Subky Abdul Latif

Thursday, October 27, 2005

SYOR ULAMA URUS TABUNG HAJI

PERHATIAN wajar diberi kepada semangat syor Datuk Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Omar, anggota Parlimen Larut supaya Tabung Haji diurus oleh seorang ulama.

Harapannya, dengan pimpinan ulama itu nanti, kelamahan urusan Tabung Haji dapat diatasi, tiada berlaku lagi kelemahan seperti yang sedang terjadi sekarang.

Pada umumnya, dari segi semangat, wakil rakyat dari Larut itu telah meniupkan satu kesedaran yang baik betapa institusi ulama itu perlu didaulat dan dimertabatkan.

Ia bukan sekadar untuk memimpin institusi seperti Tabung Haji, tetapi wajar mengepalai sebarang pimpinan, mungkin termasuk persatuan bola. Jika persatuan dan pasukan bola dipimpinan oleh seorang yang berpendidikan agama, maka sudah tentu dia akan mengajak dan menyeru orang-orang yang terlibat dalam bola sembahyang dulu sebelum turun padang dan setelah selesai main bola. Tunaikan zakat.

Jika Presiden Persatuan Bola, yang sekarang dijawat oleh Tengku Mahkota Pahang dipegang oleh seorang ulama yang amanah dengan kedudukan dan ilmunya, maka di tepi Stadium Bukit Jalil itu dirikan sebuah masjid yang besar untuk kemudahan penonton iktikaf dan solat sementara menunggu waktu bermain.

Maka segala yang bersangkut dengan sukan itu disesuaikan keperluan agama rasmi negara ini. Di situ dulu letaknya semangat menjadikan ulama memimpin masyarakat dan institusi.

Dalam keadaan sekarang, tiada jaminan kelemahan TAbung Haji akan mudah diatasi dengan mengangkat ulama menjadi pengurusnya dan tidak jaminan penyelewangan tidak berlaku lagi. Ia adalah disebabkan ulama yang menjadi pengurus TAbung Haji saja terpaksa bekerja di bawah system payah berfungsi mengikut ilmu.

Dengan system pimpinan dan pentadbiran pada keseluruhannya tidak berpaut kepada mendaulatkan syariah, maka serban ulama juga mungkin terlucut dibawa arus system yang sedemikian.

Bagaimana pun semangat yang disuarakan oleh Raja Ahmad Zainuddin itu, langkah-langkah wajar diambil bagi memprofesionalkan ulama. Hancur Tabung Haji kalau pemilihan pengurusnya nanti dibaut mengikut calon yang keluar Universiti Azhar dengan pangkat mumtaz.

Persiapan dalam dan luar negeri, pelajar agama mesti didedahkan dengan ilmu pengurusan dan bidang professional yang lain dan pada ketika yang sama pelajar-pelajar yang mengambil bidang professional yang tidak dibangsakan sebagai pelajar agama diwajibkan menguasai pengajian Islam terutama usul fiqh.

Orang-orang ini yang diisi dalam pasaran buruh terbuka, terlatih dalam urusan pentadbiran dan berpengalaman, maka apabila tiba waktunya layat memegang jawatan pentadbiran dan pengurusan penting seperti Tabung Haji, Felda, Mara dan sebagainya.

Ketika itu ulama tidak dilihat untuk mengisi jawatan mufti dan kadhi besar saja, tetapi ialah ulama yang professional dalam institusi ulama itu sendiri dan juga ulama professional. Ketika itu Tabung Haji tidak akan kecewa lagi.

Tetapi kalau dalam keadaan ulama itu tidak dibekalkan dengan kepimpinan dan pentadbiran, dan diamanah dengan kedudukan yang tinggi seperti Tabung Haji, ditakuti natijah akan mencederakan lagi imej istitusi ulama yang ditindas sejak lebih 400 tahun lalu.

Dalam apa keadaan pun, untuk mencari Al-Ghazali dan Asy-Syafie, tidak akan ketemu jika semua pengajian tinggi – Islam dan akadamik biasa - mengikut hendak dan kuat kuasa akta universiti dan kolej. Pelaksanaan akta itu meruntuhkan mutu akadami semua universiti kita dengan meletakkan professor dan siswazah sebagai orang yang tahu membaca, menulis dan membuat kira-kira, setara dengan aktivis kelas KEMAS.

