Subky Abdul Latif

Friday, March 26, 2004

KEKALAHAN PAS JUSTERU UJIAN NEGARA ISLAM?

PRESTASI buruk PAS dalam pilihanraya umum ke 11 tidak disebabkan oleh satu punca, bahkan oleh beberapa sebab seperti kelemahan-kelemahan organisasi, angkara musuh dan tidak kurang pentingnya ialah ujian terhadap pembentangan Dokumen Negara Islam.

Tidak dapat ditolak bahawa dasar Islam itulah yang menjadikan badan politik pembangkang Melayu itu terpencil dan dagang dalam masyarat Malaysia sejak ia ditubuhkan lagi. Dan apabila ia muncul pula dengan Dokumen Negara Islam Ramadhan lalu, enam bulan menjelang pilihan raya, maka menjauhkan lagi pengundi bukan Islam kepada parti itu.

Saya bersetuju bahawa dokumen itu antara yang menyebabkan undi lari dari PAS.

Tetapi apakah PAS telah membuat kesilapan besar, menyedia dan membentangkan dokumen itu sedang ia berada di ambang pilihan raya dan PAS memang mengetahui ia begitu kontroversi?

Isu negara Islam telah wujud sejak PAS ditubuhkan sama ada ia tercatit atau tidak dalam perlembagaannya. Malah tindakan British membawa seramai-ramai pendatang ke negara ini dalam zaman penjajah dulu pun adalah untuk menghalang terbentuknya negara Islam di negara ini selepas ia merdeka.

Pengasas dan pimpinan awal menyedari dan memahami masalah itu tetapi mereka bertegas meneruskan tuntutan itu sekalipun terpaksa menghadapi kekalahan demi kekalahan. Ujian itu mereka hadapi tetapi mereka berjaya mencapai kemenangan di Kelantan dan Terengganu dalam tahun 1959.

Ia bangun,tumbang dan bangun semula berkat dengan pegangan dan perjuangan aqidah itu. Dengan pegangan itu Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan kemenangan semula PAS di Kelantan tahun 1990 adalah justeru, seolah-olah, terdapat kerjasama makluk manusia di bumi dan makluk malaikat di langkit.

Dengan pegangan Islam yang kukuh dan terpelihara – tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu terbuka, ia agak hati-hati dalam isu wanita, ia dilihat jumud oleh masyarakat elit dan golongan liberal, tetapi PAS terus didekati oleh semua golongan masyarakat, hatta DAP yang tekenal terlalu memilih Melayu yang hendak dibuat kawan boleh duduk semeja dan makan sepinggan dengan PAS.

DAP mulai mengenali pemimpin-pemimpin PAS dan mula memahami perjuangan PAS dari dekat. PAS tidak jumud seperti yang dikata dan tidak radikal seperti yang disangka. Jika PAS cuba dijauhi oleh DAP bukan kerana sesuatu yang pelik ada pada PAS, tetapi PAS belum diterima oleh pengundi Cina. Bukan masakan tidak baik dan tidak enak, tetapi justeru ia tidak dan belum dapat dipasarkan.

Tetapi dunia mahu mengetahui apa yang dikatakan negara Islam? Siatu soalan yang tidak pernah diberi jawapan. Bukan sekadar orang Malaysia mahukan jawapan, PBB dan OIC pun mahukan formulanya supaya tiang tidak dikatakan pokok.

Maka yang berupaya memberikan jawapan ialah PAS. Justeru itu ia keluar dengan Dokumen Negara Islam. Ia adalah buku rojokan pertama. Para sarjana Islam lain mungkin akan membuat pandangan lain. Tetapi Dekmuman Negara Islam itu terpaksa dipertikai oleh khususnya bukan Islam.

Bukan konsep yang dikemukakan itu tidak betul, tetapi sama seperti Islam, ia bukan agama ikutan semua. Bukan Islam tidak betul atau tidak dari Allah, tetapi memang diterima oleh separuh mausia dan separuh jin dan ditolak oleh separuh manusia dan separuh jin. Yang seluruhnya menerima Islam ialah malaikat dan yang seluruhnya menolak Islam ialah syaitan.

PAS mengeluarkan Dokumen Negara Islam demi membuktikan negara Islam itu ada. Orang tidak percaya ia ada mahu melihat apakah benar ia ada. Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk membuktikan yang ada itu ada.

Risiko mengeluarkan dokumen itu memang tinggi kerana ia diternitkan menjelang pilihan raya dan ia belum tentu diterima oleh semua pengndi dan belum tentu ditolak oleh semua pengundi. PAS beriman kepada negara Islam, maka ia mesti berani dan bertanggungjawab untuk mengeluarkannya dan mempertahankananya.

Mewujudkan dokumen itu adalah ujian kepada keyakinan penyokong PAS kepada konsep Negara Islam. Adakah mereka sekadar bertegas dengan isu itu kerana dalam Islam negara Islam? Atau tidak berani mendedahkannya takut negara Islam akan menyenankan kemenangan tertangguh?

Bukan mustahil kekalahan PAS di seluruh negara khususnya kegagalan mempertahankan kerajaan Terengganu adalah adalah ujian Allah terhadap kukuh atau tidaknya pegangan PAS kepada dokuman itu. Bagi yang tahan uji, mereka akan bertegas mempertahannya dan tidak pernah menyesal sekalipun dengan dokumen itu ia kalah. Bagi yang tidak tahan uji, mereka akan menyesal serubu penyesalan dengannya kerananyalah undi simpati lari.

Saya yakin antara yang menyebabkan PAS kalah ialah kerana menerbitkan dokumen itu. Allah sengaja mengalahkan PAS ialah untuk menguji pegangan ahli-ahli PAS kepada konsep negara Islam. Orang berpegang kepada konsep itu percaya bahawa dalam keadaan apapun ia akan memberikan keberkatan.

Ujian Allah tidak dapat ditentukan masa dan lamanya. Ia sebenar dan ia jenuh. Tetapi Allah menguji dengan kekalahan. Yang lemah nescaya gugur dan yang cekal nescaya kekal.

Pejuang-pejuang PAS mengambil masa selama 50 tahun untuk mempertahankan bahawa politik Islam itu wujud dan pasti akan mendapat kemenangan. Dengan pegangan itu PAS tidak pernah menunjukkan kecemerlangan dalam pilihan raya. Tetapi berkat kepercayaan dan keyakinan seperti itu PAS mendapat sambutan dalam pilihan raya 1999. Kenyaan tahun 1999 itu melenyapkan kekalahannya selama ini.

Tetapi kini diuji lagi. Orang paling teruji ialah orang yang menang tahun 1999 dan yang kalah kurang dari 1000 undi kali itu. Kini mereka kalah dan dengan majoriti yang amat besar pula. Sementara keberkatan itu dirasai, yang tidak tahan uji akan gugur dan hilang. Yang tahan uji mennggu akan keberkatan yang pasti akan datang.

Begitulah perjuang Islam. Kemenangannya ada tetapi payah. Jika yang kalah itu dapat mengambil kekalahan itu sebagai ujian dan ia sama seperti ujian kekalahan dalam perang Uhud, 1500 tahun lalu, maka sudah pasti mereka akan dapat menikmati keberkatan perjuangan itu. Keberkatan perang Badar adalah contoh terbaik. Ia seperti menempuh peperangan yang musthil dimenangi justeru tentera musuh jauh lebih besar. Tetapi orang yang tahan uji bersama Rasulullah SAW itu percaya kepada keberkatan dan mereka menang.

Keberkatan begitu kabur dalam perang Uhud. Sekalipun musuh sederhana, tetapi Islam yang kuat itu kecundang. Dengan menyakini bahawa Dokumen Negara Islam pasti membawa berkat, bahawa ia adalah ujian, dan ia adalah hak dan akan memberi kemenangan, kekalahan 21 Mac itu adalah ulangan kekalahan perang Uhud, maka pasti PAS akan bangkit sesegara mungkin, kerana janji Allah ialah Islam pasti menang.

Saya yakin antara yang mengalahkan PAS tadi ialah penerbitan Dokumen Negara Islam, tetapi PAS diuji untuk sementara. Setelah berjaya melepasi ujian itu, dokumen yang barakah itu akan membantu PAS memenangi sokongan masyarakat.

MIN AINA ILA AINA
26/03/04

Thursday, March 25, 2004

PAS SERTAI PRAYA, TANGAN TERIKAT, MULUT MATA TERTUTUP

SEPANJANG kempen Pilihan Raya Umum ke 11, selepas penamaan calon pada 13 Mac, PAS terasa seperti nasib Dato Seri Anwar Ibrahim di bilik tawanan polis di Bukit Aman, tangan tergari, mata tertutup. Lebih teruk, mulut Anwar tidak tertutup, sedang mulut PAS tertutup.

Dalam keadaan itulah PAS berhempas pulas bergelut dalam kempen paling singkat itu, bukan sekadar mata yang lebam, seluruh anggota calar dan lebam, dipelupuh musuh yang menggunakan peluru SPR.

Yang PAS lawan dalam kempen itu bukan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya. UMNO tidak ada dalam kempen. Mereka duduk dan lepak di bangsal gerakan sambil makan sup tomyam dan sup ekor.

PAS bergelut mengatur ceramah mengikut peraturan baru pilihan raya. Lebih banyak peraturan SPR itu dibaca dan difahami, lebih banyak yang tidak dapat dibuat. Satu dua hari sebelum penamaan calon, penceramah agak bebas berkata itu dan ini. Tetapi masa digunakan untuk mengingatkan petugas jangan buat itu dan ini, kerana ia boleh membatalkan kemenangan calon.

Sudahlah menang susah, nanti apabila menang dibatalkan pula. Dulu kemenangan boleh dibatalkan atas kesalahan calon dan wakil calon. Sekarang penyokong belalang dan cengkerikikpun, kalau bercakap melanggar peraturan, maka kemenangan calon boleh dibatalkan.

Senator Hassan Shukri mengingatkan dalam ceramah di Kampung Pandan, kawasan Parlimen Titiwangsa sehari sebelum pencalonan tentang tempoh tiga hari bagi calon yang sah menarik diri dari bertanding. Peraturan baru itu memberi masa panjang bagi BN membeli calon. Peugas parti mesti berjaga-jaga selama tiga hari itu memastikan calon tidak diculik dan dibeli..

Ingatannya tepat apabila calon PAS di Kota Tinggi dibeli oleh musuh dan calon PAS bagi satu DUN di Johor cuba dibeli tetapi juru belinya diperangkap oleh BPR.

Kalau cengkerik dan belalang bercakap provokatif maka kemenangan calon yang disokongnya boleh dibatalkan, maka tiada ruangkah bagi SPR menjadikan pembelian calon,satu jenayah sosial dan demokrasi yang begitu menonjol sebagai kes membatalkan kemenangan Menteri Luar, Dato Hamid Albar dan wanita comel UMNO yang pekerja-pekerjanya ditahan BPR?

Kalau cakap penyokong kerdil yang tidak disuruh oleh calon bercakap, cakapnya boleh membatalkan kemenangan, maka tidak bolehkah pekerja kempen UMNO yang membawa duit yang banyak dan menjanjikan jumlah yang lebih besar dibatalkan kemenangannya sekalipun tidak arahan calon?

Itulah undang-undang manusia, keadilannya sangat terhad.

Dalam keadaan peraturan yang sangat kabur itu, PAS menjalan kempen bisu. Penceramah bisu hanya mengeluarkan suara tetapi lidahnya tak dapat bertutur. Apa yang hendak diceritakan selain dari menerangkan kebaikan calon dan dasar dan program parti.

Ceramah besar sukar pula, dan kalaupun boleh, sukar mendapat penceramah populer kerana masing-masing terikat sebagai calon di tempat masing-masing. Bagaimana dalam masa lapan hari calon hendak menyampaikan maklumat kepada 40 ribu pengundi sedang satu ceramah berkelompok hanya dihadiri oleh 30 hingga 40 orang saja? Berapa orang yang dapat ditemui oleh calon dalam waktu yang singkat itu?

Banyak yang nak dicakap. Banyak isu kezaliman dan penyelewangan. Kandungan manifesto BA cukup menarik. Tetapi tidak dapat didengar oleh semua pengundi kerana birokrasi ceramah dan permitnya dan tempohnya terhad. Ibarat bertinju, jeb dan tumbukan tak sampai ke badan lawan kerana terhalang oleh peraturan SPR. Dan tinju apa namanya kalau tangan digari?

