Subky Abdul Latif

Friday, September 30, 2005

BUAT APA MAYAT LENIN DAN MARCOS?

BERITA terbaru tentang V.I.Lenin. Masyarakat Kremlin agak panas membincangkan sama ada mengkebumikan mayat Lenin yang diawet itu atau dibiarkan saja sebagai tontonan pemuja komunisma.

Dan tidak lama sebelum media menyiarkan mayat Marcos yang diawet diziarahi balunya sempena ulang tahun kematiannya entah yang ke berapa kali. Balu itu, Imelda menunggu persetujuan kerajaan untuk mengkebumikannya secara rasmi sebagai kematian seorang ketua Negara Filipina.

Itulah kisah tentang dua mayat yang tidak dapat dikebumikan atas sebab ada manusia yang memujanya.

Selain mereka mayat Ataturk dan Mao Zedung juga tidak dikebumikan atas sebab pemujaan tadi.

Dunia mengetahui mayat mereka tidak dikemukakan kerana mereka dipuja oleh orang-orang mengkagumi mereka. Sebagai satu penghormatan para pemuja terhadap mereka, maka mereka mayat mereka dikeraskan, tidak dikebumikan, supaya wajah mereka dapat ditonton oleh orang-orang terkemudian.

Tetapi dalam pengetahuan orang-orang beragama berpendapat bahawa bumi tidak menerima mayat orang yang terlalu zalim.

Bumi adalah makhluk planet yang terdedah kepada apa saja. Ia terdedah kepada panas dan hujan. Apa saja yang manusia hendak lakukan, seolah-olah terhalang. Cangkul dan gondollah, tidak pernah terhalang. Dan tidak pernah diketahui bumi menghalang mana-mana mayat dari dikebumikan. Ia tidak menunjukkan kepada alam ia tidak mahu menerima mayat orang itu dan orang ini.

Tetapi apabila ada mayat yang bumi diibaratkan tidak mahu menerimanya, maka manusia sendiri akan berbuat sesuatu tidak mengkebumikannya.

Lenin dan Mao Zedung tidak dikebumikan kerana mereka menjadi pujaan kaumnya yang menyintai mereka, dan sebagai satu penghomatan mayat mereka diawet, diletakkan di tempat yang mereka muliakan. Pemuja-pemujanya akan dapat melihat wajahnya dari dekat bila-bila masa sekalipun mereka sudah mati beberapa lama.

Lenin mati dalam tahun 1920an. Mao mati tahun 1970an. Ataturk dipercayai diawet juga. Mayanya disemadikan di atas satu pentas tinggi bertiang. Walaupun ia di dalam satu bentuk kotak, tidak dapat dilihat kecuali kotak itu saja, tetapi mayat itu terletak di situ di atas bumi, tidak dalam tanah.

Ertinya dia juga dikebumikan.

Perdinent Marcos yang membunuh ramai musuhnya termasuk ribuan umat Islam di wilayah sebelah selatan belum diterima bumi kerana adanya perbalahan antara keluarganya dan kerajaan.

Rakyat Filipina tidak memuja Marcos. Malah dia dikira sebagai dictator yang terbuang dan tidak dikehendaki. Dia ada presiden yang diusir dari Negara. Tetapi isterinya mahu dia dikebumikan secara rasmi ssebagai seorang ketua Negara. Negara tidak perenah bersetuju. Selagi kerajaan tidak bersedia menguruskan pengkebumiannya sebagai seorang yang terhormat, maka keluarganya menyimpan mayat itu di rumah mereka.

Tempat mayat bukan di dalam cermin atau kotak di atas muka bumi, tetapi tempatnya adalah di dalam kubur. Tetapi ada manusia yang tidak mendapat tempat dalam bumi walaupun asalnya manusia itu dari bumi. Kerana dari bumi manusia itu datang, maka ke dalam bumi juga jasad mereka dikembalikan.

Semulia-mulia manusia ialah para nabi. Pada dasarnya para anbia adalah kekasih Allah. Sebarang kesilapan dan kesalahan oleh seorang nabi, tidak catitan dosa baginya. Mereka dimaksomkan. Demikianlah kasihnya Allah kepada nabi. Nabi pun dikebumikan.

Tetapi ada manusia yang manusia tidak mahu dan bumi pun tidak mahu.

Firaun adalah manusia paling kejam. Bumi ini terdedah. Sepatutnya boleh ia digali untuk menanam mayat Firaun. Tetapi Firaun sendiri merancang pembinaan pyramid yang bergua, diletakkan mayat setiap Firaun dalam lubang dalam pyramid itu.

Maka dengan sendirinya mayatnya terpisah dengan bumi. Bukan saja mayat Firaun tidak diterima bumi, malah mayat keluarganya tidak diterima. Dan akhirnya mayat Firaun yang diawet itu disimpan di muzium. Ia dijadikan sumber pendapatan bagi muzium.

Mayat rasa tersiksa apabila ia lambat dikebumikan. Mayat menumpah manusia yang bertanggungjawab atasnya kerana tidak menyegerakan pengkebumiannya. Mayat mahu ia dikebumikan secepat mungkin kerana lagi lamat ia dikebumikan lagi menderita mayat itu.

Justeru itulah mahu mayat dikebumikan sesegera yang mungkin.

Bertuahlah mayat yang seelok-elok menjadi mayat, ia terus diuruskan. Dalam masa beberapa jam saja, ia sudah pun berada di tempatnya di alam kubur.

Bayangkan nasib Firaun. Sebagai manusia paling berkuasa di dunia, dia akui, sesiapa yang durhaka kepada Allah adalah sama dengan Firuan. Dia telah mati sekitar 5,000 tahun dulu. Tetapi mayatnya tersiksa dalam kota cermin di muzium. Hanya manusia tidak mengetahuinya. Siksa manusia yng tidak dikebumikan itu jauh lebih sengsara dari siksa kubur.

Manusia adalah makhluk yang mulia. Dia mesti dilihat oleh manusia ssebagai makhluk yang mulia, boleh bergerak sendidri dan boleh bertutur. Dia tidak boleh dilihat kaku seperti batu dan batang kayu. Justseru itu sebaik saja sseorng anak Adam itu mati, maka segera itulah mayatnya ditutup dengan kain atau apa jua yang boleh dijadikan penutup.

Mayat seorang mati kemalangan di tepi jalan, ditutup dengan apa yang ada. Lazmnya kertas. Mayat itu tidak mahu dilihat terdedah. Ia malu dan terasa hina ditonton oleh orang lain.

Mayat orang Islam hanya diselak di bahagian muka untuk dilihat sebenar oleh yang menziarahi. Ia ditutup semula seberapa segera. Ia tidak dibiarkan terdedah walaupun oleh keluarga terdekat.

Tetapi bagaimana mayat Firaun ditontotan beribu tahun oleh manusia?

Dia bukan sekadar tersiksa malah terasa hina. Semua yang hadir adalah dating untuk melihat orang zalim. Berbagai kata dan cerca orang yang dating melihatnya. Tiada yang dating menghadiahkan al-Fatihah.

Lenin adalah contoh orang yang paling dipuja dalam abad ke belakangan ini. Dia dipuja oleh pengikutnya. Tetapi s ekarang orang Rusia sendiri sudah tidak mahu kepadanya. Semua patungnya sudah dirobohkan. Giliran mayatnya pula mulai tidak dikehendaki.

Ia ada satu iktibar. Manujsia tidak mahu dan bumi pun tidak mahu.

SeTAPAK
30/09/05

Thursday, September 29, 2005

BAJET ASAR LAGI

BESOK Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri yang menjadi menteri kewangan akan membentangkan Belanjawan 2006 pada pukul 4 petang. Ertinya sekali lagi menteri keweangan membentang bajet pada waktu asar.

Jika ucapan belanwan itu dimulakan tepat pukul 4 petang waktu Asar belum masuk. Asar di Kuala Lumpur sekarang masuk pukul 4.14 minit.

Jika anggota parlimen hendak solat dulu, maka mereka boleh tidak mengikut muqadimah ucapan itu. Kalau mereka itu takwa, kkususnya yang mastuatin di Lembah Kelang atau wakil rakyat yang tinggal antara Seremban dan TAnjung Malim, sewajarnyalah mereka solat seelok masuk waktu.

Itulah masa malaikat bertukar giliran, dan yang berangkat naik ke langit nescaya membawa rekod ibadat yang masih segar itu naik ke langit. Bagi pengembara yang ada permit solat jamak, maka pahalanya sudah ada buku catitan pada masa malaikat yang tapat giliran waktu asar itu.

Pemastuatin di Lembah Kelang yang takwa akan mengutamakan solat dulu dan setengah jam kemudian, barulah mereka mengikuti belanjawan itu yang juga sangat penting dalam kehidupan seorang yang takwa.

Baik wakil rakyat, mahupun rakyat yang bukan anggota parlimen, tidak wajar solat terburu demi mahu mengikuti ucapan belanjawan walaupun penting tetapi tidak dijadikan rukun. Seelok saja waktu masuk, azan dilaungkan mengambil masa kira-kira 5 minit. Selepas itu solat sunat asar dulu. Kemudian barulah solat.

Para jemaah mengikut wirit zikir dulu. Lazimnya ia mengambil masa hampir setengah jam.

Orang yang takwa termasuk peka dengan pentingnya ucapan bajet dalam kehidupan bernegara, mungkin terganggu juga takwanya dalam solat itu kerana dalam kepala masing-masing ada tuntutan untuk mengikuti bajet itu. Badan mengadap Allah dan kiblat, hati dan kepala teringatkan ucapan belnjawan.

Demikian ujian yang dihadapi oleh orang-orang yang takwa. Bahagialah bagi mereka yang kusyuk solatnya, tidak diganggu oleh ucapan yang penting itu. Dilupakan terus bajet itu, selepas selesai ibadat yang paling rengkas itu, mereka ingat pula ucapan yang penting untuknya itu.

Sekalipun ia cuma sekali setahun, tetapi apakah seronoknya membuat ucapan penting itu ketika asar?

Bukan tidak diingatkan. Banyak tulisan mengenainya, malah Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang pernah mengingatkan dalam ucapannya di Parlimen bahawa waktu bajet suntuk dalam waktu asar itu mengganggu umat Islam antara solat dan mengikuti ucapan itu.

Sejak uacapan belanjawan diambil oleh orang Melayu ia diadakan waktu asar. Ketika belanjawan itu disampaikan oleh Orang Putih sebelum merdeka, ia diadakan sebelah pagi. Semasa itu disampaikan oleh Tun H.S.Lee dan kemudian oleh Tun Tan Siew Sin ia boleh diadakan sebelah pagi.

Mengapa ia tidak diadakan semula sebelah pagi?

Dulu ucapan belanjawan itu diadakan pagi Jumaat. Rehat petang Jumaat dan cuti dua hari Sabtu dan Ahad memberikan masa yang panjang kepada anggota parlilmen mengkaji ucapan itu untuk memulakan perbahasan pagi hari Isnin.

Ia adalah adat yang diadaptasi dari zaman penjajah. Sekarang parlimen sudah tidak beersidang hari Jumaat. Sebabnya wakil rakyat selalu ponteng petang Jumaat kerana yang jauh balik awal ke tempat masing-masing petang itu.

Bagi mengelakkan sakit mata anggota parlimen kosong sebelah petang, maka Almarhum Tun Zahir, Speaker ketika itu, mencadangkan supaya siding dewan empat hari saja seminggu. Ini memungkinkan mereka hadir penuh empat hari.

Tetapi apabila sessi empat hari dilaksanakan, mereka ponteng pula petang Khamis. Kosong juga petang itu. Mungkin Datu Nazri Aziz sudah mengenakan disiplin supaya kemudahan siding empat hari itu tidak diambil mudah.

Apa waktu siding sudah dipinda, maka apa salahnya waktu ucapan belanjawan itu diadakan pada pagi Khamis. Berapa jam menteri hendak berucap, lantaklah. Ia tidak mengganggu orang lain hendak beribadat.

Jika diadakan pagi Jumaat, maka akan berbangkit pula anggota parlimen hendak segera ke masjid untuk solat Jumaat. Ia tidaklah sekacau berucap petang. Masa agak terbuka.

Jika diadakan pagi Khamis, petang itu ahli sidang cukup masa untuk memulakan kajian. Sidang biasa boleh diadakn petang itu tetapi ia tidak menghalang MP hadir mesyuarat dan ketika yang sama mula meneliti ucapan.

Mereka akan banyak masa pada hari Jumaah, Sabtu dan Ahmad untuk menyediakan perbahasan yang baik. Itulah saikologi memberi banyak masa studi.

Amalan sekarang, menteri akan berucap dua jam atau lebih, Itulah biasanya. Lazimnya menteri dan spekar seolah-olah tidak ada masa untuk solat asar. Selalunya ucapan itu dibuat hingga sayup asar. Ia habis beberapa ketika sebelum masuk maghrib.

Lain-lain anggota diberi kelonggaran untuk meninggalkan dewan atas apa tujuan jua. Maka yang warak akan menggunakan kelonggaran itu untuk solat asar. Tetapi sseperti yang disebutkan tadi, badan mereka mengadap kiblat, tetapi hati dan kepala memikirkan ucapan menteri.

Itulah lazimnya. TEtapi menteri tetap tidak menghiraukan. Dulu dunia berada dalam Islam biasa. Sekarang sudah berada dalam Islam Hadhari. Pun Parlimn tetap dengan ucapan belanjawan waktu asar.

SeTAPAK
29/09/05

Wednesday, September 28, 2005

PILIHAN RAYA BAYANGI ANTI DEMOKRASI

ADA tiga pilihan raya dalam masa sebulan ini yang perlu diperhati oleh institusi demokrasi di Malaysia iaitu pilihan raya presiden Mesir, pilihan raya umum Jerman dan pilihan raya di kampus-kampus di Malaysia yang sedang berjalan sekarang.

Sejak taufan demokrasi dari Rumah Putih Amerika bertiup melanda Asia Barat sekitar dua tahun terakhir ini Mesir mengadakan pilihan raya bagi memilih Husni Mubarak untuk menjadi Presiden semula.