Di bawah system ini, kalau professor jadi professor kangkong dan peguam pula peguam kangkong juga, maka ulama yang dilahirkan jadi macam tiung pula. Tiung boleh dilatih menuturkan kalimah ‘assalamualaikum.’ Tetapi ia tidak tahu apa isinya. Tiada al-Ghazali dan tiada asy-Syafie, tetapi yang ada Ghazali Syafie. Itupun bukan Ghazali Syafie yang belum bersara dulu.

Tabung Haji tidak akan mencapai apa-apa kalau kita menunggu kedatangan al-Ghazali dan asy-Syafie yang tidak pernah cuba diwujudkan. Tetapi memadai memberi kepercayaan kepada ulama yang lebih berwibawa dari yang mengetuai Felda dan Mara sekarang.

Wibawa itu bukan dimaksudkan dari keupayaan, tetapi ciciran politik.

Orang yang dikehendaki oleh Raja Ahmad itu tentunya ada, tetapi hendaklah dicari. Antara ahli pentadbiran biasa dengan ulama yang menguasai pentadbiran, lebihnya ulama ia keberkatan yang Allah limpahkan kepadanya.

Ulama yang bekerja akan mampu menyerlahkan kecemerlangan, kerana di samping kejayaan dari kerjanya, barakah yang mengiringinya membantu mengatasi semua masalah, insya Allah.

Ulama adalah orang pilihan Allah selepas nabi. Kalau seorang itu tidak jadi ulama, jadilah orang yang kasih kepada ulama dan memadang tinggi kepada ulama. Moga-moga Raja Ahmad berada di sini dan begitu walaupun minatnya besar dalam persatuan bola. Allah akan hormati dia kiranya pandangan tinggi kepada ulama itu original dan kekal.

SeTAPAK
27/10/05

13 Comments:

  • mrebalar Subky Abdul L if, Basliginiz this post ilgimi cekti. Blog unuz cok guzel. sari sayfalar ile ilgi oldugu icin buldum sari sayfalar sitesinden buldum. Blogunuz takip etmeye calisicam.

    By Blogger dfuser, at 9:58 AM  

  • Dah lama stop menulis? Saya gemar membaca tulisan saudara.... teruskan berblog....

    By Blogger haji ikram, at 9:04 AM  

  • Ana bersetuju jugak dgn cadangan ulamak menerajui di sof utama dlm mana2 badan swasta @ kerajaan. Apatah lagi ulamak yg taqwa. sekadar atas lesen ulamak pun tidak memadai lagi seandainya tidak bersamanya sifat taqwa.

    Sekiranya syor ulamak tidak dipersetujui setidak2nya kita lantik profesional pun tak apa tapi dgn syarat orgnya mesti bersifat taqwa. Apabila dah nama taqwa maka semua sifat mahmudah akan bersamanya. Org mcm ni jugak akan mencari ulamak sebagai penasihat setianya dlm semua urusan. InsyaAllah akan jernihlah segala pengurusan dari segala habuk2 mazmumah.

    Usaha termampu kita di pihak biasa ni DOA dan Tawakkal sepenuhnya pada Allah moga hasrat dan cadangan yg baik diperkenan amin.

    By Blogger atar_ud, at 6:39 PM  

  • Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda tips cara mudah jadi kaya. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. RM200,000 dalam masa 35 hari dengan modal hanya RM10! Ini baru REAL!. Peluang dan tips cara mudah jadi kaya di sini.

    By Blogger Jeego, at 8:49 PM  

  • Tuan haji, teruskan memberi komentar dan kiranya itu mmg kerjaya tuan sejak dahulu. Betul ke kalau ulama memimpin sesebuah organisasi maka ianya akan lebih cemerlang? ulama jenis mana?

    saya tgk byk kawasan- cawangan dalam orgn PAS di bawah mulah-mulah skrg nyawa-nyawa ikan.Cth Kuala Pilah. Maaf yee

    By Blogger orangtuo, at 11:53 PM  

  • hey, I just got a free $500.00 Gift Card. you can redeem yours at Abercrombie & Fitch All you have to do to get yours is Click Here to get a $500 free gift card for your backtoschool wardrobe

    By Blogger simoningals1206555632, at 11:16 AM  

  • Carilah pengurusan yang kompeten, jujur dan mempunyai perancangan masa depan yang baik.

    Pengurusan kewangan orang ramai yang menabung perlulah dikembangkan menggunakan teknik pelaburan kewangan terkini supaya hasilnya nanti dapat membantu keluarga jemaah haji itu sendiri.