Bayangkan bagaimana Anwar hendak menumbuk muka Tan Sri Rahim Noor dalam keadaan matanya terikat dan tangan bergari? Hanya lidah dan hatinya saja melawan. Tetapi Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi, sama seperti Tan Sri Rahim Noor, bebas mengetuk dan menyekeh PAS yang tangan terikat, mata dan mulut tertutup.

Perdana Menteri sudah menggunakan peluang kempen sejak Dr. Mahathir mengumumkan untuk bersara. TV dan akhbar memuatkan segala mengenainya. Dan seelok-elok saja beliau menejadi Menteri Dalam Negeri selepas Pilihan Raya 1999, langkah pertamanya ialah memotong permit Harakah dari dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Kemudian merombak sistem dan peraturan SPR, menyesuaikannya dengan apa yang mampu dibuat oleh KDN secara tersembunyi supaya PAS khususnya dapat dijadikan seperti Palestin terkepung di sana sini. Bukan perjuiangan Palestin tidak betul dan mereka tidak tahu stratigi, tetapi dengan segala kepungan dan sekatan, sokongan dunia seluruhnya tidak jadi apa-apa. Palestin boleh juga melempar anak-anak batu jumrah kepada sang zionis, tetapi dengan tangan terikat, bagaimana PAS boleh memungut batu?

Israil itu bukanlah besar. Jauh kecil dari Arab. Tetapi dengan Amerika yang diperkudakannya, menjadikan Palestin seperti tikus. Macam itu jugalah PAS menghadapi pilihan raya yang terbaru itu. UMNO mudah dilawan, tetapi dalam pilihan raya itu PAS berdepan dengana SPR. UMNO sekadar menonton.

Untuk sampai ke gelanggang UMNO, PAS terpaksa merobohkan tembok SPR dulu. Pak Lah sudah pun diistiharkan menang besar ke atas PAS, lebih gagah dari yang Dr. Mahathir dapat capai, tetapi yang menderita seperti Rahim Noor ialah SPR.

SPR tidak mungkin dapat dibaiki dalam atmopera sindrom bisu masyarakat dan sindrom gejala kebimbangan atau fear factors seluruh rakyat sekarang. Revolsi Mental yang dihasilkan sama oleh Dato Seri Abdullah Badawi bersama Tan Sri Senu Abdul Rahman hampir 40 tahun lalu perlu disemak semula. Dan harapan pemulihan SPR dengan ruh Revulusi Mental itu hanya mampu dilaksanakan oleh Tan Sri Musa Hitam.

Itupun kalau dia mahu!

MIN AINA ILA AINA
25/03/04

Wednesday, March 24, 2004

YANG CEDERAKAN PAK LAH BUKAN PAS, TAPI SPR

PAS gagal menggugat pengaruh Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi sehingga kerajaan BN pimpinannya berupaya meraih kemenangan besar dalam pililhanrayaa umum ke 11 pada 21 Mac lalu, bukan sekadar dapat membentuk kerajaan pusat yang lebih gagah, malah dapat menumbangkan kerajaan PAS Terengganu dan hampir menumbangkan kerajaan PAS Kelantan.

Serta merta Dato Seri Abdullah dilihat lebih handal dan lebih gagah dari ketua yang digantikannya Tun Dr. Mahathir. Tidak mustahil dalam waktu yang singkat ini imej besar Tun Mahathir nescaya mengecil dalam pandangan dalam dan luar negeri.

Dengan kemenangan itu beliau telah melumpuhkan sekalian individu UMNO yang tidak senang dengannya yang masih ada tempat dalam UMNO dan UMNO yang diketepikannya – tidak dicalonkan semula.

Dia dikira melakukan satu sejarah, boleh jadi lebih gemilang dari Perdana-Perdana Menteri sebelumnya. Tetapi tidak mungkinkah sejarahnya berakhir beberapa hari selepas pembentukan kabinet baru justeru kemenangan yang dicapai itu bukan justeru kerja UMNO yang bergeliga tetapi kerana peranan SPR yang luar biasa.

Bukan mustahil Abdullah tidak dapat dicederakan oleh PAS, tetapi yang jelas boleh mencederaknnya ialah seluruh jentera SPR yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman, pakar pengurusan pilihan raya yang terbilang.

Beliau pernah dirihatkan sebagai Setiausaha SPR kerana kerajaan cemburu dengan pendiriannya sebagai orang Kelantan dalam krisis UMNO menjelang pilihaan raya 1990 kerana sesngketa Tengku Razaleigh dan Dr. Mahthir.

Beliau dikembalikan sebagai pengerusi SPR kerana kepakarannya. Tetapi dengan peraturan baru SPR, pilihan raya yang terbaru dilihat sebagai pilihan raya yang terkotor dalam sejarah Malaysia kerana pertandingan yang dibenarkan kira-kira sama dengan apa yang terjadi kepada Dato Seri Anwar Ibrahim semasa dibelasah oleh Tan Sri Rahim Noor selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan polis tahun 1998 dulu.

Jika Rahim Noor menggari tangan Anwar., ditutup mutanya dan dalam keadaan seorang diri dibalun oleh ketua polis yang bengis itu, maka seolah-olah dalam pilihan raya yang baru itu pembangkang termasuk PAS telah diikat kaki tangan tangan, dihendak oleh UMNO dan kerajaaan dari kiri dan kanan hingga tidak terdaya untuk melawan.

Peraturan pilihan raya itu tidak memungkinkan apa-apa dapat dibuat dan undang-undang yang ada seolah-olah dibuat untuk mendisiplinkan PAS dan pembangkang lain.

UMNO sendiri kebingunan. Posternya tidak naik, bilik gerakan kosong, kerajaan pun tidak nampak berjalan. Sebaliknya tidak puas hati wujud hingga ada bilik gerakan dibakar dan tutup, dan macam-macam. Calon juga siap di minit terakhir hingga ada calon UMNO Johor ditolak.

UMNO di Kelantan dan Terengganu tidak membuat kerja yang ajaib dalam pilihan raya itu, hanya pemimpin-pemimpin UMNO yang ghairah meramalkan kemenangan besar kerana kemenangan tanpa bertanding yan;g besar pada hari penamaan calon dikira isyarat yang baik.

PAS rata-rata tidak dapat memberi penerangan yang luas kerana peraturannya begitu leceh, memerlukan permit dulu, ada yang mudah ada yang sukar, penceramah bimbang mengeluarkan pandangan bebas kerana takut ucapan itu dijadikan alasan membatalkan kemenangan.

Dan pada hari pilihan raya, segala undang-undang yang ditaklimatkan sendiri oleh pimpinan SPR kepada pimpinan PAS semuanya tidak terpakai. Undang-undang itu tidak untuk UMNO. Tiada sebarang larangan dan teguran kepada BN. Semua yang salah untuk pembangkang adalaha halal untuk UMNO. Petugas UMNO dan keretanya sampai ke tepi kawasan larangan. Rata-rata orang PAS tidak ramai, tetapi ia menjadi tempat berkampung UMNO – Pemuda dan Puteri.

Di seluruh negara, daftar undi di barong tidak sama dengan daftar di bilik mengundi. Ramai yang datang tidak mengundi kerana namanya tiada dalam seranai yang dipakai. Ada yang buku daftar pengundi tidak dapat dibekalkan kepada pembangkang lebih awal. Tiada sempat parti pembangkang hendak menyemak adakah daftar yang diedarkan itu sempurna atau sudah disahkan kerana pentadbiran tidak langsung mencerminkan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Yang cemerlang, gembilang dan terbilang nampaknya Perdana Menteri dan orang-orang yang memperomosikan beliau. Tetapi SPR yang diamanahkan memperlihatkan tembelang, temberang dan malang. Kedurjanaan dan kelemahan SPR adalah tidak terbilang.

Dengan kejadian di Selangor pengundian dilanjutkan hingga ke pukul tujuh, ada tempat di Gombak, pengundi sudah tidak menggunakan khidmat petugas SPR untuk menyemak nama masing di borang, mereka mengambil sendiri seperti itik berebut menyudu makanan. Pilihan raya di Sungai Lembing ditunda seminggu, dan segala kharenah lagi memperlihatkan apa yang dipanggil kemenangan besar Pak Lah itu adalah suatu yang tidak cemerlang lagi.

Perdana Menteri Abdullah menang dalam suasana sistem pilihan raya dan perjalanannya yang hancur. Ia satu tamaddun yang tidak tamaddun. Tidak mustahil kemenangan itu satu kemenangan ayam jantan yang berkokok tetapi ekor penuh cemaran najis. Itulah kemenangan PaK Kaduk dan itulah kemenangan Lebai Malang.

Seluruhnya melihat pentadbir SPR seperti melihat Rahim Noor. Rahim Noor mnumbuk Anwar hingga lpengsan dan ebam. Tetapi Anwar adalah seorrang individu kebetulan adalah pemimpin. Anwar cedesra tetapi orang lain tidak cedera. Yang dipengsan dan dilebamkan mata oleh SPR ialah satu sistem demokrasi dan sistem pilihan raya yang bersish dan bebas. Sistem yang bebas dan bersih itu yang menjamin kerajaan dan negara yang sihat dan dinamik.

Suharto juga berupaya mencapai kemenangan yang lebih gemilang dalam pilihan raya terakhir yang disertainya. Dalam dia diperetikai, dia mampu menang lebih besar. Tetapi kemenangan besar yang tidak berertika itu telah membinasakan sejarah dan khidmat cemerlang Suharto yang 32 tahun sebagai Presiden itu. Kecurangan sistem pilihan raya Indonesia itu, bukan saja membinasanya Suharto dan sejarahnya, tetapi Indonesia terpaksa membayar dengan huruhara, hilang Timor Timur, perang saudara di Acheh dan segala-galanya hancur.

Untuk beberapa minggu ini Perdana Menteri Abdullah terus dipuji, tetapi SPR menjadi sasaran semua orang. Semua yang tamaddun di Malaysia melihatnya tidak berharga. Perdana Menteri sendiri mula gelisah dan tidak tahu hendak mempertahankan. Tidak mustahil kerajaan akan menyalahkan SPR setelah ia tidak dapat menyorokkan segala kebodohan SPR.

SPR adalah badan bebas yang sudah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Tetapi apabila SPR tidak dapat menyorokkan keburukkannya, maka yang memukul SPR bukan saja pembangkang, tetapi pemimpin-pemimpin kerajaan ssendiri.

Perdana Menteri dulu dan hakim serta pemesar membodohkan Rahim Noor kerana bertindak membabi buta membalun Anwar demi membila Perdana Menteri itu, tetapi akhirnya anak cucu Rahim Noor malu dengan perbuatannya. SPR yang tidak profesional akan menerima giliran kerana tersalah ampu.

Jika Abdullah cedera dan tumbang dengan angkara SPR ini, bukan saja orang-orang akan mengencing kubur para petugas SPR, cucu cicit Pak Lah akan ikut kencing sama kubur mereka. SPR sanggup makan, maka ia juga sanggup terima harganya.

Inilah natijah apabila masyarakat dipenuhi oleh sindrom fear factors yang diwujudkan oleh Barisan Nasional.

24/03/04

Friday, March 19, 2004

ANTI RASUAH PAK LAH TAK LEPASKAN JERUNG?

PERDANA Menteri Dato Seri Abdullah Badawi dan BPR dipersenda justeru dalam siri tangkapan anti rasuahnya, justeru yang dilihat terperangkaap hanya penyangak-penyangak bilis, menakala jerung dan bapak jerung celus dari bubu.

Kini pukat tunda Perdana Menteri seolah-olah tidak mengenal tangkapan, jerung dan bilis sama-sama masuk pukat apabila BPR mendapat permit menahan Tan Sri Eric Chea, ‘raja Perwaja’ di era kegemilangan Perwaja dulu, dan manteri kainet Tan Sri Kasitah Gadam.

BPR kini seolah-oleh kembali ke era Tun Dr. Ismail selepas peristiwa 13 Mei, 1969 dulu. Era Tun Dr. Ismail adalah di bawah era Tun Razak. Yang terserlah anti rasuahnya ialah Tun Dr. Ismail sekalipun beliau mendapat izin Perdana Menteri Tun Razak. Di bawah Tun Razak, penyangak jerung kalaupun ada tidak masuk pukat tetapi berundur dari kedudukan.

Pukat Dr. Mahathir kecil saja, hanya celus bilis dan kalaupun ada jerung yang muat masuk pukatnya, jenis Anwar Ibrahim. Pukatnya seolah-oleh penuh, tidak muat bagi penyangak jerung yang ada.

