Subky Abdul Latif

Tuesday, May 31, 2005

KERJA LIMA HARI SEMINGGU: TAHNIAH PAS KEPADA SEMUA

SELIAN dari warga pekerja wajar diberi tahniah kerana persetujuan kerajaan memberi cuti dua hari seminggu, yang wajar diberi tahniah ialah Mursidul Am PAS Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang melaksanakannya dalam tahun 1990 apabila beliau menjadi Menteri Besar Kelantan.

Sepuluh tahun kemudian dalam bulan Desember, 1999 Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang pula melaksanakannya di TErengganu pada PAS berkuasa di negeri itu dan ia tidak dibatalkan apabila BN mengambil alih kuasa tahun 2003.

Hanya 15 tahun kemudian baru pentadbiran BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi bersetuju cuti dua hari seminggu tetapi pelaksanaannya ditangguhkan pada suatu tarikh yang ditentukan.

Sayugia penghormatan diberikan kepada ketua ulama PAS itu kerana tindakannya 15 tahun dulu diiktiraf oleh pemimpin BN. Tuan Guru itu bukan ahli professional. Beliau tok guru, ahli ilmu yang paling sedikit terlibat dengan ilmu pentadbiran ketika dipilih menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi tindakannya memberi cuti dua hari seminggu adalah tindakan profesional.

Sewajarnyalah tokoh ulama itu bersama seluruh penduduk Negara ini bersyukur atas izin Allah yang memperkenankan Perdana Menteri tidak malu dan tidak segan silu mengambil pendekaran kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu menyelaraskan hari kerja lima hari untuk sseluruh Negara.

Warga PAS tidak berkecil hati kalau Perdana Menteri dan kerajaannya serda media di bawah pengaruhnya tidak menyebut ia sebagai penyerasan dengan hari bekerja di Kelantan dan Terengganu yang dilaksanakan oleh PAS, tetapi hakikatnya ia adalah mengakui tindakan PAS 15 tahun lebih dulu adalah betul.

Sekalipun Perdana Menteri tidak mengaintkannya dengan PAS, tetapi semua justifikasi yang diberi mewajarkan cuti dua hari seminggu itu adalah sama dengan ssebab-sesbab yang diberi oleh Tuan Guru Nik Aziz 15 tahun dulu.

Tidak berbangkit Perdana Menteri meniru Tuan Guru Nik Aziz, walaupun hakikatnya begitu, yang penting ialah Perdana Menteri telah mengambil tindakan yang betul walaupun lewat 15 tahun.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Othman tidak perlu menunggu lama untuk mengkaji pelaksanaannya. Pergi sendiri ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu, guna pakai apa yang sudah terlaksana, mungkin perlu membaki lagi mana-mana kelemahan yang ada.

Segala masalah yang dihadapi oleh Kelantan dan Terengganu jika ada dalam pelaksanaannya dulu, boleh dikaji supaya kerja lima hari itu boleh membuat lebih baik dari lima hari. Kelantan sudah tentu mahu menerima pakai kiranya ada cadangan baru bagi meningkatkan lagi produktiviti.

Jika Kelantan dan lojiknya dilanjutkan lagi di Terengganu betapa cuti pada hari Jumaat adalah sebagai kemudahan beribadat dan cuti hari Sabtu adalah untuk keluarga.

Walaupun di bawah pentadbiran BN cutinya tidak kena pada hari Jumaat, kecuali Kedah dan Terengganu, tetapi kerana semua kegiatan manusia, jin dan malaikat adalah ibadat, maka boleh memanfaatkan pada hari cuti tidak kira hari apa untuk kerja-kerja ibadat sama ada khusus dan umum.

Bagaimanapun kerana satu dari dua hari cuti minggu itu jatuh pada hari Ahad, sudah tentu penganut agama Kristian berasa lebih selesa dan lebih bernasib baik dari penganut agama lain, kerana cuti hari hari Ahad itu adalah cuti hari ibadat mereka.

Bagi PAS cuti sehari lagi adalah untuk keluarga, menzarahi ibu bapa bagi anak yang sudah berumah sendiri, mengunjungi anak dan cucu bagi ibu dan bapa yang masih bekerja, mengadakan hubugan dengan keluar dan sahabat handai jauh dan dekat, supaya manusia memenuhi hidup ini dengan penuh semangat kasih saying dan berkeluarga.

BN pula mahukan cuti yang banyak itu untuk memajukan pelancongan. Apapun cara penggunaan cuti lebih memberi peluang yang lebih kepada setiap keluarga untuk bersama keluarga dan bertenang setelah lima hari bekerja tekun dan didikasi.

Kalau masa kerja tidak berbeza, maka apa masalahnya yang produtiviti boleh terjejas? Yang penting ialah kerja enam hari boleh dibuat dalam lima hari adalah satu penjimatan masa dan banyak lagi lain yang lebih besar.

Penjimatan tenaga, penjimatan belanja bagi kerajaan kerana kebanyakan bangunan kerajaan ditutub dua hari seminggu. Penjimatan tambang bagi pekerja. Penimatan kerana dapat makan desngan keluarga dua hari seminggu.

Walaupun ada jabatan seperti polis, tentera, radio,TV dan lain-lain tidak tutup pejabat, tetapi ia adalah pengecualian.

Pada keseluruhannya langkah kerajaan pusat menyetujui cuti dua hari seminggu desngan ssendirinya membuktikan bukan UMNO saja tahu memerintah, PAS juga tahu memerintah. Cuma PAS belum mendapat kuasa yang lebih besar saja.

SeTAPAK
31/05/05

KEMPEN ‘KATAKAN “TAK NAL” MEROKOK

HARI tanpa merokok sedunia pada 31 Mei, 2005 disambut di Malaysia dengan program Kempen ‘Katakan “Tak Nak” Merokok.

TAhun sudah kerajaan memperuntukan RM 30 juta untuk kempen mencegah merokok. Sekarang diperuntukan pula RM100,000 untuk tempoh lima tahun akan dating.

Rata-rata kempen itu adalah untuk meningkat kesedaran betapa tabiat merokok huduh dari segi akhlak dan memusnahkan jiwa dari segi kesihatan.

Dari kajian tahun 1996, peratus merokok di Malaysia cukup tinggi, 24.8 peratus atau 24.4 juta orang. Ia rendah dari Britian 38 peratus, Amerika 35 peratus dan Sweden 30 peratus. Peratus di Malaysia kerana perempuannya tidak merokok.

Di Iraq dalam tahun 1979 menjelang kenaikan Saddam Husein, dari 10 wanita yang terdapat di sebuah hotel di Baghdad sekitar 8 atau 10 merokok.

Setiap yang merokok tahu ia membahayanya nyawa dan tidak baik dari segi akhlak. Sekalipun meteka tahu bala menunggu mereka tetapi mereka semuanya gelak ketawa akan nasib celaka mereka.

Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan Lee Kah Choon mengaku kempen-kempen setakat ini tidak berkesan. Dalam interbiunya dengan sebuah, tidak nampak sejuah mana program agama memainkan peranan.

Dalam kempen mencegah dadah dan candu bunga popi di Afghanistan yang berjaya 100 peratus hanya di bawah kerajaan Taliban. Taliban memusnah semua akar umni pokok bunga popi. Sepatah kata Mullah Muhamad Umar Muhamad, ‘Bunga popi haram! Tidak berfaedah untuk manusia!’ seluruh rakyat memunahkan tanaman itu sekalipun ia adalah sumber razki bangsa itu berabat-abat dan ia adalah sumber pendapatan terbesar negara itu.

Kerajaan Zahir Shah sebelum ditakluki gagal mencegahnya, malah Presiden Hamid Karzai dalam kunjungannya menyebah Bush sebulan lalu mengaku tidak dapat menghapuskan pengeluaran dadah bunga popi sekalipun mendapat bantuan Amerika bagi memusnahkannya. Dia memerlukan sekarang-kurangnya lima tahun lagi untuk membasmikan bunga popi itu dengan sokongan penuh Amerika.

Pada hal ketika Taliban berkuasa, sepokok popipun tiada.

Amerika mengeluarkan peruntukan besar bagi memerangi untuk kebanyakan negara di dunia. Semua negara yang dapat bantuan, dadah bukan hapus tapi bertambah. Taliban tanpa bantuan satu senpun, dadah hapus.

Datang Amerika membawa Hamid Karzai, ia membawa semula tanaman popi.

Bagaimana Malaysia mahu membasmikan tembakau dan perokok? Setiap kali kerajaan bercadang untuk memusnahkan tanaman tembakau, maka sesiap kali juga ia diikuti dengan memorandum bantahan penanam dan peniaga tembakau. Kerajaan lalu kalah dengan masalah beribu penanam tembakau akan hilang mata pencarian.

Demi prihatin kerajaan Barisan Nasional terhadap penenam tembakauj, maka dibenarkan tembakau ditanam sambil mengingatkan mereka merokok membahayakan kesihatan. Penanam tembakaui mengakui menyedari bahaya itu tetapi apa mereka peduli asal mereka ada mata pencarian. Kerajaan tunduk kepada mereka sambil berpura-pura kempen mencegah merokok.

UMNO di zaman Tunku dan Tun Razak tidak menyatakan sikap anti merrokok kerana mereka ada angkatan yang besar bersama rokok. Di zaman Dr. Mahathir, hanya jamban saja bangunan kerajaan yang dibolehkan merokok. TEtapi di tempat lain mereka merokok semasa Dr. Mahathir tidak ada.

Selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri anti rokok, tetapi tidak menemui formula mencegah rokok berkesan dan gagal menemui tanaman yang boleh menggantikan tembakau sebagai mata pencarian.

Beliau terbang hingga ke kutub selatan mencari tanaman penggnti tempakau. Sselepas lebih setahun bersara, ganti tembakau tidak ditemui. Kerajaan berbenja ratus ribu juta mempen anti merrokok, orang merokok juga. Mereka meromok kerana rokok ada dan tembakau mereka tanam.

Pada hal bumi Malaysia adalah subur untuk malbari yang orang Melayu jadikan ulam dan China di Negeri China tanam untuk makan ulat sutera. Di mana lalang tumbuh di situ malbari boleh tumbuh. Di mana lalang tak boleh dihidup di Malaysia?

Sepuluh tahun dulu seorang peminat perusahaan sutera berkata, hanya teknologi China boleh menghasilkan sutera putih. Orang lain hanya mengeluarkan sutera kuning.

Makat teknologi tanaman di MARDI dan Universiti Putra Malaysia berkata, ‘Siapa kata kita tiada teknologi memutihkan sutera. Lebih putih dari sutera China pun kita boleh buat!’

Kepakaran kita ada. Teknologi pun ada. Tanah yang sesuai untuk malbari pun ada. Bagi lalang dan malbari di Malaysia, di mana ada bulan dan mata hari, mana ada terang dan gelap di situ ia tumbuh.

Malbari senang tumbuh di belakang dapur dan di bawah pokok rimbun.

Tanamlah, ia tumbuh sama ada dibaja atau tidak. Dibaja ia subur, tidak dibaja ia jadi macam lalang hidup segan mati pun tidak.

Mengapa tidak dimanfaatkan tumbuhan ini dan dikomersilkan? Jika industeri sutera diwujudkan, diadakan skim membeli daun malbari untuk makan ulat sutera dari orang-orang kampong saja seperti membeli getah keping dan getah sekrap di masa getah berharga dulu, pun cukup untuk menampung bekalan daun malbari untuk industeri itu.

Jika ia memberi pulangan yang sama dengan tembakau, maka sudah tentu penanam tembakau bersedia mengubah tanaman mereka. Dan kiranya kerajaan mengeluarkan lessen pembeli daun sutera di setiap pekan dengan harga yang terkawal, nescaya setiap tuan rumah yang berkawasan menam malbari malah bunga jambangan di sekeliling rumah digantikan dengan malbari.

Rumah-rumah di kampung dihiasai lalang dan beranika rumput yang menyemakkan. Ia jadi demikian kerana rumput dan tumbuhan itu tidak ada nilai ekonomi. Tiada orang mahu membiarkan tanah semak kalau mengerjakannya boleh dijadikan mata pencarian yang secukupnya.

TEtapi kalau skim tanaman malbari dibeli seperti pekedai getah membeli getah dari pekebun kecil, nescaya siswazah yang menganggur ada mata pencarian yang senang dan menjamin kehidupan.

Jika RM 100 juta yang dikeluarkan dalam program dunia tanpa rokok digunakan untuk memajukan skim industeri sutera, nescaya ssetiap orang kampong akan melibatkan diri memajukan tanaman malbari.

Bukan suatu mustahil kempen tidak merokok itu mampu menjadi Malaysia bersaing dengan China dalam satu bidang lagi selepas badminton iaitu pengeluar sutera.

Tanaman malbari boleh menjadi komoditi penting selepas sawit, kayu, rempah ratus dan lain-lain. Revolusi batik dan sonket di bawah Endon Mahmud akan masuk ke tahap baru iaitu revolusi batik dan songket sutera.

Bukan mustahil Malaysia boleh bersaing memasarkan sutera Malaysia di arena antarabangsa bersama sutera China, sutera Itali dan sutera Korea.

Ketika itu impian kita ialah lebih mudah mencari sekuntum bunga popi dari mencadang sepuntung rokok. Tiada lagi tampat habuok rokok di pasaran, ia hanya ada dalam muzium peribadi di rumah Datuk Dr. Hasan Ahmad, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka satu masa dulu.

SeTAPAK
31/05/05

APAKAH ADA TUAH HASAN SHUKRI YANG SELALU MALANG?

WALAUPUN kecamuk isu mencabar kedudukan Senator Hassan Shukri sebagai Timbalan Presiden PAS tidak sama dibandingkan dengan krisis pimpinan Dato Asri hujung 70an dan awal 80an, tetapi yang malang dan menjadi sasaran utama para penyokong pimpinan PAS ketika itu ialah Ustaz Hassan Shukri.

Ketika itu beliau Setiausaha Agung. Dia baik dengan semua, tetapi kerana dia tidak dimasukkan dalam golongan Dato Asri, maka sekalian yang tidak sekata dengan Dato Asri berkumpul di depan mejanya dan di rumahnya baik dari Terengganu, Kedah malah Kelantan.

Dia digugurkan dari jawatannya digantikan oleh Ustaz Nakhaie dan kemudian Dato Abu Bakar Omar. Dia terus menjadi pegawai di Pejabat Agung PAS. Tetapi orang-orang tadi berkumpul di mejanya juga.

Akhirnya pimpinan bertukar kepada Haji Yusof Rawa. Ustaz Hasan dijadikan Setiausaha Agung semula.