Ia dikatakan adalah pilihan raya pro demokrasi yang pertama diadakan bagi memilih Presiden. Ia diadakan dalam suasana kempen kencang Amerika bagi mewujudkan demokrasi di benua Arab.

Bagi mewujudkan apa yang Amerika warwarkan demokrasi itu, sepakat Amerika dengan Kesatuan Eropah tanpa Perancis dan Jerman menceroboh Iraq dan menggulingkan kerajaan Iraq yang sah. Di bawah tekanannya, secara tektikal ia mengusir tentera Syria dari Labnon dan mengadakan pilihan raya di Negara itu dalam suasana anti Syria. Ia dimenangi oleh puhak anti Syria.

Presiden pro Amerika Husni Mubarak perlu dipilih semula sesudah lebih dua dasawarsa menjadi ketua Negara Mesir secara tidak tercabar. Maka bagi meraikan taufan demokrasi tiupan Bush, Presiden Mubarak merestui pilihan raya terbuka untuk kali pertama.

Tetapi pilihan raya itu sebenarnya adalah satu pilihan raya bagi memilih semula Husni Mubarak sebagai Presiden. Adalah perkara biasa dalam pilihan raya presiden dalam atmosfera demokrasi, lebih dari seorang calon bertanding. Tetapi yang paling menarik dalam pilihan raya di Mesir itu ialah dalam pilihan raya bagi memilih semula Husni Mubarak juga dibenarkan lebih dari seorang calon.

Anasir pro demokrasi anti Mubarak dan kerajaannya agak menonjol menjelang pilihan raya. Banyak calon disebut-sebut hendak bertanding, tetapi apabila tiba hari pencalonan, ia sekadar melayakkan Husni bertanding dengan cabaran.

Pada hari pembuangan undi, pengundi yang turun tidak menggalakkan. Maka Husni dipilih semula dengan sokongan lebih dari 80 peratus.

Kemenangannya kira-kira sama dengan sokongan yang diperolehi oleh pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, lebih 80 peratus juga, dalam pilihan raya umum tahun lalu. Tetapi peratus yang tinggi untuk Mubarak itu adalah terlalu rendah baginya dan bagi pemimin di rantau itu yang biasa menang dengan undi 99.99 peratus.

Adakah kalau peratus turun mengundi, maka sokongan kepada Mubarak akan merosot? Tidak mustahil.

Dalam suasana tidak pernah takut bagi rakyat Jerman selepas Hitler tumbang 60 tahun dulu, rakyat mengundi dengan bebas. Keputusanya seri. Selepas seminggu pilihan raya, kerajaan baru belum dapat dibentuk.

Dalam sebuah masyarakat demokrasi yang benar-benar bebas, sukar bagi satu kumpulan yang berpengaruh untuk mendapat sokongan lebih dari 50 peratus. Dua buah parti besar Jerman itu berjaya meraik sokongan sekitar 35 peratus kurang atau lebih. Bush yang gagah hanya menang tipis dalam pemilihan presiden Amerika tahun lalu.

Tetapi dari semasa ke semasa kemenangan tipis bagi mana-mana pihak, ia tetapi melahirkan kerajaan dan politik yang stabil, berbeza dengan kemenangan 99.99 peratus bagi masyarakat yang tidak berdaulat, tidak pernah mewujudkan suasana stabil.

Pilihan raya kampus di Malaysia sebeum alaf baru berjalan seperti pilihan raya dalam dunia demokrasi di Amerika, Eropah dan Australia. Ia berjalan dalam suasana penuh bebas dan demokrasi. Dalam suasana pentadbiran Dr. Mahathir yang dikira keras sehingga tiada menteri di bawahnya berani buka mulut, tetapi ia gagal untuk mematikan demokrasi di kampus.

Tetapi dalam penamaan calon dalam pilihan raya kampus Isnin lalu, kumpulan pelajar yang pro kerajaan bernama Proaspirasi berjaya memenangi 265 kerusi tanpa bertanding. Ada kain rentang memulaikan pilihan raya dipamirkan.

Selama-lamanya kumpulan pro kerajaan tidak pernah popular di kampus. Walaupun yang memanangi pilihan raya itu bebas menghentam kerajaan semasa di kampus tetapi apabila keluar kampus, kebanyakannya menjadi tukang bodek UMNO.

Dato Ibrahim Ali dari Kelantan adalah contohnya. Pelajar kampus ITM di bawah pimpinannya meludah Dr. Mahathir yang menjadi menteri pelajaran pergi ke kampusnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dipecat UMNO juga demikian.

Suasana di kampus adalah murung. Ada pelajar yang terpaksa tidak berkata-kata semata-mata untuk memastkan tidak dikeluarkan dari asrama. Risiko tinggi sekadar tidak bergiat tetapi tidak dekat dengan robot kerajaan di kampus. Serkap jarang kononnya pelajar-pelajar tertentu mengundi calon bukan robot, cukup untuk menakutkan pelajar.

Budak-budak miskin rasa bertuah dapat belajar di universiti. Mereka dapat menjimatkan wang kalau dapat tinggal di asrama dan dapat pinjaman serta kemudahan lain. Mereka sangat takut kalau tidak lulus. Ada kaedah pelajar pintar boleh tidak diluluskan. Semua perkembangan menyebabkan pelajar terkena sindrom fear factor.

Muka masam dan dahi berkerut yang dialami seolah-oleh mereka berada di kampus-kampus di Soviet Union, Jerman Timur dan Negara-negar tidak dimokrasi sebelum Tembok Berlin roboh dulu.

Tahun ini banyak kerusi menang tanpa bertanding oleh calon pro kerajaan. Di masa akan datang, mungkin semua kerusi dimeangi tanpa bertanding. Tidak mustahil satu masa nanti, majlis-majlis pelajar itu dipilih secara memilih ahli jawatankuasa masjid.

Semuanya adalah perkembangan bagi membantu pemimpin-pemimpin UMNO memenangi pilihan raya yang lebih besar. Kemenangan majority lebih dua pertiga dianggap satu mala petaka dalam masyarakat demokrasi. Justeru itu matlamat DAP menyertai pilihan raya selama-lamanya untuk menafikan majority dua pertiga, bukan untuk lagi untuk berkuasa.

Selepas Dr. Mahathir berundur, BN menang dengan lebih 80 peratus. Ia menjadikan Datuk Seri Abdullah Badawi lebih hebat dari Tunku Abdul Rahman, Tun RAzak, Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir.

Penyakit yang melanda kampus itu jika berterusan, boleh membantu Pak Lah menuju kemenangan ala blok timur dan blok sosialis di era perang dingin. Presiden dan kerajaan menang dengan undi 99.99 peratus.

Ketika rakyat Asia Barat berjuang untuk menurunkan undi 99.99 bagi Presidennya, kita pula cuba mengisi kekosongan itu bagi menaikkan kemenangan Perdana Menteri dengan 99.99 peratus.

Kerja universiti berbaloi. Ia dapat memenangkan budak-budak yang mahu bergantung kepada kerajaan. Ia tidak memikirkan bagaimana hendak mewujudkan siswa yang berilmu, tetapi melatih siswa menjadi pembodek. Tugas kampus ialah melahirkan siswazah berdikari, bukan siswazah bertongkat.

SeTAPAK
28/09/05

Tuesday, September 27, 2005

PERUBAHAN PAS MELALUI HIBURAN ALTERNATIF

SYARIE atau tidak hiburan alternatif yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan diserahkan kepada persembahan yang ikut dijayakan oleh Mawi di Kelantan malam 30 Setember 2005 ini dan perkembangan seterusnya.

Jika ia berjaya, agaknya ini satu kejayaan besar yang PAS dapat sumbangkan kepada masyarakat Malaysia khsusnya dan kepada kemjuan hiburan global amnya.

Antara isu yang dibangkitkan, percubaan Kelantan memperkenalkan hiburan alternatif itu ialah ia tidak dibincangkan dulu oleh parti di peringkat pusat – baik Majlis Syura Ulama yang Menteri Besar Kelantan adalah pengerusinya dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Adab itu tidak diperhatikan. Justeru itu pada peringkat awalnya, ia adalah urusan kerajaan Kelantan dan ia bukan urusan PAS.

Maka kemudiannya ada kenyataan rasmi ia sudah diakui oleh PAS. Bagaimanapun masih adab organisasi belum diikuti sepenuhnya. Adakan rancangan kegiatan dulu, dapatkah pengesahan parti kemudian.

Mungkin tidak boleh disamakan dan mintalah supaya jangan disamakan, mengenai penggunaan wang lotri untuk kegunaan sekolah agama rakyat semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra dulu. Terima dulu keputusan memberi wang itu kepada SAR, panggil ulama mengesahkannya kemudian.

Saya tidak berhajat membangkitkan cara mana PAS menerima kegiatan Kelantan bersama Mawi itu antara kegiatan PAS melalui kerajaannya yang ada.

Tetapi bolehlah ia dikira sebagai satu perubahan besar yang PAS buat dalam lonjakan perubahan oleh pasukan pimpinan perubahan sekarang.

Sejak muktamar di Putik, Kota Bharu Jun lalu semua pihak menunggu perubahan yang dijanjikan. Agaknya adakah merayakan kejayaan Mawi sebagai juara Akadami Fantasia 3 sambil memperkenalkan hiburan alternatif itu sebagai perubahan yang ditunggu tadi?

Jika ia adalah mukaddimah kepada perubahan itu, maka saya ucapkan Selamat Berbangga kepada pimpinan PAS dan penyokong-penyokongnya sekalian.

Al-Marhum Dato Asri sebagai seorang pencita seni tidak mampu memperkenalkan gagasan hiburan alternatif, tetapi gagasan itu diperkenalkan oleh PAS di bawah kepimpinan ulama.

Di bawah pimpinan Al-Marhum Dato Fadzil Noor, PAS bersama-sama rakan juangnya memperkenalkan gagasan Barisan Alternatif, maka di bawah pimpinan bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Dato Seri Abdul Hadi Awang – Nasaruddin Mad Isa – PAS mempelopori hiburan alternatit.

Oleh kerana yang mempelopori utama gagasan hiburan alternatif ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik’mat dan beliau adalah Mursyidul Am PAS, maka dengan sendirinya ia adalah hasil pemikiran Majlks Syura Ulama. Sama ada ia dicetuskan oleh pemikiran Mursyidul Am sendiri atau ia diputuskan oleh Majlis Syura, justeru Mursyidul Am adalah pengerusi Majlis Syura, maka ia adalah di bawah tanggungjawab Majlis Syura Ulama.

Justeru masyarakat umum tidak mendengar sebarang penjelasan dari Dato Dr. Haron Din sebagai sifatnya Timbalan Mursyidul Am, maka ia adalah keputsuan beliau bersama.

Dengan dokongan semua tokoh ulama terbilang dalam PAS itu, maka dengan sendirinya bantahan Dato Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama PAS tidak dilihat mempunyai kekuatan kecuali Dewan itu dapat membuktikan sebaliknya.

Kini orang ramai menunggu Dato Dr. Haron Din mengeluarkan kertas konsep hiburan alternatif itu untuk diteliti. Dato Dr. Haron Din adalah orang yang penting bersama rakan-rakannya dalam Majlis Syhura Ulama merangka Dokumen Negara Islam.

Maka kini bagaimana pula bentuk dokumen mengenai hiburan alternatif itu? Orang ramai khususnya para imam di masjid-masjid di seluruh Negara memerlukannya supaya mereka dapat menjelaskan kepada orang ramai betapa dalam Islam ada hiburan.

Sebelum ada anak-anak muda menyanyi dulu di depan mimbar masjid sebelum sembahyang Jumaat, kerana Islam tidak melarang hiburan 100 peratus, maka perlu imam tahu konsep itu.

Imam-imam di Kuala Lumpur mulai terpesona dengan dakwah Mawi yang diperkenalkan di Kelantan itu dapat menyampai mesej Islam kepada anak-anak muda yang tidak datang ke surau dan masjid.

Mungkin ada nanti saranan, demi mengajak lebih ramai kaki-kaki lepak datang sembahyanag Jumaat, maka apa salahnya sebelum khutbah, dibenarkan pasukan nasyid dengan iringan muzik alternatif mengadakan setengah persembahan di tepi mimbar.

Tujuannya ialah demi meramaikan belia cinta hiburan dating ke masjid, dan Islam tidak merang hiburan 100 peratus.

Ia mungkin satu pandangan khayal, tetapi apabila lulus jarum, maka luluslah kelindan.

Sementara ahli-ahli PAS menunggu perubahan lain, maka perubahan yang ada ini sudah cukup besar dan sudah mampu memenatkan para pemimpin untuk menjelajah ke seluruh Negara menerangkan gagasan hiburan alternaif ini.

Maka rombongan-rombongan juga boleh diatur untuk menghadiri pesta-pesta hiburan antarabangsa untuk memperkenalkan hiburan alternative di pentas dunia.

Mungkin ia satu contoh pendekatan siasah syariyah, dan mengundang kontroversi.Tetapi mana perubahan yang berjalan tanpa gangguan dan masalah.

Apa pun pimpinan PAS mesti menjelaskan bagaimana revolusi hiburan dan muzik nasyid ini akan dapat mengekalkan apa yang dikatakan seolah-olah ada kerjasama manusia di bumi dengan malaikat di langit dalam kerja-kerja PAS selama ini.

Jika slogan itu hendak dipakai, maka pastikan perubahan PAS melalui hiburan alternatif ini dapat menyemarakkan lagi kerjasama antara manusia di bumi dengan malaikat di langit.

SeTAPAK
27/09/05

Monday, September 26, 2005

KIMMA MINTA MASUK MELAYU

DALAM perhimpunan agungnya baru-baru ini antara lain KIMMA, Kongres masyarakat Islam India di Malaysia menuntut supaya kaum itu diterima sebagai orang Melayu dan mendapat hak seperti yang diberikan kepada orang Melayu.

Atau jika tidak diterima sebagai orang Melayu, maka naikkan kepada status Bumiputera sama taraf dengan Kadazan, Iban dan lailn-lain.