Dato Seri Abdullah mengeluarkan permit pukat tunda besar kepada BPR. Setiap bulan dalam masa kurang dari 100 beliau menggantikan Dr. Mahathir ada saja tangkapan rasuah dari kalangan pegawai kerajaan. Selepas banyak sungutan, betapa yang masuk bubu hanya penyangak bilis, maka jerung yang tak muat dalam bubu, telah masuk pukat pula.

Adakah ruang lagi bagi jerung-jerung yang masih bebas? Itulah pertanyaan umum terhadap pukat tunda anti rasuah Pak Lah itu. Adakah yang menggelorakan perairan rasuah negara itu sekadar kipas dan kibas dua jerung itu saja?

Isu rasuah adalah program dalam otak manifesto Abdullah Badawi. Dengan dua jerung dalam pukat itu cukup baginya tidak perlu berkempen dalam pilihan raya umum nanti. Tetapi adakah memadai setakat dua kerat jerung, maka negara akan terselamat dari bencana rasuah?

BPR telah mendapat tenaga baru dari permit yang diberikan. Tetapi apakah Perdana Menteri mempunyai setamina yang cukup untuk menghadapi parti penuh penyangak yang berkuasa. UMNO telah mengesahkan ia penuh dengan pengamal politik wang hingga sukar dicari kerbau yang tidak terpalit lumpur rasuah politik.

Apakah yang dipakai oleh Perdana Menteri sebagai seorang UMNO yang kalau diibaratkan sebagai kerbau tidak terpalit dengan lumpur setelah sama-sama berkubang di kandang kerbau? Kalau ajaran falsafah peri bahasa, seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit, maka adalah ajaib bagi semua kerbau membawa lumpur maka seekor kerbau UMNO terlepas bersih.

Dalam era Dr. Mahathir kabinet menubuhkan sebuah jawatankuasa kabinet menganai anti penylewegan yang dipengurusikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Ia kira-kira tambahan kepada BPR yang tidak dapat lesen besar membendung janayah itu. Tetapi akhirnya pengerusi anti penelewengan itu yang dikenakan tindakan kerana dikatakan menghalang pegawai anti penylewegan menjalankan tugas.

Di era itu juga Lim Guan Eng, anak Lim Kit Siang mengadukan tentang salah dikatakan dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka masa itu, tetapi Lim yang terpenjara, ketua menteri itu bebas.

Di zaman itu juga BPR telah membuka fail tentang kejadian Menteri Rafidah Aziz mempengerusikan menyuarat memberi saham kepada menantunya. Ada pula berita gempar tentang anak menteri MCA kaya raya dalam waktu yang singkat. Malah pernah juga Dato Sammy Vellu ditemui pegawai BPR.

Selepas Dr. Mahathir berundur, Dato Nazri pula ditemui oleh BPR. Kononnya ada perkara dikatakan ditemui dalam penyiasatan mengenai pemberian permit teksi. Tetapi belum ada laporan BPR yang membebaskan menteri itu.

Masyarakat tidak terkejut Tan Sri Eric Chia ditahan kerana kesnya telah hebah sejak sekian lama. Cuma orang melihat bahawa Abdullah Badawi lebih tegas dan lebih berani dari Dr. Mahathir. Dr. Mahathir dilihat keras dan berani di zamannya, tetapi dalam masa 100 hari saja Abdullah membuktikan dia lebih tegas dari Dr. Mahathir. Seolah-olah Dr. Mahathir selembik Abdullah semasa menjadi Tibalan Perdana Meneri dulu.

Orang ramai terkejut apabila Tan Sri Kasitah Gaddam yang tiada tertonjol dalam serba hal ditahan BPR. Beliau telah disiasat selepas menjadi bekas menteri. Sejak tahun 1996 fail mengenainya dibuka. Orang terkejut apabila kemudiannya dilantik menjadi menteri setelah lama namanya tidak terdengar.

Persoalannya bagaimana Dr. Mahathir mengangkat seorang yang disiasat BPR untuk menjadi menteri? Bagaimana orang secekapnya tidak dimaklumkan tentang masalah Kasitah? Dan Abdullah Badawi pula bersetuju menangkatnya menjadi penaja UMNO Ranau beberapa bulan sebelum beliau ditahan.

Untuk berlaku adil terhadap Kasitah dan penyokongnya di Sabah khususnya di Ranau, Perdana Menteri menjelaskan kedudukan menteri-menteri UMNO yang pernah disiasat. Jika penahanan Eric dan Kasitah dibuat untuk membantu BN menang mudah dalam pilihan raya, maka apa keputusan BPR tentang penyiasatan atas menteri-menteri yang lain khususnya Rafidah dan Nazri?

Mereka tidak bersalah selagi belum disabitkan oleh mahkamah. Yang perlu dijelaskan, mereka ada kes atau tidak? Penjelasan itu penting bagi membersihkan nama Perdana Menteri bahawa beliau tidak menentukan jerung yang hendak dipukat.

Kes Eric Chea gagal diselesaikan oleh Dr. Mahathir. Demikian juga kes Rafidah diselesaikan dan tidak pula dibersihkannya. BPR menyebut ada kes yang ditemui dalam penyiasatan mengenai lesen teksi. Tetapi BPR tidak membersihkan nama baik Nazri. Selagi BPR tidak membersihkan nama mereka, maka orang menyangka siapa pula kalau tidak mereka yang akan dikenakan tindakan.

Nama mereka perl dibersihkan sekarang kerana mereka akan dicalonkan lagi. Kerajaan Abdullah tidak dikira bersih kalau nama-nama yang belum dibersihkan tersenarai dalam lis calon pilihan raya. Dan mereka akan menjadi bahan fitnah kalau tidak dibersihkan. Dan kalau mereka tidak bertanding atas sebab peribadi, maka mereka akan menerima fitnah juga kalau nama mereka tidak dibersihkan dulu.

Orang mula dan boleh memuji wibawa Perdana Menteri, tetapi dengan dua tahanan saja tidak mungkin dapat memberishkan nama parti dan kerajaannya kerana kerajaan yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir adalah sebuah negera maju tetapi tidak bersih. Abdullah boleh menyambung kemajuan tetapi tidak boleh menyambung imej rasuah dalam UMNO.

Masalah yang beliau hadapi ialah bagaimana hendak menghadapi reaksi penyangak yang ramai yang terasa mereka tidak selamat di bawah kerajaan sekarang? Semua kerbau yang berlumpur itu merasakan mereka menunggu giliran untuk didatangi oleh pegawai BPR dan polis, entah malam entah siang?

Kalau mereka yang takutkan laporan Anwar Ibrahim tentang anti penyelewengan boleh memerangkap Anwar, maka apakah mereka akan membiarkan saja dasar peribadi Abdullah? Perdana Menteri memerlukan sokongan, tetapi sokongannya tidak banyak di kalangan kerbau-kerbau yang berlumpur di sebalah partinya.

Justeru itu penyokong ikhlasnya ada dalam PAS, tetapi PAS tidak boleh menyokong partinya kerana dasar parti itu tidak anti rasuah bersungguh-sungguh. Setakat ini sikap Dr. Mahathir tidak diketahui. Sedang beliau masih besar pengaruh dalam UMNO. Abdullah mesti meyakinkan bahawa dasar anti rasuahnya tidak membimbangkan Dr. Mahathir dan anak-anaknya.

MIN AINA ILA AINA
001-04

Thursday, March 18, 2004

SIAPA MENTERI DALAM SKENDAL YEOH POH SAN?

APAKAH layak Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi dan Barisan Nasional diberi mandat sekali lagi dakan pilihana raya 21 Mac ini apabila kerajaannya tidak bertindak dan tidak peka dengan skendal Yeoh Poh San antara tahun 1996 hingga 2001 yang melibatkan adalah penting dalam kabinet Tun Dr. Mahathir?

Mengapa tidak Dato Seri Abdullah sebagai Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri selepas bulan Oktober, 2004 menghantar polis dan BPR menyiasat skendal yang terbongkar di Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes tuntutan wang sejumlah RM5.5 juta oleh Yeoh ke atas gundiknya Won Siok Wan?

Hakim Lai Kew Chai dalam penghakimannya menolak tuntutan Yeoh dengan kos kerana Yeoh tidak dapat memberi keterangan dari mana wang itu diperolehi sebelum wang itu didipositkan dalam akaun bersama mereka dalam bank di Singapura dan mengapa mereka tidak membuka akaun di Malaysia?

Rahsia ini terbongkar apabila gundik Yeoh mengeluarkan semua wang dari akaun itu tanpa kebenaran Yeoh atas alasan ia adalah pemberian Yeoh kepadanya. Kerana mahkamah tidak diberi tahu punca dan kedudukan wang itu sebelum didipositkan, maka hakim tidak dapat memihak kepada tuntutan Yeoh. Malah dalam perbicaraan gundik Yeoh memberi keterangan wang itu adalah dari seorang menteri Malaysia. Hkim Lai tidak menyebut nama menteri itu dalam penghakinan tetapi menduga ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara itu.

Yeoh Poh San adalah bekas Setiausaha Agung MCA dan pernah menjadi Setiausaha Parllimen Kementerian Kesihatan. Perbicaraan berlangsung dari 21 hingga 29 April, 2003 dan penghakiman dibuat pada 24 September, 2003.

Mahkamah mendapati akaun tidak dibuat di Malaysia bagi mengelakkan urusan cukai dan bagi mengelakkan sesuatu.

Soalnya siapakah menteri itu dan adakah ia tidak diketahui oleh Perdana Menteri ketika itu?

Ada keterangan mengatakan Yeoh, seorang peguam, jutawan, bekas anggota Parlimen adalah agen menteri tersebut merundingkan tawaran kontrek besar dengan agen para kontektor, Fong Kim Wah. Dia menjadi agen kepada IJM Corporation Bhd, Muhibbah Engineer Bhd dan United Strait Fusu Sdn. Bhd.

Dalam keterangannya Won, gundik Yeoh ada menyebut bahawa duit itu datang dari IJM Corporation Bhd dan Muhibbah Engineer Bhd.

Nilai kontrek yang diusahakan oleh Yeoh selama tempoh itu sekitar RM3 bilion dengan komisyen antara 4 hingga 10 peratus.

Siapakah menteri yang terlibat?

Kerana hakim tidak menyebut nama menteri, maka ia menimbulkan spikulasi. Para saudagar menduga Tun Daim Zainuddin, kerana kedudukannya yang rapat dengan Perdana Menteri ketika itu memang berupaya menawarkan kontrek besar.

Bagaimanapun Dr. Mahathir dipercayai mengetahui perkara itu dan bertanggungjawab atas semua semua kegiatan menteri-menterinya.

Antara perkara yang berkait dengan skendal ini pernah diadukan di Balai Polis Dang Wangi dan Balai Polis Brickfield. Ia dipercayai ada dalam pengetahuan Bukit Aman.

Dalam usaha Perdana Menteri hendak menonjolkan imej anti rasuah kerajaannya, mengapa perkara yang diyakini ada penyelewengan oleh Mahkamah Tinggi Singapura didiamkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri tidak dapat tidak mesti mengambil langkah segera sebaik saja Singapura selesai membuat keputusan supaya orang tidak membuat teka teki dan nama baik Tun Daim dapat dibersihkan. Ia mesti diselesaikan segera sementera Yeoh Poh San masih ada dan ketika Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim masih segar’

Keterangan mereka sangat penting bagi menjelaskan isu itu dan ia akan membuktikan bahawa dasar anti rasuah Dato Seri Abdullah tidak dikira separuh masak. Jika ini tidak diselesaikan, Perdana Menteri dan kerajaan tidak layah diberi mandat lagi.

Saturday, March 13, 2004

KEPENTINGAN TERENGGANU DENGAN PILIHAN RAYA KE 11

SEKALIPUN Pilihan Raya Umum ke 11 ini adalah satu kepentingan bersama rakyat Malaysia seluruhnya walau dimana juga mereka berada, tetapi ia satu pilihan raya yang sangat penting bagi rakyat Terengganu melebih kepentingan rakyat Malaysia di negeri-negeri lain.

Bagi rakyat Terengganu, tidak kira mereka penyokong PAS atau UMNO atau KeADILan, masing-masing mempunyai satu kepentingan iaitu bagaimana hendak mengembalikan royalti minyak milik kerajaan dan rakyat Terengganu kepada tuannya yang berhak?

Wang itu dirampas oleh kerajaan pusat. Ia melangar perjanjian dan ia melanggar undang-undang. Bagaimana rakyat boleh membenarkan sebuah kerajaan melangar undang-undang?