Dari segi populariti dan kemasyhuran dari semasa ke semasa dia di tempat ke belakang. Antara Haji Yusof Rawa, Dato Fadzil Noor, Ustaz Nik Abdul Aziz dan Ustaz Abdul Hadi Awang, dia jauh ke belakang. Antara Mustafa Ali, Muhamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayubpun, beliau ke belakang juga.

Tetapi dia naik setapak ke setapak. Seorang pemimpin mati, Hassan Shukri naik ke takut dalam hiraki pimpinan. Ada yang keluar parti dan bersara, dia naik setakuk juga hatta menjadi Timbalan Presiden.

Mungkin jawatan itu terlalu tinggi untuknya, dan ada yang merasakan ia patut dibagi kepada orang lain. Tetapi hujah dan perasaan saja tidak dapat menghalangnya kejawatan yang amat penting itu.

Kalau berlaku sesuatu kepada Presidsen parti, maka beliau pula menjadi pemangku dan mungkin menjadi Presiden pula. Agaknya inilah menjadikan beliau sasaran.

Tiba-tiba orang jumpa kelemahannya. Kohilal yang memuncak di bawah pimpinannya bersama Haji Ismail Abdullah, merudum di bawah pimpinannya. Tetapi setiap pimpinan yang terlibat dalam perniagaan pernah bermasalah belaka.

Ada yang 17 syarikat peniagaannya merudum kononnya kerana masuk PAS, Ada yang krisis itu dan krisis ini. Tawkey UMNO yang dibantu oleh kerajaan lebih kurang sama saja. Lebih Ustaz Hassan tiada hutang peribadi yang diketahui.

Satu lagi kelemahan atau kekuatannya ialah suka menegur dan menghujah setiap pemimpin baik yang tinggi mahupun yang rendah daripadanya. Dato Asri ditegurnya. Hassan Adli ditegurnya. Dato Muhamad Nasir ditegur. Wan Ismail bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan ditegurnya.

Haji Yusof Rawa, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan Dato Seri Abdul Hadi Awang pun ditegurnya. Setakat Dr. Lo Lo dan Mahfuz Omar itu apa lagilah. Ada yang melihat sikap itu satu dan ada pula satu kelemahan.

Justeru itu sekali lagi beliau menjadi sasaran. Zaman Dato Asri dulu tiada surat layang. Tetapi kini macam-macm ada. Tidak sampai macam kempen UMNO. Bezanya ialah UMNO bertukus lumus untuk menghapuskan kempen kotor itu, PAS baru nak belajar.

‘Semua sampai kepada kami,’ kata Dato Najib tumpang membakar percikan api dalam PAS itu.

Yang ketara ialah pencabar Senator Hassan itu tercari-cari orang yang hendak melawannya. Sampai sepuluh nama dikemukakan untuk mencabarnya. Ini membawa erti pencabarnya tidak ada satu calon yang jelas.

Bukan PAS kekurangan orang untuk menjadi pemimpin, tetapi tiada orang mahu dijadikan peluru. Biasanya PAS berkelahi kerana tidak mahu menjadi pemimpin, sedang orang lain berkelahi kerana hendak menjadi pemimpin.

Calon yang baik dari semua ialah Dato Dr. Haron Din bukan saja uzur tetapi dipercayai mengelak dari bunga politicking yang boleh melarikan dari akhlak politik Islam.

Biasanya Ustaz Hassan digunakan oleh parti dan oleh pemimpin-pemimpin dulu dan sekarang untuk menyelesaikan semua masalah baik untuk pentadbiran parti dan kewangan.

Sesiapa yang mengadu masalah kepada pemimpin PAS, semuanya diarahkan kepada Hassan Shukri. Kadang-kadang yang YM 50 pun diserahkan kepadanya juga. Hatta anak Patrice Lumumba, Perdana Menteri Konggo yang terbunuh dalam krisis 40 tahun datang minta bantuan tambang pulang.

Beliau tidak suka bercakap dengan akhbar termasuk akhbar parti. Publitinya tidak banyak, tetapi sebagai senator, sekurang-kurangnya dua rang yang dilulu kan oleh DEwan Rakyat ditolak oleh Dewan Negara. Satu mengenai penggunaan racun yang boleh membayakan serangga dan setiap makluk bernyawa. Nama-nama binatang disebut dalam rang. Perkataan manusia tidak disebut. Pada manusialah makluk bernyawa yang paling penting.

Kedua rang mengenai kawalan keselamatan lapangan terbang awam antarabangsa dari acaman pengganas. Lapangan terbang domistik tidak disebut, sedang pengganas tidak mengira lapangan terbang. Atas teguran itu menteri berkenaan menarik balik rang itu untuk dikemukakan semua ke dewan rakyat.

Jarang rang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat ditolak oleh Dewan Negara.

Bila berbangkit persoalan agama Islam di Dewan Negara, semua senator UMNO,MICA dan MIC berkerumun di kantin dan di lobi minta pandangan Ustaz Hassan. Baru-baru ini beliau mengedarkan terjemahan Quran dalam bahasa Inggeris kepada semua senator termasuk Yang Dipertua DEwan Negara Tan Sri Hamid Pakwan Teh.

‘Dakwah ke?’ Tanya Tan Sri Hamid. Jawabnya, ‘Begitulah!’

Dia selalu setuju dengan saya. Yang dia tidak setuju ialah bila saya nasihat supaya berundur kerana peribadinya habis dicerca.

‘Zaman Dato Asri dulu, ana kena lebih teruk,’ jawabnya.

Tuahnya belum nampak, tetapi beliaulah antara khadam PAS yang sentiasa dirundung malang. Dia sudah lama belajar jadi orang bawah. Menebas rumput, menyapu sampah di sekeliling Markaz Tarbiyah supaya tidak canggung bila tidak lagi menjadi pemimpin parti.

SeTAPAK
31/05/05

Friday, May 27, 2005

MURSYIDUL AM DAN TIMBALAN PULA JADI PERHATIAN

SIAPA gandingan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Presiden PAS akan diketahui dan selesai selepas muktamarnya ke 51 di Putih, Kata Bharu pada 5 Jun ini kiranya ada pertandingan.

Tetapi perhatian umum dan ia mungkin difikirkan oleh ahli-ahli parti ialah siapakah pula yang akan menerajui Majlis Shura Ulama sebagai pengerusinya yang berpangkat Mursyidul Am dan Timbalannya?

Mursidul Am kini disandang oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nikmat menakala timbalannya ialah Dato Dr. Haron Din.

Sekalipun urusan politik harian PAS dikendalikan oleh Presiden, tetapi jawatan yang paling berpegaruh adalah Mursyidul Am. Muryidul Am boleh memanggil Presiden bagi meminta sesuatu penjelasan dan boleh memanggil Majlis Syura bagi membatalkan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

Keuzuran Mursyidul Am yang pertama Almarhum Haji Yusof RAwa, sekali itu tenat, tetapi ia tidak dijadi persoalan besar kepada jamaah kerana disampingnya terdapat tiga tokoh ulama yang gagah iaitu Ustaz Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang.

Keuzuran Mursyidul Am menjelang muktamar ke 50 dulu membangkitkan soal penggantian atau gandingan.

Dalam muktamar ke 50 itu isu besar yang berbangkit ialah tuntutan memperkasakan kepimpinan ulama yang bererti mengaktifkan Majlis Syura Ulama. Bagi tujuan itu Mursyidul Am wajar diapit oleh seorang tokoh yang dilihat boleh menggantikan Mursyidul Am kira beliau berundur atau apa-apa keadaan yang menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugas.

Nama besar yang dinampak boleh membantu Ustaz Nik Aziz dan boleh menggantikannya ialah Dato Dr. Haron Din yang ketika itu adalah ahli Majlis Syura calon Timbalan Presiden yang menarik diri.

Semua jawatan tinggi dalam PAS itu layak disandang oleh Dr. Haron. Bukan saja kerana imejnya yang besar dalam masyarakat tetapi beliau adalah orang yang bertanggungjawab menyempurna naskah Dokumen Negara Islam yang dibentangkan oleh PAS dalam bulan Ramadhan sebelum pilihan raya umum dulu.

Rangka dokumen itu dibuat oleh para pemikir PAS dalam berbgai bidang dan yang menyempurnakannya sebagai sebuah dokuman rojokan ialah Dr. Harun Din sesuai dengan ilmu ijazah kedoktorannya adalah dalam bidang tersebut.

Tetapi dengan keadaan Dr. Haron pula sejak April 2005 menghadapi masalah sakit jantung semula, menyebabkan beliau dinasihat oleh pakar IJN supaya bercuti, malah dilarang terus berfikir tentang perkara berat, maka dengan sendirinya ia menjadikan Majlis Syura kemabali kepada keadaan sebelum beliau dipilih menjadi Timbalan Mursyidul Am.

Malah ia menjadikan kedudukannya sudah sama seperti Mursyidul Am juga. Penyakitnya kira-kira sama dengan keadaannya yang pertama enam tahun lalu. Beliau mesti menjalani rawatan segera.

Selepas rawatan yang pertama dulu, doktor yang merawatnya mengucap syabas untuk menikmati kesihatan selama lima tahun. ‘Sekarang sudah enam tahun,’ kata Dr. Haron.

‘Saya tidak perasan apa maksudnya dengan kata-kata itu dulu. Sesudah kena serang semula baru teringat, rupanya tempoh jaminannya lima tahun,’ ujarnya lagi.

Dari segi semangat keuzuran yang dihadapi oleh sesiapa juga tidak menghalang meneruskan perjungan atau apa-apa juga kerja ibadat. Malah keuzuran mendorong seseorang lebih bersemangat beribadat.

Tetapi politik adalah kerja berat. Sekalipun tiada sistem pencen dalam Islam dan ibadat, tetapi ibadat itu sendiri bergantung kepada keupayaan. Tidak boleh solat berdiri, solat duduk. Tidak boleh duduk, baring. Tetapi yang tidak boleh solat berdiri, tidak pula wajar menjadi imam. Tetapi tetap jua solat.

Mungkin politik tidak solat, tetapi politik dalam sebuah Negara yang tidak semua rakyat Islam dan Islam pula tidak pula berpolitik Islam, para pelanggan politik adalah bebas memilih dan mereka mahukan sesuatu yang menarik perhatian mereka.

Uzur dan tua tidak menghalang perkhidmatan dan berkhidmat. Tetapi imam mesti sihat dan boleh berdiri sendiri. Jika ditakdirkan kedua-dua tokoh utama Majlis Syura itu memerlukan ganti, maka sudah tentu kekosongan terpaksa diisi.

Bila ganti diperlukan tidak diketahui. Mungkin sebulan lagi, mungkin setahun atau liama tahun lagi. Tetapi dalam keadaan tidak ada apa-apa parti-parti politik terpaksa menyediakan calon gentian supaya peralihan pimpinan berjalan lancer.

Dalam keadaan yang ada ia mungkin boleh diatasi kekosongan itu dipenuhkan oleh Presiden sendiri. Almarhum Haji Yusof Rawa menjadi kedua-dua Mursyidul Am dan Presiden.

Jika ditakdirkan Mursyidul Am itu nanti disandang oleh Ustaz Hadi, tetapi akan diperhatikan pula siapa bakal menjadi Presiden selepas itu dan siapa pula jadi Mursyidul Am?

Lazimnya ganti itu akan berlaku sendiri. Seperti orang menanyakan siapakah yang bakal menggantikan Dato Asri Muda sebagai pemimpin PAS? Orang tercari-cara. Masing-masing tidak nampak. Tetapi apabila berlaku, serentak muncul empat orang sekali iaitu Haji Yusof Rawa, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi. Yang pergi satu, yang datang ramai.

Moga-moga biarlah begitu.

SeTAPAK
27/05/05

MENASABAH MELAYU JADI KETUA MENTERI PULAU PINANG

PADA dasarnya seluruh orang Melayu Pulau Pinang ingin sangat melihat perluang orang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Justeru itu dalam siri menyarat UMNO menjelang Perhimpunan Agungnya Julai nanti ada cawangan mencadangkan supaya jawatan Ketua Menteri digilirkan seperti Sabah suatu ketika dulu.

Barisan Nasional sudah tentu tidak mahu memikirkan isu seperti itu. Ia suatu yang boleh dibuat tetapi UMNO tidak terbuat perkara seperti itu. Apatah lagi kuasa tawar menawar UMNO sudah banyak berkurangan dibanding dari mula-mula merdeka itu.

Harapan orang Melayu untuk melihat orang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mustahil, tetapi tidak di bawab dalam bentuk yang ada ssekarang.

Tetapi apa alasan UMNO meminta tuntutan itu?

UMNO tidak mengemukakan alasan yang kuat. Malah ada alasan pun.

Setakat ini alasan politik tidak boleh digunakan dalam suasana perkauman masih mempengaruhi politik Negara. Walaupun perkauman cuba dikikis, tetapi UMNO dan Barisan Nasional masih belum mampu dan belum boleh diselesaikannya.

Semangat perkauman Cina yang tebal di kalangan MCA, Gerakan dan parti-parti Cina lain, baik dalam BN maupun diluar BN, payah berketuakan orang Melayu dalam kawasan mereka majoriti, tidak kira Melayu itu UMNO ataupun bukan.

Pulau Pinang sudah dikira wilayah pengaruh Cina. Sekalipun UMNO menjadi parti tulang bekalang BN, tetapi BN dan Cina Pulau Pinang tidak dapat menerima UMNO sebagai ketuanya. Mereka menerima Dr. Mahathir sebagai Ketua BN dulu dan kini Datuk Seri Abdullah, tetapi mereka adalah ketua pada keseluruhanya tetapi bukan ketua di Pulau Pinang.

Sepintar-pintar Mahathir biarlah di menjadi Perdana Menteri selama mana dia mahu, tetapi untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selepas menjadi Perdana Menteri tidak akan diterima.

Kalau orang yang dianggap dan diterima oleh Cina sebagai pemimpin yang lebih popular dari pemimpin Cina bagi orang Cina, tetap dia tidak akaan diterima oleh Cina untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, maka apalah pula bagi orang-orang Melayu yang lain?

Cuba amati! Adakah orang UMNO boleh memenangi pilihan raya di kawasan majority Cina? Berapa orang? Kalau ada mengapa ia terjadi. Bukankah ganjil. Tetapi ramai mana pula orang MCA menjadi wakil rakyat di kawasan Melayu? Di merata-rata.

Asalnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam 1957 dulu terlah diperuntukkan kepada orang Melayu. Calonnya jika CM Hashim atau Haji SM Zainal Abidin, ayah Zainal Alam. Tetapi UMNO Pulau Pinang tidak bersedia menerima Tun Leong Yu Koh sebagai GAbnor Pulau Pinang.

Cikgu Mohd Nor, ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika itu dikatakan memberi tahu Tunku Abdul Rahman Putra, hantarlah Leong Yu Koh menjadi Gabnor Melaka dan bakal Gabnor Melaka Raja Uda ditukarkan ke Pulau Pinang. Dengan itu orang Pulau Pinang sanggup menerima Ketua Menteri Cina.

Bijak atau tidak, betul atau tidak perhitungan politik UMNO membuat kompromi membahagikan Melaka dan Pulau Pinang antara UMNO dan MCA tidak dipastikan. Sejuah mana kuatnya tekanan Tan Cheng Lock dan Dr. Lim Chong Eu mempengaruhi Tunku dan Tun Razak tidak diketahui.

Tetapi dalam suasana MCA boleh menerima apa saja yang diberi, pemimpin UMNO itu bersetuju, kalau Gabnor Melaka Melayu, Ketua Menterinya Cina. Kalau Gabnornya Cina, Ketua Menterinya Melayu. Begitu juga Pulau Pinang. Tetapi UMNO mesti dapat satu Gabnor dan satu Ketua Menteri dan demikian juga MCA.

Persetujuan orang Melayu Pulau Pinang menolak Ketua Menteri Melayu asal dapat Gabnor Melayu sangat disenangi oleh Ghafar Baba. Walaupun yang menjadi Ketua Menteri Melaka selepas merdeka ialah Dato Othman Talib, tetapi ini memberi laluan kepadanya menjadi Ketua Menteri tahun 1959. Melaka akhirnya berjaya beroleh Gabnor Melayu setelah tempoh penggal Leong Yu Koh tamat.

Masalah pada UMO Pulau Pinang pada masa itu tidak berupaya malahirkan pimpinan berkaliber nasional. Hanya dalam tahun 80an barulah UMNO Pulau Pinang dapat melahirkan pemimpin Melayu berkalibar nasional iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdullah Badawi.

Bagaimanapun mereka sudah terlalu lewat untuk membantu Melayu Pulau Pinang kerana cengkaman politik perkauman Gerakan dan MCA bgitu kencang.

Politik demokrasi dan kompromi perkauman dalam BN tidak memungkinkan UMNO dan orang Melayu beroleh jawatan Ketua Menteri. Alasannya sangat goyang.

Siapa sedia mendengar kisah Pulau Pinang itu asalnya negeri orang Melayu jika ssejarah cuba dijadikan hujah. Dunia akan mentertawakan UMNO jika itu hujahnya sama seperti ketawanya PBB mendengar Saddam Hussein menyerang Kuweit kerana asalnya Kuweit adalah wilayah Iraq. Orang juga akan ketawa kalau Melaysia menuntut Singapura dari Lee Kuan Yew kerana Singaura itu mula dibuka oleh Sang Nila Utama, seorang raja Melayu.

Cuma kalau menggunakan teknikel undang-undang mungkin dapat dijadikan asas hujah bagi UMNO mengambil jawatan itu. Almarhum Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dari Perak pernah menolak percubaan DR Seenivasagam untuk membentuk kerajaan PPP dalam tahun 1969.

Walaupun perlembagaan Negeri Perak tidak menetapkan Menteri Besar misti orang Melayu, tetapi Almarhum menolak percubaan Seenivagam membentuk kerajaan negeri kerana perlembagaan Diraja Negeri Perak memaktubkan bahawa antara tanggungjawab Menteri Besar ialah menjadi penasihat Sultan dalam perkara Agama Islam.

Justeru itu seorang Menteri Besar mestilah beragama Islam. Bagaimana orang yang beragama Islam boleh menjadi penasihat agama Islam kepada Sultan?

Adakah UMNO Pulau Pinang dapat membuktikan Ketua Menteri mesti menjadi penasihat agama kepada Gabnor bagi mewakili Yang Dipertuan Agong. Di peringkat nasional penasihat agama Islam kepada Yang Dipertuan Agung ialah Perdana Menteri dan penasihat Yang Dipertuan Agong di negeri Pulau Pinang adakah orang Islam?

Oleh kerana agama persekutuan adalah agama Islam dan Yang Dipertuan Agong dilembagakan sebagai Ketua Agama Persekutuan, maka di peringkat manapun penasibat Agama islam Yang Dipertuan Agong mestilah ketua kerajaan masing-masing.

Adalah tidak kena bagi Ketua Negara, penasihat agama Islamnya dipegang oleh seorang yang rendah dari ketua kerajaannya.

Apakah Pulau Pinang dan Negara akan menghadapi krisis perlembagaan kalau UMNO menggunakan hujah ini bagi mendapatkan jawatan Ketua Menteri?

Cana lain ialah orang Melayu kena cari parti lain.

SeTAPAK
27/05/05

Thursday, May 26, 2005

KAJI SEMULA CADANGAN NIAGA SAMPAI JAUH MALAM

DEMI mearik pelancongan Arab dan masyarakat Teluk dating ke Malaysia mencecah 200,000 musim panas ini, maka gedung-gedung perniagaan beli belah, restoren dan kelab-kelab hiburan dianjurkan mulai bulan depan dibuka hingga pukul 2 malam.

Tempat-tempat yang terlibat ialah sepanjang Bintang Walk, Mid Vally, Megamall, Sunway Pyramid dan distinasi pelancong yang popular di ibu kota. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur diminta mengambil tindakan bagi program itu.

Pengumuman timbalan menteri Dato Zahid Hamidi itu diminta kaji semula oleh Prof. Hamdan Adnan, Penasihat Fomca yang juga Pesuruhjaya Suhakam.
Memperpanjang tempoh operasi dari pukul 12 malam kepada pukul 2 dini hari akan melibat berbagai masalah yang lain.

Dalam keadaan yang ada penlancong dari rantau itu tahun lalu sudah sampai sekitar 150 ribu, maka apakah mereka tidak puas hati dan mahu dilanjutkan lagi hingga ke pukul 2? Apakah akan berkurangan kedatangan mereka jika dikekalkan setakat pukul 12 malam seperti sekarang?

Adalah dipercayai keseronokan akan bertambah kiranya tempoh berseronok itu diperpanjang. Tetapi keseronokan akan tergencat kalau tahap keseronokan sampai ke tahap memuncak. Keseronokan menjadi cukup seronok apabila apabila ia dihentikan pada ketika belum sampai kemuncaknya.

Nabi SAW bersabda bermaksud, berhentilah makan sebelum kenyang.

Nikmat makan akan berterusan kiranya ia dihentikan sebelum kenyang. Selain ia menyihatkan, ia menyebabkan kelazatannya perpanjangan dan keinginan untuk menikmatinya lagi sentiasa subur.

Setelah kenyang dan terbelahak baru berhenti, maka ia akan menyenakkan dan melemahkan badan. Lazimnya masing-masing menjadi sawa kenyang dan tidak bergerak tidur kerana terlalu kekenyangan. Malah ia boleh menjemukan terus.

Mungkin masa niaga yang lebih panjang itu memberi masa yang selesa kepada pencong meronda-ronda melihat barangan jualan. TEtapi banyak mana lebihnya keuntungan perniagaan selepas pukul 12 Malam?

Memang ada orang-oirang yang suka merayau hingga ke tengah malam. Tetapi majoriti manusia yang Allah jadikan malam untuk mereka tidur, mula melangkah ke tempat tidur ketika itu dan setengahnya memangpun sedang menikmati keindahan dan hikmat tidur.

Seperti kata Prof. Hamdan, yang tentu perbelanjaan awam bertambah kerana temph dua jam itu memerlukan semua lampu dan tenaga yang ssepatutnya sudah padam terpaksa beroperasi lagi.

Pasukan keselamatan terpaksa ditambah dan waktu bekerja mereka bertambah. Ia melibatkan elaun tambahan.

Ia juga memberi masa dua jam lagi kepada perosak mesyarakat bergiat dan tidak mustahil menambahkan statistik jenayah.

Tambahan tempoh dua jam menyebabkan majikan akan mengeluarkan perbelanjaan elauan yang bertambah. Ia memungkin peniaga mengkaji sama hargfa jualan bagi menampung keuntungannya yang tempoh dua jam tambahan itu belum tentu menjamin keuntungan yang lebib benyak, kerana ia belum pasti menjadi tempoh terlaris.

Setiap pusat tumpuan pelancaong tentunya tidak bergantung kepada pelancong semata-mata. Mereka juga menjadikan masyarakat tempatan sebagai pelanggan tunggak. Pelancong adalah bermusim dan pelanggan tempatan pelangan harian.

Pelanggan harian tidak menunggu sampai pukul dua malam untuk membeli belah. Mereka mempunyai masa yang cukup untuk ke pasar.

Maka dengan menghadkan tempoh kepada pukul 12 adalah munasabah, dan seluruh tenaga perlu direhatkan untuk memulakan kerja awal pagi esok.

Adalah benar pelancongan memberikan pulangan ekonomi yang menggalakkan kepada Negara. Ia berupaya menampung sebahagian dari keperluan belanjawan negara.

Tetapi pelancongan bukanlah segala-galanya. Negara yang menggalakkan pelancongan, wajar menjadi pelancongan itu sebagai potensi tambahan. Negara mesti mengutamakan dan keperluan rakyat.

Jika pelancong hanya datang kerana lengkap bekalan air, api dan sebagainya. Adalah wajar bekalan air dan api dilengkapkan. Tetapi jangan kerana mahu menglengkapkan kemudahan untuk pelancong, maka diabaikan hak yang patut dimiliki oleh rakyat.

Rakyat yang menjadi tuan negara mesti menjadi pihak yang lebih menimkati segala kemudahan dan keperluan hidup. Sesudah itulah barulah dipenuhi keperluan pelancong.

Tidak adil kepada rakyat kerana pembinaan infrastruktur di kampong dan didesa kurang memberikan pulangan berbanding dengan kawasan distinasi pelancongan, maka permbangunan di kawasan mereka diabai dan dilambat. Jika ini berlaku, maka tuan negara ini mendapat layanan yang kurang penting. Pelancong akan menjadi orang yang lebih diistimewakan.

Jangan sampai terjadi air untuk rakyat dicatu, kerana ia digunakan oleh tetamu yang bernama pelancong. Pelancong dapat mandi dan tidak dahaga, rakyat dahaga dan tak mandi.

Ketika rakyat berpendapatan kecil dapat menikmati makanan murah dan pakaian baik mampu beli, tetapi dengan membawa pelancong mereka tidak lagi menimati makanan semurah dulu dan pakaian pula terpaksa dibeli mengikut harga pelancong.

Tidak salah mengaut untung besar dari pelancong, tetapi jangan kerana membolot untung besar dari pelancong, menyebabkan rakyat yang tidak mewah terpaksa membayar keperluan hidup yang lebih tinggi semasa-mata kerana Negara mahu melayan pelancong.

Atas kesedaran itu kepentingan pelancong adalah penting tetapi ia mesti diletakkan selepas kepentingan rakyat terutama yang kurang pendapatan.

Jangan kerana kedatangan 200,000 orang timur tengah menyebabkan rakyat tempatan berhadapan dengan pertambahan kepincangan masyarakat.

SeTAPAK
26/05/05

Tuesday, May 17, 2005

BILA QURAN DICEMAR, YANG BANGUN AFGHAN

SEOLAH-oleh yang Islam, dan yang ada Islam di Afghanistan saja. Islam yang lain, termasuk yang dibangsakan dengan penegak Islam Hadhari tenggelam di bawah kebangkitan umat Islam Afghanistan.

Apabila tersiar saja dalam Newsweek, majalah mingguan global terbitan Amerika, naskhah alQuran dirobek-robak oleh bedebah tentera Amerika, dimasikkan ke mangkuk tandas di penjara Guantinamo, Kuba yang memuatkan lebih separuh umat Islam yang soleh, umat Islam seluruhnya terpukau.

Yang bangun, mula-mula sekali ialah umat Islam Afghanistan. Yang keluar menyatakan bantahan ialah pelajar-pelajar universiti Afghanistan. Dalam bahasa bangsa itu pelajar-pelajar adalah taliban. Taliban-taliban inilah yang lebih sepuluh tahun lalu mencetuskan Taliban hingga dapat membentuk sebuah Negara dan kerajaan Islam di Afghanistan.

Sesudah mereka bangkit, maka barulah bangkit umat-umat Islam lain, di Pakistan, di Negara-negara Arab. Bangsa Afghanistan bangkit dengan jiwa dan raga. Beberapa orang terbunuh dan ramai yang cedera kerana bertempurkan petugas keamanan.

Umat Islam yang lain memprotes dengan nota-nota bantahan, kumat kami di bibir dan marah dalam hati. Kata Nabi SAW kira-kira, memprotes dalam hati adalah selemah-lemah iman.

Di bawah cetusan bantahan dipelopori warisan Mujahiddin dan Taliban itu umat Islam seluruhnya serentak membantah dan mengutuk rejim Amerika pimpinan Pantagon, tentera Amerika dan penjara terkutuk Gantanamo.

Perempuan Amerika bermuka hitam, tampil ke depan mewakili kerajaan dan bangsa Amerika berkulit putih, dengan muka berkerut 14, menyesali kejadian menghina al-Quran sekaligus menghina Allah dan Islam, mohon beribu-ribu ampun kepada umat Islam, berjanji untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pantagon. Rumah Putih, Jabatan Negara Amerika serentak mengutuk Newsweek membesar-besarkan berita itu, seolah-olah tidak mempercayainya, merasa bersalah gara-garanya mengorbankan jiwa dan menumpahkan darah. Darah yang tumpah itu di Afghanistan juga.

Amerika tidak rasa apa-apa darah umat Islam tumpah oleh ledakan bom dan pelurunya dan peluru buatannya oleh tentera Amerika di Afghanistan, di Iraq dan di Palastin yang beribu-ribu itu, tetapi rasa keciwa sangat dengan kematian dan cedera yang sedikit atas pengaruh laporan Newsweek itu.

Berasaskan siaran Newsweek itu?

Pengarang Newsweek minta maaf atas siaran itu terutama kepada waris orang-orang yang gugur dan cedera. Cuba menapikan kesahihan maklumat itu sebagai tidak berasas. Tetapi menekankan betapa ia dibocorkan oleh pegawai ketenteraan yang sangat dipercayai. Sebelum disiarkan tidak dinafikan oleh seorang pegwai tentera dan tidak disahkan oleh pegawai yang lain. Atas asas ini siaran itu diluluskan.