Tuntutan masyarakat Indis Muslim itu bukan suatu tidak munasabah. Ia boleh ditimbangkan dan patut ditimbangkan.

Sebagai masyarakat yang beragama Islam, mereka adalah sudah bersaudara dengan orang Melayu yang beragama Islam. Jika orang Melayu Islam itu adalah orang-orang yang takwa, mereka mesti menerika orang Islam India itu sebagai saudara mereka kerana Islam sudah menentukan penganutnya adalah bersaudara.

Kalau ada orang Melayu tidak menerima masyarakat Muslim itu bukan saudara mereka, maka ini bererti sangat nipis Islam mereka.

Masyarakat India Muslim itu dalam beberapa hal telah mengamalkan kebudayaan orang Melayu, walaupun masih mengekalkan pergaulan dan cara hidup masyarakat mereka.

Selain dari orang Melayu, masyarakat inilah yang masih makan bersuap dengan tangan dan mengekalkan kain pelikat sebagai bakaian harian terutama semasa berada dalam rumah.

Malah sebahagian dari mereka telah pun menjadi orang Melayu yang masih disifatkan oleh setengah orang Melayu sebagai Mamak. Walaupun Mamak itu adalah nama lama masyarakat India Muslim di Negara ini, tetapi yang sudah menjadi orang Melayu pun masih tidak terbuang terus gelaran Mamak itu.

Walaupun ada lagi ingatan mereka sebagai Mamak, tetapi ia tidak pula meletakkan mereka rendah dari orang Melayu yang bukan Mamak tadi. Ramai dari mereka menjadi ahli dan pemimpin UMNO.

Dalam tahun 60an seorang ADUN Pulau Pinang MSA Zakaria adalah seorang masyarakat India Muslim tadi. Sebagai ahli perniagaan, kehidupan dan pergaulannya adalah di kalangan kumpulannya. Bahasa yang digunakannya adalah bahasa Melayu. Hanya semasa dalam perhimpunan UMNO saja dia jadi orang Melayu.

UMNO cawangan Kampung Dodol, Jelutung, Perak Road dan lain-lain di Pulau Pinang antaranya adalah keturunan India Muslim tadi. Mungkin yang meramaikan kubur dekat Kampung Dodol Pulau Pinang adalah mereka.

SM Zainal Abidin yang datang ke Malaysia bersama ayah Tun Dr. Mahathir, malah mereka dari wilayah yang sama, menjadi keluarga Melayu Mamak yang terkenal di Pulau Pinang.

SM Zainal Abidin menjadi wakil rakyat UMNO di Majlis Perundangan Persekutuan tahun 1955. Menantunya Dato Aziz Ibrahim, juga Mamak adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama.

Keluarga ini yang melahir juruhebah radio yang terkenal satu masa dulu iaitu Zainal Alam. Zainal Alam tidak pernah dikenali sebagai masyarakat Indian Muslim, tetapi adalah orang Melayu.

Keluarga Dr. Mahathir dan keluarga Dato Kadir Syaik Fadzir lebih mudah jadi orang Melayu kerana mereka tinggal dalam masyarakat Melayu yang tidak ramai orang India. Justeru itu mereka hampir tidak diterima sebagai masyarakat India Muslim, kerena mereka hampir tidak tahu bahasa nenek moyangnya.

Mungkin untuk menunjukkan dirinya mewarisi sikit budaya India tadi maka sejak tua ini beliau kot yang digunakan oleh masyarakat India.

Dato Zainuddin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan misalnya adalah berbapakan India Muslim dan beribukan Melayu. Justeru itu boleh jadi ahli Kimma dan UMNO. Oleh kerana nasibnya baik dia menjadi ahli UMNO.

Antara sebabnya ayahnya memilih tinggal di Alur Setar yang tidak ramai kaum Indian Muslim, maka dari kecil lagi beliau bersekolah Melayu. Pergaulannya dengan kanak-kanak Melayu dan jodohnya pula orang Melayu.

Kalau ditakdirkan beliau tinggal di Pulau Pinang atau di Sentul atau di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, ke sekolah Inggeris, berkawan dengan kanak-kanak semua kaum dan kahwin pula dengan gadis Hindustan, maka mungkin dia juga bersama Kimma.

SM Idris, pemimpin CAP adalah orang India Muslim tetapi adiknya Mohidin Kadir orang Melayu.

Mungkin yang menyebabkan setengah dari masyarakat India itu tidak cepat menjadi orang Melayu ialah disebabkan datuk nenek mereka dulu menghabis sebahagian dari masanya atau beberapa bulan dalam setahun tinggal di India atau mereka ada isteri di India dan ada isteri di Malaysia.

Setengah dari pengedar akhbar dan roti bertukar dua atau tiga orang setahun kerana mereka balik ke India. Tiga atau empat bulan kemudian mereka ada semula di Malaysia. Ini menyebabkan mereka pun tidak memikirkan sangat untuk jadi orang Melayu.

Dalam hal ini orang Arab yang semangat kearabannya lebih tebal dari lain-lain kaum, lebih cepat mengasimilasikan kehidupannya menjadi Melayu. Oleh itu keturunan Arab kesseluruhannya sudah diterima sebagai orang Melayu.

Usul Kimma itu sepatutnya diteliti secara serius oleh kementerian yang mengendalikan isu perpaduam kaum dan penyatuan budaya bagi memantapkan perpabduan bangsa Malaysia. Dalam mana-mana pembentukan bangsa, lebih sikit kaum dalam masyarakat itu lebih.

Pada tahap pertama memperjuangkan kemerdekaan, rundingan antara Dr. Burhanuddin al-Hilmy dan Tan Cheng Lock ialah isu menerapkan masyarakat Cina ke dalam bangsa Melayu. Cheng Lock pada dasarnya telah menerima rupa bangsa Tanah Melayu ialah Melayu dan bukan Melayu diterima menjadi Melayu.

Apibila dikacau oleh Malayan Union dan UMNO, maka masing-masing mahu mempertahankan indetiti kaumnya. Tan Cheng Lock kemudian meninggalkan Dr. Burhanuddin kerana beerkawan dengan Dato Onn Jaafar dan akhirnya meninggalkan Dato Onn untuk berkawan dengan Tunku Abdul Rahman, maka cadangan Malayan Union supaya rupa bangsa Tanah Melayu adalah Malayan ditukar oleh Tunku menjadi Malaysian.

Dengan ini Malaysia memiliki belbagai kaum yang ada kekuatan masing-masing. Usaha meminimakan bilangan kaum sudah menjadi sensitif dan jika salah cakap senang sangat melanggar undang-undang.

Kini Kimma mahu kaum India yang beragama Islam menjadi Melayu sesuai dengan perkembangan awal Tanah Melayu apabila seseorang menganut Islam dikira masuk Melayu.

Pendekatan lampau dikira lapuk oleh para pejuang kemerdekaan. Mereka lebih terbuka, tidak mengira menganut Islam menukar identity kaum. Justeru itu menerpan perpaduan kaum di zaman sebelum merdeka lebih licin dari selepas merdeka. Selepas merdeka masing-masing megah dan berbangga mengiklankan Malaysia sebagai masyarakat berbagai bangsa, budaya dan lain-lain. Oeh itu isu perpaduan menjadi masalah yang tidak pernah selesai.

Agama menjadi penghalang besar untuk meminimakan bilangan kaum. Kimma membuka satu medan berfikir, betapa cadangannya itu boleh meminimakan jumlah kaum. Sekurang-kurangnya kalau Indian Muslim diterima menjadi Melayu, maka dalam masa 48 tahun mereka Malaysia dapat mengurangkan satu bilangan kaum.

Atas dasar itu Kimma telah mengetuk pintu hati rakyat Malaysia untuk meminimakan bilangan kaum demi mengukuh pembentukan bangsa Malaysia yang kuat dan kukuh. Tunggak Melayu dalam kontek perpaduan kaum akan dapat dikuatkan lagi dengan penyertaan kaum India Muslim ke dalam bangsa Melayu.

Jika kaum-kaum di Sabah dan Sawawak mengikut cara berfikir Kimma itu maka ini bererti isu kemajmukan Malaysia itu dapat dinipiskan. Ia dikira sebagai langkah pertama dalam perjalanan berjuta kilometer untuk membentuk satu rupa bangsa Malaysia yang kukuh dan perkasa.

SeTAPAK
26/09/05

Saturday, September 24, 2005

AMERIKA DILANDA BALA RITA PULA

DALAM masa kurang dari sebulan Amerika sekurang-kurangnya dilanda dua taufan kencang – Katrina dan Rita. Taufan Katrina meletakkan Bandar New Oleans dalam keadaan separuh musnah – beribu mati dan berbilion dolar harta benda munah.

Ia cukup menghuru harakan pentadbiran Presiden Bush kerana lambat bertindak bagi meminimakan kecederaan dan ditempelak mengutamakan peperangan di Iraq, tetapi mengabaikan tanggungjawab menyelamatkan nyawa rakyat.

Dalam apa keadaan pun pimpinan dan pentadbiran Bush yang zalim itu telah cedera dari azab Katrina itu.

Belum sempat New Oleans dipulihkan, maka taufan Rita pula melanda kawasan sekitarnya tetapi ia lebih menuju kepada wilayah Texas, negari tumpah darah keluarga Bush sendiri. Ribut ini mengancam telaga minyak, sedang telaga minyak Texas adalah pemyumbang minyak dan gas terpenting bagi Amerika.

Kecederaan dijangka besar. Belum diketahui penderitaan yang jelas, tetapi rakyat sudah pun menghambat diri masing-masing meninggalkan kampung halaman dan harta benda.

Mungkin tidak cukup bijak mengukum bencana besar tapi masih kecil dibandingkan dengan tsunami Disember lalu, gara-gara kaum Amerika mendustakan Islam sebagai pengganas dan menzalimi penduduk Iraq dan Afghanistan yang menuntut kemerdekaan dan keadilan.

Tetapi bencana alam adalah bala dan azab Allah. Ia adalah balasan kepada kerakusan manusia yang lupa daratan. Lazimnya dalam sejarah para anbia, setelah penduduk sebuah Negara atau sesuatu kaum itu diberi nikmat kemakmuran, kekuatan dan kuasa, ia durhaka lalu menyembah selain dari Allah, maka Allah datangkan peringatan melalui orang laki-laki dari kalangannya atau saudara mereka sendiri.

Laki-laki itu rasul untuk memberi peringatan, sembahlah Allah dan tinggalkan penyembahan selain daripadaNya. Takutlah kepada Allah dan bertaubatlah. Setelah mereka ingkar juga dan mendustakan utusan Allah, maka Allah turunkan azab.

Dua kaum paling agung Allah binasakan dari muka bumi melalui taufan besar. Pertama kaum Nuh. Seluruh alam yang bermanusia di tenggelami memusnah kaum Nuh kecuali orang-orang yang beriman bersama Nabi Nuh. Baginda terapung dalam bahtera selama 150 hari.

Bencana alam pertama itu bermula dengan taufan dan diikuti oleh banjir. Bencana itu tidak berlaku kiranya pendurhaka kaum Nuh itu bertaubat. Bencana itu sudah dimaklumkan sejak Nuh diutus kepada kaumnya.

Kedua ialah taufan terlalu dingin selama tujuh hari lapan malam terhadap kaum Aad di wilayah Ahqaf iaitu antara Oman dan Hadramaut di Yaman. Ia berlaku selang beberapa kurun selepas taufan zaman Nuh. Bangsa itu Allah anugerah kemakmuran dan kemajuan ekonomi yang tiada tara. Mereka dianugerah tubuh besar, rumah masing-masing seperti mahligai, kebun yang luas subur menghasilkan makanan yang secukupnya. Lain-lain kaum tunduk kepadanya.

Anugerah Allah kepada kaum Aad itu seolah-olah sama dengan yang dinikmati oleh kaum Bush sekarang – kuasa, kekayaan, rupa paras yang cantik dan tampan serta bertenaga. Kaum Aad takbur, lupa daratan, mabuk dengan kemewahan, menyembah berhala. Hud dihantar untuk memberi memberi peringaan, tetapi kaum Aad mendustakan Hud.

Kata dua yang Hud sampaikan ialah sempahlah Allah dan tinggalkan penyembahan berhala atau akan ditimpa bencana alam iaitu azab. Jika kaum itu bertaubat, maka Allah gandakan nikmatNya – hujan yang mencukupi, kekuatan tubuh bertambah, kebun bertambah subur, kekayaan bertambah dan sebagainya.

Bencana alam telah disediakan. Kiranya kaum Aad meninggalkan kejahatan maksiat, bencana alam itu akan dibatalkan. Justeru mereka bodoh sombong, maka turun bencana alam dalam bentuk taufan dingin yang laju berserta ribut pasir yang menderu.

Seluruh mahligai dan gedung terbang menjadi debu atau tertimbus dalam ribut pasir, manusia diterbangkan seperti kertas melayang ke udara. Mereka rebah ke bumi seperti batang kurma reput menghempat bumi.

Kaum Aad atau kaum Hud itu musnah seperti kaum Nuh. Kini kaum Bush pula mengalami taufan. Entah berapa lama. Angin boleh pergi dan ia boleh dating lagi.

Ciri-ciri kaum Bush itu ada persamaan dengan kaun Nuh dan kaum Hud dalam banyak hal kalau tidak dalam semua hal.

Sekarang tiada lagi nabi, tetapi peringatan telah tiba kepada kaum Bush melalui internet dan sebaganya. Walaupun tiada lagi nabi, tetapi al-Quran ada hingga hari kiamat. Semua amaran yang Nabi Nuh dan Nabi Hud sampaikan kepada kaumnya, ada dalam Quran dan sudah sampai ke Pantagon.

Tetapi kaum Bush sama degil dengan kaum Nuh dan kaum Hud.