Wang itu dirampas atas tuduhan dan andaian bahawa ia digunakan oleh PAS untuk kepentingan PAS. Suatu yang tidak dibukti dan suatu tuduhan liar oleh Perdana Menteri dulu dan disubahati oleh Perdana Menteri sekarang.

Apa yang berlaku sebahagian dari wang rompakan itu diagih=agihkan untuk kepentingan politik UMNO dan oleh orang-orang UMNO dan membahagikan kepada orang di Terengngnanu dan di luar Terengganu seperti Ali Baba Bujang Lapuk membahagikan wang rompakannya.

Bagaimana wang itu dapat dikembalikan kepada rakyat dan kerajaan Terengganu?

Pilihan raya ke 11 ini adalah satu peluang yang terbaik bagi rakyat Terengganu untuk mendapatkannya kembali iaitu dengan mengajak sekalian pengundi di seluruh negara mengundi parti pembangkang.

Jika Barisan Nasional dapat dijatuhkan sama ada ia kalah teruk di seluruh negara atau ia kalah hingga tidak terpaksa menubuhkan kerajaan campuran bersama parti yang diperkenan oleh rakyat Terangnganu, maka ia adalah satu peluang yang baik bagi wang itu dikembalikan kepada tuannya.

Ia bukan sekadar wang rayalti selepas ini dikembalikan kepada Terengganu, malah wang rompakan yang sudah habis diagih=agihkan itu pun akan dapat dikembalikan semula.

Jika Barisan Alternatif berjaya memenangi majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, maka ia tidak teragak-agak untuk mengembalikan wang itu. Dan jika Barisan Alternatif khususnya PAS tidak berupaya membentuk kerajaan bersendirian dan terpaksa membentuk kerajaan campuran dengan UMNO atau mana-mana parti dalam BN, maka syarat pembentukan kerajaan itu adalah bersetuju mengembalikan royalti itu kepda tuannya.

Jika perubahan kuasa di peringkat pusat dapat dilakukan, maka bukan sekadar royalti di masa akan datang dapaat diserahkan kembali kepda rakyat Terengganu, malah wang yang sudah habis dibahagi-bahagikan itupun boleh didapatkan semula.

Wang royalti yang dijadikan wang Ihsan dan Dana Khas itu adalah wang yang Petronas kepada pihak bukan berhak. Urusan akaun royalti itu adalah antara kerajaan Terengganu dengan Petronas. Dalam buku akaun di Terengganu, Petronas tidak menjelaskan tanggungannya kepada Terengganu. Maka Petronas dituntut supaya menjelaskan segala kegagalannya menjelaskan wang itu,

Soal itu ia dipaksa oleh Dr. Mahathir tidak berbangkit. Ia mesti menjelaskan wang yang tidak pernah dijelaskan itu. Terserah kepadanya untuk mendapatkan semula wang itu dari pihak yang mengambil wang itu.

Petronas tidak perlu bimbang yang ia telah rugi kerana wang itu dirampas oleh pihak lain. Petronas tahu siapa yang mengambil wang itu dulu. Jika royalti itu diambil oleh kerajaan pusat, maka kerajaan pusat sebagai tuan Petronas boleh menggunakan keuntungan yang menjadi bahagian kerajaan pusat bagi menggantikan wang Petronas.

Mengikut persetujuan antara Tun Razak dengan negeri-negeri yang mengeluarkan minyak, bahawa royalti itu asalnya adalah 10 peratus. Tetapi Tun Razak berjaya memujuk negeri-negeri memberi lima peratus kepada Jabatan Perdana Menteri dan tinggallah lima peratus kepada negeri yang malang itu termasuk Terengganu.

Petronas boleh menggunakan budi bicaranya mengambil royalti yang diberi kepada Jabaatan Perdana Menteri bagi mengganti beban dan kerugian Petronas.

Jika Ptronas boleh memberi sekali gus jumlah royalti yang tidak dilangsaikan itu kepda Terengganu, maka banyak program kemajuan untuk rakyat boleh dirancang di Terengganu dan Terengganu akan menjadi negeri yang kaya semula. Dengan kekayaan itu Terengganu boleh memikir untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Kedah, Perlis dan lain-lain.

Kempen mendapatkan semula wang royalti itu bukan tugas dan tanggungjawab kerajaan PAS dan pemimpin-pemimpin PAS saja. Ia adalah kewajipan seluruh rakyat Terengganu. Seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira parti boleh menggunakan budi bicaranya menghantar mesej kepada pengundi did negeri lain membantu Terengganu mendatkan semula wang mereka dengan mengundi calon pembangkang.

Mengundi parti pembangkang tidak bererti benci dan anti BN, tetapi mengundi BA dan pembangkang yang lain untuk membantu rakyat Terengganu mendapatkan semula haknya yang telah dirampas. Sokongan semua pihak kepada rakyat Terengganu ialah satu tuntutan keadilan. Pengundi diseluruh negara jangan bersubahat dengan mana-mana pihak yang menghianati hak rakyat Terengganu.

Soal rakyat yang menyokong UMNO sayangkan UMNO adalah suatu yang dihormati, tetapi UMNO tidak menunjukkan sayang kepada UMNO kiranya ia menyokong UMNO mengkhianati hak rakyat Terengganu. Sokongan sepereti itu tidak bererti sayang tetapi ia adalah satu tindakan untuk menjahanamkan UMNO.

Orang UMNO yang sayangkan UMNO mesti menghalang UMNO untuk membuat pengkhianatan. Peluang memelihara UMNO boleh dibuat kemudian selagi demokrasi dan pilihan raya menjadi budaya rakyat dan negara. Tetapi pilihhan raya ke 11 ini mempunyai kepentingan tersendiri kepada rakyat Terengganu.

Tidak ada rakyat yang taat dan cintakan Terengganu bersekongkol dengan pihak-pihak yang mengkhianati kepentingan dan hak rakyat dan negeri Terengganu.

Rakyat Terengganu adalah berdaualat dan merdeka. Masing-masing jangan membiarkan diri dijadikan kuda tonggangan Dr. Mahathir mendera dan mengambil hak dan milik Terengganu dan menggunakan rayalti yang besar itu atas perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mengikut peraturan dan undang-undang.

Kebangkitan serentak rakyat Terengganu menandakan mereka bermaruah. Jika masing-masing tidak peka atas rombakan itu, mereka adalah jenis manusia yang tidak berdaulat dan tidak bermaruah.

WDI
13/03/04

PERTUMBUHAN EKONOMI, TERENGGANU MENGATASI SELANGOR

MENERI Besar, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberi tahu rakan-rakan dalam jawatankuasa pimpinan partinya di Kuala Lumpur betapa beliau terperanjat membaca laporan pertumbuhan ekonomi negeri yang terbaru bahawa pada kadar lima peratus, mengatasi pertubuhan ekonomi Selangor yang sekadar tiga peratus saja.

Sejak PAS mengambil alih kerajaan Terengganu tahun 1999 PAS sekadar melaksanakan kegiatan ekonomi biasa dan tidak dapat merancang pembangunan yang lebih besar kerana 75 peratus dari belanjawan negeri itu dari royalti Petronas telah dirampas oleh kerajaan pusat.

Ketika yang sama, kerajaan pusat pula melancarkan kepungan ekonomi menyebabkan aliran masuk pelaburan sangat terhad. Tidak banyak saudagar besar berani datang ke Terangganu kerana ia tidak digalakkan oleh kerajaan pusat. Menekala sebahagian dari belanjawan yang dimanfaatkan untuk membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan yang lalu.

Justeru itu negeri Terengganu bergantung kepada hasil kayu dan hutan dan dua tahun terakhir, hasil tanah menjadi sumber pendapatan terpenting negeri Terengganu.

Dua sumber itu berjaya menghidupkan negeri Terengganu hingga beban berat hasil kehilangan royalti minyak tadi dapat diringankan. Memang kehilangan itu satu pukulan besar kepada kerajaan dan rakyat, tetapi bantuan Allah dari hasil kayu dan jabatan tanah, membantu Terengganu mengatasi masalahnya.

Tetapi mengapa dengan hasil yang terhad itu menjandikan pertumbuhan ekonominya meningkat hingga ia mengatasi pencapaian negeri Selangor? Menteri Besar sendiri tidak dapat meberi penjelasan ketika itu.

Adalah dipercayai pentadbiran yang t elus dan berjimat cermat, mengurangkan pembaziran, berbelanja mengikut keperluan boleh membantu sebuah negeri yang miskin mencapai pertumbuhan ekonomi yang besar bagi negeri itu.

Dengan segala bentuk diskriminasi yang dihadapi, pemimpin-pemimpin kerajaan sedar betapa ia tidak mengharapkan lain-lain pihak untuk menyelamatkan kerajaannya. Ia sendiri mesti berikhtiar menghadapi cabarannya.

Ia lalu mengambil langkah berjimat dan memanfaatkan hasil yang sedia ada. Antaranya berundingkan saudagar-saudagar kayu menaikkan harga kayu kepada paras yang tidak membebaskan para saudagar tetapi mereka masih mendapat keuntungan untung yang lumayan.

Kerajaan negeri menghadkan jumlah keluasan kawasan hutan yang diterokai, tetapi dengan harga baru balak tadi, kerajaan mendapat hasil yang hasil yang lebih berbandingkan dengan keadaan sebelumnya, jumlah hutan yang diterokai adalah luas tetapi hasil sikit.

Bagi para saudagar kayu kenaikan itu tidak membebankan mereka, kerana sebelum ini, belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan konsensi kayu begitu besar. Dibandingkan dengan kenaikan kayu dalam kerajaan sekarang, justeru saudagar tidak berbelanja besar untuk mendapatkan konsesi, menyebabkan keuntungan yang mereka perolehi dulu dan sekarang adalah seimbang.

Keuntungan untuk saudagar adalah sama dulu dan sekarang. Tetapi kerana dulu berbelanja besar sebelum kayu diperolehi, tetapi sekarang belanja mendapatkan kayu sangat minima, maka keuntungan untuk mereka tetap seimbang, tetapi yang untung adalah khazanah negeri. Dulu perbelanjaan besar untuk mendapatkan balak, hasilnya tidak banyak mencurah kepada negeri, tetapi sekarng hasil yang diperoleh semuanya menjadi hasil kerajaan.

Ini membantu menstabilkan negeri. Ia bukan seskadar dapat menjimatkan wang negeri malah ia dapat menjimatkan hutan dan kayu negeri. Apabila hutan yang dikeluarkan terhad, maka bererti harta dan kekayaan negeri tidak disentuh. Ia menjadi negeri mempunyai harta yang tersimpan yang nantinya dapat dimanfaatkan apabila diperlukan.

Apabila dasar Islam di negeri itu berjalan, walaupun pelaksanaan budud belum dapat disempurnakan, tetapi ia mula mendatangkan keberkatan. Pintu hati rakyat terbuka untuk membayar cukai tanah. Apabila semua rakyat mendapat kesedaran dan mengambil sikap membayar cukai tanah adalah satu kewajipan, mereka dengan sendirinya secara sukarela menunaikan tanggungjawab, maka dengan sendirinya kerajaan dapat mengumpulkan sejumlah wang dan pendapatan yang besar.

Hasil sedemikian menghidujpkan ekonomi dan menyuburkan kedudukan kewangan negeri..

Dengan hasil yang sederhana itu tidak dibelanja s ecara boros, ia berjimat, ia membayar hutang setiap tahun, membantu negeri menyelamatkan wang negeri.

Tan Sri Musa Hitam, bekas Perdana Menteri memberi tahu saya, bahawa rakan-rakannya dari para peniaga dan usahawan memberi tahunya, bahawa mereka sangat senang berurusan niaga di Terengganu dan Kelantan. Kerajaan negeri tidak banyak karenah. Ia menggalakkan siapa banyak wang datanglah berniaga di negeri Terengganu.

Suasana yang kondusif itu menggnalakkan saudagar datang, dan ia sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan itulah rahsia ekonomi mudah berkembang. Jika Terengganu diberi peluang menerima pelaburan dari sesiapa yang berhasrat untuk datang ke Terengganu ttanpa gangguan, maka dipercayai Terengganu dalam masa 25 tahun akan datang dapat memburu kemajuan yang dicapai oleh negeri lain. Ketika itu ia boleh mencapai kedudukan yang setaraf dengan lain-lain negeri.

Modal besar bagi Terengganu ialah ia dapat memberi keyakinan kepada pelabur, bahawa mereka senang dan selesa berdagang, mereka selamat, mereka boleh mendapat keuntungan.

