SEBAGAIMANA Rashid Khalifah berjaya menarik perhatian orang Islam mengaji tidak berguru, begitulah juga Amina Wadud berjaya menarik wanita Islam yang berpendidikan tetapi baru nak mengaji mengenai Islam. Rashid Khalifah berjaya meyakinkan pemikir Islam yang tak berguru itu menjadi anti hadis, maka Amina berjaya menjauhkan wanita Islam dari para ulama.
Pengaruh Amina Wadud agak besar di kalangan wanita Islam yang baru tertarik kepada Islam tetapi tidak pernah mempelajari Islam sebelumnya.
Ketika beliau menjadi guru di Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur, dia menjadi guru kepada budak-budak perempuan lepasan universiti dan dari situ terbentuklah Sisters In Islam oleh pengikut-pengikutnya. Anggota pertubuhan sukarela itu adalah ahli pemikir dan boleh mempesonakan orang lain sama seperti terponanya para cendekiawan kepada teori anti hadis.
Besarnya pengaruh Amina Wadud hingga isteri dan anak menteri menjadi penyokong kepada Sisters In Islam. Walaupun Amina sudah tiada di Malaysia tetapi murid-muridnya yang bekerja memberi tafsiran sendiri mengenai Islam.
Kedutaan asing bersama mereka. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur misalnya pernah membiayai penerbitan buku Sisters In Islam.
Pada asasnya pengikut Amina Wadud ini memperjuangkan hak wanita Islam dan membantah amalan yang dikatakan diskriminai terhadap wanita tetapi ia tidak pernah memberikan gambaran mengapa ada perbezaan dalam perkara tertentu antara laki-laki dan wanita dalam Islam.
Contohnya paraid tidak sama pembahagian antara anak laki-laki dengan anak perempuan. Pendapat asing mengira paraid satu amalan diskriminasi. Isteri tidak boleh menjatuhkan talak kepada suami. Ia juga diskriminasi.
Resolusi-resolusi tentang apa yang dikatakan diskriminasi ini banyak diluluskan oleh perhimpunan wanita antarabangsa di Eropah dan paling ketara di Beijing semasa Benazir Bhutto menjadi Perdana Meneri Pakistan. Sisters In Islam menyertai perjumpaan seperti itu.
Resolusi-resolusi anti diskrininasi terhadap wanita itu diterima oleh PBB.
Pengikut Amina Wadud ini mendapat tempat dalam badan-badan kerajaan dan instsitusi yang berpengaruh. Ia menggambarkan bahawa mereka ada pengaruh dan boleh mempengaruh orang lain.
Bagaimana angkuhnya Amina terhadap pandangan ulama di dunia khususnya yang mengenai kedudukan wanita, maka begitu jugalah murid-murid yang terpesona dengannya.
Paling menjolok mata akan keterlanjuran Amina Wadud ialah apabila dia melantik dirinya menjadi imam solat Jumaat dan berkhutbah di sebuah dewan berhampiran gereja di Amerika.
Tiada ulama dan masjid yang membenarkannya berkhutbah dan menjadi imam Jumaat, maka dia mendapat bantuan dari pihak lain.
Sekeliru mana sekalipun pengikut Amina di Malaysia misalnya tentang hukum tertentu dalam Islam, tetapi mereka tahu aurat wanita Islam dalam solat. Walaupun mereka tidak mengambil berat tentang berpakaian sofan wanita Islam, tetapi mereka tahu dan mematuhi soal aurat ketika solat.
TEtapi apabila Amina bertindak menjadi imam dan muazinnya wanita tidak bertudung, jelas ia suatu bidaah, maka murid-muridnya di Negara-negara Islam juga kebingungan.
Amina yang terlanjur itu terus mendapat kecaman dari para ulama. Ulama-ulama yang tidak tegas dalam beberapa perkara tentang Islam pun bersatu dengan ulama yang tegas dalam menghadapi Amina Wadud.
Ada ulama tidak bersuara tentang hudud, dan ada yang menyambung lidah pemimpin sekular Islam, ramai juga ulama yang kecut bila Amerika menempelak ajaran jihad dan tidak berani membuat ulasan bila Amerika minta universiti Islam menggurkan pengajian sentang jihad.
Tetapi sekalian yang lemah itupun bersatu mengutuk imam Amina Wadud dan mengecam ibadatnya yang membenarkan tukang azan terdiri dari wanita berpakaian jean dan tidak bertudung.
Sisters In Islam membisu terus tentang perkara itu. Ia tidak bersuara tentang ‘imam’ Amina itu.
Amina adalah professor Islam di Amerika. TEntulah dia boleh dimasikkan sebagai seorang pakar mengenai Islam. Memang dia lantang dan memang dia menarik. Orang-orang yang tidak senang dengan Islam suka kepada pandangannya.
Yahudi dan Nasoro tidak pernah senang dengan Islam dan orang Islam kecuali orang Islam itu tundak kepada kemahuannya. Apabila seseorang Islam disenangi oleh Yahudi dan Nasoro, maka ia adalah tanda-tanda orang Islam itu tidak berapa betul sikap dan pendirian mengenai Islam.
Amina dan murid-muridnya di mana-mana saja di dunia dapat tempat di hati pengkritik-pengkritik Islam dan anti Islam. Amina hanya boleh menjadi imam dalam Negara yang tidak dikuasai Islam. Dalam Negara Islam, dia sudah tentu tidak akan dapat menjadi imam dan tiada tempat baginya untuk menjadi imam.
Dia boleh menjadi imam di dewan yang bukan menjadi tempat orang Islam solat.
Atas sokongan orang asing dia pun menjadi imam dan dapat mengimam solat orang-orang yang tidak faham Islam sebenarnya.
Amina yang menjadi kebanggaan murid-muridnya memecah tradisi Islam sejak Nabi Adam. Maryiam, bonda Nabi Isa, yang menjadi khadam di masjid sepanjang usia dan diketahui sebagai orang yang salihah, tidak pernah menjadi imam kepada orang laki-laki, demikian isteri-isteri Nabi SAW, anaknya Fatimah tidak pernah menjadi imam apabila tidak ada baginda, maka Amina menempa sejarah menjadi wanita pertama menjadi imam.
Amina yang tadinya begitu masyhur berjaya membuat sejarah, tetapi sejarahnya berakhir selepas salam pertama solat yang dia menjadi imam.
Dengan Amina berjaya menjadi imam, maka ia membinasakan dirinya dan meminasa gerakan dan pertubuhan yang dipimpin oleh murid-muridnya. Dengan tindakan Amina itu, maka Sisters In Islam tidak tahu hendak ke depan lagi.
Apa jua yang Sisters In Islam buat selepas ini orang melihatnya sebagai kerja Amina Wadud. Penyokong Sisters In Islam terpaksa mencari wadah lain. Islam tidak keciwa dengan bidaah Amina, tetapi yang keciwa ialah orang yang dibelakangnya, kerana wadah yang mereka taja membinasakan dirinya sendiri.
SeTAPAK
29/04/05