Taufan selepas era Muhammad SAW atas doa nabi akhir zaman itu tidak sekeras azab di zaman lain-lain nabi. Katrina dan Rita tidak sama dengan taufan di zaman Nuh dan ribut sejuk di zaman Hud, tetapi ia adalah amaran awal yang sudah cukup dirasa penat oleh kaum Bush. Ia adalah amaran. Adanya umat Islam di kalangan kaum Bush membantu mengurangkan azab Katrina dan Rita. Allah mahu menyelamatkan orang beriman, maka taufan itu tidak sekencang awal sejarah manusia dulu.

Kaum Bush kini menyesatkan seluruh penduduk dunia dengan teknologi senjata dan teknologi hiburannya. Hiburan yang masuk ke setiap rumah manusia di dunia, menyebabkan manusia lupa daratan. Kaum Bush mabuk dengan kemewahan tetapi ia merancang supaya orang lain papa.

Kezaliman Bush dan kaumnya melayakkan mereka menerima azab. Bukan azab itu kita doakan untuknya, tetapi ia hanya kuasa dan hak Allah untuk menentukannya.

Kebetulan wilayah yang dilanda itu adalah saluran perjalanan taufan, tetapi iman boleh menunda atau menyelamatkan azab bencana alam itu.

SeTAPAK
24/09/05

Friday, September 23, 2005

HALIL WAJAR AMBIL CUTI BERSARA

ISU RM5 juta yang dikatakan diperuntukkan untuk meraikan persaraan Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib tidak pernah dijelaskan oleh kementerian kewangan yang punya dua menteri kewangan, mendorong Dewan Rakyat menyerang Ketua Pengarah Kastam yang akan bersara Oktober 2005 ini.

Kecaman anggota DEwan berkisar atas tiga perkara iaitu isu peruntukan RM5 juta tadi, jabatan kastam dikatakan rugi RM 7 juta dalam masa seminggu justeru jabatan kalut diselubungi isu RM5 juta tadi dan sindiran Tan Sri Halil apa salahnya dia main golf kalau Datuk Seri Najib pun boleh main golf?

Tan Sri Halil tiada peluang untuk menjawab kecaman itu di parlimen dan pegawai kerajaan lazimnya tidak banyak ruang untuk membela diri apabila ia diserang terutama apabila serangan itu dibuat oleh penyokong kerajaan.

Atas sebab itulah parlimen selalunya menumpukan sasaran kepada menteri berkenaan untuk menjelaskan kepincangan yang berlaku di bawah kementeriannya. Segala kepincangan baik ia dilakukan oleh ketua pengarah, oleh mana-mana pihak dalam jabatan atau apa jua kepada menteri.

Kelemhan yang berbangkit itu adalah tanggungjawab menteri. Dia dibayar elaun yang tinggi bagi memastikan semua jabatan dalam kementeriannya berjalan lancer. Atas semangat inilah menteri di India meletakkan jawatan kalau keretapi berlanggar sedang kerja menteri bukanlah menjaga lampu isyarat di stesen keretapi.

Begitu juga di Jepun. Meneri dan kadang-kadang Perdana Menteri yang berhenti atas kepincangan di bawah pentadbirannya.

Malaysia mempunyai dua menteri kewangan. Kedua-duanya boleh menjelaskan dari mula isu RM5 juta itu berlaku. Mereka boleh panggil semua pengarah kastam minta penjelasan atas perkara itu dan menteri boleh jelaskan serta merta kepada masyarakat.

Demikian juga isu RN7 juta cukai tidak dapat dipungut. Adakah menasabah kerana krisis isu RM 5 juta dan ketua pengarahnya yang akan bersara, kaki tangan lain boleh pungut cukai yang sepatutnya dipungut, kiranya perkara itu benar.

Pada hari Tan Sri Halil dikecam, akbar sudah menyiarkan dua pandangan yang berbeza mengenai cukai RM 7 juta hilang. Satu kata tidak berlaku, satu kata berlaku.

Anggota Parlimen mempedulikan kenyataan akhbar itu. MP juga tidak sedar betapa surat-surat dari jabatan itu yang sepatutnya rahsia, tetapi boleh bocor kepada media. Saya terasa minit mesyuarat, setengah kertas pekeliling adalah rahsia kerajaan. Yang jika bocoh boleh didakwa di bawah OSA.

Semua ini tidak timbul. Dan perkara ini berlaku semasa pergolakan isu RM 5 juta ini berbangkit.

Dua orang menteri kewangan, beberapa orang timbalan menteri dan setiausaha parlimen dapat dipertanggungjawabkan, bertindak segera bila isu berbelanja besar atas persaraan Tan Sri Hilal, maka kepncangan jabatan di bawah menteri kewangan boleh diselesaikan masa itu juga.

Adakah tepat seperti pepatah Inggeris, kerana ramai sangat tukang masak kuah binasa? Adakah releven lagi Perdana Menteri menjadi menteri kewangan sambilan? Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ssepenuh masa justeru sudah tidak orang yang dipercayainya pada masa itu. Adakah dalam era Islam Hadhari ini juga tiada juga orang yang dipercayai?

Serangan ahli parlimen kepada Halil, adalah satu serangan yang mesti dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri yang menjadi menteri kewangan pertam dam Tan Sri Nur Yaakub selaku Menteri Kewangan Kedua.

Halil adalah pegawai PTD yang Dr. Mahathir hantar menjadi Ketua Pengarah Kastam. Mahathir tidak pilih orang kastam sendiri menjawat jawatan itu. Jabatan kastam dikatakan dari awal sudah tidak senang. Tidakkah kejadian yang ada sebagai satu isyarat bahawa bukan pegawai profesional kasam jangan lagi dihantar mengepalai jabatan kastam.

Isu seperti ini telah berbangkit sejak zaman Tan Sri Abdul Rahim Tak apabila ada cadangan untuk mengirim orang PTD menguasai jabatan itu.

Logiknya ada. Apa polis rasa kalau selepas Tan Sri Badri nanti Ketua Polis Negara diserahkan kepada pegawai PTD? Mengamuklah Musa Hassan.

Ketua Setiausaha Negar Tan Sri Samsuddin patut ditanya tentang amalan biasa apabila pegawai PTD bersara. Bagaimana keraian persaraan Tan Sri Pahimin dulu? Sekarang dia jadi ‘raja’ kapalterbang murah.

Ada maklumat, biasalah bagi pegawai PTD bersara, mereka memungut seribu satu pihak dari sesama mereka, kadang-kadang pegawai PTD rendah yang bersara tak muat motokar membawa pulang hadiah. Bayangkan kalau PTD tinggi.

Mungkin perkara itu asing bagi kastam.

Dari peristiwa Halil ini banyak perkara perlu dikaji kalau perubahan hendak dilakukan. Halil mungkin menjadi tokoh kontroversi, tetapi banyak kepincangan lain boleh dilihat berpunca dari isunya.

Mungkin kerenah yang dihadapi Halil kerana sikap kritisnya. Bila ditanya dia tentang main golf, dia menanyakan apa salah dia tidak boleh main golf kalau Timbalan Perdana Menteri boleh main golg. Saya kira Halil tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan berkata begitu. Tetapi masyarakat kita jenis yang membodek, mungkin lebih teruk dari Hang Tuah, maka dia dipaksa menyembah dan mencium tangan Datuk Najib.

Saya tertarik dengan kritis dan kebebasannya berfikir. Otak rakyat patut terbuka sepertinya. Kalau main golf itu jadi masalah, maka mengapa banyak padang golf dibina dan kebanyakan pegawai didorong main golf. Sebagai TPM Datuk Najib menjadi pengerusi kepada banyak badan. Dia ada masa main golf.

Halil berani. Saya kira dia tidak bersalah dan tidak patut pergi menyembah TPM. Menghormati TPM tidak salah, tetapi TPM tidak boleh berbangga melihat seorang rakyatnya yang berfikiran bebas dipaksa dating minta maaf di khalayak ramai. Macam kesalahan membunuh dalam Islam mesti dihukum di khalayak ramai. Walaupun berlaku di pejabatnya tapi berTV.

Najib wajar jelaskan adakah dia bangga dapat melihat seorang pegawai berani datang mencium tangannya? Saya rasa ada usaha untuk menjadikan Najib seorang yang sombong. Namanya tidak wajar disentuh. Ini tidak membantu Najib untuk menjadi seorang yang terbuka.

Halil tidak mengecamnya, Cuma menjadikan contoh tentang orang yang bermain golf, tidak boleh dijadikan alasan main golf satu kecacatan. Di luar sedar Halil telah mencabar otak orang ramai supaya berfikiran terbuka.

Najib jangan mudah dibodek oleh pengampu-pengampu. Pada dasarnya mereka mahu menjaganya, tetapi itulah yang dinamakan sokong membawa rebah. Tetapi Halil adalah seorang penyindir. Jika kebebasannya tidak diganggu, dia boleh menjadi sseorang pemberi ingatan atau amaran yang berguna. Bangsa Amerika dadn Eropah yang maju adalah diasaskan oleh ramainya rakyat penyindir seperti Halil.

Saya kira setelah Halil menerima berbagai tohmah dan penghinaan, maka kalau saya seperti saya mengambil citi bersara. Jika ada majlis keraian persaraannya, gunakan majlis itu untuk menjawab kecamam parlimen terhadapnya. Saya tidak pasti adakah menteri yang ramai di kemenerian dia berkhidmat boleh mewakilinya dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan.

Halil ada kelemahan, tetapi jangan kebaikannya dinafikan.

SeTAPAK
23/09/05

Thursday, September 22, 2005

YANG UNTUNG POLITIK MAWI

MAWI adalah anak didik hiburan ciptaan Akadami Fanatasia 3 yang entah kerana apa memukau para belia. Ia menjadi wabak kepada semua peringkat generasi hatta haji dan lebai.

Mulanya dia sudah terkeluar dari senarai 12 pelajar AF3. Juri muzik yang menguasai bidangnya tahu kelemahan Mawi. Dia tidak mengikut muzik, Mzik pula seolah-olah mesti mengikutnya.

Penganjur menerima kitikan SMS kerana mengenepikan Mawi. Ketika itu peniaga hiburan menyedari Mawi boleh membawa rezeki kepada perniagaannya.

Diadakan semula ujian untuk lapan pelajar yang ditolak bagi memilih dua pelajaran tambahan. Adalah dipercayai ujian semula itu semata-mata untuk mengambil Mawi.

Benar katanya, rezekinya.

Dia dapat apa yang dia dapat, dan dia jadi apa yang jadi padanya sekarang.

Rezekinya dia kini menjadi rebutan antara penganjur hiburan dan pesaing politik. Peniaga hiburan tidak dapat beruat apa dalam masa setahun ini kerana dia terikat kontrak dengan penganjur AF3.

Kerana Mawi menjadi buah mulut semua lapisan masyarakat manusia, maka pesaing politik cuba meraih tuahnya.

Peneraju-peneraju politik kerajaan Kelantan dari awal melihat bakat dan tuahnya dalam seni muzik nasyid dan watak lurun orang kampung beragama boleh memecah tanggapan dingin anak muda gila muzik dan hiburan kepada kerajaan negeri itu.

Pemuda UMNO tidak mahu tuah Mawi itu menjadi sial pula baginya, maka ia cepat-cepat mengepung Mawi, cepat-cepat dibawa ke kemah Putera UMNO yang berkampung di Baling. Dipakaikan dia dengan baju T Putera dan disamping menghiburkan mereka dia menggunakan suara buluh perindunya untuk menyenangkan hati pimpinan Pemuda UMNO.

Dia masuk kandang kambing, maka dia pun mengikut resmi kambing. Menyesuakan diri dengan suasana di situ itu adalah rezekinya. Dia kena layan penganjur supaya mereka terhibur.

30 September 2005 ini dia ke Kota Bharu. Resmi di situ lain, tidak macam resmi kambing. Katakanlah kerbau, maka dia ikut resmi kerbau. Orang Kelantan akan terhibur. Mawi akan mengiburkan mereka dengan cara yang tidak menusahkan penganjur tentang politiknya.

Pemuda UMNO menganjurkan sidang media untuinya. Pemuda UMNO takut sangat pemergiannya ke Kelantan merugikannya.

Mereka memang sudah gelabah dengannya kerana tersebar khabar angina, di rumahnya di Felda Taib Andak ada gambar Tuan Guru Nik Aziz tergantung di dinding. Tiada penapian dan tiada pengesahan. Ada pula kata-kata dalam pilihan raya lalu, dia mengeluarkan keringat menolong pos calon KeADILan. Tiada penapian dan tidak pengesahan.

Pemuda UMNO tentunya tidak terhibur dengan desas desus mengenai penghibur itu. Maka dalam sidang media yang diusahakan oleh Pemuda UMNO, suara buluh perindu megelarkan suara bukan nyanyi.

Dia mengaku bukan ahli PAS dan tidak pernah menjadi penyokong PAS. Walaupun ia bukan lagi dan lirik yang lazimnya menghibur, maka cakap-ckap biasa itu adalah hiburan bagi Pemuda UMNO dari Mawi.

Sebagai penyanyi dia bebas melayan peminat-peminatnya, kerana pemimpatnya adalah dalam semua kumpulan manusia.

Dia sudah ada tiket ke Kelantan. Beratus ribu peminat dikir barat, makyong, menorah, wayang kulit akan memenuhi Stadium Sultan Muhamad Kota Bharu bersama dengan ahli dan penyokong PAS sedang menunggunya. Dia sudah tentu bertemu Tuan Guru Menteri Besar dan mujngkin mencium tangannya.

Adakah dia penyokong Dato Nik Aziz?

Dalam sidang media anjuran Pemuda UMNO itu Mawi ditanya, siapa yang disokongnya?

Kerana sidang akhbar itu diusahakan oleh Pemuda UMNO dia juga memberi jawapan politik yang boleh mendatangkan rezeki. TErhibur Pemuda UMNO bila jawapan politik Mawi adalah yang disoskongnya Pak Lah.

Sekadar menyokong Pak Lah tidaklah politik sangat bagi budak muda sepertinya. Kalaupun ia bukan cakap politik tetapi ia menguntungkan politik Pemuda UMNO. Memang budak-budak muda banyak menjadi alat UMNO sedang mereka tidak berpolitikpun.