Dengan belanjawan yang terhad, ia berupaya membayar hutang dan mampu membayar gaji tanpa meminjam, ia mampu berdikari, tidak rasuah dan anti rasuah dan pembaziran, maka ia adalah pra syarat menyebabkan ekonomi mudah berkembang.

Dalam masa berpuluh-puluh tahun kerajaan dulu berkuasa, ia berupaya menyiapkan sekitar tujuh ribu rumah murah untuk rakyat, tetapi dalam masa satu penggal dengan segala sekatan yang diterima kerajaan sekarang boleh menawarkan 4,000 rumah murah kepada rakyat.

Bukankah ia suatu yang meyakinkan orang ramai khususnya para saudagar?

Tidak harian kalau harian Star milik MCA yang diterbitkan di Kuala Lumpur dalam satu siarnnya meninjau pandangan penduduk Cina di Terengganu. Apa sikap Cina dengan kerajaan PAS dan Menteri Besarnya?

60 peratus Cina Terengganu memberi jawatan mereka puas hati dengan kerjaan PAS dan 70 peratus puas hati desngan Ayah Cik. Semua media perdana memberikan gambaran buruk kepada kerajaan Terengganu dan mereka juga menggambarkan bahawa Menteri Besar adalah bengis dan ektrim, tetapi Star melaporkan Cina berpuas hati dengan Menteri Besarnya.

Dalam satu perjumpaan menubuhkan Kelab Penyokong PAS di Kuala Lumpur oleh masyarakat bukan Islam, seorang guru Cina dari pantai timur sambil mendukung anak laki-lakinya berusia 3 tahun menghampiri Menteri Besar Dato Seri Haji Abdul Hadi di tepi pembesar suara. Guru Cina itu mencapai pembesar suara dari tangan Tuan Guru dan berkata:

Anak kecil saya ini tidak tahu masa depannya. Saya percaya masa depannya bergantung dan menaruh harapan kepada perjuagan dan kerajaan pimpinan PAS.

Sekalian yang hadir tergamat termasuk Ayah Cik. Ayah Cik mencapai dan mengambil anak Cina itu dari bapanya, mendukung dan menciumnya.

Bolehkah cerita dan peristiwa menyentuh hati seperti ini membantu menstabilkan politik dan ekonomi negeri Terengganu pimpinan Ayah Cik?

WDI
13/03/04

Thursday, March 11, 2004

ABDULLAH SEKADAR CUCU, ANAK ULAMA

SATU kekaguman besar kepada UMNO dengan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi yang menjadi pimpinan besarnya sekarang ialah beliau cucu dan anak ulama iaitu Haji Abdullah Fahim dan Dato Haji Ahmad Badawi.

Dengan menjadi cucu dan anak kepada ulama itu seolah-olah Perdana Menteri itu adalah segala-galanya dalam kebangkitan Islam UMNO secara tiba-tiba itu.

Memang sepatutnya seseorang berbangga apabila dilahirkan sebagai seorang anak ulama dan cucu ulama pula. Adalah satu darjat yang mulia apabila menjadi zuriat ulama, seolah-olah bangga dan terhormatnya seorang yang menjadi zuriat Rasulullah SAW yang bergelar syed dan syarifah.

Sama dengan syed bukan nabi dan tidak semestinya tergolong waris para nabi yang dimaksud dan dirakamkan dalam al-Quran, maka anak ulama dan cucu tidak semestinya mewarisi ulama.

Haji Abdullah Fahim adalah datuk Perdana Menteri Abdullah, tetapi Abdullah Fahim sebagai seorang ulama dan anggota masyarakat bukan milik Abdullah saja tetapi beliau adalah milik seluruh umat Islam. Dato Seri Abdullah adalah warisnya dari segi darah dan keturunan, tetapi Abdullah Fahim mempunyai waris-waris yang lain dalam masyarakat dan politik di Malalysia.

Jika PAS dianggap musuh UMNO yang berketuakan Abdullah Badawi, maka PAS juga dilahirkan oleh dua ulama anak beranak itu. Kalau Abdullah adalah anak sulung Ahmad Badawi, PAS juga adalah anak politik yang dilahirkannya.

Haji Ahmad Badawi adalah antara orang penting menaja penubuhan PAS di Butterworth bersama Haji Ahmad Fuad Hassan, pengerusi penaja dan Yang Dipertua pertamanya. Dan pada hari penubuhan PAS, akhbar harian terkemuka di utara masa itu Warta Negara menyiarkan semuka penuh rencana bertajuk Manifesto Badawi yang ditulis oleh Haji Ahmad Badawi.

Tahukah orang UMNO bahawa datuk Dato Seri Abdullah, Haji Abdullah Fahim tadi adalah calon Presiden PAS yang bertama? Beliau dicalonkan bertanding dengan Haji Ahmad Fuad. Ditakdirkan beliau tewas. Dan beliau menjadi pengasas pula kepada Dewan Ulama PAS. Haji Ahmad Badawi pula terpilih menjadi ahli jawatankuasa agung dan ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama.

Kalau PAS itu tidak berguna bagi Perdana Menteri dan UMNO dulu, sekarang dan akan datang, maka hidupnya PAS di perigkat awal ialah di sekolah agama Daril Maarif Wataniah yang diasaskan oleh datuknya dan ketika PAS ditubuhkan bermudirkan Haji Ahmad Badawi. Mereka memberi bilik di sekolah itu, tempat awal Dato Seri Abdullah menerima pendidikan agama, menjadi ibu pejabat PAS yang bertama. Seluruh guru dan kaki tangan sekolah itu menjadi ahli PAS.

Hatta sesudah Haji Ahmad keluar dari PAS dan memilih UMNO, sekolah itu terus menjadi markaz PAS. Hanya Haji Ahmad Badawi sebagai mudir, terkonteng-konteng seorang diri sebagai ahli UMNO di tengah-tengah ustaz PAS hingga beliau terkenal atau dikenali sebagai ustaz UMNO. Kira-kira beliau seperti Awang Adik Hussein di Kelantan, menjadi seorang tokoh PAS di tengah-tengah keluarga dan masyarakat PAS di Bachok.

Tidak terdapat sejarah Haji Abdullah Fahim meninggalkan PAS dan beliau antara yang meletakkan asas dan halatuju PAS di peringkat awal. Atas fakta itu maka PAS adalah parti datuk Perdana Menteri.

Kalau Haji Ahmad meninggalkan PAS untuk kekal dalam UMNO, ia bukan suatu yang ganjil kerana ramai juga orang dari bilik berhawa dingin PAS menjadi orang kaki lima UMNO.

Kalau UMNO itu betul dan PAS tidak betul, maka Haji Ahmad Badawi yang keluar PAS terpilih menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan Kepten Hussein Onn sebagai ketuanya, tetapi Kepten Hussein pula meninggalkan UMNO bersama bapanya, Dato Onn Jaafar.

Jika ulama penting bagi UMNO, Haji Ahmad tidak dipilih menjadi ketua menggantikan Kepten Hussein. UMNO pilih Tun Razak dan kemudiannya Sardon Jubir. Malah Pemuda UMNO tidak mengekalkan Haji Ahmad dengan jawatannya. Beliau digulingkan oleh Haji Khalid Awang Othman.

UMNO hari ini mengira Haji Abdullah Fahim dan Haji Ahmad Badawi sebagai ulama berperanan dalam UMNO. Jika peranan ulama penting dalam UMNO ketika itu, tidaklah UMNO menjadi parti politik sekular dan asabiyyah seperti sekarang.

Kalau Tunku Abdul Rahman Putra meninjau pandangannya tentang tarikh yang baik untuk tarikh kemerdekaan, ia adalah kerana kebiasaan orang-orang masa itu mendapatkan pandangan kepakaran tentang hari baik dan bulan baik bagi satu pekerjaan. Haji Abdullah sebagai ahli falak mengetahui kedudukan bulan dan mata hari dan apa baik dan ruginya memulakan satu kerja pada ketika itu.

Tradisi itu terus hingga hari ini, UMNO bertanyakan pandangan bomoh dan dukun tentang hari pilihan raya.

Yang Tunku dan UMNO tanya Haji Abdullah Fahim bukan tentang politik Islam dan nasihat strategi tentang perjuangan, tetapi tarikh dan nujum. Adakah UMNO minta padnangannya tentang hudud dan negara Islam? Pandangan ulama hanya akan ditanya tentang bagaimana hendak menghalalkan wang lotri dan dalam keadaan apa wang riba boleh digunakan.

Segala buah fikiran dan pandangan Abullah Fahim tidak menjadi sumber ilham perjalanan UMNO, tetapi yang meneruskan perjuangannya ialah parti yang ditubuhkannya iaitu PAS. Peranannya begitu besar dalam menghidupkan PAS di peringkat awal dan jika PAS kini adaalah sebuah pertubuhan politik dan berperanan dalam negara, ia adalah antaranya atas asas dan sumbangan besar Abdullah Fahim di peringkat awal. Justeru itu jasanya begitu besar dalam PAS.

Peranan besar dalam UMNO bukan dari Abdullah Fahim. Yang penting ialah peranan Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Semasa Pak Lah singgah sembahayang Zohor di bilik Azizah Razak dan rakan-rakannya anggota PAS yang menjajdi ahli-ahli MAPEN semasa beliau tersingkir dari kabinet, Azizah bertanya, ‘Kami yang berjuang dalam PAS ini kerana ikut ajaran dan politik tok wan you, fasal apa you masuk UMNO, tak ikut tok wan you?’

Jawabnya kata Azizan, ‘Entah! I ikut ayah I. I tengok ayah I jadi UMNO, I ikut UMNO…!

MIN AINA ILA AINA
11/03/04

Sunday, March 07, 2004

PILIHANRAYA BUKAN SEKADAR MENGHADAPI PARTI PEMBANGKANG

PILIHANRAYA Umum pada 21 Mac nanti bukan sekadar satu pertarungan demokrasi antara parti yang memerintah dengan parti-parti pembangkang, tetapi yang lebih besar ia adalah satu pertarungan mengukuhkan kuasa dan merebut kuasa sesama pimpinan kanan UMNO.

Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi yang dilihat lembik sebelum menjadi Perdana Menteri dulu, kini muncul sebagai pemimpin yang sedang mengumpulkan kekuatan bagi menjadi pemimpin yang tidak tercabar.

Justeru itu dalam masa 100 hari pertama di kerusi Perdana Menteri beliau membuat beberapa tindakan yang menunjukkan beliau seolah-olah lebih berwibawa dari Perdana Menteri sebelumnya apabila beliau melancarkan kempen membenteras rasuah, menahan ‘raja’ Perwaja atas kes rasuah yang tidak dapat dilakukan sebelumnya, mengukuhkan keyakinan terhadap pentadbiran awam, menonjolkan imej dan akhlak pemimpin beragama, menolak konsep rakyat bekerja untuknya tetapi bekerja bersaramanya, menangguhkan projek mega yang disetujui pimpinan lama, ke arah menamatkan pungutan tol dan lain-lain.

Sekadar lebih berwibawa tidak memadai tetapi suasana memaksa Perdana Menteri bebas dari pengaruh bekas Perdana Menteri jika benar-benar mahu bebas. Ada tanda-tanda segala langkah sekarang adalah untuk membebaskan diri dan mahu jauh dari bekas Perdana Menteri. Jika tidak kesetiaan orang dibawahnya akan terbagi dua, satu kepadanya dan satu lagi kepada bekas Perdana Menteri.

Selagi suasana itu wujud, maka Perdana Menteri tidak akan merasa dirinya selamat. Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai Perdana Menteri yang selamat, maka Perdana Menteri akan merombak pimpinan kerajaan di negeri-negeri. Negeri-negeri mesti dipimpin oleh orang yang setianya hanya kepada Perdana Menteri.

Jika kesetiaan itu masih bersama bekas Perdana Menteri, maka pemimpin yang demikian menunggu isyarat dari bekas Perdana Menteri dalam sebarang sikap dan tindakan.

Orang-orang di bawah Perdana Menteri mahu memastikan bahawa mereka boleh menjadi ganti beliau bila-bila masa, malah lagi cepat lagi baik.

Pada masa ini orang-orang yang merasa dirinya layak menjadi Perdana Menteri dan memang mahu menjadi Perdana Menteri, malah merasa bahawa yang sepatutnya mereka menjadi Perdana Menteri tidak merasa selamat kerana rakan-rakan di sebalah mereka yang akan mengambil tempat itu setelah ia kosong.