Seluruh sistem pentadbiran Amerika yang berjuru cakapkan perempuan bermuka hitam bernama Rise, tidak percaya kesahihan pernuatan itu dan berita itu. Tetapi sangat sukar pula seluruh umat Islam untuk mempercayai penafian pengarang Newsweek itu.

Para pengarang barat sangat sukar berlepas tangan atas tanggungjawab mereka. Mereka mempertahankan wibawa dan nama baik profesionalnya. Dalam keadaan tertentu saja pengarang media membuat penapian.

Tidak mustahil penapian Newsweek itu didorong oleh tekanan yang kuat dari kuasa atasan Amerika kerana siaran itu menjatuhkan moral dan wibawa tentera dan bangsa Amerika, justerunya tentera Amerika terancam dalam dan luar negeri, dan justerunya juga meluapkan rasa anti Amerika dari dalam bumi hingga ke langit.

Kajian yang menghina Quran itu perlukan pengesahan tetapi ia bukan benda mustahil kerana reputasi penjara yang membenci Islam itu diserahkan kepada pihak yang paling benci Islam. Moral mereka sangat rendah dan mereka boleh buat apa saja.

Kalau Bush sendiri dilihat oleh Amerika sebagai bangsa yang tidak berakhlak adalah seorang Presidennya yang tidakan bermaruah, maka penjaga penjara kejam yang terlalu anti Islam adalah lebih tidak bermoral.

Keadaannya mungkin dapat dikhiaskan dengan para malaikat adalah bengis kepada makhluk yang derhaka, tetapi malaikat yang menjaga neraka adalah yang paling bengis di kalanggan para malaikat.

Reputasi penjara Guatinamo itu sendiri adalah terkenal kejam. Kerajaan Bangsa Amerika itu sendiri adalah kejam terhadap Islam pada umumnya. Dan apabila penjara yang kejam itu dibuatkan pula dengan orang yang mereka paling benci, maka sudah tentu kekejaman itu adalah paling kejam.

Penjara itu adalah satu fitnah. Amerika mewujudkannyha dan membenarkannya beroperasi. Sama ada benar atau tidak Quran dicampakkan ke mangkok tandas, tetapi dengan membiarkan penjara berfitnah itu wujud, maka yang tidak berlakujkan dipercayai berlaku.

Amerika mesti menerima beban mewujudkan puaka fitnah itu. Ia boleh menunjukkan ranggi menakluki Palastin yang dibagi kepada Israel, membunuh dan menceroboh bangsda Afghanistan dan Iraq.

Sekalipun cerita Iraq memiliki senjata pemusnah raksaksa adalah palsu, tetapi Amerika tidak boleh dihukum atas tindakannya yang beasaskan tuduhan palsu.

Sekalipun dunia mengutuk Amerika atas pencerohohannya di Afghanistan, Iraq dan Palastin melalui proksi Yahudinya, tetapi ia tidak perenah rasa bersalah dan kesannya belum menyusahkannya. Mungkin Allah mahu menguji Negara-negara umat Islam justeru pelanggaran masing-masing terhadap perentah Allah. Kebetulan Bush yang bedebah itu digunakan untuk tujuan menguji umat-umat Islam itu.

Tetapi al-Quran adalah kalimah dan mukjizat Allah. Apabila kebesaran Allah dihina dan dicabar, maka tunggulah balasan Allah. Balasan awalnya ialah seluruh system di Amerika kini rasa bersalah atas siaran Newsweek itu. Umat Islam tidak lalu untuk bertindak menghukum Amerika dan sekutunya menceroboh Negara-negara Islam dan membunuh umat Islam.

Tetapi al-Quran adalah kedaulatan dan kebesaran Allah. Allah berkuasa menyalahkah pentadbiran itu.

Berita dari Newsweek belum tentu betul walaupun tidak mustahil. Kalau Amerika boleh bertindak terhadap berita palsu atas adanya senjata pemusnah raksasksa di Iraq, maka mengapa umat Islam tidak boleh marah kepada kerajaan dan tentera Amerika mempercayai berita menghina Quran yang belum sahih.

Bush dan bangsa Amerika bangga atas tindakannya atas kepalsuan ssenjata diIraq, tetapi Bush dan regimnya tidak lagi dapat gembira atas maklumat yang sukar dinapikan kesahihannya mencemari al-Quran.

Quran itu ada tuannya dan tahulah tuannya untuk melihara kemuliaannya sama seperti Kaabah ada tuannya, maka tuannya tahu bagaimana untuk menyelamatkannya dari ancaman Abrahah. Allah menghantar tentera gagak menyhelamatkan Kaabah, dan Allah berkuasa memanfaatkan pemuda Afghanistan bagi memulakan kemusahan tentera yang menghina al-Quran.

SeTAPAK
17/05/05

Saturday, May 14, 2005

INGKAR PLKN TIDAK WAJAR DIDAKWA

REMAJA miskin dari Perlis, Ahmad Harizal bin Ahmad Fauzie, 16 tahun tiba-tiba menjadi terkenal dan mendapat pembilaan seluruh masyarakat setelah dijatuhkan hukuman dan memilih penjara 14 hari.

Kesalahannya ialah ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Mahkamah meringankan hukumannya kerana dia dari keluarga miskin, terpaksa berhenti sekolah setakat tingkan dua, menyara ibu dan dua adiknya yang bersekolah.

Kesalahan ini, di bawah Seksyen 18 (1) Akta Khidmat Negara boleh dihukum RM3,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali. Ahmad Harizal dalam siasatan menyebut dia tidak berminat menyertai program itu.

Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim menggeluarkan wangya sendiri untuk membayar denda Harizal. Peguam Negara, menteri dan orang ramai memberi komen yang sedikit sebanyak membela Harizal baik mengenai kesnya mahupun peribadinya.

Yang ingkar bukan Ahmad Harizal saja. Beribu lagi. Yang menunggu didakwa pun cukup untuk menebalkan fail mahkamah. Dan jika semua memilih untuk dipenjarakan, mungkin memerlukan ruang penjara tambahan.

Apakah keengganan remaja yang terpilih wajar didakwa?

Bukan semua remaja berusia 18 tahun terpilih dalam program itu. Bilangan yang tidak terpilih adalah lebih besar. Dari sekitar 486,000 remaja yang layak, hanya 86 ribu saya yang terpilih. Adalahg baki sejumlah 400,000 lagi.

Justeru itu ia tidak benar-benar wajib. Ada yang terpilih mengira mereka bertuah dan ada pula yang terpilih mengira ia satu nasib yang tidak bertuah untuknya.

Jika perkhidmatan Negara itu wajib untuk semua seperti di Amerika. Turki dan lain-lain, tiada yang dikecualikan selagi mereka sempurna, maka tiada pilihan bagi mengingkarinya. Juara tinju dunia Muhammad Ali hilang gelaran juaranya dan dipenjarakan kerana enggan menyertai perang Vietnam.

Sekarang ramai remaja Amerika menyeberang ke Kanada kerana mengelak dari berperang di Iraq.

Bill Clinton lari ke Eropah bila tiba giliran menjali khidmat wajib. Dia terlepas dari hukum malah menjadi Presiden Amerika. Malah Presiden Bush juga ada rekod cuba mengelak.

PLKN belum lagi sampai ke tahap perkhidmatan wajib seperti Singapura dan lain-lain Negara yang apabila genap usia, maka mereka mesti menjalani khidmat tentera. Nasiblah kalau terpaksa berperang.

PLKN adalah satu program yang setakat ini belum dipastikan akan dilanjutkan. Kontrek yang pertama diberi untuk lima tahun. Kontrek bagi tahun kedua tamat tempoh sama dengan yang pertama.

Ia memberi erti bahawa program ini mungkin untuk lima tahun saja. Belum dipastikan ia disambung selepas lima tahun pertama ini tamat.

Pada masa kerajaan mengira sabsidi disel adalah beban, bukan lagi tanggugnjawab, maka kerajaan sudah bersungut, tidak terdaya menampungnya. Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak.

Perbelanjaan PLKN adalah besar. Belanja uniform, belanja peralatan di setiap khemah, tambang, peruntukan makan satu kepala dan lain-lain.

Bagaimanapun yang merasa rugi apabila peserta ingkar menyertainya ialah kontrektor. Kalau ada seratus orang tidak mendaftar di khemah Raub misalnya, maka kontrektor tidak dapat bayaran penuh atas bekalan makanan. Kontrektor itu hilang 100 pelanggan.

Katakanlah atas makanan kontrektor dapat untung RM10 sehari, bererti dia hilang RM 1,000 sehari. Bagi satu program tiga bulan dia akan rugi RM 90,000.

Kalau yang ingkar dibiarkan, maka yang kini sekitar 5,000 orang, maka bilangan itu akan meningkat. Yang rugi ialah kontrektor.

Dalam satu sessi yang engkar sseramai lima ribu, atas kadar hilang sepuluh ringgit satu kepala sehari, seluruh kontrektor akan kerusi RM 50,000. Untuk masa tiga bulan itu mereka akan rugi RM 4,500,000.

Dalam zaman semua orang dapat komisyen dari setiap kegiatan ekonomi, maka adalah ajaib jika orang-orang yang menjayakan PLKN tidak mengambil komisyen. Kalau dari bekalan makan jumaah haji di tepi Kaabah orang ambil komisyen, masakan yang jauh dari Mekah dan tidak termasuk dalam rukun Islam, tidak pula komisyen.

Kalau komisyen makan itu seringgit satu kepala untuk satu hari, maka banyak mana komisyen untuk 86,000 orang dalam masa tiga bulan. Tidakkah jumlahnya RM7,740,000.

Semua angka yang disebut ini bukanlah satu tuduhan untuk sesiapa, tetapi ia adalah congak logik kehidupan hari ini. BPR tentulah lebih arif.

Yang suka remaja ingkar ini didenda adalah dorongan pengaruh angka-angka ini.

Ahmad Harizal tidak banyak bercakap. Dia mengangguk atas banyak soalan dalam sidang medianya. Setelah menjalani penjara sehari, dia dikatakan rasa menyesal tidak menyertai program itu. Jika dia terpilih lagi, dia tidak akan ingkar lagi.

Tetapi dalam penyiasatan sebelum didakwa, keterangan yang dijadikan hujah dakwaan ialah dia tidak berminat menyertai program itu.

Dan yang lain-lain yang ingkar itu juga dipercayai dipengaruhi oleh sebab-sebab yang sama; tidak berminat; tidak mahu bergaul laki-laki perempuan; tidak dipastikan disiplin ibadatnya dan lain-lain.

Program ini dipercayai penting untuk remaja jika ia dipenuhi dengan program pembinaan insan. Tetapi adakah perancang dan pencetus program itu rata-rata pernah menjalani program pembinaan insan? Rata-rata mereka dengan kalimah pembinaan insan setelah mereka diperkenalkan Islam Hadhari.

Tetapi kelibat pembinaan insan itu belum diketahui oleh para kondaktornya.

PLKN mesti meyakinkan remaja yang mengikuti program ini akan menjadi remaja beruntung, boleh menjadi orang yang berdisiplin, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdikari dan lain-lain. Biar ia dirasakan rugi kiranya mereka tidak menyertainya.

Dan jika ia mahu diwajib dan yang ingkar akan dipenjara atau didenda, hendaklah dipastikan dulu setiap remaja yang meningkat usia kelayakan menyertainya selagi layak mental dan fisikal. Dipastikan ia bukan satu program ad hoc.

Ada kelebihan bagi bekas peserta dalam mencari kerja atau didahulukan untuk menjadi polis dan askhar. Mereka diutamakan dalam pemilihan masuk ke unviersiti. Dengan insentif-insentif tertentu, baru PLKN menjadi rebutan, dan bukan mustahil ibu bapa sanggup berbelanja jika ada jaminan masa depan untuk anak-anak.

Sebelum mereka yang ingkar didakwa dan dipenjarakan, ia wajar didebatkan dulu dalam masyarakat. Isu menghukum yang ingkar itu mesti dibincang khusus dalam parlimen.

Dengan segala komen dan reaksi, isu memenjarakan yang ingkar itu nampaknya tidak popular. Kerelaan Shahidan Kassim membayar denda Harizal boleh dilihat sebagai satu protes yang tidak disebut protes.

Mahkamah mungkin tiada pilihan apabila ada dakwaan. Tetapi jika kes ingkar seperti ini diletakkan sama dengan banduan-banduan lain, ia boleh menyebabkan orang tidak membezakan jenayah dengan kelemahan dan karenah masyarakat.

Sekalipun undang-undang adalah undang-undang, tetapi pernah dalam Islam seorang yang lapar mencuri makan barang milik jirannya, tidak dikenakan hukuman, malah khalifah mengancam untuk menghukum jiran yang membuat aduan justeru dia tidak mengambil berat hal jirannya yang kelaparan.

SeTAPAK
14/05/05

Friday, May 13, 2005

YANG TETAP UNTUNG IALAH PETRONAS

KARENAH globalisasi yang didalangi oleh konspirasi Yahudi Israel dan Amerika menyebabkan minyak diniagakan di New York dan London menjejaki USD 51 setong.

Seluruh dunia terpaksa menaikkan jual beli minyaknya.

Malaysia sebagai Negara pengeluar minyak yang tidak menganggota OPEC mendapat durian runtuh kerana dapat menjual minyaknya dengan harga mahal tanpa. Ia tidak terlibat dalam pergelotan apakah pegeluaran minyak dunia misti ditingkatkan dan apakah harga minyak mesti dinaikkan.

Naik saja minyak dunia, minyak Malaysia ikut naik. Dan yang lebih menguntungan ialah ia menjual semua minyaknya dengan harga yang mahal kerana nilainya tinggi dan membeli minyak dunia yang rendah sedikit nilainya sudah tentu tidak semahal minyak Malaysia.

Minyak naik Patronas untung dan ia juga untung tidak menggunakan minyak sendiri kerana ia boleh dijual dengan harga yang lebih baik di pasaran dunia dan membeli minyak pada harga biasa untuk kegunaan di Malaysia.

Anggaran rambang para analisis minyak yang lazimnya tepat, Patronas dipercayai mendapat perolehan kira-kira RM120 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2005 ini. Ia meningkat berbanding dengan tahun kewangan sebelumnya kurang dari 100 bilion.

Jika sebelumnya Malaysia terpaksa mengeluarkan sabsidi disel, maka banyak pula wang Negara dapat disselamatkan apabila dengan minyak dunia yang naik tadi ia tidak lagi memberi sabsidi disel kepada majority pengguna. Kerajaan menghentikan atau meminimakan sabsidi dan menaikkan jualan runcit minyak dalam negeri 10 sen seliter bagi petrol dan 20 seliter bagi disel.