Tetapi apabila jawapannya yang penuh ialah, ‘Saya sokong Pak Lah memerangi dadah,’ maka jadilah Mawi penghibur yang pandai memainkan lagu politik secara tidak berlagu.

Pemuda UMNO dan Pak Lah beruntung, tetapi untungnya sebelah saja. Pada Mawi ada sebelah lagi. Adakah dia akan bagi pada sesiapa yang sebelah lagi itu? Atau dia akan simpan untuknya, tidak akan bagi pada sesiapa pada masa ini.

Rezeki Mawi ada juga di Kelantan. Tetapi kerana ada rezeki di Kelantan, dia juga akan dapat banyak rezeki pula di tempat lain. Rezeki yang sudah didapati dari Pemuda UMNO itu, sedikit sebanyak disebabkan oleh rezeki di Kelantan itulah.

Bagi memestikan Mawi tidak tesrkenang sangat rezeki dari Kelantan itu, negeri-negeri di bawah UMNO wajar menyediakan rezeki untuknya, lebih dari rezeki yang dia dapat di Kelantan.

Apa politik yang orang di sekeliling kerajaan Kelantan boleh dapat dari politik Mawi ini tidak diketahui.

Jika orang-orang kerajaan di Kelantan itu berjaya memegang kuasa atas kerjasama manusia di bumi dan malaikat di langat, maka bagi mengekalkan kuasa itu beralih setapat lagi. Ia adalah kerjasama manusia di bumi yang dulu juga dengan Mawi yang juga dari bumi. Pada ketika yang sama ia mengekalkan kerjasama manusia di bumi dengan malaikat di langit.

Mawi yang berpolitik itu mestilah memberi kerjasama kepada manusia di bumi Kelantan itu bagi mengekalkan kerjasama yang diperlihinya dari malaikat selama ini. Jangan persembahkan sesuatu yang menyebabkan malaikat di langit menarik kerjasamanya.

Malaikat pula tidak sekadar melihat kerjasama itu di Kota Bharu saja. Kerjasama itu termasukkan kerjasama di tempat lain. Kalau Mawi masih sebahagian dari kerjasama dengan orang-orang di Kelantan, maka malaikat akan tengok kerjasama itu tidak sekadar di Kota Bharu saja.

Mawi tidak terlibat dan tidak terikat dengan kerjasama malaikat dan manusia tahun 1990 dulu. Masa itu Mawi mungkin belum bersunat lagi.

Mawi orang bebas. Mawi tidak mencari orang politik. Tetapi orang politik mencarinya. Patutkan orang politik mahu menumpang kekuatan Mawi? Yang jelas Mawi adalah pemenang antara kumpulan-kumpulan politik yang hendak menumpang kekuatannya. Yang belum tentu menang iakah orang-orang politik yang mencari kekuatan dari kejuaraan Mawi dalam Akadami Fantasia.

Jika andaian ini tepat, ia bererti masing-masing sudah hilang kekuatan, bahkan bergantung kepada Mawi yang menjadi agen hiburan baru.

SeTAPAK
22/09/05

Wednesday, September 21, 2005

KESIAN PADA TAN SRI HALIL

TAN SRI Abdul Halil bin Abdul Mutalib satu nama yang saya tidak kenal dan satu yang langsung tidak ada dalam fikiran saya. Mungkin kami ada berjumpa tapi saya tidak tahu langsung kewujudannya.

Ketua Pengarah Kastam Diraja yang akan bersara Oktober ini sedang berhadapan dengan fitnah dan tohmah, dikatakan terbabit dalam acara keraian persaraannya yang melibatkan perbelanjaan RM5 juta.

Saya sangat simpati dengannya. Dia seorang pegawai kanan kerajaan yang akan bersara beberapa hari saja lagi dan persaraannya itu bukan kerana dibersarakan tetapi kerana usianya mewajibkan dia bersara.

Saya melihat dari luar dan dari jauh, dia sudah mencapai satu kejayaan dalam perkhidmatannya kerana telah diamanahkan memegang satu jawatan yng cukup tinggi. Dalam beribu-ribu orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan kastam, maka satu jawatan yang hanya boleh dijawat oleh satu orang pada masa diamanahkan kepadanya.

Tahniah atas perkara itu.

Tiba-tiba pada tempoh yang dia patut mendapat penghormatan dari perkjidmatan dan diikuti dengan dapat ganjaran yang menjamin hidup dan masa depannya selepas persaraannya kerana khidmatnya, maka dia berhadapan dengan tohmah yang sangat berat yang mengancam masa depannya dan nama baik keluarganya.

Kesnya dikatakan acara-acara keraian persaraannya oleh jabatannya dan anak-anak buiahnya melibatkan perbelanjaan RM5 juta.

Ia bukan suatu yang mustahil, tetapi saya payah hendak mempercayainya kerana perbelanjaan apa sebegitu besar untuk persaraan seorang pegawai kanan kerajaan sepertinya boleh membenarkan dan menytujuinya?

Dia tentu tahu risikonya dalam suasana kerajaan sangat ghairah membuktikan ia sangat anti rasuah, ia mahu sebanyak-banyak bukti menangkap dan menghukum kes seprti itu supaya ia betul-betul dilihat bertindak menentang rasuah.

Semua orang tahu bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang rasuahnya cukup galak sama seperti pesatnya pertumbuhan bangunan-bangunan di seluruh pelusuk. Orang ramai begitu kuat menekan kerajaan supaya bertegas menentang rasuah dan kerajaan pun disuarakan bertegas untuk menanganinya.

Tetapi orang tidak melihat tindakan kerajaan itu selari dengan laungannya. Kerajaan ada alasan, bukanlah mudah untuk membabitkan seseorang. Ia kena hati-hati dan memastikan tiada yang terinaya dalam tindakan itu. Justeru itu ia tidak boleh terburu-buru. Justeru itu ia tidak dikira bersungguh, kerana tidak banyak bukti tindakan telah diambil.

Kerajaan yang takut dilihat tidak bersungguh, mahukan kes yang membolehkan kerajaan dilihat bertindak bersungguh-sungguh membasmi rasuah. Dalam keadaan itu kerajaan tidak teragak-agak bertindak terhadap apa jua yang mmebolehkan ia dilihat tegas.

Apabila ada isu sepesrti yang dihadapi oleh Tan Sri Halil itu, maka kerjaan terpaksa tegas. Menyedari hal itu maka Tan sri itu tentulah peka dan mesti menjuahkan diri dari fitnah.

Tetapi jika dia adalah dari jenis yng tidak bertenggungjawab, maka lantaklah apa nak jadi kepadanya.

Pada masa ini saya tidak menaruk perasaan buruk terhadap pegawai yang sedang hendak menamatkan perkidmatannya. Setengah orang sudahpun mengabil cuti menjelang persaraan.

Saya seorang yang mahu melihat seorang yang salah dikenakan tindakan. Tetapi saya juga setiap orang dibagi keadilan.

Oleh kerana itu saya lebih suka melihat cara Allah mensabitkan dosa seseorang.
Seorang yang berniat untuk berbuat baik, ketika itu juga dia mendapat pahalanya. Apabila niat itu dilaksanakan, maka ia dapat pahala lagi.

Tetapi bagi seseorang yang berniat untuk melakukan kejahatan, dia tidak diberi dosa lagi. Hanya sesudah dia melakukan naitnya, maka barulah dosa itu disuratkan. Tetapi di antara niat dan pelaksanaan niat itu, dia menggugurkan niatnya, maka dia bebas dari dosa.

Oleh kerana itu saya lebih suka melihat sambuntan majlis perpisahan Tan Sri Halil, kalau betul niat dan dirancang hingga menelan belanja RM5 juta, maka ia hendaklah dicegah. Rancangan itu hendak dibatalkan. Rancangan bukan suatu sudah berlaku. Ia hendak berlaku, ia belum berlaku.

Orang-orang yang katakan terlibat baru bercadang, mereka belum melaksanakan kesalahan. Dan kerajaan bertindak mencegah. Tindakan mencegah tentulah sepatut tidak sama dengan tindakan terhadap pihak yang sudah melakukan perkara yang dilarang tadi.

Jika ada rancangan seperti yang dibangkitkan itu, maka apa yang bising sekarang ialah usaha menghalang ia dilaksanakan. Maka tindakannya tidak sama dengan hukuman terhadap pesalah setelah ia dilakukan.

Tindakan mencegah ini adalah lebih diperlukan dari tindakan menghukum ssetelah ia dilakukan. Rawatan yang terbak bagi sebarang penyakit ialah mencegah dari penyakit, bukan merawat setelah sakit.

Jika benar berlaku, maka ia hendaklah dibatalkan. Malu atas tindakan pencegahan seperti yang saya maksudkan itu adalah lebih berkesan dari dedan dan hukuman yang dikenakan.

Kalau saya yang menjalankan undang-undang, maka saya perintahkan perkara itu jangan diteruskan. Tutup buku. Kalau kamu teruskan juga, maka akan terima risikonya.

Hukum yang saya fikirkan itu ialah kerana saya menghargai jasa, khidmat dan kebaikan yang seseorang pernah beri sepanjang khidmatnya, maka tidak sedap kesilapan di saat akhir perkhidmatan, semua kebaikannya dipadamkan sama sekali. Tetapi kalau RM5 juta yang dikatakan itu sudah dihabiskan, maka terimalah habuannya.

Bagaimanapun saya tetap bersangka baik kepada Tan Sri Halil. Saya tidak berhajat untuk menjadi pembela. Tapi saya tidak mahu dia tidak dapat keadilan dalam isu ini. Saya kesian kepadanya, dan saya harap dia dapat melepasi ujian itu.

Pandangan saya ini tidak langsung berhajat untuk mempengaruhi mana-mana pihak menghentikan kerja masing-masing.

SeTAPAK
21/09/05

Tuesday, September 20, 2005

RAJA TOLAK AMALAN CIUM TANGAN

TITAH Raja Muda Perak, Raja Nazrin mengenai hubungan raja dengan masyarakat dan pendirian Raja Abdullah, raja Saudi yang baru supaya budaya mencium tangan raja dihentikan, boleh membawa ruang berfikiran kritis kepada generasi baru.

Raja Muda Perak adalah antara orang-orang bergelar yang banyak mengemukakan pandangan maju bagaimana generasi selepas memandang takhta dan bagaimana waris takhta membebaskan diri dari momokan feudalisma yang tidak digemari orang biasa dua abad lalu.

Kesedaran dan perkembangan di kalangan golongan bangsawan seolah-olah momokan feudalisma itu lenyap dalam amalan kemajuan demokrasi.

Bagaikan satu ledakan apabila Raja Saudi yang baru, Raja Abdullah, seelok menaiki takhta sebulan lalu bertindak menghentikan amalan mencium tangan raja oleh rakyat jelata, satu amalan yang biasa ssebagai penghormatan sebelum ini.

Tiada penjelasan sama ada yng dihentikan itu sekadar terhadap rakyat dan raja, atau ia meliputi amalan antara anak dan ibu baya serta keluarga tua, anatara orang biasa terhadap seorang yang dihormati.

Raja Abdullah dipercayai tidak sekdar membuat tindakan itu atas kemahuan dan fikiran sendiri, justeru itu langkah itu diambil dikaitkan dengan agama Islam, maka tentu baginda mendapat nasihat dari para penasihat khususnya ulama.

Raja Abdullah melihat langkah mencium tangan itu hampir menyamai penyembahan. Manusia yang merdeka bertaraf sama dengan seorang yang lain tidak kira apa keddudukan. Mncium tangan oleh orang bawah yang terdiri dari rakyat jelata yang diterima sebagai adat, sudah menjadi satu penyembahan.

Mungkin masing-masing tidak melihat perbuatan itu satu penyembahan, tetapi apabila amalan itu berterusan dan seperti suatu yang mesti dilakukan, maka ia dikira sebagai menyemab.

Mungkin pemikiran Wahabi begitu, yang mahukan raja itu adalah hakikatnya manusia biasa seperti rakyat juga, tidak mahu raja itu didewa dan puja berlebihan. Dalam beberapa hal seperti urusan jenazah raja, Raja Saudi sejak mula menerima layanan mudah seperti orang biasa.

Tiada acara luar biasa seperti raja-raja dunia. Jenazah Raja Saudi tidak pernah ada keranda. Jenazah yang sudah dikafan dan disolatkan diusung beramai-ramai ke kubur tanpa keranda dan tanpa apa-apa usungan yang menggambarkan mereka orang agung.

Makam raja Saudi tidak sebarang binaan dan tiada nisan berukir, bahkan ketul-ketul batu sebagai tinda di bawahnya adalah kubur orang.

Adalah biasa setengah orang ternama – ulama dan pembesar – menarik tangannya apabila cuba dicium oleh orang yang menghormatinya. Walaupun tangan mereka dapat dicium juga, tetapi mereka tidak membiarkan tngannya untuk dicium begitu mudah.

Mereka tidak menzahirkan dengan kata-kata, tetapi perbuatan cuba menari tangan dari dicium, sseperti tidak menggalakkannya.

Sekarang jelas Raja Abdullah mahu ia dihentikan, sekurang-kurangnya terhadap diri. Tetapi apabila baginda bersuara, maka ia akan diterima pakai.

Masyarakat Islam Melayu belum menerima mencium tangan itu satu perbuatan yang lebih dari menghormati. Bagi anak mencium tangan bapa dan ibu adalah satu penghormatan yang tidak dipersoal. Demikian juga terhadap orang tua dan orang dihormati yang langkah menciumnya itu tidak dilihat seperti satu pendewan.

TAngan Perdana Menteri dicium oleh pengikutnya mungkin boleh diterima, tetapi agak janggal juga apabila orang melihat Datuk Hishamujddin Hussein mencium tangan Perdana Menteri atau Dato Kadir Syaikh Fadzir mencium tangan Timbalan Perdana Menteri.

Mereka adalah sama-asama rakan dalam cabinet. Dan nampak sangat kencium tangan itu macam membodek.

