DEV PELIHARA ANJING ANGKAT SAYA
DEV, seorang Sikh yang tidak berserban adalah jiran Haji Subky Abdul Latif yang baru pindah ke Taman Melewar, Kuala Lumpur kira-kira 20 tahun dulu. Rumah mereka tidak jauh dari Markaz Tarbiyah PAS.
Mereka saling hormat menghormati. Masing-masing ada anak yang baru bersekolah rendah dan yang belum bersekolah. Anak bunssu Dev, laki-laki, dihantar ke sekolah Tadika Kemas. Dia belajar apa yang anak orang Islam belajar.
Beberapa minggu selepas berjiran Dev membeli anak anjing yang dirantai di pagar dawai yang memisahkan halaman ruma mereka.
Kata Dev kepada Subky, ‘Anjing ini rumah awak sama.’ Anjing itu adalah penjaga keselamatan rumah Subky terutama apabila dia sekeluarga keluar rumah, balik ke kampong beberapa hari dan sebagainya.
Siapa yang ke rumah Subky nescaya disalak anjing iu terutama tengah malam. Tetapi ia tidak menyalak Subky dan anak-anaknya kerana anjing itu terasa mereka tuan angkatnya. Seolah-olah anjing itu menerima Dev sebagai tuan dan Subky tuan angkatnya.
Dev dan keluarga berbangga kerana anjing itu menjadi satu khidmat dan mengeratkan hubungan kejiranan itu.
Jiran-jiran di Malaysia terpaksa menerima hidup berjiran seperti itu walaupun bagi orang Islam anjing adalah bintang peliharaan yang tidak disukainya disebabkan oleh pantang larang agama.
‘Saya tidak pernah memasakkan muka kepadanya atas anjing,’ kata Subky kepada tetamu yang ke rumahnya. ‘Jiran saya beli anjing itu untuk keselamatan rumah saya. Saya jadi tuan kedua anjing itu.’
Subky sekeluarga tidak senang anjing ada di tepi rumahnya. Sejak ada anjing itu ruanmg poc depan rumah tidak lagi jadi tempat menyidai haju basahan. Semasa Dev tiada di rumah Subky meletakkan sebidang zink di sebelah pagar anjing itu dirantai bagi mengelakkan kasut dan mainan anak-anaknya terkena percikan kibasan anjing itu.
Poc rumah Subky agak luas. Ia dijadikan ruang tamu, ada set meja dan kerusi.
Anjing itu tidak mengganggu kalau tetamunya dating.
Satu hari Dev melepasskan rantai anjing yang tembun dan sihat itu. Entah bagaimana anjing masuk ke sebelah rumah Subky. Anjing itu seperti mahu bermanja dengan anak-anak Subky yang dikira tuannya juga. Ia naik atas meja dan duduk di kusyen kerusi. Ia berjalan di merata tempat.
Orang Melayu memang takutkan anjing. Maka riuh rendah anak-anak dan isterinya menjerit seolah-olah kegemparan serangan tsunami. Isterinyha mencapai kayu penyapu, memukul dan menghambat anjing itu.
Dev dan keluarganya terkejut kerana mereka tidak menyangka orang Melayu begitu takutkan anjing. Jiran-jiran lain juga terperanjat. Dev yang kehairanan itu sedar kanak-kanak itu takutkan anjingnya. Dia segera datang dan menangkap anjingnya dirantai di pokok kayu jauh dari tempat asal.
Dev terharu lalu minta maaf. Dia tidak terfikir anjing sangat sensitif bagi orang Melayu. Orang Melayu bukan sekadar melihat anjing sebagai binatang najis tetapi ia dikira musuh.
Lebih menghibakan Dev ialah abapila melihat isteri Subky bertindak pantas menyamak lantai, kerusi, meja, kusyen, kasut dan barang yang ada di poc hatta motokar juga kena samak.
Dia melihat air tanah digunakan. Dia terasa malu dan bersalah.
Subky berkata, dia cuba menenangkan Dev supaya tidak terlalu rasa bersalah kerana masalah perbedaan budaya yang masing-masing tidak arif boleh menimbulkan kerumitan. Tetapi Dev belajar dari kejadian itu.
Dia saying pada aningnya. Anak-anaknya selalu memeluk anjing itu. Tetapi Dev lebih peka kepada persefahaman jiran. Dia bertindak. Dia memanggil pihak Bandar Raya Kuala Lumpur mengambil anjingnya. Dev mati sepuluh tahun lalu. Isterinya meninggal setahun lalu. Mereka tidak pernah ada anjing selepas kejadian itu.
SeTAPAK
31/03/05