Yang menanggung beban atas karenah minyak dunia ialah rakyat termasuk rakyat yang negaranya berminyak seperti di Malaysia.

Janji kerajaan ketika menaikkan minyak sebagai jalan keluar kepada isu penyelewangan oleh penyangak minyak ialah tidak kenaikan apa-apa berikutan dengan kenaikan jualan runcit itu.

Akhbar memetik amaran Perdana Menteri kira-kira: Jangan cepat naikkan barang!

Ia boleh diertikan sebagai jangan naikkan cepat. Ia seolah-olah boleh dinaikkan kemudian tetapi jangan cepat.

Tetapi secara umumnya sudah ada yang menaikkan. Contohnya perkhidmatan lori di setengah tempat sudah naik. Ada jenis ikan sudahpun dinaikkan. Dan bagaimana hendak membendung kenaikan barang berikut dengan kenaikan minyak sedang parlimen manikkan gaji menteri dan elaun wakil rakyat sejurus sebelum minyak naik.

Adakah kerajaan memang sudah merancang hendak menaikkan minyak ketika membentangkan rang menaikkan elaun wakil rakyat dan menteri?

Dengan menaikkan elaun wakil rakyat dulu, maka mereka dengan mudah dapat menampung beban kenaikan minyak dan kenaikan yang lain berikutan kenaikan minyak itu?

Apabila minyak dinaikkan, maka wakil rakyat dan menteri tidak perlu bising untuk menaikkan elaun kerana ia sudah dinaikkan dulu?

Masalahnya, orang lain terpaksa menanggung beban itu. Bagi merengankan beban itu, orang bergaji terpaksa membuat tuntutan naik gaji dan orang berniaga terpaksa menuntut supaya menaikkan harga.

Jangan cepat naikkan harga, tetapi ia boleh dinaikkan kemudian. Cuma tidak cepat.

Kenaikan dibuat justeru hendak memansuhkan amalan pemberian sabsidi. Sabsidi adalah amalan Negara dan pemerintahan kebajikan. Ia mengurangkan beban rakyat. Ia adalah sebagai terima kasih dan kesyukuran kerajaan kepada rakyat yang memilih dan menyokong kerajaan.

Kerajaan Malaysia mengira sabsidi membeban. Ia tidak upaya memikul beban itu. Asalnya ia adalah tanggungjawab kerajaan. Tetapi kerana kerajaan tidak mempu menguruskan kewangan dengan baik, banyak kontrek yang siap pun tidak dapat dibayar segera, banyak duit digunakan untuk menampung sidang kemuncak yang berbagai-bagai, maka sabsidi menjadi beban.

Sabsidi minyak membuka peluang kepada penyangak minyak meraih keuntungan hingga lebih dua minggu stesyen minyak kekeringan bekalan. Ia boleh melumpuhkan Negara.

Bagi mengatasi penyelewangan itu, kerajaan menaikkan harga minyak. Kerajaan lepas dari bebannya tetapi pengguna menanggung beban. Pengguna terpaksa menerima keadaan kerana dengan sabsidi mereka putus langsung bekalan, tetapi tanpa sabsidi mereka dapat bekalan walaupun mahal.

Bekalan mahal adalah lebih baik dari tiada bekalan. Tanpa bekalan, Negara lumpuh, tanpa sabsidi rakyat yang susah saja lumpuh. Dari semua lumpuh, biarlah tidak semua lumpuh.

Tetapi tidak mungkinkah krisis bekalan disel itu satu sendiwara peringkat tinggi bagi membolehkan pemberian sabsidi tadi dihapuskan?

Kerajaan akan menghadapi tekanan besar jika sabsidi itu dihapuskan begitu saja. Tetapi dengan adanya krisis itu, dan krisis itu kerana adanya sabsidi, maka mengelakkan krisis berlanjutan, sabsidi terpaksa ditarik. RAkyat yang tidak berapa cerdik menerima logic itu.

Beban kerajaan dapat diselesaikan atau kerajaan melepaskan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Soalnya sekarang bagaimana pula kerajaan hendak mengekang kenaikan kos perkhidmatan dan harga barang? Penerbangan AirAsia yang menaja tambang murah dalam dan luar negeri pun mengintai peluang untuk menaikkan tambang, maka apa yang boleh menghalang semua benda baik harga?

Kerajaan yang ada tidak dapat memberikan jawapan. Rakyat pula tidak berkehendakkan kerajaan yang lain.

Tunku Abdul Rahman Putra mengaku beliau adalah Perdana Menteri yang paling senang kerana rakyat yang macam itu. Dr. Mahathir juga ada menyebut, dia juga Perdana Menteri paling senang dengan rakyat yang macam itu. Perdana Menteri yang ada pun senang macam itu juga.

Dalam suasana seperti itulah Patronas mengeluarkan berita gembira ia beroleh lebih RM120 bilion tahun kewangan berakhir Mac 2005. Dulu ia terpaksa bayar royalty kepada Terengganu. Sekarang negeri yang malang itu tiada lagi royalti. Dan perolehannya bertambah banyak pula.

Yang rugi orang lain, yang untukg hanya Patronas.

SeTAPAK
13/05/05

Monday, May 09, 2005

KUAN YEW BIMBANG MALAYSIA DIKUASAI GOLONGAN ISLAM

MENTERI Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak menyatakan kebimbangannya Malaysia akan dikuasai oleh golongan Islam tetapi dalam pertemuannya dengan Tun Dr. Mahathir, dia menyatakan kebimbangan itu.

Pada hal beliau menyaksikan keputusan pilihan raya umum Mac, 2003, bukan saja golongan Islam kalah teruk berbanding tahun 1999, malah pihak yang bekerjasama dengan golongan Islam juga merosot. Selepas pilihan raya golongan Islam tidak mendapat perhatian umum di bandingkan dengan tahun-tahun dan dekad-dekat sebelumnya.

Tetapi Lee Kuan Yew tetap menggeruni golongan Islam.

Golongan Islam lazimnya tidak dirojok kepada masyarakat yang sekadar beragama Islam. UMNO yang diasaskan oleh Dato Onn Jaafar dan dihidupkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra tidak pernah dikira sebagai goloingan Islam. Keadaannya sama dengan gerakan yang dipimpin oleh Sukarno. Gamal Abdul Nasser tidak pernah dikira oleh dunia sebagai gerakan atau golongan Islam.

Yang dikira golongan Islam ialah yang menyatakan hasratnya untuk kembali kepada cara kehidupan Islam dengan melaksanakan tuntutan syariah.

Jika Lee mimbang kepada dunia seperti itu, maka ia bukan suatu yang baru, tetapi ia adalah suatu yang fundamental sejak kelahiran junjungan Rasulullah SAW lagi.

Asalnya nabi akhir zaman itu ditunggu oleh Yahudi dan Nasrani, tetapi apabila kelahirannya dari kalangan Arab, maka Yahudi dan Nasrani yang mengakui nabi yang ditunggu sudahpun tiba dan dia adalah Muhammad, maka mereka menentang walaupun yang ditentang itu benda yang betul dan penentangan itu adalah tidak betul.

Nasrani dan Yahudi bersekongkol mengenepikan Islam melalui penjajahan barat. Ia mengirim David Marshal, seorang Yahudi dari Iraq ke Singapura adalah dalam rangka menghalang kebangkitan Islam di Asia TEnggara apabila penjajah terpaksa meninggalkan rantau itu.

Penghantaran pemegang paspot British dari tanah besar China dan India beramai-ramai mencari razki ke Tanah Melayu, gagasan Malayian Union oleh McMicheal dan syarat kemerdekaan Tanah Melayu tidak boleh dituntut oleh orang Islam saja adalah juga sebahagian dari kerja-kerja menghalang mengembalikan rantau ini kepada golongan Islam.

Malah ada yang percaya, projek pembentukan Malaysia dan memisahkan Singapura dari Malaysia juga termasuk dalam rangka melambatkan kedatangan semula Islam tadi kalaupun ia tidak dapat di halagan.

Cadangan supaya Amerika dalam menjadi Sherif mengawal keselamatan Selat Melaka sekarang tidak terlepas dari pelan penjajahan barat yang belum berakhir.

Sungutan Lee kepada Tun Dr. Mahathir boleh dilihat dalam beberapa perspektif. Pertama, kemenangan golongan Islam akan berlaku juga walaupun Lee dan Dr. Mahathir telah berjaya menghalang atau melambatkannya. Kalau ia tidak dapat dicegah, janganlah ia berlaku pada zaman mereka.

Kedua, pimpinan Dr. Mahathir sangat berjaya menghalang kemaraan golongan Islam. Walaupun penggal akhir Dr. Mahathir menunjukkan kejayaan besar golongan Islam hingga dapat menguasai dua negeri dan 27 kerusi Parlimen, tetapi ia adalah untuk sementara. Tetapi gaya pimpinannya, atau selama beliau berkuasa golongan Islam dapat dapat dibendung.

Ketiga, dengan ketiadaan Dr. Mahathir, golongan Islam mungkin akan menguasai politik Malaysia sama ada parti dan kerajaan yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir itu sendiri bertukar menjadi golongan Islam melalui program Islam Hadharinya atau golongan Islam yang mununggu itu berupaya mengalahkan Barisan Nasional.

Mungkin yang Lee cuba bagi tahu Dr. Mahathir telah membuat satu kesilapan melepaskan pimpinan Malaysia kerana ia mendedahkan negara ini kepada kemarasaan golongan Islam.

Mungkin pada pandangannya, golongan Islam yang sedia ada payah membuat kejutan, tetapi kerjasamanya dengan golongan lain yang juga mempuyai rekod Islam, iaitu Anwar Ibrahim sedang merangka dan menunggu ketika untuk membuat kejutan. Muafakat keduanya akan membangkit perubahan dan akhirnya golongan Islam Hadhari tidak mampu bertahan.

Lee tidak membangkitkannya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, mungkin dia tidak mempercayai pendiriannya dalam isu Islam atai dia todal yakin pemimpin Malaysia itu mempu menangani golongan Islam.

Setakat ini Lee masih membisu terhadap pendekatan program Islam Hadhari. Perdana Menteri hanya memberi tahu program itu disokongan oleh banyak pihak luar. Tetapi beliau tidak pernah menyatakan sikap Lee Kuan Yew.

Mungkin kebimbangannya yang disebutkan kepada Dr. Mahathir itu adalah reaksi awalnya kepada isu yang dipertikai juga oleh golongan Islam tadi.

Golngan Islam telah berhujah dengan nas-nas dalam menolak pendekatan Islam Hadhari dalam bentuk buku. Ia adalah bantahan yang serius. Ia bukan sekadar perleceh, tetapi ia dibuat secara bersungguh. Kerajaan mesti menjawabnyha secara akadamik juga dengan nas-nas yang kuat, bukan sekadar mengata ia usaha meleceh atau memang pembangkang tidak pernah setuju dengan kerajaan.

Hujah itu sesuai untuk orang awam. Tatapi orang seperti Lee Kuan Yew tentu melihat dari hujah dan apa nasihat cerdik pandai orentalis yang arif tentang Islam dari sudut dakyah bukan dari sudut wahyunya. Dia tentu membandingkan yang mana kuat antara Islam Hadhari dan Islam fundemantal; yang mana berisi dan mana lompang.

Lee rapat dengan Israel dan barat. Israel dan Amerika berjaya mewarnakan Islam adalah pengganas dan keganasan. Ia berjaya menyuap ke mulut orang Islam bahawa Islam itu pengganas. Kalau Islam termakan dakyah itu, mengapa Lee Kuan Yew mesti berkecuali?

Apa jua maksud Lee bercakap begitu dengan Dr. Mahtahir, ia adalah didoronmg oleh rasa anti dan cemburunya kepada Islam yang bertolak dari sikap asal Yahudi dan Nasrani terhadap Islam.

Dalam keadaan seperti itu Islam mesti dicurigainya. Asal Islam, Islam celuppun tetap dicurigai. Kalaulah Islam Hadhari tadi bukan satu mazhab baru dan ia tidak sama dengan Islam yang dibawa oleh golongan Islam, ia tetap ditolak.

Amat malang, sekadar Islam Hadhari pun tetap digelisahi oleh Lee Kuan Yew hingga dia terfikir ia juga keganasan sama dengan yang lain.

Sikap anti Islam pada pemimpin Singapura itu tidak luar biasa dan tidak memelikkan. Kerana kalau dia suka kepada Islam sudah tentu dia telah lama bersama Islam. Untuk mendengar Lee senang dengan golongan Islam, tunggulah kucing bertanduk dulu.

SeTAPAK
09/05/05

Sunday, May 08, 2005

IMAM MESTILAH LAKI2 ISLAM YANG MERDEKA

TIADA berbangkit dalam masyarakat isu memberi kepercayaan kepada imam muda tau mengekalkan imam tua. Amalan dari dulu di masjid dan surau di mana-manapun ada imam tua dan imam muda.

Imam bukan satu jawatan yang diminta, seperti memohon jawatan kosong di pejabat dan firma sebagai pegawai eksikutif, kerana, mandor dan sebagainya. Tetapi imam adalah jawatan yang dianugerah masyarakat kepada orang yang berkelayakan dari kalangan penduduk yang telah mereka perhatikan sejak beberapa ketika.

Apabila terdapat kampong dan mukim yang malang, tiada yang layak menjadi imam, maka masyarakat tradisional dulu mencari orang-orang yang layak dari luar bagi menjadi imam.

Apabila Turki moden di bawah sistem pemerintahan warisan Ataturk yang terkutuk mendapati pupus imam dan guru, maka diwujudkan sekolah imam hatib bagi melahirkan imam dan khatib. Anak-anak muda keluaran sekolah itu dapat memenuhi pasaran imam hingga sekarang.

Lalzimnya masyarakat akan memerhatikan bakal imam terdiri dari seorang yang sempurna anggota badan – tidak cacat - yang baik bacaannya. Kalau terdapat dua atau lebih yang baik bacaannya, siapa pula yang lebih ilmu dan lebih waraknya. Kalau itupun sama juga, siapa yang lebih tua.

Penghormatan kepada yang tua tetap ada. Tetapi apabila anggota masyarakat mendapati ada antara anggota khariahnya anak muda yang berpengetahuan agama yang tinggi, maka anak muda yang bergigi penuh itu ditolak ke depan untuk mengimamkan solat, orang tua yang tidak bergigi penuh dan berdiri pun sudah tidak kuat, secara sukarela memberi laluan kepada yang muda bergigi penuh itu.