Budaya itu asalnya dipercayai dating dari kalangan Arab juga. Apabila Arab sendiri merasakan ia sudah mula menjadi pemujaan, maka tiba masanya ia difikirankan semula.

Cium tangan masih dikira ringan. Belum tentu menjadi pertikaian umum. Tetapi yang jelas dipertikai oleh kalangan masyarakat Islam ia adat menyembah raja. Ada pandangan di kalangan masyarakat Islam mengira menyembah raja itu tidak wajar diteruskan kerana tidak kena dengan kemahuan agama.

Tiada raja-raja Islam di zaman ini disembah ssebagai yang terdapat di kalangan raja-raja Melayu. Budaya ini asalnya dari Hinda dan Budha, diterima pakai oleh raja-raja Melayu dulu kala apabila mereka memeluk agama Islam.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra tidak menyembah mana-mana raja walaupun menjadi Perdana Menteri kepda lima Yang Dipertuan Agong. Tun RAzak juga setelah menjadi Perdana Meneri tidak menyembah.

Al-Marhum Tun Datu Mustafa memberitahu saya, beliau pernah membangkitkan perkara itu kepada Tun Razak bahawa nasihat agama yang diterima menyebut menyembah itu tidak tepat pada Islam. Tun Razak tidak berani hendak membangkitkannya.

Beliau memberi laluan kepada Tun Datu Mustafa menyampaikan perkara itu kepada raja-raja. Tun Mustafa pertama mengadap Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang. Baginda tidak membantah kiranya ia disetujui oleh raja-raja yang lain. Baginda menggalakkan Tun Mustafa meneruskan keraja meninjau pandangan raja-raja lain.

Tun Mustafa pun menemui Al-marhum Sultan Selangor, Sultan Abdul Aziz Salahuddin Shah. Baginda juga tidak membantah.

Tun Mustafa menemui raja yang ketika. Katanya, ‘Aku kena marah. Aku pun tidak meneruskan lagi.’

Ahli-ahli ilmu ada membincangkan dan malah telah menyampaikan pandangan ini kepada raja. Ada raja yang tidak membantah kiranya ia benar bercanggah dengan agama. Tetapi raja itu tidak berani bersuara kepada raja-raja yang lebih tua.

Dalam hal ini yang keras mempertahankan adat menyembah ini adalah di kalangan ahli-ahli istiadat di sekeliling raja. Mungkin merekalah yang dimaksudkan oleh raja sebagai raja-raja yang lebih tua.

Ahli-ahli ilmu yang rapat dengan istana tidak melihat mn\enyembah suatu yang menyimpang dari agama. Tetapi mereka tidak berani mengatakan menyembah itu berpahala.

Walaupun pemikiran seperti ini tidak berani mengatakan ia bercanggah dengan hukum, kerana mereka juga menyembah, maka mereka berpendapat, ia tidak salah. Yang tidak salah adalah tidak berdosa. Awalaupun tidak berdosa tetapi tidak berpahala.

Golongan yang merasakan ia salah, tentulah ia berdosa. Tetapi kalau tidak berdosa dan tdiak pula berpahala, maka masanya terbuang membuat perkara yang tidak berpahala. Golongan ini tidak mahu membuat kerja yang tidak berpahala walaupun tidak berdosa. Apalahnya menggunakan masa itu membuat lain kerja yang berpahala.

Tidak berbangkit golongan ini menentang raja. Sekalian rakyat Malaysia menerima perlembagaan beraja dan raja berperlembagaan. Isunya ialah mereka rakyat yang setia kepada raja tetapi tidak mahu menyembah raja. Mereka mahu raja dihormati tetapi tidak disembah.

Raja Muda Perak yang banyak membuaat ucapan tentang takhta dan rakyat demokrasi wajar menumpukan satu tesis tentang istiadat menyembah ini diselaraskan dengan lain-lain raja Islam di dunia sekarang.

SeTAPAK
20/09/O5

Monday, September 19, 2005

BOTOL ARAK BUKAN ARAK

SEORANG petugas PAS memberitahu saya, seorang pemimpin Pemuda PAS Perlis bernama Ustaz Kamaruzaman mengulas padangan saya yang menyokong kenyataan Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pusatakan membantah tindakan kerajaan Kelantan membawa Mawi ke Kelantan dan menyambut kelahiran Kota Bharu sebagai bandar raya Islam dengan hiburan Mawi.

Saya belum baca teksnya. Tetapi laporan petugas itu kira-kira kalau saya boleh menyokong sikap Ustaz Harun, maka dia juga boleh membela pihak yang satu lagi.

Satu hujahnya yang dilaporkan kepada saya bahawa botol arak bukan arak.

Saya komen dulu atas dua perkara. Pertama sikap saya dan sikap ustaz itu. Kedua mengenai botol arak bukan arak.

Saya harap ustaz itu membuat sikap atas kepercayaan dan keyakinannya, maka beliau memberikan sokongannya kepada kegiatan memperkenalkan hiburan alternatif dan apa yang kerajaan Kelantan itu wajar dipertahankan, bukan kerana hendak menjaga hati pemimpin dan pemimpin mesti benar.

Sikap saya itu atas dua sebab. Pertama kerajaan Kelantan membuat sesuatu yang belum dibincangkan dengan parti di peringkat tinggi terutama dalam isu hiburan yang orang dulu kala panggil wayang.

Kedua, saya mengambil panduan Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang ketika menggulung perbahasan ucapan dasar dalam muktmar di Putik, Kota Bharu bulan Mei lalu. Beliau menyeru supaya ahli-ahli PAS jangan mengampu. Jika ada sesuatu dari pemimpin yang dirasakan patut ditegur, sila tegur. Kalimah ‘jangan mengampu’ itu disebut beberapa kali.

Sikap saya selalu seperti yang Presiden saran itu. Dan ia menguatkan kepercayaan itu selepas Presiden berpesan begitu. Biar saya memakai saranan jangan mengampu itu sehinggalah kalimah itu diberi tafsiran baru.

Walaupun ustaz itu tidak bersetuju dengan saya, beliau akan dihormati manusia di bumi dan malaikat di langit jika bersikap tegas dengan saranan tidak mengampu Presiden itu.

Mengenai yang kedua iaitu arak bukan botol. Saya menggunakan ajaran al-Quran bahawa walaupun arak itu ada manfaatnya, tetapi mudharatnya lebih banyak. Justeru itu arak diharamkan.

Apa yang saya boleh faham dari mantik ustaz itu ialah yang haram ialah arak dan bukan botolnya. Ia adalah benar. Tetapi fitnah arak itu bukan sekadar araknya tetapi botolnya juga boleh menjadi fitnah.

Ada dua pengalaman yang saya temui berhubung dengan fitnah bekas arak ini. Pertama ketika saya baru masuk PAS kira-kira 30 tahun. Ketika itu saya juga adalah pengarang Watan.

Seorang pesuruh Cina membawa hamper untuk saya dari katanya, ‘Tan Koon Suan.’ Tan Koon Suan ketika itu adalah seorang berjawatan tinggi di syarikat gergasi Henting Highland. Kemudian dia menjadi pemimpin MCA menewaskan Neo Yee Pan.

Antaranya beberapa botol arak yang mahal. Saya manfaatkan yang lain dan saya jadikan botol arak itu hiasan dalam almari di rumah bersama pinggan dan pereng kepunyaan sang isteri.

Datang seorang kuat PAS yang disegani kerana tuanya dalam PAS. Dia tegur hiasan botol arak itu. Saya kata padanya, botol itu cantik bentuknya. Saya suka dan ia sekadar hiasan. Saya bukan suka araknya tetapi botolnya.

Aktivis itu namanya Pak Manan, dikenali oleh Dato Asri, Dato Fadzil Noor dan lain-lain. Dia minta saya turun botol itu. Kalau saya suka bentuknya sorokkan dari orang ramai.

Fitnah menyimpan botol arak itu sama besarnya dengan minum arak. Jika orang ramai melihat botol itu di rumah ‘anakku’ bahasanya pada diri saya, ‘maka kami dalam PAS tidak dapat hendak mempertahankan kira orang menyangka anakku kaki arak.’

Baginya PAS sendiri akan terfitnah kerana didapati botol-botol arak dalam hiasan rumah seorang pemimpin PAS.

Saya turunkan botol itu serta merta.

Fitnah kedua ialah kejadian Al-Marhum Dato Asri semasa menjadi menteri kerajaan pusat. Dato Asri mewakili kerajaan dalam satu majlis hari kebangsaan sebuah negara asing. Sebagai wakil kerajaan, tugas rasmi beliau ialah menyampai ucap selamat raja, kerajaan dan rakyat Malaysia kepada ketua Negara, kerajaan dan rakyat negara asing itu. Begitulah sebaliknya.

Ucap selamat itu dikuti oleh minum seteguk. Datuk Asri minum air sejuk saja tetapi dalam majlis seperti itu gelas yang digunakan samalah juga dengan gelas yang digunakan untuk arak. Gelas untuk arak memang cantik apatah gelas yang digunakan dalam sambutan kemerdekaan sebuah Negara asing.

Dalam pilihan raya umum selepas PAS berpisah dari Barisan Nasional, tersebar satu poster di seluruh Negara. Gambar dalam poster itu menunjukkan Dato Asri memegang gelas cantik tadi. Tiada pula dalam keterangan gambar itu mengatakan almarhum minum apa. Dato Asri dalam satu kegiatan saja.

Ia adalah kerja dan perang saraf Barisan Nasional. Dalam bisik-bisik dan syarahnya ke seluruh Negara sekadar bertanya apa yang Dato Asri minum.

Dengan poster itu para pengundi boleh membuat tafsir sendiri. Apa lagi apabila ada hantu-hantu UMNO mengatakan Dato Asri minum itu dan minum ini.

Penceramah PAS tak tahu nak jelaskan macam mana. Nak kutuk UMNO kerana gambar itu nak kata apa. Bukan ada kata-kata yang mengatakan beliau minum benda yang dilaknat itu.

PAS menghadapi pukulan yang teruk, kalah teruk.

Biasalah kalah bagi PAS, tetapi yang paling mengeciwakan dalam kempen ialah fitnah yang dibawa oleh gambar minum air sejuk yang menggunakan gelas yang digunakan untuk minum arak.

Gelas itu tidak haram, yang haram dan dilaknat ialah araknya. Walau pun ustaz Perlis itu gunakan botol atau atau gelas arak untuk menadah kencing, tetapi orang tidak tahu apa yang ada dalam botol itu, tapi orang tengok ustaz pegang botol arak. Tambahan pula warna air kencing itu hampir sama dengan warna arak.

SeTAPAK
19/09/05

Sunday, September 18, 2005

SIDANG PUNCAK PBB TAK SERI TANPA CHAVEZ

PERDANA Menteri pulang dari sidang kemuncak PBB di New York merasakan sidang itu agak hambar justeru tiada apa yang besar dari kenyataan terakhir yang dikeluarkannya.

Bila Perdana Menteri merasakan ia hambar, maka tidak padan 170 ketua kerajaan berkumpul tiga hari tiga malam. Menghabiskan masa dan duit. Kalau dikumplkan belanja bagi setiap ketua kerajaan itu ke New York, diberikan kepada mana-mana Negara susah di Afrika, maka sebahagian dari masalah Negara itu dapat diselesaikan.

Biasanya Perdana Menteri menyatakan kerja-kerjanya di luar negeri mendapat kejayaan walaupun tidak dapat dipastikan apa kejayaannya.Yang tiada apa-apa pun dikira sesuatu yang baik juga. Apabila beliau berkata, tiada apa-apa yang diperolehi, maka ertinya tak ada apa-apalah ertilah sangat.

Kita yang tidak hadir ke sidang itupun tidak dengar apa-apa selain dari setiap ketua kerajaan mengiyakan azam masing-masing terehadap apa yang dikatakan memerangi keganasan. Mahu tidak mahu kalau pun tidak disebut Islam, maka ia menyidir Islam juga.

Tiada ucapan pun dibuat untuk memperlekeh propaganda anti Islam dunia itu.

Jika adapun yang besar erti dari siding itu ialah kehadiran pemimpin anti Amerika dari Venezuela, Presiden Hugo Chavez. Dia saja yang berani berterus terang memberitahu bahawa pengganas dunia yang tersohor ialah Amerika.

Dan justeru itu Chavez menyarankan apa yang pernah disuarakan oleh dunia satu masa dulu supaya tapak Ibu Pejabat PBB dipindahkan dari New York ke sebuah kota raya lain di dunia seelok-eloknya di dunia sebelah selatan.

Chavez saja yang mampu mengejutkan sekalian ketua kerajaan dari mengantuk mendengar ucapan yang stero taip. Semuanya terbeliak mendengar kecamannya terhadap Amerika dan PBB yang menjadi hamba PBB itu.

Mungkin Chavez didorong oleh sikap anti Amerikanya, tetapi sikap itu yang berupaya mengeluarkan perkara benar yang tidak sanggup diucapkan oleh orang lain yang tahu keburukan Amerika dan kelemahan PBB itu. Kalau tiada ucapannya, maka sidang itu lebih hambar lagi.

Bersorak semua orang di gedung itu. Bukanlah perangai ketua kerajaan untuk bersorak seperti kelakuan peserta tunjuk perasaan jalanan, tetapi siapa yang bersorak dalam sidang itu kalau tidak mereka?

Mungkin mereka tidak mengeluarkan sebarang suara, tetapi kalau pengapit masng-masing yang bersorak, maka ia sudah seperti mewakili majority ketua kerajaan yang ada di situ.

Kalau Chavez agaknya diberi berucap dulu, dan Bush ada di dalamnya, maka akan dapat dilihat orang lain ikut memberi respons. Ketika itu baru Amerika tahu bahawa dunia meluat dengan karenah Pantagon dan CIA yang memperbodohkan Presidennya dari semasa ke semasa.

Jika sorak itu diterjemahkan kepada undi, nyatalah tuduhan pengganas yang dikeluarkan dari mulut Presiden Amerika itu boleh dipulangkan kepada Amerika sendiri.

