PERBEDAAN antara mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir dan Menteri MITI Datuk Seri Rafidah Aziz berhubung isu AP, Proton dan Tengku Mahaleel adalah positif dan wajar diterusnya kiranya belum ditemui kata sepakat.
Kedua-duanya adalah sama-sama dalam cabinet dan Majlis Tertinggi UMNO lebih dari 20 tahun, moga-moga berperang mulut kerana kebenaran dan keadilan, bukan nsfsu dan perbalahan.
Perang mulut itu sudah bermula, maka wajar diteruskan dan tidaklah bijak bagi sesiapa selain dari keduanya memandang negatif atas perkembangan itu, malah mahu menutup perbahasan.
Dr. Mahathir tidak membuat kenyataan kiranya dia tidak merasa Proton perlu diberi perlindungan oleh kerajaan demi keutuhannya untuk terus hidup selama-lamanya sebagai syarikat pengeluar motokar.
Dr. Mahathir menyedari betapa banyak syarikat pengeluar motokar dunia yang gulung tikar. Ssebagai syarikat milik kerajaan maka wajar kerajaan memberi perlindungan dakan apa cara jua supaya Proton tidak mengalami nasib ngeri itu.
Rafidah menjawab, memberi penjelasan, menangis dan meletakkan buku Al-Quran di hadapannya semasa membuat penjelasan. Dia membuat penjelasan sekadar yang dirasakan boleh difahmi dan memuaskan hati. Tidaklah perlu dia menceritakan semua perkara yang berhubung dengannya kiranya penjelasan yang itu memadai.
Tetapi Dr. Mahathir merasa belum puas hati lalu beliau membuat kenyataan lagi.
Setakat polemik yang sudah berlangsong, orang ramai sudahpun mengikutinya dengan teliti dan mulai memahami sebagian dari masalah dan mereka mahu mengikuti lagi perbahasan supaya memahami betul-betul kedudukannya yang sebenar.
Kepentingan orang ramai ialah bukan siapa yang menang dan siapa yang kalah antara keduanya tetapi mereka mahukan kebenaran dan keadilan.
Islam tidak melihat perbezaan fikiran dan pandangan yang dibuat kerana Allah sebagai suatu yang buruk. Perbezaan pendapat antara orang yang beriman dan bertaqwa dengan seorang beriman dan bertaqwa yang lain sebagai satu nikmat.
Orang yang berijtihad berpahala. Kiranya pendapatnya betul, maka dia dapat dua pahala dan kalau dia membuat pendapat yang tidak betul, maka tetap dapat satu pahala.
Dalam keadaan yang sudah seratus peratus betul, Islam masih menggalakkan teguran atau bangkangan. Tujuannya bukan kerana semata-mata untuk menegur dan membangkang tetapi mahukan suatu baik, lebih adil dan lebih benar.
Oleh itu orang ramai, khususnya pemimpin dan penykong UMNO tidak wajar menyuruh polemic melalui media itu dihentikan. Orang ramai suka mengikuti perbincangan itu kerana banyak yanag mereka boleh pelajari dan dapat dari perbezaan pendapat secara terbuka itu.
Tidak patut ia dipandang negative. Jangan suruh mereka berhenti atau secara diam selesaikan sama sendiri. Paling tidak maju dari segi berfikirnya ialah ada pula yang mencadangkan supaya Rafidah minta maaf kepada Dr. Mahathir.
Sila beri penjelasan mengapa Rafidah mesti minta maaf atas penjelaslannya. Kalau penjelasannya tidak tepat, minta dia beri penjelasan lagi dan buat penjelasan tambahan.
Oang Melayu dan orang Islam, dalam apa keadaanpun, mereka mesti menyebut minta maaf secara terbuka kepada sesiapa saja kiranya ada kelemahan dan tersalah kata dalam keterangannya.
Minta maaf terbuka seperti yang diminta adalah satu hokum menyatakan Rafidah sudah bersalah.
Suara seperti itu mewakili pemikiran purba yang suka mengampu dan mahu menutup kebenaran.
Dalam dunia akadamik, perbezaan pendapat dibenarkan dan perbahasan digalakkan.Mengikupkan isu hingga ke tahap yang matang adalah baik untuk permbangan fikiran dan suatu yang dikira sihat.
Ia boleh mewujudkan rakyat yang dinamik dan sanggup berhadapan dengan semua keadaan. Ia mengeluarkan manusia dari kepompong kejadilan dan dua jumud.
Apa yang kita mahu ialah menggalakkan pembahas tidak bercakap kerana nafsu dan kerana mahu menjatuhkan orang lain. Ia dibuat dengan tujuan mahu mencari kebenaran dan keadilan. Mereka mesti menghadapinya secara yang digalakkan oleh Islam tadi iaitu cara mana mereka boleh mendapat pahala kiranya pandangan mereka benar dan bagaimana pahala tetap dapat tapi sikit kalau pandangan ikhlas itu tidak tepat.
Bersaksikan kepada Quran adalah baik tetapi bukan dengan meletakan Quran di depan, dicium dan junjung. Memadai menggunakan Quran dengan memetik ayat-ayatnya bagi dijadikan bantuan dan hujah. Pastikan membawa dalam keadaan berhadas. Lebih silap kalau memagang Quran dalam berhadas besar.
Kalau bersumpah, lafazkan kalimah sumpah yang dipetik dari Al Quran. Tidak perlu dibawa Quran. Ajaran agama orang barat saja yang mengangkat kitab sucinya ketika bersumpah. Orang Islam bukan penganut agama orang barat.
Berikut kenyataan terhakit yang mempertikai Rafidah itu, maka wajar Rafidah membuat kenyataan kerana orrang rama sudah membacanya. Orang ramai mahu apa yang sebenarnya.
Kita wajar mendapatkan penjelasan bagi menyeelsaikan kekusutan dan kekeliruan akibat kenyataan Dr. Mahathir itu. Mungkin dr. Mahathir dapat kenyataan peribadi dari Rafidah, tetapi tidak adil kepada orang ramai yang inginkan jawapan.
Apa yang ada pada fikiran Dr. Mahathir adalah miliknya selagi ia tidak dinyatkan kpada umum. Apabila diumumkan, maka ia menjadi hak umum dan orangramai berhak mengetahui jawapannya.
Kedua mereka tidak patut berkelahi dari peerbedaan pandangan terbuka itu. Mereka bukan orang mundur. Mereka orang maju, dan terujsnya polimik sihat itu supaya yangbenar itu benar dan yang adil itu adil dan yang menjadi ilmu pengetahuan itu pasti jangan disorokkan dari orang ramai.
Kita tidak bertujuan melaga-lagakan kedua-duanya apabila diminta terus berpolimik. Kita melihat polemic adalah benda yang sihak dan dunia M elalyu Glokal mesti dididik mengetahui dan memahami semua. Mlayu Glokal bukan Melayu bawah tempurung. Mereka patut tahu semua.
Oleh itu dr. Mahathir dan Rafidah, ayuh terus berbahas hingga ada titik pertemuan dan ada jawapan.
Ia bukan satu perkelahian kecuali kalau kedua-duanya sudah berkelahi dulu.
SeTAPAK
29/08/05