Pada masa bilangan hafiz bertambah sekarang, masjid dan surau berlumba mendapatkan imam hafiz. Tidak pelik lagi ada remaja awal belasan tahun yang hafiz atau separuh hafiz menjadi imam solat tarawikh walaupun ada imam-imam senior.

Jika imam rasmi atau imam tetap diinstitusikan sebagai pegawai yang bergaji tetap, maka yang utama bukan lagi sekadar kelayakan ilmu – addin dan akadamik – tetapi kefahaman dan pegangannya yang jelas tentang Islam.

Imam yang bergaji bukanlah sama seperi orang makan gaji yang lain yang mesti patuh kepada majikan – betul atau tidak betul.

Imam adalah orang yang menjadi ikutan dalam serba serbi, tentulah yang membawa kepada kebaikan. Dengan segala kelayakannya tadi, imam adalah guru, pengulu, pemandu, pendakwah dan tauladan. Imam adalah pendakwah ulung di tempat masing-masing.

Ada peraturan dan garis panduan yang mesti diikut dan menjadi pegangan pegangannya. Ia itu tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil. Imam mesti diredai oleh makmum dan masyarakat. Seorang yang ada kelayakan tetapi tidak diperkenan oleh masyarakat yang takutkan Allah tidak boleh menjadi imam.

Imam mesti menjaga dan peka supaya jangan ada makmumnya mufarakah iaitu mengelak berimam kepadanya. Jika ini berlaku, dan yang mufarakah itu mempunyai hujah, pada ketika itu imam itu wajar berundur dan memberi laluan kepada yang lain.

Dengan demikian terhindar kejadian dua imam dalam masyarakat.

Kini imam mulai dijadikan satu jawatan bergaji dan ia imam adalah pegawai yang tertakluk kepada peraturan am. Kedudukannya samalah dengan lain-lain pegawai.

Dalam keadaan seperti ini tugas imam adalah untuk memimpin orang awam dan tertakluk kepada budi bicara jamaah atau jawatankuasa masjid/surau. Lazimnya imam bukan orang yang paling penting dalam jamaah masjid. Dia hanya orang penting dalam solat saja.

Yang paling penting dalam jamaah itu ialah pengerusinya. Imam tidak semestinya menjadi pengerusi. Urusan khariah ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa masjid/surau tidak ditentukan oleh imam. Justeru itu imam tidak lebih dari seorang yang makan gaji saja.

Tugas imam makan gaji yang tidak punya kuasa aksikutif menjalankan dakwah amar makruf, dan dakwah nahi munkar bergantung kepada keadaan. Bukan budi bicaranya menentukan pelaksanaan nahi munkar. Oleh kerana itu kerja imam di luar solat dalam masyarakat ialah berdoa, mengepalai tahlil di rumah anak khariah, solat jenazah dan talkin.

Dalam suasana masjid dan imam ditentukan oleh JKKK, kuasa menentukan khutbah yang sesuai dengan keperluan tempatan pun tidak ada pada imam. Imam sebagai Khatib hanya membacakan khutbah yang dipusatkan.

Cabaran bagi imam sekarang bagaimana mahu menjadi pendakwah utama bagi tempatnya dan penentu keputusankeputusan besar dalam masyarakat masing-masing.

Kalaupun tidak menjadi pengerusi masjid/surau tetapi kehadirannya menjadi orang yang didengar dan patuhi oleh pengerusi dan jawatankuasa masjid. Imam adalah orang yang mendengar pandangan semua orang termasuk pengerusi dan anggota jamaah masjid, tetapi semua pandangan itu sebagai panduannya untuk membuat keputasan dan menentukan urusan masjid dan khariah.

Kalau imam itu ibarat ketua iksikutif IKIM, ia tidak sekadar menguruskan kefahaman Islam orang ramai, tetapi yang utama ia mesti menguruskan kefahaman pengerusi dan lembaga pengurusan IKIM itu dulu.

Sesudah kefahaman mereka dapat diurus, dengan sendirinya kefahaman kerajaan tentang Islam juga terurus, maka barulah pentadbiran kefahaman Islam masyarakat diuruskan secara licin dan berkesan.

Kalau imam tidak dapat melakukan peranan ini, maka maslah yang akan dihadapi oleh ketua eksikutif yang sedemikian, ialah orang ramai terasa kefahaman Islamnya lebih terurus dari pihak yang hendak menguruskan kefahaman mereka.

Dilema yang dihadapi oleh ketua eksikutif masjid, IKIM, YADIM dan lain-lain ialah orang ramai terasa urusan kefahaman mereka lebih terurus, maka bagaimana semua institusi ini boleh menurunkan pengaruhnya ke akar umbi.

Imam muda dan imam tua mesti dilihat sebagai tenaga yang dapat didengar oleh lembaga pengurusan masjid yang terdiri dari kebanyakannya anggota JKKK. Kalau JKKK itu sendiri merasakan imam adalah kecil daripada kuasa dan pengaruhnya, maka bagaimana JKKK itu dapat menghormatinya dan bagaimana pula imam itu dapat diterima sebagai orang yang berkesan dalam masyarakatnya?

Oleh kerana yang berkelayakan untuk menjadi imam akan mengelak dari menjadi imam. Mereka akan lebih tertarik untuk menjadi guru J-KAF walaupun di situ juga makan gaji.

SeTAPAK
08/05/05

Friday, May 06, 2005

MINYAK SUDAH TIDAK JADI NIKMAT

4 MEI, 2005 akan dikenang seperti 13 Mei juga. Cuma tiada sesiapa yang mati dan terbunuh pada hari itu seperti 13 Mei 1969 dulu.

Kenaikan minyak yang melambung pada hari itu, tertinggi dalam siri kenaikan minyak di negara ini, 10 sen seliter bagi petrol dan 20 sen bagi disel, tidak lagi dapat dilihat sebagai nikmat kalaupun ia tidak mahu dipanggil bala. Tetapi perkembangan itu sudah boleh dipanggil bala.

Minyak mulanya adalah nikmat yang Allah pancutkan dari perut bumi dan dasar laut. Beruntunglah rakyat yang di negaranya dipancutkan minyak. Itulah yang dirasakan oleh Negara-negara yang tak berminyak.

Setiap kali minyak naik, gelabah hati rakyat, kerana kenaikannya menambah beban dan tanggungan setiap penduduk. Setiap kali ia naik, berkata kerajaan, minyak di negara ini, masih murah dari negara lain.

Kenaikan yang berdentum kali ini, juga cuba dilembutkan dengan negara Asean yang lain kecuali Brunei dan Indonesia, harga runcit minyak kita masih terendah. Hanya kita kalah dengan Brunei dan Indonesia saja. Kita tidak semurah kedua negara itu.

Dua negara jiran itu biasanya tidak diketahui sebagai negara contoh, tetapi Malaysia sentiasa didakwa sesbagai negara contoh, baik sesame negara NAM dan juga negara Islam. Tetapi Indonesia dan Brunei lebih murah.

Negara ASEAN yang lain itu tidak berminyak. Mereka belum diberi nikmat minyak. Tetapi Indonesia dan Brunei berminyak seperti kita. Mengapa mereka boleh lagi mengekalkan harga runcit yang lebih murah?

Rakyat di negara berminyak wajar menikmati harga minyak yang murah. Bila harga minyak di negara berminyak tidak murah, maka minyak tidak lagi menjadi nikmat baginya.

Kenaikan dulu atas tuntutan peniaga minyak. Kenaikan kali kerana kerajaan tidak tertanggung beban sabsidi yang meningkat. Tahun dulu beban itu RM4 bilion, maka tahun ini menjadi lebih RM8 bilion.

Sabsidi satu tanggungjawab negara. Tetapi ia telah dilihat ssebagai beban Negara. Beban adalah deraan. Beban dan deraan adalah bala. Bala itu ditanggung oleh kerajaan, tetapi kerana kerajaan itu kepunyaan rakyat, maka secara tidak disedar itu ia bala kepada rakyat. Apabila kerajaan mahu mengurangkan balanya, maka rakyat serahkan sebahagian dari bala itu kepada rakyat dengan menaikkan harga setinggi sekarang.

Yang memerenjatkan kenaikan itu berlaku ketika Negara dilanda kekurangan bekalan runcit disel di stenyen-stesyen pam minyak. Krisis itu diberi tahu kerana penyagkak disel mengambil kesempatan membeli sebanyak-banyak disel sabsidi untuk dijual kepada pihak yang tidak berhak mendapa sabsidi dengan harga yang menguntungkan dan juga untuk diseludup ke luar.

Kononnya krisis itu berlaku kerana ada harga sabsidi dan ada harga tanpa sabsidi. Tindakan mula diambil menangkap penyangak tadi. Ketika penyangak belum habis ditahan, maka minyak naik. Tidakkah ia termasuk dalam langkah mengatasi krisis?

Kalau kenaikan itu satu langkah tersembunyi untuk mengatasi krisis kekurangan disel sejak beberapa minggu ssebelumnya, maka apakah benar krisis itu punca besarnya dari penyangak? Kalau ia kerana penyangak mengapa pada masa ini juga minyak dinaikkan.

Tidakkah kenaikan itu menjadi satu dari cara mengatasi krisis ketiadan disel? Jika demikian, maka ketiadaan disel mendadak tadi adalah disebabkan oleh disel betul-betul tiada?

Bala kerajaan atas sabsidi sudah menjadi bala yang langsung kepada penduduk. Pengguna minyak akan menanggung bala itu. Pengguna yang berniaga tidak mahu menanggung bala itu. Ia tidak mahu rugi atau untung kecil akibat kenaikan minyak.

Ia akanmenaikkan semua harga yang diniaganya. Kenderaan akan menaikkan tambang. Pembekal akan menaikan semua barang yang dibekalkannya. Semua harga dan kos perkhidmatan akan dibetulkan pada harga yang sepatutnya.

Kata Gabnor Bank Negara, kenaikan harga sekarang bukan kerana inflasi. Bekalan ada, tetapi harganya tidak betul iaitu rendah. Yang betul mesti ditinggikan.

Maka akibat kenaikan minyak, atau kalau mengikut kata Tan Sri Ziti, minyak membetulkan harganya, maka semua harga barang dan perkhidmatan akan dibetulkan kepada yang lebih tinggi.

Tiada siapa boleh marah sesiapa, kerana harga yang ada adalah harga yang tidak betul. Bagi membetulkannya ia misti dinaikkan.

Yang menanggung pembetulan harga itu ialah orang ramai yang tidak berniaga dan yang tidak menjadi pembekal.

Orang awam yang pendapatannya tetap dan tiada cara bagi membanyakkan atau menambah pendapatan yang diterimanya, terpaksa membeli dengan harga yang lebih. Mereka juga terpaksa mengurangkan barang yang dilanggan disebabkan harga bertambah dan pendapatan mereka tidak bertambah.

Kalau dulu masing-masing berjimat, tetapi sekarang keperluan dan permintaan tidak dapat dijimatkan, maka peruntukan berjimat tadi tidak jadi berjimat. Segala wang yang ada yang tidak dibelanja dulu kerana berjimat, maka ia terpaksa digunakan natijah kenaikan yang berpunca dari kenaikan minyak.

Bas baru menaikan tambang. Teksi juga baru menaikan tambah. Kapalterbang juga baru dinaikan. Apakah kenaikan melambung minyak ini boleh menahan kenderaan itu bertahan pada tambang sekarang untuk beberapa tahun?

Satu keajaiban kira teksi, bas dan kapalterbang ‘bersabar’ pada tambang yang ada. Masing-masing akan dilihat bodoh kalau tidak menaikkan tambang.

Kanikan dulu tidak setinggi sekarang. Dulu beberapa sen saja, tetapi akibatnya beban baru rakyat menjadi bertambah berat dan bertambah besar. Natijah ketika itu dapat diterima sebagai beban.

Tetapi ssekarang kenaikan tadi terlalu besar, 10 sen seliter bagi petrol dan 20 ssen seliter bagi disel. Apa kenaikannya terlalu besar, maka natijahnya tidak lagi boleh dipanggil beban, tetapi ia layak dipanggil bala. Itulah bala.

Ketika minyai mula ditemui di negara ini, ia dikira satu nikmat. Ia memberi tambahan kepada pendapatan negara. Terengganu adalah negeri yang ketinggalan keana tiada hasil. Allah tadkirnya perairannya berminyak, maka nikmatnya segara dapat dilihat. Ia menjadi negeri berada dan digelar Kuwait.

Tahun 2000 royalti minyak dirampas. Ia bagaikan mereampas nikmatnya. Nikmat negeri itu dibawa ke pusat. Tidakkah ia satu bala bagi negeri itu?

Royaltinya tadi digunakan oleh pusat. Mungkin jumlahnya dapat menampung keperluan sabsidi minyak. Walaupun royalty Terengganu itu diambil ia tetap tidak meringankan bebas sabsidi minyak kerajaan. Jika ia bala, rakyat terpaksa menerika dua kali bala. Pertama bala royaltinya ditarik dan kedua bala dari kenaikan baru ini pada 4 Mei lalu.

Kerajaan tidak bertujuan untuk mendera rakyat, tetapi apakan daya sabsidi sudah tidak tertanggung lagi. Kanaikan elaun menteri dan wakil rakyat 30 peratus baru-baru ini seloah-olah persiapan kepada kenaikan minyak. Kanaikan elaun itu mungkin permulaan kenaikan gaji kepada orang yang bergaji. Apa kata orang yang tidak bergaji?

SeTAPAK
06/05/05

Wednesday, May 04, 2005

BAHASA MELAYU BERGELUT DI LUBUK SENDIRI

DITAKDIRKAN Cikgu Mohamad Nor Ahmad dihidupkan kembali sekarang, lebih awal dari waktu manusia yang mati akan dibangkitkan semula, apakah gerangan komennya tentang perkembangan penggunaan Bahasa Melayu yang dikatakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan itu?

Nescaya dia terduduk dan tak berkata-kata!

Dia akan melihat keadaan dasar bahasa yang berselerak dan dalam proses nasi nak jadi bubur. Jika sumbu semawar tidak dipadamkan, sah nasi menjadi bubur.

Malangnya, tiada lagi di kalangan rakyat kini seorang yang bernama Cikgu Mohd. Nor Ahmad, pejuang bahasa Melayu yang pernah menjadi pemimpin Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung sejurus seelum dan selepas merdeka.