Dalam masa 20 tahun ini tiada ketua kerajaan yang berani bercakap selantang Hugo Chavez. Dr. Mahathir adalah orang yang dirasakan antara yang berani meluahkan isi hatinya yang lantang dalam gedung PBB itu. Tetapi dia pun tidak selantang Chavez.

Pernah dia mengecam Yahudi di situ. Walaupun mengecam Yahudi ia seperti menempelak Amerka juga kerana setiap Presiden Amerika adalah sebagai ketua pelobi Yahudi dunia. Tetapi beliau tidak membuat ucapan terbuka kepada Amerika semasa berada di Amerika.

Mungkin Dr. Mahathir mahu menunjukkan dia lebih cerdik dari Chavez, tetapi ucapan Chavez saja yang dunia hendak dengar sekarang. Chavez tidak berdiplomasi tinggi, tetapi suara itulah yang dunia kehendaki pada masa ini.

Tujuan besar berhimpin beramai-ramai ialah untuk mencari jalan bagaimana PBB itu sendiri tidak ditentukan oleh undi vito lima anggota tetap Mejlis Keseslamatan PBB. Sokongan dari semua Negara kecil mencurah-curah, tetapi ia tidak mungkin dapat dibuat sekarang dan dalam masa terdekat. Ternyata siding kemuncak itu tidak dapat membincangkan perkara itu.

Yang terdesak pada masa ini ialah bagaimana dasar anti Islam dalam memerangi keganasan itu dapat dibetulkan? Sepatutnya semua anggota OIC yang hadir menyuarakan sikap keras masing-masing atas perkara itu. Jika bantahan dari setiap ketua kerajaan OIC bersuara seperti Chavez, maka maruah umat Islam boleh diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Sekarang suara Chavez itu dapat dilihat sebagai satu pembelaan kepada orang Islam walaupun Chavez tidak menyebut Islam. Tetapi Chavez saja yang berani menyuarakan tentang rakyat Iraq sedang diganasi oleh Amerika.

Jika dunia mengambil ucapan Chavez itu sebagai suatu yang boleh dibesar-besarkan, maka ia boleh mengimbangi keranggian Amerika. Umat Islam berkehendakkan kedaulatannya di mana-mana saja. Masjidnya tidak diganggu, wanitanya boleh menutup aurat ke mana saja dan di mana saja.

Apabila Amerika dapat dijadikan sebagai paksi keganasan utama antarabangsa, maka ia boleh mengendurkan kehencian dunia kepada orang Islam dan Islam itu sendiri.

Jika Amerika diterima dunia sebagai paksi kejahatan sebagaimana paksi yang Amerika letakkan kepada Syria, Iran dan Korea Utara, maka Amerika terpaksa bekerja keras untuk membersihkan diri. Amerika tidak lagi boleh mengata orang itu ganas dan orang ini jahat kerana dia pun ganas dan jahat juga.

Chavez bukan orang pertama mahukan Gedung Agung PBB itu dialih dari New York. Nikita Kruschev, Perdana Menteri Soviet awal 60an menyarakankan supaya ia ditukar ke tempat lain. Ada sokongan dari banyak pihak.

Sukarno, Nasser, Tito, Nkrumah, Fidel Castro dan lain-lain yang hadir ke sidang agung PBB kali itu suka ia dialihkan dari New York. Walau pun Soviet menawarkan Moskaw tetapi Geneva adalah satu kota popular yang disebut oleh banyak pihak.

Ia patut menjadi isu sekali lagi. Tokyo, Biatul Maqdis, Kuala Lumpur, Rom, Istanbul adalah kota-kota selain dari Geneva yang boleh ditimbangkan.

Bagaimana apa yang disuarakan oleh Hugo Cahvez itu tidak mungkin dapat mengeubah suasana dunia dalam waktu yang terdekat, tetapi dia saja yang berupaya membuka minda PBB dan pemimpin dunia.

Orang sepertinya menjadi sasaran Amerika. RAmai pimpinan anti Amerika binasa di tangan keganasan Amerika sebelum ini. Tetapi ramai juga tali barutnya binasa di tangannya seperti yang berlaku kepada Ngo Dinh Diem di Viatnam Selatan dan Mobutu di Konggo.

Tetapi Chavez sudah memberitahu dunia, apa saja yang berlaku terhadapnya selepas ini, termasuk membunuhnya, adalah angkara keganasan Amerika. Padri dari Amerika yng mennganjur supaya dia dibunuh terpaksa minta maaf terbuka kepada beliau selepas itu.

Setakat ini hanya Chavez, pimpinan Iran dan Korea Utara yang tidak dapat masuk ke poket Amerika. Tetapi dunia sudah didedahkan bahawa pengganas dunia yang utama ialah Amerika.

SeTAPAK
18/09/05

Friday, September 16, 2005

MP THAILAND CADANG TUTUP MADRASAH

KRISIS antara rakyat Thai beragama Islam dengan kerajaan Thailand yang dikuasai oleh penganut Budha akan bertambah gawat jika Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menerima cadangan 25 orang Anggota Parlimen dari partinya yang mahu supaya menutup beratus-ratus madrasah di wilayah berpenduduk Islam selatan negara itu.

Alasan yang diberikan ialah madrasah itu dikatakan menjadi pusat menyebarkan keganasan dan mengasut umat Islam bangunan menentang kerajaan.

Masyarakat Islam sudahpun membantah dan memberi amaran, jika krajaan mengambil tindakan itu, ia nescaya akan merumitkan lagi suasana di wilayah yang bergolak itu.

Perdana Menteri Thaksin diharap tidak mengambil tindakan itu, kerana ia akan dilihat sebagai kezaliman rakyatnya yang beragama Islam, malah ia lebih kejam dari membunuh beribu-ribu umat Islam.

Cadangan itu dilihat sebagai satu usaha untuk menghapuskan agama Islam di Negara itu.

Kekejaman dan kezaliman regim Bangkok terhadap umat Islam di wilayah-wilayah Islam itu tiada taranya sejak Pattani, Yala, Naraiwat dan lain dijadikan sebahagai sebehagian dari teritori Thailand. Ramai ulama dan guru-guru agama Islam dibunuh. Tetapi ia tidak pernah melarang untuk Islam mendirikan sekolah agama rakyat.

Antara yang meredakan rasa penentangan terhadap kerajaan Thailand selama ini ialah disebabkan wujudnya sekolah-sekolah agama itu. Jika mereka tidak dibenarkan mendirikan sekolah, suatu yang wajib bagi Islam, maka tentangan itu tidak mungkin diredakan.

Walaupun rasa tidak selesa menjadi sebahagian dari rakyat Thai dan menjadi rakyat di Negara itu tidak pernah hilang langsung, tetapi kerajaan Thailand terpaksa mengakui bahawa dalam masa 20 tahun kebelakangan ini pemberontakkan untuk berpisah boleh dikatakan lenyap.

Adalah mustahil bagi Thailand untuk menghapuskannya seratus peratus, tetapi kalau yang tidak seronok menjadi warga Thai sekadar beberapa puluh orang, maka ia adalah angka yang sudah mencecah kedudukan sifar.

Kerajaan Soviet Union cuba menghapuskan Islam dan pemikiran Islam hampir seratus tahun, tetapi apabila keadaan berubah, komunis tumbang, maka orang Islam kalau boleh tidak mahu bersama dengan Kremlin.

Sebabnya ialah Soviet Union dulu tidak memberi kebebasan beragama dadn beribadat. Tetapi kalau Rusia atau Thailand atau mana Negara yng ramai penduduk Islam mengamalkan kebebasan beragama dan beribadat, maka umat Islam rasa lebih selesa berada dalam Negara yang majority rakyatnya bukan Islam.

Mengapa ramai orang Islam dari Negara asalnya di timur tengah untuk tinggal di England, Perancis dan Jerman, ia adalah disebabkan Negara-negara itu sebelum kejadian 11 September 2001 mengambilkan kebebasan beragama yang seluas-luasnya.

Orang-orang Islam dari Mesir, Libya, Iraq, Syria dan lain-lain yang tidak dapat menikmati demokrasi dan kebebasan beragama untuk umat Islam sendiri tidak terjamin, menyebabkan mereka lebih selesa menjadi rakyat British dan Perancis dari menjadi rakyat Mesir, Tunisia dan sebagainya.

Thailand dilihat menuju kearah yang dinikmati oleh umat Islam di Switzerland, di England dan lain-lain dalam masa dua dasawarsa lalu. Umat Islam adalah antara yang menaikkan Thaksin dalam pilihan selepas beliau membentuk parti sendiri. Tetapi Thaksin gagal mewujudkan ketentaraman atau menegakkan keadilan apa bila berlaku insiden mengenai ada peguam Islam hilang tanpa pembelaan.

Insiden-insiden yang menimpa beberapa orang Islam menyebabkan berlaku kegelisan. Lalu mereka menuntut hak demokrasi dan keadilan. Ia dilayan dengan provokasi. Tindakan pro demokrasi ini sangat mudah ditafsirkan sebagai menularnya gejala keganasan.

Thaksin sebagai seorang tokoh politik pertama dalam masa 30 tahun ini mendapat sokongan kuat rakyat semua agama, gagal melihat rakyatya yang beragama Islam menjadi sasaran jenayah dan paksi kejahatan baik dari kelangan krajaan mahupun di luar kerajaan. Apabila mereka tidak mendapat perlindungan kerajaan, maka bagaimana mungkin dihilangkan rasa ketakutan dari kerajaan dan kaum yang majoriti?

Kerajaan dan masyarakat Thai wajar memehami bahawa Thailand ikut dijadikan sasaran oleh masyarakat antarabangsa yang menggunakan faktor keganasan global untuk menyekat Thailand dan Asia TEnggara menjadi distinasi pelancongan alternatif yang mengambil alih pasaran pelancongan Eropah.

Kepesatan pertumbuhan ekonomi China mulai melemahkan kuasa ekonomi barat. Muafakat ASEAN yang tidak dinamakan Kesatuan Asia TEnggara yang kukuh dan membangun membantu lagi kekuatan ekonomi China sebagai kuasa ekonomi dan kuasa besar dunia yang berpengaruh.

Golongan kapitalis dan imperialis barat cuba memusnahkan kemajuan rantau ini dengan serangan ekonomi ke atas beberapa Negara yang disebut harimau Asia dalam tahun 1990an. Thailand tentu ingat Thailand, Malaysia, Korea Sselatan, Indonesia dan lain-lain menjadi sasaran krisis mata wang yang menyebabkan kemajuan masing-masing diundurkan sekitar 10 hingga 15 tahun ke belakang.

Indonesia masih belum pulih. Yang lain mulai pulih dan kembali stabil. Reaksi Amerika dan Britain terhadap kejadian 11 Septembar 2001 menjadikan Islam sebagai kambing hitam, menyebabkan orang Islam suka membeli belah dikota-kata besar Eropah dan Amerika mengalih tumpuan mereka menjadi Asia Tenggara sebagai pasar raya baru dan Bangkok antara yang paling beruntung.

Maka serangan ekonomi hujung 90an itu gagal. Oleh itu agenda baru diperlukan. Islam dijadikan sasaran. Islam ada factor yang boleh menakutkan semua Negara Asia Tenggara yang tidak Islam. Apabila kerajaan penduduknya boleh dilagakan dengan Islam, maka huruhara di Asia Tenggara akan meletakkan pasaran beli belah di Eropah dan Amerika bertahan. Perangkap itu mengena. Thailand menjadi mangsa apabila kerajaan dan rakyatnya ditakutkan dengan rakyatnya yang beragama Islam.

Eropah dan Amerika yang dikuasai oleh pemeluk Kristian dan Yahudi berjaya menarik Thailand bersama mereka memerangi Islam. Maka Thailand pun sudah huruhara dan tidak diketahui hingga bila. Dengan langkahnya bercadang untuk menutup sekolah agama rakyat, akan menjadikan Asia Tenggara medan ketegangan yang berlanjutan.

Cadangan untuk menutup madarasah itu adalah polisi barat yang global. Amerika cuba memujuk dunia Arab supaya mengubah sistem pedidikan Islam desngan melucutkan bab jihad. Memang perkara jihad ini sangat kurang dibicnangkan di kuliah-kuliah di Madinah dan kota-kota lain.

Musharaf dan Mahathir telah lebih dulu memerangi sekolah agama kerana ia dikatakan menyuburkan fahaman ekstrimis yang ssekarang ditukar sebagai penyumbang kepada keganasan. Musharaf dan Mahathir dibiarkan menutup sekolah pondok secara sistematik ia iaitu menghentikan bantuan, maka ia pun mati sendiri.

Kota-kota Eropah melarang pelajar Islam bertudung ke maktab. Dengan sendirinya ia mengurangkan wanita Islam yang berpelajaran tinggi.

Inilah peluang paling baik menutup madrasahnya dengan menggunakan alasan ia menyuburkan keganasan. Thaksin seolah-olah terlambat. Thaksin payah disalahkan kerana beliau berguru dari Musharraf dengan Mahathir, dan bagaimana dunia Islam boleh membantah Thailand jika ia menutup madrasah itu/

Thaksin jangan terikut-ikut dengan langkah tidak memandang jauh Mahathir dan Musharraf terhadap agamanya sendiri. Thailand sukar mengadakan system pendidikan Islam yang lain. Pakistan pasca Musharrf dan Malaysia pasca Mahathir mungkin ada langkah alternatif lambat laun.

Tetapi Thailand akan silap besar jika ia mengikut silap mata Amerika dan silap penglihatan pemimpin Pakistan dan Malaysia itu. Seribu orang Islam dibunuh, Islam akan selamat tetapi 100 madrasah ditutup, ia seperti membunuh seluruh umat Islam Thailand. Ia bukan satu asutan tetapi satu nasihat dan ingatan kepada Thailand untuk kebaikannya.

Thailand masih banyak harapan untuk menyelesaikan huruhara di negaranya secara damai. Thaksin mesti menganjurkan sidang Islam antarabangsa dengan bantuan jiran-jirannya dari Negara Islam serta dunia Islam. Negara-negara Islam boleh memberi jaminan kepada Thailand supaya rakyatnya yang beragama Islam tidak bangkit, tetapi Thailand hendaklah mewujudkan kebebasan beragama yang terbaik dan memberi hak demokrasi dan keadilan yng sama kepada rakyat beragama Islam.

