh menuruh semua kaki tangan kerajaan dan memanggil seupunya Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan Tinggi supaya menjadikan pengajian al-Quran itu suatu yang dipelajari oleh murid-murid dan para penuntut.

Adakah ini sudah beliau buat dan adakah dia sudah mulakan semasa menjadi menteri pendidikan dulu? Jawabnya mungkin ya dan mungkin tidak. Tidak mungkin lebih banyak dari ya.

Sebab saya berkata begitu, ialah anak-anak kita yang ke sekolah pada tahun pertama Datuk Najib jadi menteri pendidikan nescaya tidak tamat Quran jika mereka tidak belajar sendiri di luar sekolah. Memang sukar bagi mengajar mereka sampai tamat kerana banyak lagi mata pelajaran lain terpaksa dipelajari. Tetapi hak mana yang beliau sudah buat?

Paling asas murid darjah satu sekolah rendah diajar membaca apa yang mereka patut baca pada tahun pertama itu. Untuk mengukuhkannya, maka ia patut diulang semula di rumah atau mengikuti belajar pula dari ustaz-ustaz di mana-mana saja.

Tetapi yang berlaku, kalau ibu bapa tidak urus sendiri pengajian al-Quran sepulang dari sekolah, maka jadilah mereka orang yang tak tamat al-Quran.

Sebahagian dari ibu bapa memastikan anaknya belajar al-Quran hingga tamat. Tetapi mereka tidak berupaha buat lebih dari itu. Pengajian yang lebih dari mesti mengikut system persekolahan.

Yang membekalkan pengajian yang Najib seru tadi ialah SAR. Sesiapa yang belajar di SAR bukan sekadar tamat dan boleh membaca, tetapi orang dari situlah yang menjadi imam, membaca talking, berqutbah, bertahlil dan lain-lain. Kalau tiada lulusan SAR, nascaya ada menteri yang tiada imam nak solatkan jenazahnya.

Sekadar lulusan sekolah kebangsaan, tiada yang upaya mengerjakan fardu kipayah itu.

Mungkin dasar Perdana Manteri Datuk Seri Abdullah Badawi sudah memulainya dengan skim J-qaf di sekolah pilihan tahun 2005 ini. Bila ia bermula tahun ini, ia bererti tidak ada sebelum ini.

Apa yang diseeu oleh Datuk Najib itu tidak memadai, jika tidak diikuti dengan menghayati dan melaksanakan apa yang didalami. Mendalami sedalam-dalamnya al-Quran tidak menjadi apa-apa kalau tidak ilmu itu dihayati dan dilaksanakan.

Yahudi dan Kristian telah mengadakan skim pengajian al-Quran di bawah apa yang diketahui skim orentalis. Ia telah bermula sejak lama, lama sebelum Aceh ditakluki Belanda.

Para orentalis ini bukan sekadar mendalami al-Quran, malah mereka hafaz atau boleh digelar hafiz dan hafizah. Tidak mustahil antara mereka lebih berilmu dari Dr. Masyitah Ibrahim. Tetapi mereka tetap tidak beriman.

Najib justeru itu wajar berpendirian mendalami ilmu al-Quran dan menghayatinya. Contohnya yang palang senang yang sudah diketahui sebelum mendalami ilmunya ialah berjilbab bagi wanita Islam. Ini satu dari ajaran al-Quran.

Alhamdulillah Najib sudah berjaya mengenakan pakaian itu kepada bondanya Tun Rahah. Dulu semasa sebelum jadi Tun Rahah tidak begitu. Sejak anak jadi menteri, beliau sudah menepati ajaran Al-Quran. Begitu juga Najib sudah berjaya menmpengaruhi adiknya yang kawhin awal tahun ini, memilih seorang yang bertudung untuk jadi isterinya.

Tetapi Najib berlum berjaya mengenakan ajaran itu kepada orang yang sekelambu dengannya. Justeru itu Najib tidak boleh pengaruhi ketiga-tiga menteri wanita di bawahnya untuk bertudung. Bagaimana mereka nak bertudung kalau isteri ketua-ketua mereka pun berbogel kepala?

Mawi yang menjuarai Akademi Fantasia 3 bila ditanya jenis wanita Melayu macam mana jadi pilihannya, maka jawabnya wanita yang bertudung. Mawi pun tahu memilih antara yang bertudung dengan yang tidak, tetapi penyeru kepada mendalami al-Quran mungkin belum sampai ke tahap pemikiran Mawi.

Oleh pemikiran TPM dalam menghayati ilmu al-Quran belum jelas. Setakat ini yang jelas kepada orang ramai ialah beliau mahu umat Islam mendalami isi ilmu al-Quran, malah penguasaan itu lebih dari penguasaan ilmu sains dan teknologi.

Dan Datuk Seri Najib wajar membezakan pemikirannya dengan pemikian dan pendirian para orentalis.

Yang membezakan beliau dengan orentalis ialah apakah yang dicakapkannya itu satu dasar atau satu propaganda? Najib bukan setara orentalis jika dia mahu ajaran al-Quran itu dihayati dan dilaksanakan dalam politik dan pentadbiran.

Dan jika sekadar menguasai ilmu al-Quran tetapi tidak melaksanakannya, maka seruannya itu adalah satu propaganda yang setaraf dengan orentalis. Jika demikian keadaannya, maka dia bukan jenis pemimpin yang dikehendaki oleh Malaysia.

Jika yang dicakapnya itu adalah dasarnya, maka Najib sudah tentu membung segala perangai dan imej huduhnya, muncul sebagai seorang pencita ilmu al-Quran seperti yang ditunjukkan oleh Omar al-Khatab. Beliau adalah contoh orang yang berperangai buruk, tetapi menjadi seorang yang sangat mulia setelah menghayati ilmu al-Quran.

SeTAPAK
13/09/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home