Rakan kharib Ibrahim Yaakub semasa di Maktab Perguruan Tanjung Malim, adalah antara anggota Majlis Tertinggi UMNO yang bersama Tunku Abdul Rahman Putra memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Cikgu Mohd. Nor mengambil sikap keras memperjuangkan supaya bahasa Melayu dijadikan bahawa kebangsaan dan menjadi bahasa penghantar tunggal di sekolah-sekolah. Melalui sokongan rakannya dalam Majlis Tertnggi UMNO seperti Syed Nasir Ismail dan Syed Jaafar Albar, beliau mahu UMNO mengistiharkan bahasa Melayu bakal menjadi bahasa kebangsan dan bahasa penghantar tunggal di sekolah.

Syed Nasir dan Syed Albar gagal memujuk Tunku untuk menerima dasar itu. Keduanya meminta supaya Cikgu Mohd. Nor tidak mendesak sangat supaya Tunku menyetujuinya kerana Tunku mengugut untuk meletak jawatan jika dasar bahasa Cikgu Mohd. Nor itu hendak diteruskan juga.

Tiada patah ke belakang bagi Cikgu Mohd. Nor. Menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pulau Pinang Cikgu Mohd. Nor menemui Tunku bertanyakan benarkan Tunku akan meletakkan jawatan jika UMNO bertegas dengan perjuangan bahasa. Tunku menjawab, ‘Ya!’

Kata dua dari Cikgu Mohd. Nor, ‘Sebelum Tunku meletak jawatan, patik akan gunakan peruntukan undang-undang sebelum Perhimpunan Agung UMNO dimulakan untuk mengemukakan usul tergempar, menuntut supaya Tunku meletakkan jawatan dari pimpinan UMNO kerana tidak setuju’ dengan cadangan menjadikan bahasa sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah.

Tunkupun berlembut dan setuju untuk membincangkan dalam Majlis Tertinggi. Cikgu Mohd. Nor meneruskan lobinya dalam MT UMNO. Tun Razak lebih awal menyatakan sokongannya. Setelah berbahas panjang di kediaman Tunku di tapak Bangunan Wisma Putra sebelah DBP, apabila diundi hanya Dr. Ismail dikatakan mengangkat tangan menentang.

Kerana perjuangan bahasa dan memertabatkan guru-guru Melayu, Cikgu Mohd. Nor membawa guru-guru Melayu keluar UMNO beramai-ramai. Itulah Cikgu Mohd. Nor, orang yang meletakkan songkok Pendita ke kepala Za’ba dalam Kongres Bahasa ke 111 di Johor Bahru.

Malaysia yang merdeka melihat bahasa kebangsaan itu didaulatkan hingga ke mahkamah dan dalam pertuturan harian. Dalam kemuncak kedaulatan bahasa itu Presiden MIC Dato Seri Samu Vellu berbangga ‘mewajibkan’ Perhimpunan Agung MIC berbahasa dalam Bahasa Malaysia. Dia tidak melayan mana-mana perwakilan yang bercakap dan menyoalnya dalam bahasa Tamil.

Sekonyong-konyong hampir setengah abad merdeka, didapati rakyat khususnya orang Melayu tidak lagi dapat menguasai bahasa Inggeris. Tetapi orang Melayu yang ketinggalan dalam pelajaran selama terjajah dan selepas terjajah, mulai ramai menjadi saintis dan serjana melalui pengajian dan penggunaan bahasa Melayu. Cuma mereka tidak menguasai bahasa Inggeris seperti orang Inggeris.

Demi menguasai semula bahasa Inggeris pernah Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir bersuara supaya dibuka semula sekolah Inggeris seperti dulu. Ia bukan pandangan yang popular. Justeru itu kerajaannya membuat dasar menginggeriskan mata pelajaran sains dan matematik. Ia juga tidak popular.

Malangnya di alaf baru ini tiada lagi Cikgu Mohd. Nor Ahmad. Yang ada hanya Abdullah Ahmad, Hassan Ahmad dan Musa Mohamad.

Kesan awalnya industeri Bahasa Malaysia terancam. Pengarang Melayu yang tidak ramai itu yang mencari makan melalui tulisannya, tidak lagi dapat cari makan apabila bukunya tidak dicetak lagi. Kaum yang menguasai Bahasa Inggeris lebih beruntung.

Kongres Pendidikan Melayu mendapati pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris setakat ini menyebabkan pelajar lemah dalam mata pelajaran itu malah mereka juga lemah dalam mata pelajaran bahasa. Kesan jangka panjangnya, bilangan orang Melayu yang menjadi doktor, saintis, jurutera dan lain-lain akan merosot.

Kerajaan tidak menyangkal saranan dan kajian para pendidik Melayu itu. Kerajaan tidak mahu berpatah ke belakang kerana tidak mahu dilihat terburu-buru dan kerana yang ada sekarang adalah dasar kerajaan. Kerajaan mahu mempertahankan dasar kerajaan sekalipun ia berkemungkinan memperlemah kedudukan orang Melayu dalam pelajaran.

Kerajaan hanya berjanji untuk mengkaji kaedah pengajaran bahasa Inggeris yang terbaik. Berapa lama kajian itu dibuat?

Dalam kempen mengukuhan bahasa Inggeris ini, kedaulatan Bahasa Malaysia sudah dilihat berselerak. Siaran TV dalam bahasa Malaysia tidak lagi perlu alih bahasa dari Inggeris. Cuma ada terjemahan. Orang Melayu yang buta yang tidak tahu Inggeris tentu melihat terjemahan itu.

Semasa bahasa kita berdaulat dulu siaran La tour de Langkawi dalam dikuti dalam Bahasa Melayu. Sekarang Inggeris belaka. Dulu wartawan TV terpaksa buat dua interbiu. Soalan jawab dalam bahasa Malaysia untuk siaran dalam bahasa itu dan versi Inggeris pula untuk siaran Inggeris. Sekarang pakai satu saja biasanya yang digunakan ialah Inggeris.

Menonton berita TV sekarang mesti bersedia seperti menonton filem Hindustan, mengiktui kandungannya melalui terjemahan bertulis.

Yang yang bukan Melayu sudah tidak perlu lagi diinterbiu dalam bahasa Melayu dan apa lagi dalam perasmian majlis-majlis. Sudah ada bas memakai kalimah BUS di dindingnya. Mungkin akhirnya kalimah BAS tidak terepakai lagi.

Sampul tentang setem sudah berbayar masih dalam Bahasa Malaysia, tetapi lazimnya sampul surat yang beredar penuh dengan Inggeris saja.

Jabatan-jabatan kerajaan tidak lagi perlu menerima surat dalam bahasa Malaysia saja. Dalam apa saja hantarlah. Ia tidak akan dipulangkan semula. Samy Vellu pun mungkin tidak perlu lagi berucap dalam Bahasa Malaysia dalam perhimpunan partinya. Dalam siaran TV pun dia cuba mengekalkan penguasaan bahasa Inggerisnya.

Dan lebih menjolok mata dalam siaran TV mengenai laporan Parlimen, seorang Ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan isu kenaikan tambang ferri Pulau Pinang menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin bahagian itu saja dia berbahasa Inggeris, tetapi TV menyiarkan dia berbahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris itu penting, tetapi apakah untuk mengatasinya, membiarkan dasar bahasa Malaysia berselerak seperti sampah yang tidak dipungut Alam Flora?

Ia adalah peninggalan Tun Dr M.

Kalau Cikgu Mohd. Nor Ahmad dihidupkan kembali, dia mungkin berkata, ‘Lebih baik dia kekal di kuburnya.’

SeTAPAK
25/04/05

SYOR KHENG YAIK AKAN MATIKAN UMNO

DR. LIM Kheng Yaik, pemimpin Gerakan dipercayai mewakili pandangan semua masyarakat bukan Melayu kiranya mahukan anak-anak bukan Melayu belajar di Sekolah Kebangsaan, gugurkan saja mata pelajaran agama.

Sesiapa yang hendak belajar agama, belajarlah di rumah masing-masing atau di rumah ibadat agama masing-masing.

Jika syor Dr. Lim itu diterima dan jika itulah kemahuan sekalian masyarakat bukan Melayu, nescaya akan penuhlah sekolah-sekolah kebangsaan dengan murid-murid bukan Melayu.

Tetapi akan kosonglah sekolah kebangsaan dengan murid-murid Islam. Hanya anak-anak Islam baka yang tinggal di sekolah kebangsaan. Anak-anak orang Islam akan mencari sekolah lain yang ada pelajaran agama. Jika ketika itu ada sekolah jenis kebangsaan (Cina) mengajar mata pelajaran agama Islam, nescaya penuh pula sekolah itu dengan murid-murid Islam.

Semasa Datuk Seri Abdullah Badawi masih Timbalan Perdana Menteri dulu beliau melawat Afrika Selatan. Dia terkejut melihat kanak-kanak Melayu dari Malasia berusia 10 tahun dan 11 tahun belajar di sana.

Beliau bertanya kanak-kanak itu, ‘Apa sebab datang belajar ke Afrika Selatan?’

Jawab mereka, ‘Ayah mahu kami belajar agama…’

Sungut orang tua itu, ‘Apa tak kenanya pelajaran agama Islam di Malaysia?’

Bukan sekolah-sekolah di Malaysia tidak ada pelajaran agama, tetapi ada ibu bapa di Malaysia yang tidak yakin dengan pengajarannya, maka mereka mencari hingga ke Afrika atau menghantar anak-anak kecil mereka ke mana-mana saja yang mereka yakin.

Antara ibu bapa itu mencari yang lebih baik. Pelajaran agama di Malaysia ada, tetapi di tempat lain lebih baik.

Itu pandangan mereka. Apa kita nak kata.

Dalam keadaan kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk mengadakan pelajaran agama yang terbaik, pun ada ibu bapa Islam yang tidak yakin, apa yang dapat diduga apabila pelajaran agama diajar di rumah-rumah dan di surau-surau saja?

Kheng Yaik kena faham, berbuih mulut Pak Lah menerangkan Islam Hadhari hingga ke Pakistan, ke Mesir, hanya ke kutub utara saja yang belum, tetapi masih ramai orang yang tidak dapat menerimanya. Kalau syor Kheng Yaik itu diterima, maka ia akan dikira sebagai kehendak sebenar Islam Hadhari.

Kerajaan Pak Lah berusaha memperkenalkan J-KAF sebagai usaha membaiki lagi pengajaran Islam di sekolah-sekolah, tetapi itu ada orang Melayu memilih untuk keluar negeri atau menghidupkan terus Sekolah Agama Rakyat.

Kerajaan hentikan bantuan SAR, kerajaan beri gaji tinggi kepada lulusan tinggi agama menjadi guru j-KAF supaya guru SAR lari dari SAR, itu pun sjkar menarik setengah ibu bapa. Mereka melihat luar negeri juga.

Kerajaan minta kedutaan-kedutaan asing jangan mengeluarkan visa kepada anak-anak Melayu yang hendak belajar agama keluar Negara. Pun ada juga yang terlepas. Nasib baik keselamatan tidak terjamin di Selatan Thailand, maka orang Melayu menangguhkan penghantaran anak ke Pattani dan Yala.

Kalau keamanan pulih di Selatan Thailand, nescaya ramai orang Melayu menyeberangkan anak-anak ke sana pula. Akan ada orang yang sanggup membantu mendirikan sekolah agama di sana dan meberi derma, kerana ia bakal jadi pilihan kepada anak-anak orang Melayu belajar agama.

Kalau sekolah kebangsaan pula mentiadakan pelajaran agama, ia akan menghidupkan semula sekolah agama rakyat, dan jika krisis di Selatan Thailand selesai, orang akan ke sana kerana perbelanjaan murah dan sebagainya.

UMNO pernah ditinggalkan oleh orang Melayu atas sebab-sebab pendekatannya mengenai Islam kurang meyakinkan setengah orang. Sekarang kerajaan perkenalkan konsep Islam Hadhari, adakan J-KAF dan sebagainya, supaya UMNO dilihat bersungguh-sungguh mengambil berat tentang Islam dan pendidikannya.

Ia dipercayai boleh mengekalkan orang UMNO dalam UMNO dan boleh pula menarik generasi baru supaya bersama UMNO. Beberapa tahun dulu, ramai Pemuda UMNO malu hendak mengibarkan bendera UMNO dan tidak mahu kereta mereka menggunakan pelekat UMNO, tetapi sekarang berebut-rebut mahu jadi UMNO kerana ada kemampuan untuk memajukan Islam.

Kalau syor Kheng Yeik diterima, ia akan mengambalikan Malaysia sseperti Tanah Melayu sebelum Jepun datang. Akhir orang Melayu akan meninggalkan UMNO kerana agama dikembalikan ke rumah dan ke surau-surau.

Kheng Yaik dilihat mahu merasionalkan orang Melayu tentang cara memajukan sekolah kebangsaan, tetapi Kheng Yaik tidak pula berfikir bagaimana hendak merasionalkan orang bukan Melayu tentang mata pelajaran Islam.

Setiap penduduk di Malaysia patut memahami dan mengetahui semua aspek dan semangat yang ada dalam perlembagaan termasuk aspek agama rasmi iaitu Islam. Ia wajib bagi orang Islam kerana ia akidah, tetapi bagi yang bukan Islam ia ada kait dengan hubungan sesama manusia di Malaysia.

Sesuatu yang dirakamkan dalam perlembagaan seperti Islam sebagai agama Negara wajar diketahui. Bagi Islam ia wajib kerana akidah agamanya, dan bagi bukan Islam, ia ada kaitan Negara dan kehidupan di negara ini. Ia bukan akidah baginya.

Suasana di Malaysia, bukan saja orang bukan wajar mengetahui agama persekutuan, tetapi orang Islam juga wajar memahami dan mengatahui aspek lain-lain agama. Bagi bukan Islam agama mereka adalah aqidah mereka, tetapi bagi orang Islam ia adalah satu cara untuk memahami orang lain yang ada di Malaysia. Semuanya ini memandu hormati menghormati sesama sendiri.

Bagi orang Melayu memahami budaya dan agama lain itu satu sukarela yang penting. Bukan orang bukan Melayu memahami dan mengetahui Islam itu wajar dan tertalu penting kerana ia agama Negara. Melalui mata pelajaran di sekolah itulah ruang bagi mereka untuk mengetahui dan memahami aturan dan peraturan Islam.

Tidaklah perlu anak-anak mereka hendak ke surau dan ke masjid bagi mengetahui ajaran Islam. Sanggupkah setiap orang Melayu menerima orang bukan Melayu datang ke rumahnya setiap masa untuk memelajari Islam?