Apabila antaranya merasa tidak terjamin untuk menjadi Perdana Menteri selepas ini, maka mereka mesti berusaha bagi menjamin kedudukan itu.Jika jaminan itu mesti melumpuhkan kedudukan Perdana Menteri, maka usaha ke arah itu akan dibuat.

Perdana Menteri dan UMNO tidak menolak akan kemungkinan itu dan ia bukan sekadar kemungkinan tetapi satu kemestian. Justeru itu Perdana Menteri akan memastikan diri tidak dilumpuhkan maka dia akan membuat sesuatu bagi mengatasinya.

Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri terasa bahawa kedudukannya kononnya tergugut dengan pengaruh timbalannya ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau terasa bahawa beliau akan diketepikan. Oleh itu beliau bertindak menyingkirkan Anwar melalui tindakan politik yang kita sama-sama saksikan sejak tahun 1997.

Kejadian itu berjaya menyelamatkan kedudukan Dr. Mahathir hinggalah beliau berundur. Apakah benar dia tergugat ketika itu tidak diketahui secara tepat. Oleh kerana beliau merasa begitu maka beliau telah bertindak.

Suasana itu ada sekarang dan Perdana Menteri sedar akan masalah itu. Kalau Perdana Menteri sebelumnya merasa terjamin dengan kesetiaan dua dari tiga timbalannya sebelum timbalan yang terakhir iaitu Tan Sri Musa Hitam dan Dato Seri Anwar, kedua-duanya membantunya mengukuhkan kedudukannya, maka yang dipercayainya itu pun akhirnya tidak dipercayainya juga.

Yang dipercayai tidak begitu diyakininya Tun Ghafar, diperlukan untuk mengatasi masalah dan menjamin kedudukannya. Tetapi kerana ia dari awal tidak diyakini, maka sebelum berlaku sesuatu, beliau menggantikan Tun Ghafar dengan yang ketiga.

Kalau yang dididik juga tidak diyakini, maka bagaimana dengan yang tidak begitu diyakini? Perdana Menteri mengambil masa yang panjang untuk mengangkat timbalan. Semua percaya kelambatan itu disebabkan oleh fear factor yang menyelubunginya. Akhirnya beliau mengatasi sindrom fear factornya dengan mengangkatnya sebagai timbalan.

Adakah fear factor itu sudah selesai dan sudah terbenam? Fear factor itu dipercayai masih ada. Dan bagi timbalan itu pula juga menghadapi fear factor apakah dia sudah selamat?

Baginya dia menghadapi fear factor dari atas dan dari bawah. Yang di bawah pun merasa kedudukannya belum terjamin. Dan demikianlah yang lain-lain, sama-sama mencari dan berikhtiar untuk mendapat kedudukan yang selamat.

Malangnya tempoh kempen pilihan raya hanya ada kurang dari sepuluh hari. Masa itu mesti digunakan untuk memperkukuh kedudukan masing-masing dan peluang serta kesselamatan maasing-masing.

Jika masa kempen lebih panjang, maka lebih banyak kegiatan dapat dibuat untuk menjamin kedudukan masing-masing. Masa yang pendek itu terpaksa digunakan untuk memastikan mereka tidakdikalahkan oleh pembangkang. Justeru itu tidak banyak yang dapat dibuat untuk menggnakan pilihan raya bagi melemahkan rakan-rakan dalam parti ssebagai usaha menyelamatkan kedudukan.

Disamping masing-masing bekerja untuk mengukuhkan diri, mereka juga mesti menyokong usaha dari dalam dan dari luar untuk melihat rakan mereka kecundang. Mereka hanya mahu pembanagkang di kawasannya kalah kepadanya tetapi mereka ingin kalau pembangkang mengalahkan kawasannya.

Mengalahkan pembangkang kadang-kadang lebih ssenang tetapi menghadapi kawan-kawan yang hendak mengalahkannya adalah lebih susah.

Piihan raya ini sangat menarik. Perdana Menteri tidak mahu peluang mengukuhkan kedudukan terbuang. Kalau peluang itu tidak gunakan, maka dia tidak terjamin. Tetapi orang partinya juga mahu melihat pilihan raya ini tidak memberikan prestasi yang baik kepada keputusan pilihan raya. Jika ini berlaku, maka ia satu kesempatan menggugat kedudukannya.

Pembangkang hanya berlawan dengan parti yang memerintah. Tetapi parti yang memerintah pula terpaksa berlawan dengan parti pembangkang dan dalam waktu yang sama berhadapan dengan musuh dalam selimut.

07/03/03

Saturday, March 06, 2004

KEDAH KINI ISYARAT RTM BAGI PAS

GERANGAN apa maka dengan tiba-tiba TV1 RTM mengiklankan setiap jam akan siaran siri Kedah Kini sekali malam dan sekali siang melalui TV1 lebih dari seminggu beberapa awal tahun ini?

Keseluruhan kandung siri pendek itu bertemakan Kedah Maju, sama ada Kedah sedang maju, Kedah sudah maju dan Kedah akan maju. Ia laksana ratib Kedah maju! Kedah maju! Kedah maju! Dan Kedah maju! Setiap wajah yang tersiar di TV menyebut ‘Kedah maju’ baik ia tua, muda, nelayan, petani, pegawai, Cina tua, remaja India dan lebai Melayu.

Mengapa Kedah Kini saja? Mengapa tidak Pahang Kini dan Perak Kini? Mengapa siri tentang Sabah dan Sarawak tidak di Sabah Kini dan Sarawak Kinikan?

Adakah kebetulan kerana penguasa dan kuasa di RTM itu dipegang oleh orang Kedah?

Ia menyembunyikan sesuatu dan mendedahkan sesuau. Yang cuba disembunyikan ialah kekuatan PAS Kedah yang mempunyai harapan mengambil alih kuasa di negeri Kedah dalam pilihan raya 21 Mac, 2004 ini. Dan yang cuba disembunyikan ialah kelemahan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional di Kedah sekarang.

Dengan mengutara dan mengudarakan ratib Kedah maju dan PAS tidak kuat, ia mendedahkan sebaliknya akan isyarat PAS adalah kuat dan UMNO tidak begitu kuat. Isyarat yang jelas ialah UMNO mesti kalah tanpa bantuan Kedah Kini TV1 itu. UMNO Kedah tidak boleh bergantung kepada UMNO Kedah. Kedah Kini muncul untuk memukau supaya pengundi percaya Kedah maju dan mengekalkan BN memerintah Kedah.

Jika tidak terdesak, maka RTM tidak perlu membuat siri siaran mengenai Kedah. Negeri-negeri lain dirasakan selamat oleh UMNO, maka ia tidak terdesak untuk menerbitkan program seperti di Kedah itu.

Sememangnya PAS Kedah bangun dengan semangat dan kerja kuat sejak selepas pilihan raya 1999 untuk merampas Kedah dari UMNO. Dalam pilihan raya itu PAS dapat lebih banyak kerusi Parlimen dan kurang kerusi DUN. Kekalahan tipis itu sudah dikira menang dan ini mendorong ahli-ahli PAS menambah kegiatan bagi mencapai kemenangan hakiki.

UMNO cuba mengatasinya dengan membuang Menteri Besar Tan Sri Sanusi Joned digantikan oleh Dato Syed Razak. Jika Sanusi tidak dibuang pada andaian UMNO, maka sah PAS akan menang. Tetap Syed Razakpun tidak mampu memulihkan UMNO sekalipun dibantu oleh Dr. Mahathir.

Langkah kedua ialah menggunakan persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan melakar peta baru bagi membanyakkan kawasan kuat untuk UMNO dan melemahkan PAS di kawasan yang ia kuat. Peta itu dibuat begitu rupa, kawasan kuat PAS dipecahkan dimasukkan ke kawasan kuat UMNO. Di kawasan UMNO tidak kuat pula dibuang kampung-kampung yang kuat PAS dan dimasukkan kampung-kampung kuat UMNO ke kawasan itu.

Jika tidak dibuat begitu sah UMNO lingkup, kata seorang Perlis yang menjadi pegawai kerajaan di Kuala Lumpur. Itupun UMNO tidak selamat juga.

Kini PAS dengan semua cabarannya dilihat mencabar kerajaan BN. Ketiadaan Dr. Mahathir menyulitkan lagi UMNO. Ia bergantung kepada imej Dato Seri Abdullah Badawi. Imej beliau tidak dapat membantu kerana Dato Seri Abdullah membawa sistem UMNO.

PAS tidak menentang Abdullah tetapi menentang sistem yang Abdullah menjadi ketuanya.

Dalam suasana cemas dan tertekan inilah RTM datang untuk menyelamatkan kerajaan UMNO Kedah dengan siri Kedah Kini. Siaran propaganda ini menyebabkan orang bertanya, mengapa ia diadakan dengan tiba-tiba? Rakyat sekalian telah bersekolah, maka mereka mudah membaca siri yang diilhamkan oleh orang tidak bersekolah adalah untuk memberi tahu sebenarnya PAS sangat kuat dan menunggu untuk mengabil Kedah.

MIN AINA ILA AINA
06/03/04

RTM DEDAH TOK YEH

PROGRAM propaganda Johan Jaafar iaitu ISU di TV1 dalam bulan Februari lalu mengundang Dato Idris Jusoh, calon Ketua Pemangkang DUN Terengganu menjadi tetamunya.

Saya bukan penonton tetap propaganda mingguan itu tetapi secara kebetulan tertonton Dato Johan menemu ramah orang yang dicalonkan oleh BN Terengganu untuk menumbangkan Ayah Cik Haji Hadi sebagai Menteri Besar Terengganu dalam pilihan raya umum nanti.

Saya mengikuti program itu dan kesimpulan saya mengenainya dan disetujui oleh beberapa orang yang turut tertonton, rata-rata berasal dari Terengganu, ia memusnahkan harapan untuk melihat Dato Idris atau Tok Yeh sebagai bakal Menteri Besar yang berwibawa.

Kalau orang mahu beralih rasa, dari yang sekarang kepada yang dulu semula, atau kepada yang lebih baik, maka dengan mendengar jawapan Tok Yeh di kaca TV, mereka mungkin mengubah fikiran, tidak jadi berubah.

Bagi orang yang hendak berubah berdasarkan hujah dan kehebataan calon, bukan kerana UMNO dan Barisan Nasional itu baik atau tidak baik dan bukan kerana PAS baik atau tidak baik, pasti keciwa dengan cakap dan hujah-hujah Tok Yeh dalam rancangan itu.

Kalaulah keputusan pilihan raya nanti memberi laluan kepada BN, maka ia bukanlah kerana calon Menteri Besar tetapi atas sebab –sebab yang mereka saja tahu.

Mungkin sebagai Timbalan Menteri dulu Toh Yeh seorang yang hebat, tetapi dari paparan TV itu memperlihatkan keupayaannya. Kalau ibarat keputusan UPSR, markah untuknya kalau ada satu A maka ia cukup bertuah. Tetapi rata-rata C atau satu dan dua B, malah D sama banyak dengan C. Tidak mustahil sendiket peperiksaan minta calon itu masuk peperiksaan sekali lagi.

Untuk berlaku adil, TV1 wajar menyiarkan program itu semula supaya orang ramai boleh menyaksikannya dan memberi komen apakah saranan saya itu betul atau tidak?

Program itu kira-kira mahu mencontohi program populer Larry King dalam TV Amerika dan Hardtalk dalam TV BBC. Dato Johan Jaafar mahu meniru penyoal-penyoal terkemuka itu.Sebagai penulis terkenal dan bekas Ketua Pengarang akhbar perdana, beliau mempunyai pengetahuan dan kepayaan untuk menyoal perkara-perkara yang orang tidak fikir dan tetamu biasanya bersedia memberi jawapan spontan dan mengkagumkan.

Dalam program Tok Yeh itu Johan mengundang sama seorang profesor Universiti Malaya yang berasal dari Besut. Oleh kerana jawapan Tok Yeh sangat mendatar, Johan dan profesor itupun tidak menampakkan bakat dan kecedikan masing-masing.

Johan cuba mengemukakan beberapa soalan kritikal dan mencabar. Tetapi jawapan Tok Yeh begitu rupa, Johan sendiri tidak dapat menunjukkan keceemrlangannya. Dan profesor yang malang itu tidak dapat menonjolkan keupayaaannya.

