PAK SALIM, WARIS TAN SIEW SIN KAWAN TOK GURU?
DUA malam sebelum meninggal, Pak Salim solat Maghrib di sebelah saya di saf depan di Masjid An Nur, Taman Koperasi Polis, Gombak. Alangkah terkejutnya bila diberi tahu Pak Salim yang saya lihat sentiasa segar meninggal.
Pak Salim, panggilan kebanyakan orang yang mengenalinya, adalah pesara polis yang menjadi ahli tetap masjid dan surau yang berhampiran dengan rumahnya di Taman Koperasi. Dia tidak tetap bermagrib di satu tempat. Dia memilih tempat Magrib dan Isya di surau dan masjid berdekatan yang ada tok guru yang diperkenan orang ramai.
Apabila kita lihat Pak Salim tiba di surau atau masjid, ia seperti tanda ada tok guru yang diminati datang memberi kuliah Maghrib.
Pak Salim dilahirkan dalam keluarga Lim di Melaka lebih 70 tahun lalu. Ada yang memberi tahu saya pada hari kematiannya awal April, 2004 bahawa dia berkeluarga dengan mendiang Tun Tan Cheng Lock, ayah Tun Tan Siew Sin, pengasas MCA.
Saya cuba dapatkan kepastian dari anaknya. Anaknya tidak mengesahkan. ‘Bukan keluarga Tan Siew Sin, tetapi mereka adalah sama-sama Baba Melaka.
Semasa hidupnya memang Lim yang telah memeluk agama Islam yang memakai nama Salim bin Abdullah acap balik bertemu saudara maranya di Melaka. Hanya dia seorang saja yang memeluk agama Islam, tetapi hubungan mereka tidak putus. Tetapi tidak seorang pun dari keluarganya sempat menziarahinya pada hari kematiannya.
Kata anaknya, ‘Hari Ahad, sehari kemudian bebeapa orang datang. Mereka tak dapat datang awal kerana tak tahu alamat.
Tidak semua tahu Pak Salim berasal dari keturunan Cina. Dia adalah seperti orang tua Melalyu biasa dan antara yang tekun mendampingkan dirinya dengan surau dan masjid dan antara yang tidak mis solat fardu berjamaah.
Pada hal beliau memeluk agama Islam sesudah remaja, awal 20an, atas kesedaran sendiri. Komitednya kepada agama Islam bertambah kuat apabila berkahwin dengan orang Johor empat tahun kemudian semasa beliau berkhidmat sebagai anggota polis di Brunei. Isterinya meninggal dulu beberapa tahun dulu.
Pak Salim adalah anggota masyarakat yang tulen. Setiap orang yang baru menetap ke kariahnya, yang rajin ke surau, akan mudah berkenalan dan menjadi rakannya. Dan dia lazimnya akan tiba ke rumah jiran yang baru menjadi ahli kariah di situ.
Kunjungannya lazimnya menambat persahabatan dan sekali gus seperti mengundang orang itu untuk bersama-sama dengan masyarakat di situ.
Dia adalah orang yang awal menjadi orang kuat masjid Taman Koperasi Polis sejak perkampungan itu dibuka.
Semasa saya pindah ke Taman Melewar, kampung yang berjiran dengan Taman Koperasi Polis, Pak Salim tiba ke rumah satu petang. Bila saya berpindah kempung bersempadan dengan kariah di masjidnya, Pak Salim tiba lagi. Katanya, dia sudah ke rumah saya sebelum itu tetapi saya tiada di rumah.
Itulah Pak Salim yang menjadi penghubung orang-orang baru pindah ke situ dengan masyarakat tempatan.
Sekalian tok guru di sekitar kawasan Gombak dikenalinya dan baik dengannya. Mufti Terengganu, Dato Syaikh Abdul Halim Abdul Kadir yang ada rumah di Gombak adalah kenalan baiaknya. Dan dia tahu bila mufti itu ada di Kuala Lumpur. Dan demikian juga ulama-ulama lain, mudah menjadi kenalannya.
Dan tidak salah kalau ada yang setuju bahawa Pak Salim adalah kawan kepada ulama dan tok-tok guru.
Pada hari tuanya, pagi-pagi menghantar cucu ke sekolah dan singgah ke gerai memberikan srapan yang diperkenan oleh cucu. Petang pula acap kelihatan mengambil cucunya dari sekolah. Ketika yang sama dia juga kelihatan berjalan-jalan mengambil peluh. Kebanyakan yang lalu lalang di sekitar tempat kediamannya akan melihat kerja rutinnya itu.
Bila menjelang Magrib, Pak Salimpun berangkat dengan motosikalnya bagi menunaikan tanggongjawabnya kepada Allah. Dia berusing antara beberapa tempat kuliah yang menarik minatnya.
Pak Salimpun memilih guru juga. Dia ke surau yang dikunjungi oleh ustaz yang diminatinya. Dan dipercayai dia mengikut kuliah Magrib setiap malam. Sayapun sekali sekala bertukar surau juga, dan saya selalu terserempak dengannya.
Yang dia tidak pernah ketinggalan ialah kuliah di Markaz Tarbiyah PAS dua kali seminggu itu. Saya sekali sekala singgah mengikuti kuliah di situ. Yang tetap ada di kuliah itu ialah Pak Salim.
Pak Salim bukan sekadar mendengar kuliah saja. Lepas itu kalau ada orang membincangkan tentang apa yang dikuliahkan, nescaya Pak Salim akan memberi pendapatnya. Kerana kuliah tok guru yang diikutinya adalah tok guru yang dia perkenan, sudah tentu komennya menyetui apa yang tok guru itu sampaikan.
Ertinya Pak Salam bukan sekadar mendengar, tetapi dia juga memahami.
Dan dengan saya, Pak Salim adalah peminat. Setiap kali bertemu, dia akan membangkitkan tentang tulisan saya yang terbaru. Jika dia tahu tulisan saya keluar dalam majalah yang tidak dilangganinya, nescaya dia tergesa-gesa pergi mencari majalah itu.
Kebanyakannya terkejut mendengar berita kematiannya kerana mereka melihatnya segar berjalan-jalan di kawasan berhampiran rumahnya. ‘Saya nampak dia jalan kaki semalam,’ ujar isteri saya yang melihatnya sebelum pemergiannya.Demikian juga komen kebanyakan yang hadir menziarahi jenazah.
Memang Pak Salim ada masalah jantung dan beberapa masalah lagi. Tetapi dia berkawan dengan ubat. Tidak nampak dia uzur. Cuma yang hampir dengannya tahu dia ada penyakit. Tetapi tidaklah menyebabkan dia terlantar.
Cuma sehari sebelumnya Pak Salim demam. Dia tidak lalu ke masjid petang itu. Tengah malam, dia mengadu sakit belakang yang amat sangat. Ketika beberapa orang cuba membantunya itulah ajalnya sampai. Senang sangat dia pergi.
Ramai rakan-rakan di beberapa taman yang berhampiran menziarahi jenazahnya. Orang-orang penting di beberapa kampung dan surau berdekatan kelihatan bersama solat jenazahnya. Yang sentiasa sebok seperti Dato Ismail Kamus pun ada.
29/04/04