Kalau adalah perbincangan mengenai perbandingan agama di luar kuit, di luar pagoda dam di luar gereja, maka mudahlah orang secara sukarela menghadirinya. Orang Islam tentulah sukar untuk ke gereja dan ke kuil.

Oleh kerana itu orang-orang berpengaruh seperti Kheng Yaik patut mengadakan percambahan fikiran sesama sendiri supaya masing-masing tidak melihat agama rasmi itu sebagai suatu yang mesti dihindari. Datuk nenek mereka yang mula-mula datang ke rantau ini tidak dipaksa menukar agama dan tidak dihalau kerana beragama lain, sedang masing-masing pada masa itu tidak saling mengenali seama sendiri.

Sekarang semua kenal dan hak dan jaminan masing-masing sudah jelas, maka mengapa terlalu takjub untuk ke sekolah kebangsaan semata-mata kerana ada mata pelajaran Islam?

Malaysia memerlukan para pemimpin yang mampu memecahkan kegerunan itu bukan mempersoalkan tafsir dan mengapa faraid tidak sama antara anak laki-laki dan anak perempuan.

SeTAPAK
04/05/05

Tuesday, May 03, 2005

TEKA TEKI DAN RISIKO TOKOH KEDUA PAS

SEKALIPUN yang baru dalam perlumbaan pemilihan pimpinan PAS ialah pencalonan Dr. Maria Mahmud sebagai Naib Presiden, tetapi teka teki masih berligar di sekitar calon Timbalan Presiden yang kini dipegang oleh Senator Hasan Shukri.

Apakah Hasan akan mempertahankan kedudukannya atau dia dikalahkan dalam muktamar PAS di PUTIK, Kelantan Jun ini?

Timbalan Presiden itu terpaksa bersendirian dalam pemilihan. Tidak nampak Mursyidul Am dan Presiden parti dapat membantunya. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang mengambil sikap terbuka, tidak pertandingan hatta jawatan Presiden itu sendiri malah beliau sedia memberi laluan kiranya ada calon kedua yang dikira diterima ke jawatan itu.

Mursyidul Am Dato Nik Abdul Aziz Nikmat pula sudahpun mengemukakan nama lain untuk jawatan nombor dua dalam badan eksikutif parti itu. Sehingga ini media menyebut nama-nama seperti Dato Haron Din, Dato Hassan Ali, Dato Abdul Halim Abdul Rahman, Dr. Daeing Sanusi dan Dato Mustafa Ali sebagai calon yang akan berhadapan dengan Senator Hassan Shukri kiranya beliau mempertahankan kerusinya.

Teka tekinya ialah apakah Ustaz Hasan akan mempertahankan kerusinya dan siapakah pilihan maktamar itu? Risikonya, menerima timbalan yang bukan ulama?

Jika semua calon tidak menarik diri, Senator Hasan dikira hampir pasti dapat mempertahankan kedudukannya. Undi yang menyokong sekalipun minoriti tetapi solid untuknya. Tetapi majoriti yang menyokong beliau akan berpecah.

Calon paling popular ialah Dato Haron Din. Harapannya menang ada kalau ia pertandingan dua penjuru. Tetapi teka tekinya ialah sikap asalnya ialah tidak sedia dicalonkan kalau ada pertandiagan dan kenyataan terakhir seperti siarkan oleh The Star, sedia menimbangkan pencalonan kiranya ia dirundingkan sesame pimpinan.

Persoalan keduanya ialah beliau adalah Timbalan Mursydul Am yang dilihat bakal pengganti Dato Nik Aziz yang uzur dan memikul tugas Menteri Besar Kelantan. Sekalipun Dato Haron juga berhadapan dengan soal uzur, tetapi beliau tidak memegang apa-apa jawatan lain. Oleh itu beliau adalah calon tunggal Mursyidul Am setakat ini.

PAS dipercayai mahukan Mursyidul Am orang yang berlainan dari Presiden walaupun ia dibenarkan oleh perlembagaan parti. Justeru itu DAto Haron Din calon yang disediakan dan dapat mengimbangi wibawa dan ketokohan Dato Seri Haji Abdul Hadi sebagai Presiden.

Jika beliau menjadi Timbalan Presiden dan kemudian menjadi Mursyidul Am, kedudukannya akan dilihat ganjil. Bagaimana Mursyidul Am dapat membebaskan diri dari keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat kerana keputusan dibuat bersamanya atas sifatnya Timbalan Presiden. Daulat Majlis Syuro akan dilihat lemah.

Supaya tidak dilihat bertindih, Mursyidul Am yang baru terpaksa melepaskan lain-lain jawatan dalam Jawatankuasa Pusat.

Tidak mustahil PAS akan berhadapan semula dengan pimpinan bukan ulama seperti era Tan Sri Asri. Selepas pimpinan Dr. Abas Alias, PAS yang tidak melembagakan kepimpinan ulama ketika itu menyerahkan pimpinan kepada Dr. Burhanuddin. Timbalannya ialah Prof. Zulkifli Mohamad.

Tidak pernah PAS ketika itu untuk beralih pula kepada pimpinan bukan ulama. Kedua-dua Presiden dan timbalan sebelum era Asri adalah ulama. Yang bukan ulama paling kanan ketika itu ialah Naib Presiden iaitu Tan Sri Asri. Malah Dato Raja Hanifah pernah menjadi Naib.

Allah mentakdir dua pimpinan utama berhadapan dengan musibah. Dr. Burhanuddin ditahan di bawah ISA dan Prof. Zulkifli meninggal dalam kemalangan jalan raya. Maka pimpinan PAS terpaksa dipangku oleh Naib yang kanan iaitu Tan Sri Asri. Bermulalah era Asri. Isu kepimpinan ulama adalah natijah dari pergolakan dalam era itu.

Risiko badan eksikutif PAS dipegang oleh bukan ulama boleh berulang apatah lagi wibawa kepimpinan ulama itu berbangkit dalam muktamar lalu.

Kiranya Ustaz Hasan tidak mempertahankan kerusinya, dan Dr. Haron Din menjadi timbalan, jawatan itu belum tentu dipegang terus kiranya beliau terpaksa menjadi Mursyidul Am. Timbalan akan dipangku oleh salah seorang Naib. Jika ditakdirkan Naib yang terkanan adalah Dr. Maria, nescaya akan jadi isu besar pula kalau beliau tidak dijadikan pembangku timbalan.

Atau kalau Naib itu bukan ulama, sudah pasti pemangku timbalan adalah bukan ulama. Dan jika dalam tempoh pangkuan itu Presiden pula tidak dapat menjalankan tugas, sudah tentu pangkuan pimpinan jatuh semula ke tungan ulama seperti PAS jatuh ke tangan Dato Asri dulu.

Dan kalau Naib yang kanan nanti adalah Dr. Maria, dan kalau suasana hujungan 60an dan 70an itu berulang, PAS akan membuat sejarah ia bakal dipimpin oleh Muslimat.

SeTAPAK
03/05/05

Monday, May 02, 2005

DAPATKAH PAK LAH DILIHAT ANTI RASUAH?

IMEJ yang cuba dipupuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi sejak sebelum menjadi Perdana Menteri ialah untuk membentuk sebuah kerajaan yang bebas rasuah.

Mula-mula diketengahkannya ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam satu seminar pegawai-pegawai tinggi dari seluruh negara di Kuching. Tan Sri Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipercayai penasihat utama Perdana Menteri menjadi pemidato penting seminar itu.

Tan Sri Musa adalah seorang yang dari mula terlibat dalam kerajaan cuba muncul sebagai seorang anti rasuah. Pak Lah dipercayai mahu berkongsi dengan ketuanya satu masa dulu.

Selepas bertindak ke atas Tan Sri Kasitah Ghadam, menteri ketika ditahan PBP, Tan Sri Eric Chea, bekas raja Perwaja yang pernah menjadi sahabat rapat Tun Dr. Mahathir sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri, serta beberapa tindakan menahan dan menyoal ke atas pegawai tinggi kerajaan, gerakan anti rasuahnya dilihat senyap dan rasuah dilihat tidak senyap.

Hanya selepas 18 menjadi Perdana Menteri beliau mengulangi lagi azamnya yang dikira dasar kerajaannya untuk mengekang rasuah. Dasar anti rasuah, dakwahnya, tidak terhenti, tetapi mengekangnya bukan suatu yang senang.

Lee Kuan Yew, pemimpin tua Singapura mencadangkan suatu yang sangat disenangi para pegawai kerajaan iaitu meninggikan gaji mereka sebagai satu langkah mencegah rasuah.

Pak Lah tidak melihat cadangan itu mampu membersihkan negara dari amalan itu kerana perangai buruk itu juga dilakukan oleh orang kaya sekalipun mereka jutawan.

Dunia seluruhnya simpati dengan Pak Lah. Cita-cita dan azamnya tinggi untuk mewujudkan kerajaan bebas rasuah di tengah kerajaan yang berbalut rasuah. Cuma balut rasuah kerajaan yang beliau warisi tidak setebal balut yang membelenggu kerajaan-kerajaan ASEAN selain Singapura dan tidak dipastikan Brunei Darussalam.

Rasuah di Malaysia bagaimanapun lebih ketara dibandingkan ketika menerima kemerdekaan. Gejala itu terbiar di zaman Tunku, bertambah selepasnya. Geraf itu tidak pernah terhenti selepas itu.

Dasar yang cuba dibawa oleh Pak Lah adalah suatu tidak diberi perhatian sangat oleh Dr. Mahathir. Itulah tanggapan umum terhadap pemimpin dulu dan sekarang dan kerajaan dulu dan sekarang.

Mungkin Pak Lah bersungguh dan azamnya kuat. Tetapi dasar beliau baru dirasakan suatu azam yang belum bermula atau terhenti selepas dilancarkan. Dasar yang diketahui umum itu mulai dilihat seperti yang dulu juga.

Tidak wajar untuk tidak memberi kepercayaan kepada beliau atas serba kepayan yang dihadapinya dalam perkara kronik itu, tetapi tidak ramai yang berani mengatakan kerajaan ini lain dari yang dulu dalam menghadai isu rasuah.

Kerana semuanya mahu menyokong dasar itu, maka harapan masing-masing ialah kejayaannya berlaku seperti cencaru makan petang. Pemancing yang tidak sabar nascaya meninggalkan kolam kerana keciwa dengan ikan tak makan kail.

Imej rasuah sebuah kerajaan tidak sekadar kerana rasuah dilakukan oleh seramai-ramai orang, tetapi dikira rasuah kerana ia dilihat rasuah dan disebut-sebut rasuah oleh ramai orang.

Sebuah kerajaan yang tegas memulakan pembersihan rasuah itu dengan mengelakkan orang-orang yang dirasakan rasuah duduk dalam kerajaan. Tidak adil menghukum seseorang rasuah kerana dia belum didapati rasuah oleh mahkamah dan malah belum dibawa ke mahkamah.

Adalah benar seorang yang belum didapati bersalah oleh mahkamah adalah orang belum salah. Memang payah menggantung jawatan seorang pegawai yang tidak didapati bersalah oleh mahkamah atau orang yang belum disahkan bersalah.

Tetapi dalam sebuah masyarakat politik yang sihat, kerajaan perlu bersih. Orang-orang yang belum disahkan salah oleh mahkamah, tetapi diragukan kebersihannya oleh masyarakat, tidak wajar disertakan dalam senarai kabinet.

Tiada sesiapa selain dari Dato Seri Anwar Ibrahim didakwa atas kesalahan rasuah. Tuduhan rasuah ke atas beliau diterima oleh umum sebagai rasuah silap mata, kerana ada dalam kamus rasuah di Malaysia, menghalang seseorang menjalankan tugasnya adalah rasuah. Rasuah itu tidak termasuk dalam rasuah yang orang biasa faham.

Sekalipun tiada sesiapa di kalangan kerajaan sebelum ini didakwa rasuah, tetapi kerajaan itu dirasa dan dilihat rasuah. Peninggalan kerajaan terdahulu diwarisi oleh kerajaan yang ada. Peri adanya dakwaan ke atas Tan Sri Kasitah dan Tan Sri Eric mengesahkan anggapan imej buruk kerajaan lalu. Tetapi ia tidak cukup untuk menjadikan kerajaan dan pimpinan baru adalah bersih.

Fitnah yang dilontarkan kepada sebuah kerajaan, tidak bererti kerajaan itu salah dan benar-benar buruk. Tetapi fitnah itu sendiri cukup untuk menjadikan kerajaan itu tidak diyakini dan memungkinkan dasarnya tidak lebih dari satu propaganda.

Perdana Menteri tentu lebih tahu tentang rakan-rakannya. Rakan-rakan itu mungkin tidak seburuk yang digambarkan, tetapi gambaran buruk itu tidak dapat membantu mewujudkan gambaran baik kerajaan baru walaupun kerajaan membuat dasar yang baik seperti memerangi rasuah.

Justeru politik itu suatu seni pentadbiran dan pemerintahan, maka orang-orang yang terjun dalam politik tahu dan pasti sanggup menerima rasiko fitnah dan sebagainya. Jika dia mahu terus disenangi, maka dia mesti berusaha menjauhkan sebarangan tempias dan jangkitan fitnah.

Sifat baik sebuah kerajaan ialah ia tidak rasuah dan tidak dilihat rasuah. Yang tidak rasuah tetapi dilihat rasuah, adalah sama dengan sebuah kerajaan rasuah.

Justeru itu kerajaan-kerjaan yang bermaruah seperti di Jepun dan yang pernah dilakukan di India, menteri secara rela melepaskan jawatan apabila berlaku musibah dalam jabatannya. Kereta api berlanggar bukanlah kesilapan menteri, tetapi demi maruahnya menteri yang bertanggungjawab meletak jawatan.

Tiada orang politik patut kecil hati kalau imej buruknya menyebabkan dia tidak diseranaikan dalam kabinet. Seoang Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih. Orang-orang yang boleh menyebabkan kerajaan dilihat tidak bersih, terpaksa dihindarkan.

Azam dan dasar kerajaan baru untuk mengekang rasuah adalah wajar dan patut dialu-alukan, tetapi ia terpaksa menghadapi soal keyakinan umum. Seelok mana dan sejujur manapun sebuah dasar dan azam, ia berdepan dengan masalah jika soal keyakinan tidak diberi perhatian.

Lee Kuan Yew adalah seorang manusia biasa dan tentunya tidak sempurna. Ada cacat celanya. Tetapi dalam isu memerangi rasuah, dia dapat meyakinkan umum. Walaupun dengan senjata itu dia telah melumpuhkan semua pencabarnya, dia berjaya mewujudkan keyakinan terhadap dasar rasuahnya.

SeTAPAK
02/05/05