Memang program propadanda seperti itu tidak memungkin pengelola dan tetamu bercakap bebas. Kedua-dua Johan dan profesor itu berhadapan dengan masalah ‘FEAR FACTOR’ yang mereka sukar atasi. Siapa saja yang mahu menjadi tetamu TV dan kekal dengan khidmat sambilan mesti bersedia menerima belenggau FEAR FACTOR.

Kesan saikologi Fear Factor ini boleh menyebabkan orang pintar jadi lesu, orang cerdik jadi layu dan orang profesional jadi pekerja biasa. Tetapi kalau tetamu Johan Jaafar itu terdiri dari seorang yang berwibawa, maka masalah Fear Factor itu boleh diatasi dan secara automatis bakal dan ilmu pengacara terserlah.

Misalnya Johan Jaafar bertanya tentang ‘rakyat Terengganu mahukan Menteri Besar Ulama.’ Tok Yeh menyebut tentang seorang sahabat nabi yang berilmu tetapi tidak dipilih menjadi pemimpin kerana kelemahannya. Johan menghentikan isu itu mati begitu saja. Dia tidak menyambung betapa khalifah tetap diberi kepada ulama juga tetapi bukan yang lemah tadi.

Ulama yang lemah kekallah pada tempatnya yang sesuai, tetapi jawatan penting tadi tetap tidak diserahkan kepada orang jahil. Sama seperti seorang profesor yang tidak berwibawa. Dia tidak diberi jawatan penting kerana kelemahannya. Jawatan penting itu tetap diberi kepada profesor juga tetapi yang berwibawa. Ia tidak diberikan kepada ketua kerani.

Tok Yeh hanya mensifatkan kerajaan Ayah Cik Haji Hadi melakukan banyak kemusnahan. Bila ditanya contohnya, Tok Yeh menyebut KUSZA, mengambil pelajar yang tidak cukup syarat akadaamik untuk belajar.

Tetapi profesor yang tahu tentang kaedah belajar di universiti tidak pula memberi komen. Jika mereka tahu betapa Almarhum Ustaz Abu Bakar Hamzah tidak mempunyai apa-apa kelulusan yang melayakkannya belajar di universiti di Malaysia, tetapi dengan ilmunya beliau diterima belajar di Univercity of Kend dan mendapa ijazah Mphil. Malah universiti yang sama pernah menawarkan saya belajar di situ. Kelayakan saya untuk membuat ijazah master di situ kerana semua buku yang saya tulis ada dalam perpustakaan universiti itu.

Johan Jaafar tentu boleh menceritakan betapa rakannya Dato Zainuddin Maidin atau Zam tidak lulus sekolah Melayu, tidak lulus sekolah agama dan tidak lulus sekolah Inggeris, tetapi diterima menuntut di sebuah universiti di New York di bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Kalau Johan seorang profesional dan tidak terikat dengan program propaganda, beliau boleh mengundang Dato Harun Taib untuk mejelaskan kedudukan KUSZA menerima pelajar-pelajar tertentu mengikuti pengajian dan apa pula syarat-syarat yang diberikan kepada mereka.

Saya tidak berhajat untuk mengupas setiap hujahnya, tetapi jika yang menjadi tetamu Johan itu Dato Rashid Ngah misalnya, maka saya yakin beliau boleh memberikan hujah yang jauh lebih baik. Saya pernah mengikuti perbahasan di DUN, dan saya dapati Dato Rashid lebih pintar dari Tok Yeh.

Apakah Dato Rashid boleh menjadi pemimpin yang lebih baik tidak dapat dipastikan, tetapi dari segi berhujah dan berdebat, maka beliau tidak banyak beza dengan Dato Mustapa Ali, EXCO kanan kerajaaan negeri sekarang.

Dan kalau dibandingkan dengan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, saya rasa beliau lebih berwibawa untuk memimpin semula negeri Terengganu. Harapan Terengganu untuk menukar kerajaan banyak bergantung kepada imej Dato Seri Abdullah Badawi. Imej Perdana Menteri itu memang sudah mula menggerhanakan imej Tun Dr. Mahathir.

Tetapi Dato Seri Abdullah bukan dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Terengganu. Beliau dicalonkan kekal sebagai Perdana Menteri. Calon Menteri Besar Terengganu mesti lebih baik dari Menteri Besar yang menunggu. Jika Perdana Menteri mahu Menteri Besar dari partinya boleh membantunya merengankan beban di Terengganu, maka beliau mungkin perlu memikirkan calon lain.

Seorang calon Menteri Besar mesti bersedia menjadi calon Ketua Pembangkang. Tok Yeh hanaya boleh menjadi Menteri Besar kalau mendapat majoriti, kalau berjaya mendapat minoriti yang besar saja, maka calon itu akan menjadi Ketua Pembangkang kalau dia turut meneang.

Melihatkan caranya bercakap dalam TV, maka sukar Tok Yeh untuk menandingi kehebatan Dato Rashid Ngah. Bercakap di TV senang, tiada orang lain mencelah. Johan sebagai pengacara boleh menyoalnya tetapi Johan berhadapan dengan penyakit Fear Factor.

Pada malam itu Johan telah banyak membantunya dengan mengemukakan soalan-soalan yang senang. Kalau Johan seorang profesional seperti penyiar TV Amerika dan BBC, maka dipercayai lebih banyak kelemahan akan terserlah.

Johan tidak bertanya tentang isu kerajaan PAS menjual anak-anak syarikat kerajaan negeri rugi sejak di zaman kerajaan dulu lagi. Pada hal ia telah ditimbulkan oleh Tok Yeh. Pada hal Johan boleh bertanya mengapa syarikat-syarikat itu rugi dulu dan apa yang Tok Yeh akan buat pada syarikat seperti itu?

Tan Sri Musa Hitam semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menutup anak-anak syarikat yang rugi. Tetapi kerajaan PAS tidak menutup, sebaliknya menjualnya. Pemimpin UMNO menutup anak syarikat yang rugi, pemimpin PAS menjual anak syarikat yang rugi. Mana lebih baik antara menjual dan menutup? Apa komen Tok Yeh?

Johan kalau cerdik dan berani boleh bertanya lagi, UMNO menjual syarikat yang untung tetapi PAS menjual syarikat yang rugi. Tentu terkencing Toh Yeh dengan soalan seperti itu.

Tok Yeh bernasib baik kerana Johan tidak bertanya tentang pengagihan Wang Ihsan, isu Jusoh Enterprise, kerajaan Terengganu di bawah UMNO dapat banyak royalti minyak tetapi kerajaan negeri banyak berhutang, kerajaan Terengganu di bawah PAS hilang wang royalti tetapi hutang berbayar.

Nasib baik Johan tidak tanya kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN sedang belajar cara kerajaan Terengganu memberi tanah kepada rakyat sampai 50,000 lot setahun. Kalau soalan seperti ini ditanya, nescaya Tok Yeh dikira layak duduk di bawah Dato Rashid Ngah saja.

Program Johan Jaafar itu bukan sekadar memudarkan imej Tok Yeh, tetapi pengelola TV dan profesor yang bersama Tok Yeh pun terpaksa menumpang tempiasnya.

WDI
06/03/04

Thursday, March 04, 2004

UMNO KATA UNDI PAS MASUK SYURGA

JIKA dulu UMNO kata PAS kata UMNO kafir, maka mulai tahun 2004 ini UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga.

Hingga SPR ikut terperangkap dalam usaha UMNO memerangkap PAS dalam kempen pilihan raya sekarang. SPR berjaya memperaturankan bahawa barang siapa bercakap tentang janji syurga dalam pilihan raya adalah satu kesalahan dan jika calonnya menang nescaya kemenangan itu boleh dibatalkan.

Jika dalam isu kafir mengkafir, PAS bercakap tentang batas-batas iman dan kubur; bagaimana iman seseorang boleh tergelincir, maka dalam era isu janji syurga ini, PAS bercakap tentang konsep pahala dan dosa dalam politik.

Dengan menggunakan isu kafir mengkafir, UMNO berjaya mengelirukan orang ramai kononnya PAS kata UMNO kafir sedang UMNO yang kata PAS kata UMNO kafir. Dengan tipu daya politiknya itu, PAS berjaya dipencilkan dari masyarakat umum setiap kali pilihan raya.

PAS menyedari ia diperangkap dan tahu bahawa perangkap UMNO itu banyak merugikan PAS, maka bodohlah PAS kalau ia mencipta dan menggunakan isu mengkafirkan UMNO. Masakan PAS suka menggunakan isu yang boleh memencilkan dirinya dari masyarakat. Setiap kali menjelang pilihan raya maka isu kafir mengkafirpun hidup semula.

Tetapi isu itu tiba pada kemuncaknya apabila UMNO di bawah Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Joned dan Presidennya Dr. Mahathir tahun 1983 mencabar PAS berdepan di TV secara langsung dengan tajuk yang UMNO bagi iaitu PAS kata UMNO kafir. PAS membeli cabaran itu dengan menyanggupi tajuk yang UMNO beri dan syarat yang UMNO sediakan.

PAS bersedia turun untuk memberi tahu, bukan PAS kata UMNO kafir tetapi UMNO yang kata PAS kata UMNO kafir. Akhirnya Yang Dipertuan Agong bersetuju memerintahkan debat itu dibatalkan.

Tidak dinafikan ada juga orang PAS yang tidak terkewal, masuk perangkap UMNO menggunakan kata-kata UMNO yang mengata UMNO kafir. Tetapi mereka sekalian sudah masuk kaki lima UMNO dan makan gaji dengan UMNO.

Maka PAS selepas itu membebaskan dirinya dari perangkap UMNO tidak mahu terlibat, tidak kata UMNO kafir dan tidak mahu kata UMNO tidak kafir.

Sekarang timbul pula isu UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga. Pemimpin-pemimpin tidak kata dan tidak akan kata mengundi PAS dijamin syurga. Sama dengan masuk Islam tidak dijamin syurga, maka tiada dijamin syurga sekadar mengundi PAS.

Yang dijamin syurga ialah para nabi, para syuhadak, para sidiqin dan solihan yang antaranya sepuluh sahabat nabi serta para malaikat. Sekadar masuk Islam boleh masuk syurga tetapi tidak terjamin. Tetapi tidak masuk Islam sah tiada tempat di syurga.

Mengundi PAS boleh dapat pahala kalau niatnya kerana Allah, tetapi kalau niat solat, puasa dan zakat tidak kerana Allah, tidak dapat pahala juga. Sama dengan sahabat yang hijrah kerana Allah dapat pahala hijrah, tetapi yang hijrah kerana perempuan, nescaya dapat perempuan saja. Begitu juga solat dapat pahala tetapi tidak dijamin syurga, tetapi tidak solat dapat dosa dan sah menempah tempat di neraka.

Oleh kerana politik sebahagian dari hidup dan kehidupan, seperti ikrar dalam doa iftitah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, berpolitiklah kerana Allah.

Berpolitik kerana Allah nescaya dapat pahala. Tetapi tanyalah majlis fatwa, berpahala atau tidak kalau berpolitik bukan kerana Allah? Berpolitik kerana Allah juga sama seperti solat dan puasa ada syarat sah dan batalnya. Kalau hukum-hukum yang Allah tentukan tidak dihiraukan, boleh batal poliltik kerana Allah itu.

Memandu bas dengan niat ibadat berpahala. Kalau memandu bas saja-saja, ada yang tidak berdosa tetapi tidak berpahala. Orang Islam diajar jangan membuat kerja tidak berfaedah. Kerja yang tidak berfedah ialah kerana yang tidak berpahala. Kalau sesuatu kerja itu ada peluang membuat pahala, mengapa kita harus membuatnya tetapi tidak dapat pahala. Dari bekerja tidak berpahala dan tidak berdosa, baiklah membuat kerja yang sama yang berpahala.

Seorang Tok Guru memberi tahu saya, ‘Ana tak mahu kerja yang tidak berpahala walaupun ia tidak berdosa.

Atas dasar supaya orang Islam dapat sebanyak pahala, maka dinasihatkan supaya orang-orang politik berfikir tentang konsep pahala dan dosa dalam berpolitik. Oleh kerana Islam tidak terlepas dari menyebut syurga dan neraka, maka ia terpaksa disebut dari semasa ke s emasa supaya orang ingat dan mendapat manfaat. Tetapi manusia tidak menjanjikan syurga. Syurga itu milik Allah. Demikian juga negara adalah miliknya.

MIN AINA
04/03/04

Wednesday, March 03, 2004

UMNO TERENGGANU TIDAK LAGI UNTUK MELAYU?