    Carilah pakar-pakar kewangan yang tunduk dan sentiasa mensucikan diri. Definasi 'alim' itu sebenarnya amat besar. Ahli botani, pakar bedah, pakar ekonomi, saintis, pemikir dan lain-lain lagi adalah termasuk di dalam definasi alim ini.

    Apakah Profesor di Raja Ungku Aziz yang membuahkan idea menubuhkan Tabung Haji tidak termasuk di dalam golongan orang 'alim'?

    By Blogger Tok Janggut, at 12:35 AM  

  • Saya mengikuti tulisan Sdr sejak Sdr menulis di dalam akhbar Watan lagi. Tahniah! Saudara menggunakan blog maya yang memberikan kebebasan melahirkan pendapat dan mengutarakan kritikan.

    _________________

    Terjemahan perkataan alim ulama itu perlu diperkemas dan dikembangkan lagi bagi menerajui negara menempuh era penuh cabaran tidak lama lagi.

    Kita kadang-kadang terikat dengan perkataan sehingga sukar dan sesak bernafas.

    Terdapat ulama yang mengakui (maaf, saya quote perkataan ini) "...kami dari kalangan orang agama di ajar untuk mengikut. Kami tidak di ajar untuk berfikir..."

    ________________

    Lepas dan bebaskanlah minda kita kerana Islam itu mengandungi nilai futuristik yang mahal nilainya. Kadangkala tanpa penyucian dan kefahaman yang benar, minda kita masih lagi terhijab tidak mampu menerobos masadepan.

    Semoga kita berpegangan tangan membina barisan yang kukuh. Hentakan 'ingat' yang bertalu-talu baik sewaktu jaga ataupun semasa tidur akan meleraikan ikatan hijab satu persatu.

    Menjelajah menembusi horizon tanpa sekatan, menjelajah melihat keindahan Alam adalah pengalaman-pengalaman yang membuatkan kita sentiasa tunduk dan patuh kepada ingatan kasih sayangNya.

    Islam itu indah dan mudah.

    By Blogger raspintar, at 12:50 AM  

  • Syor tu memang bagus..tapi kalau dilantik ulamak dlm UMNO.abislaaa lingkup.ular dlm semak adalah.

    By Blogger freehappy, at 2:20 AM  

  • selamat berpuasa
    ---
    Jom sertai debat di:
    http://malaysiachannelnews.blogspot.com/

    By Blogger Admin a.k.a News, at 6:58 PM  

  • Blog

    April 23
    Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat )
    Unity Government ( Kerajaan Perpaduan / Rakyat )

    01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam
    State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.
    02 'Unity Governmen t" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka
    dibayar oleh kerajaan ( Rakyat ) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi
    konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front"
    BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT
    03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna
    tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan
    Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI
    Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan
    ( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.
    04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah
    dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang
    ikatan dan kongkongan parti( parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia;
    automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
    Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan
    lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.
    05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar
    sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesuma
    akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament
    pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
    wakil rakyat.
    06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
    THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA
    07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya
    tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.
    08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element
    kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
    Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat
    kerehaan Allah Hu Ta'ala.
    09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
    Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
    dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
    dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa
    bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah
    guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk
    menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
    Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah
    ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.
    10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif
    ( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman )
    ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
    THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen "
    (Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the present
    civil Law.
    Nash Ar-Rawy / 23.04.05
    ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

    SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '

    01 Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an
    ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an
    iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah
    02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )
    sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai
    03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan
    dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada
    kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua
    parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.
    04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar
    kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.
    05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship'
    supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.
    06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai,
    semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'
    07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal,
    dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak
    sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas
    perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan
    nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS
    FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

    Nash Ar-Rawy/23.04.09
    ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
    Email ID/ YM Chat : nasharrawy.nasser@yahoo.com






    1:13 PM | Add a comment | Permalink | View trackbacks (0) | Blog it | Politics

    By Blogger Nash Ar-Rawy, at 8:16 PM  

  • Surat Terbuka Untuk TGNA
    Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

    Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.

    Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

    Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

    TGNA yang dirahmati Allah,

    TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.

    Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

    Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.

    Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

    TGNA yang dikasihi Allah,

    Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.

    Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

    TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…

    Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT

    bersambung di cilipadi007.blogspot

    By Blogger Cili Padi, at 12:13 PM  

  • Salam Sdr Hj Subky,
    Bersyukur dapat berjumpa hari ini di Harakah. Saya mengarkibkanya di sini http://padi-malaysia.blogspot.com/2010/07/mahathir-lagi-bebas-dari-zaman-tun.html

    By Blogger red1, at 6:12 AM  

Post a Comment

<< Home