ANTARA 76 isu yang disenaraikan dalam buku berjodol ‘ISU-ISU, SEPEGGAL PEMERINTAHAN BA DI TERENGGANU’ persempdanan semuka kawasan pilihanraya.

Dalam pindaan kawasan plihan daya di negara ini dalam tahun 2003, APR telah gagal memberikan sabarang tambahan kepada negeri Terengganu baik bagi Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri walaupun Terengganu mencatatkan pertubuhan penduduk dalam tempoh sepuluh lalu sebanayak 21.76 peratus.

Dari 25 kerusi tambahan Parlimen, Johor yang pertambahan penduduknya dalam tempoh itu sebanyak 24 peratus mendapat peruntukan paling banyak iaitu enam kerusi. Dari 63 kerusi DUN yang ditambah Johor juga dapat paling banyak iaitu 16 kerusi. Negeri kedua terbanyak ialah Sabah dengan pertambahan 24.75 peratus ia mendapat enam kerusi lagi untuk parlimen dan 12 untuk DUN.

Yang menarik Selangor dengan pertambahan penduduk seramai 44.18 peratus dapat tambahaan lima kerusi parlimen dan 8 DUN, Perak yang palang sedikit pertambahan iaitu 8.84 peratus dapat satu parlimen dan 7 DUN.

Apa rasional SPR dan UMNO mengagih-agihkan tambahan itu tidak diketahui. Kalau pertambahan dibuat atas perkiraan pertambahan penduduk, maka bagaimana Perak yang hanya pertambahan penduduk 8.84 peratus dapat satu kerusi, Terengganu tidak dapat sebarng kerusi walaupun pertambahan penduduk sebanyak 21.76 peratus?

Kalau pertambahan 10 peratus untuk satu kerusi, maka Terengganu sepatutnya dapat dua kerusi. Kalau 8.84 peratus bagi Perak dapat satu kerusi, maka Kedah dengan 17.8 peratus dan Kelantan dengan 16.23 peratus sepatutnya masing-masing dapat satu. Begitu juga Perlis dengan 12 peratus juga dapat kosong.

Perkara ini sudah dibankitkan di Parlimen semasa rang persempadanan semula itu dibentangkan. Tetapi Perdana Menteri masa itu dan Perdana Menteri sekarang diam membisu dan senyum kucing saja mendengarnya.

Ada berita mengatakan SPR sudah membuat cadangan yang menasabah tentang pertambahan untuk semua. Tetapi ia telah dikoyak saja oleh pemimpin UMNO yang dulu kerana atas perhitungan politiknya ialah boleh memberikan ruang yang selesa kepada orang Kelantan, Tereggan, Kedah dan Perlis mendapat kerusi tambahan.

Kononnya dengan menikus SPR pun mencadangkanlah apa yang ada itu dengan menapikan peluang bagi kawasan yang ramai orang Melayu mendapat kerusi tambahan. Kiranya orang Melayu yang sudahlah miskin dan negerinya kurang membangun pula diberi keadilan, maka dapatlah mereka sekurang-kurangnya lima atau tujuh kerusi lagi.

Kalau atas rasional 8 peratus dapat satu kerusi, maka Melayu Kelantan, Terengganu dan Kedah tentu masing-masing patut dapat dua kerusi lagi. Dan Perlis wajar dapat satu. Dan kalau mengikut kerusi yang ada sekadar beberapa ribu saja bagi satu DUN, maka desngan pertambahan 12 peratus itu patut memberikan ia pertambahan kerusi yang banyak.

Malang bagi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah ia didiami padat oleh orang Melayu. Dan kiranya perjuangan UMNO untuk orang Melayu, maka inilah masanya ia hendak menunjukkan yang ia pro Melayu dan berilah tambahan kepada sedikit kerusi kepada bangsa orang UMNO itu.

Tetapi menteri-menteri Melayu dari UMNO sudah melihatkan kedudukan mereka terancaam jika orang Melayu diberi kedudukan yang baik kerana mereka mudah mengalih perhatian kepada politik Melayu mana yang boleh membela kedudukan orang Melayu.

Apabila orang Melayu dapat membuka mata, maka mereka mudah beralih menyokong PAS. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah negeri-negeri yang asalnya subur UMNO. PAS masuk ke Kelantan ketika UMNO sudah berakar. Lepas itu ia masuk ke Terengganu. Ia terkonteng-konteng di tengah UMNO yang lebat.

Tetapi apabila mata mereka terbuka, maka mereka pun membuat pilihan. Walaupun kadang-kadang orang Melayu dapat mereka pujuk supaya kembali kepada UMNO, mereka kembali sekejap tetapi kemudiannya mereka terasa tertipu lalu mereka meninggalkan UMNO lagi.

Hingga yang cerdik seperti Tengku Razaleigh dan rakan-rakannya di Terengganu itu sekejap ikut belaang PAS dan sekarag ikut bekalang UMNO pula.

Menakala yang di Kedah pula lagi menarik. Sudah dua Perdana Menteri datang dari Kedah, masih Tun Dr. Mahathir tidak percaya orang Kedah akan setia kepada UMNO. Dan memang mereka tidak setia kerana tidak ada apa yang mereka hendak setiakan.

Bertolak dari tidak mempercayai orang Melayu itu, maka mereka dera orang Melayu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dengan tidak memberi mereka tambahan kerusi.

WDI
03/03/04

Tuesday, March 02, 2004

KISAH SUK DIKATAKAN OFFICE BOY

DI MANA di Malaysia seorang pegawai kerajaan boleh bercakap di hadapan Menteri Besar di khalayak ramai menganggap SUK seolah-olah seperti seorang budak pejabat melainkan di Negeri Terengganu.

Dalam majlis dialog antara pemimpin-pmimpin kerajaan negeri dengan kaki tangan kerajaan d Daerah Kuala Terengganu, seorang pegawai telah bangun menimbulkan keheningan betapa Dato SUK, Ku Abdul Azah Syed Alawee dilihat sebagai seorang budak pejabat.

Saya percaya pegawai itu bertujuan memperleceh ketuanya iaitu Dato SUK, tetapi lebih bersifat untuk membela kedudukan pegawai nombor satu dalam negeri itu. Cetusan minda pegawai itu lebih bersifat menyindir pemimpin-pmimpin kerajaan.

Keberanian pegawai itu boleh menimbulkan keharuan dalam majlis kerana jarang berlaku, ada pegawai berani bercakap berterus terang mengkritik kerajaan di hadapan Menteri Besar secara terbuka. Dan tidak pelik kalau ada pemimpin yang memberi jawapan keras.

Kerajaan Terengganu sejak bertukar kuasa mengajikan dailog seperti itu sebagai kegiatan tetap dari semasa ke semasa di setiap daerah. Dailog itu bertujuan untuk membolehkan kerajaan mndapat maklumat dari rakyat dan ia memberi peluang kepada kerajaan untuk membuat penjelsan.

Ramai percaya kejadian seperti itu tidak mungkin berlaku di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional atau dalam mana-mana pentadbiran dalam dan luar negeri. Tetapi ia berlaku di Terengganu.

Mengapa? Adakah kerana kerajaan Terengganu lemah?

Ia bukan satu petunjuk yang kerajaan itu lemah, tetapi ia adalah satu ujian bagi mengukur kebijaksanaan pemimpin kerajaan. Allah mahu menguji kesabaran pemimpin.

Dalam dialog-dialog itu kerajaan minta pengawai jangan segan dan silu, jangan takut dan gentar untuk menyatakan pendapatan dan menyampaikan isi hati. Dialog yang di isi dengan pujian kepada pemimpin dan tidak bertanya apa yang terbuku di hati, berakhir secara baik dan aman. Tiada yang baru dan tidak banyak yang dapat membantu kerajaan bagi mencari kelemahan.

Dua sebab dailog aman itu berlaku begitu. Pertama pegawai-pegawai mencari jalan selamat, menggunakan peluang untuk memuji kerajaan dan pemimpin. Kerajaan dan pemimpin tidak pasti apa yang sebenarnya benar.

Kedua, pegawai takut bertanya kerana tidak mahu nanti disalah sangka dan akhirnya mereka juga yang menerima beban.

Justeru itu dialog dengan kerajaan Barisan Nasional sunyi dari kejadian itu. Jika ada sesuatu yang dikira janggal, maka tidak dapat diramalkan masa depan pegawai yang cuba menunjuik pandai.

Bagi kerajaan seperti itu, tiada hak untuk pegawai membuat komen tentang semua kejadian dalam kerajaan kerana mereka makan gaji, dan orang makan gaji diibaratkan seperti kuli atau hamba, tiada hak untuk menyoal itu dan ini. Jika tidak suka, mereka boleh memilih kerja di tempat lain.

Malah sesudah bersara dari kerjapun tidak digalakkan membuat komen kerana mereka pernah mendapat gaji dari kerajaan dan kerajaan tidak boleh dicela. Mencelanya adalah tanda tidak bersyukur.

Tetapi kerajaan Kelantan dan Terengganu menjadikan pegawai sebagai penasihat dan mesti berkata benar. Yang dituntut dari mereka hanya kesetiaan dan ikhlas.

Saidina Abu Bakar ketika mengambil alih tigas khalifah minta beliau sokong kira beliau membuat yang betul, dan betulkan beliau kiranya beliau silap. Saidina Omar al Khatab minta beliau ditegur kiranya beliau melakukan kesalahan. Maka bangun seorang pemuda menghulur mata pedang sambil memberi amaran kepada Saidina Omar betapa pedang itu akan singgah ke batang lehernya kira beliau melakukan penyelewengan.

Rata-rata yang menyaksikan bersetuju bahawa pemuda yang mengkat pedang itu bersikap tidak beradab, tetapi Saidina Omar gembira kerana ada antara rakyat Madinah yang berani untuk kebenaran sekalipun di hadapan Omar yang terkenal garang.

Dan dalam pentadbirannya Saidina Omar banyak ditegur tetapi menerima teguran itu dengan baik. Antaranya beliau menyerbu masuk ke sebuah rumah melalui tingkap untuk menangkap pencuri.

Pencuri mekamsanya keluar dari rumah atas tuduhan menceroboh. Rumah ada tangga dan pintu, mengapa baginda menceroboh masuk ikut tingkap dan menaiki rumah orang tanpa memberi salam dan tanpa izin.

Saidina Omar yang dihalau itu patuh dan kemudian naik semula ikut tangga dan pintu dan masuk ke rumah dengan salam dan izin.

Kerajaan Terengganu diuji tentang ketahanan dan kesabarannya. Dato Ku Abdul Azah dipercayai tidak pelenting dan tidak berdendam dengan sangkaan yang beliau adalah seorang office boy.

Jawabnya, kalau beliau budak pejabat, maka Menteri Besar yang menjadi ketuanya adalah ibarat kerani. Dan yang penting dalam masa beberapa minggu ini tiada apa-apa terjadi kepada pegawai yang pandai dan berani menyindir itu. Tiada sebarang tindakan kepadanya kerana keberaniannya berani membuat kenyataan provokatif. Tetapi dia hanya dikenakan tindakan jika dia tidak berkhidmat mengikut peraturan.

Selagi dia tidak khianat, tidak membuat provokasi atas tujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan bekerja bagi pihak musuh, maka dia bebas berkhidmat dan bebas naik pangkat dan naik gaji.

Dan bukan suatu yang mustahil Dato Ku Abdel Azah berhenti dulu dari beliau. Dato SUK sudah dekat tempoh bersara. Kalau pegawai itu belum tiba waktu bersara, dia bebas dan terus berkhidmat.

Dekat waktu pilihan raya, pemimpin-pemimpin kerajaan dari kalangan parti pembangkang dihadapkan dengan banyak cabaran dan ujian. Jika pemimpin seperti Menteri Besar latah dengan sindiran seperti itu, maka itu yang dihendaki oleh musuh. Ia akan dijadikan modal untuk memburukkan kerajaan.

Tetapi kalau Menteri Besar dan rakan-rakannya melayan pegawai yang provokatif sama seperti layanan yang Saidina Omar kepada pemuda yang mencabarnya, maka ia akan menaikkan taraf pegawai yang provokaif itu sama dengan taraf pemuda yang prpvokatif semasa zaman sahabat dulu.

Dengan layanan yang bijak sana itu boleh menyebabkan lain-lain orang berfikir, adakah mereka mendapat layanan yang sama kiranya bercakap provokatif di hadapan Menteri Besar yang lain. Katakanlah Dato Idris Jusoh menjajdi Menteri Besar selepas ini, beranikah pegawai yang sama membuat sindiran terbuka seperti itu?

WDI
02/03/04