Thailand mesti memberi hak kepada wilayah-wilayah yang bergolak itu menentukan nasibnya seperti yang Indonesia beri kepada Aceh. Aceh bebas menentukan kemahuannya tetapi tidak terkeluar dari kedaulatan Indonesia. Thailand akan jadi Negara makmur dan contoh jika ia berlapang dada dan melihat rakyatnya yang beragama Islam lebih senang tinggal dalam kedaulatan Thailat.

Thailand boleh berbangga kiranya ia dapat meletakkan rakyatnya yang Islam lebih bertuah dari umat Islam Mesir, Pakistan dan lain-lain tertekan dalam Negara dan agama sendiri.

SeTAPAK
16/09/05

Thursday, September 15, 2005

MAWI DI KELANTAN, SOKONG DEWAN ULAMA PAS

KENYATAAN Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Haji Harun Taib membantah langkah kerajaan Kelantan menganjurkan persembahan penyanyi Mawi wajar disokong oleh semua unit dalam PAS.

Jika lain-lain cabang dan indivdu dalam PAS, tidak sedia menyokong bantahan Dato Harun Taib, maka saya atas kapasiti individu PAS biasa berdiri teguh atas sikapnya. Dan kiranya Dato Harun Taib dan Dewan Ulama Pusat dalam sehari dua nanti menarik balik kenyataan itu, maka semua masyarakat boleh mengiranya sebagai kenyataan saya pula.

Dato Harun bukan seorang yang suka kepada publisiti dan beliau adalah orang yang terakhir mahu berkawan dengan wartawan. Apabila beliau membuat kenyataan, maka menerima tindakannya itu adalah serius dan ia adalah pilihannya yang terakhir.

Dato Harun tidak dapat menerima Mawi sebagai penghibur Islam. Dia adalah produk syarikat promosi hiburan. Syarikat itu adalah bermotif keuntungan.

Pada saya PAS tidak bersifat anti Mawi dan penghibur-penghibur lain. Tetapi kehadirannya serta beberapa penghibur lain ke Kelantan sebagai satu dari acara menyambut kelahiran Kota Bharu sebagai bandar raya Islam bukan dibuat oleh sebuah kerajaan PAS.

Ia boleh dianjurkan oleh mana badan yang memakai nama PAS, malah mana-mana individu PAS yang sangat berahi dengan Mawi dan auranya boleh menganjurkan kehadirannya ke Kelantan dengan syarat ia mematuhi syarat-syarat mengadakan hiburan yang digariskan oleh kerajaan itu.

Dan kalau ditakdirkan Mawi itu seorang ahli PAS dan beliau bergiat dalam apa yang dikatakan hiburan alternatif, maka keahliannya itu tidak diganggu-gugat. PAS mungkin boleh membuat pendirian berbeza dengan tindakan yang pernah diambilnya terhadap Anggota Parlimennya satu masa dulu iaitu Hashim Gera dari Parit, Perak yang berjoget dalam satu majlis tajaan Parlimen.

Kedudukan Hashim Gera pada masa itu adalah orang penting dalam PAS, dan tindakannya akan dilihat sebagai melambangkan pendirian PAS.

Dato Harun sepatutnya menzahirkan sikapnya kepada pengetahuan umum atau diketahui umum sesama dalaman PAS, tetapi kerana beliau bukan jenis yang suka menceceh dengan media, maka masing-masing patut dapat memahami mengapa beliau tidak bertindak lebih awal.

Akhbar-akhbar dan wartawan lazimnya suka melaga-lagakan pimpinan PAS. Dalam beberapa kejadian ada wakil-wakil media yang bertanya pendirian saya tentang tsunami Mawi yang melanda kerajaan Kelantan itu, terus terang saya katakan ia adalah kegiatan Kerajaan Kelantan semata-meta dan ia bukan satu dari kegiatan PAS.

Dan ia tidak boleh dilihat sebagai mencerminkan PAS pada keseluruhannya.

Hujah mereka bagaimana kerajaan Kelantan yang ditadbirkan oleh PAS itu dapat dipisahkan dengan PAS?

Ada benarnya hujah mereka. Komen saya ialah memang ia sangat sukar untuk dipisahkan, tetapi ia terpaksa dipisahkan. Ia dipisahkan dengan satu tembok yang setebal kulit bawang. Orang sukar melihatnya sebagai mana sukarnya orang melihat tebal mana yang dinamakan kulit bawang.

Tetapi mengapa tiada media yang bertanya itu tidak menyiarkan pandangan saya itu? Media suka melagakan pimpinan PAS, tetapi ia tidak mengambil peluang dari apa yang saya cuba hulurkan.

Pada saya kegiatan di Kelantan itu dipercayai tidak pernah dikemukan secara rasmi kepada PAS. Dan saya tidak mendengar sebarang maklumat ia ada dibincangkan oleh PAS Pusat. Entahlah kalau PAS mengambil sikap cukup kemas hingga tiada yang dibincangkan boleh dibocorkan.

Biasanya apa yang dibincangkan dalam mesyuarat jarang dirahsiakan kepada akhbar.

Dari awal saya sudah melihat isu Mawi dengan kerajaan Kelantan dan hiburan alternatif itu tiada ijmak di kalangan PAS. Tetapi mengapa pimpinan PAS tidak mengambil sikap segera menanganinya memandangkan keajaan Kelantan dilihat terlalu berahi dan berani untuk menganjurkannya?

Beberapa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang juga berkapisiti sebagai Mursyidul Am Majlis Syura Ulama, mempengaruhi pemikiran umum bahawa Mawi akan menjadi tetamu kerajaan Kelantan untuk satu kegiatan hiburan alternatif.

PAS Pusat mesti cepat-cepat membincangkannya. Jika berhalangan, Presiden PAS atas sifatnya penasihat pertama kepada Majlis Syura Ulama dan Mursyidul Am wajar memberikan nasihat segera dalam perkara itu.

Ada bebeapa pilihan yang boleh dibuat. Pertama Presiden memberi nasihat terus kepada Menteri Besar atas sifatnya penasihat pertama dan terdekat kepada Mursyidul Am.

Kedua meminta Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat khas, dan jika Mursyidul Am berhalangan, maka ia boleh bersidang tanpa kehadiran Mursydul Am.

Majlis Syura sebenarnya boleh bersidang tanpa menunggu nasihat Presiden atau tanpa dinasihatkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. Tetapi kalau ada nasihat dari Presiden dan PAS pusat, maka Majlis Syura Ulama mempunyai sebab yang kuat untuk mengadakan mesyuarat.

Mengapa semua ini tidak berlaku?

Adakah nasihat diberi kepada Majlis Syura untuk membahaskan sesuatu oleh Presiden dan PAS Pusat? Mengapa dalam hal sensitif ini nasihat tidak diberikan kepada organ tertinggi parti itu?

Dan mengapa Majlis Syura tidak mengambil sikap segera mengadakan mesyuarat tanpa menunggu sebarang nasihat dari orang lain? Dalam hal ini Majlis Syura boleh mengarahkan Presiden dan PAS Pusat mengambil langkah menyekat kerajaan Kelantan melupakan perkara itu. Mengapa Majlis Syura tidak mengambil langkah segera itu? Atau kalau ia telah membncangkannya, mengapa pula PAS Pusat dan Presiden tidak memberikan sebarang reaksi?

Saya bangkitkan hal ini bukan kerana saya kurang kasih kepada pimpinan PAS, tetapi saya lebih cintakan PAS.

Kalau Majlis Syura ada mengambil langkah untuk menghalangnya, maka tidak ada cara ia boleh dibantah. Jika PAS Pusat tidak mengambil apa-apa tindakan seperti yang diarahkan, maka ia boleh dikenakan tindakan disiplin.

Demikianlah kuat dan besarnya kuasa Majlis Syura. Ia boleh memintanya mengapa tindakan tidak boleh dikenakan kalau arahannya tidak dipedulikan.

Demikianlah kaedah sebuah badan yang berjalan secara berorganisasi.

Dato Harun Taib telah membangkitkan perkara itu sekarang, dan beliau juga sebagai ahli Majlis Syura tentu tahu apa yang dibuatnya dan adakah beliau sudah menggunakan kedudukannya dalam Majlis Syura dan dalam Jawatankuasa PAS Pusat dan dalam Dewan Harian PAS Pusat untuk membangkit hal ini?

Apabila saya melihatnya membuat kenyataan atas nama Dewan Ulama PAS Pusat, maka ia memberikan gambaran kepada saya, ada sesuatu yang tidak kena di tempat-tempat lain.

Dalam apa keadaan juga, kenyataan beliau wajar dialu-alukan.

SeTAPAK
15/09/05

Wednesday, September 14, 2005

PELARIAN THAILAND SUDAH KE SINI

APA jua puncanya, maka rakyat Islam Thailand yang berketurunan Melayu dari daerah selatan sudah tidak aman malah tidak selamat lagi tinggal di rumah dan di kampung masing-masing.

Justeru itu sebahagian kecil dari mereka, terutama yang dekat dengan sempadan Malaysia telah melarikan diri ke Kelantan, tempat mereka selalu berulang alik semasa aman dulu.

Mereka sudah menjadi pelarian dan kerajaan Thailand tidak mengaku mereka wajar menjadi pelarian. Kerajaan Malaysia kini menyerahkan status mereka untuk ditentukan oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apakah mereka layak dinilai sebagai pelarian atau orang yang mesti pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dalam apa keadaan jua, umat Islam Thailand wajar diberi pembelaan, kerana kerajaan Thailand sudah tidak lagi dapat menjamin ketenteraman di wilayah selatannya dan setiap orang Islam sudah dilihat sebagai pihak yang tidak dipercayai oleh semua pihak di Negara itu.

Selailn dari berita warga Thailand Islam dan bukan Islam yang ditembak dan dibunuh setiap hari, berita yang tidak disiarkan ialah polis dikatakan sedang menahan para imam dan ustaz-ustaz.

Tiada jaminan yang ditahan itu selamat atau boleh pulang ke pangkuan keluarga satu hari nanti. Mereka menjadi sasaran atas alasan bahawa golongan inilah kononnya menjadi dalang membangkitkan ketegangan melawan kerajaan.

Imam-imam dan guru-guru agama adalah orang yang paling ketakutan sekarang kerana bila pula giliran masing-masing akan ditahan.

Keadaan sekarang kembali kepada keadaan lampau. Sejak British dan Thailand memeterai perjanjian menentukan sempadan yang ada sekarang sebagai sempadan rasmi Thailand dan Semenanjung TAnah Melayu, sekarang Malaysia, maka orang Islam yang tidak rela wilayah mereka dan mereka sendiri menjadi sebahagian dari Thailand, maka polis Thai telah bertindak keras terhadap mereka.

Alim ulama yang menjadi korban tidak terbilang. Ramai dari mereka melarikan diri ke Negara-negara Islam termasuk Arab Saudi. RAmai keturunan mereka menjadi warga Saudi. Sebagai pelarian juga mereka tidak selesa.

Bagaimanapun umat Islam telah menerima hakikat bahawa mereka adalah sebahagian dari Thailand sama ada disukai atau tidak. Sekalipun mereka menjadi rakyat kelas dua – diabaikan dari segi pembangunan, pendidikan, politik dan sebagainya terpaksa mereka terima.

Perdana Menteri Thaksin mengakui bahawa hak mereka telah diabaikan. Justeru itu beliau berjanji untuk membetulkan keadaan tetapi ternyata beliau tidak dapat menunaikannya malah beliau tidak berjaya menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.

Suasana agak reda sekurang-kurangnya sekitar 35 tahun apabila Thailand cuba menghirup udara demokrasi terutama selepas tergulingnya dictator Thanom Kittikachorn.

Tidak dapat dinafikan suasana itu wujud atas kerjasama diplomasi yang diambil oleh Malaysia mengakui kedaulatan Thailand atas wilayah dan penduduknya. Dari awal Malaya dan kemudian Malaysia tidak pernah melihat ada idintiti yang berbeza di Negara itu.

Tunku Abdul Rahman Putra dikira berperanan dengan dasar tidak campur tangan dalam urusan Thailand walaupun penduduk di wilayah selatan adalah seagama dan sebangsa dengan orang di Tanah Melayu. Tetapi Malasyia ada tanggungjawab terhadap penduduk Islam di mana juga di dunia.

Pembentukan ASA antara Malaya, Thailand dan Filipina membantu Thailand menyelesaikan masalahnya. Keadaan bertambah baik apabila ASA bertukar menjadi ASEAN. Kerjasama sempadan dan pembentukan Rantau Aman, Bebas dan Berkecuali bagi Asia TEnggara yang dipelopori oleh Tun Razak membantuj kedua negara mencapai kerjasama yang memberangsangkan dan secara laangsung dan tidak langsung mewujudkan demokrasi yang cukup selesa di Thailand dan ia memberikan hubungan yang selesa antara penduduk Islam dan kerajaan Thailand.

Dalam demokrasi itu umat Islam telah menerima Raja Thailand sebagai raja mereka, mereka menyhertai politik menentukan kerajaan Thailand, dalam masa 15 tahun terakhir sebelum Thaksin berkuasa, umat Islam Thailand menikmati udara demokrasi yang membanggakan.

Dalam 10 hingga lima tahun lalu pada pandangan peribadi saya demokrasi yang dinikmati oleh umat Islam Thailand malah lebih maju dari demokrasi di Malaysia yang dilihat mulai terhakis.

Saya pernah menyaksikan kebebasan beragama di wilayah yanag bergolak sekarang lima tahun lalu dan saya terasa jika dibenarkan saya memiliki sebuah Negara lagi maka Thailand menjadi pilihan saya, bukan Indonesia dan bukan Britain.

Saya berasa lega dan aman berjalan tengah malam di Yala. Saya melihat sekitar 10 muslimat mengadakan perhimpunan tiga hari tiga malam di Yala. Mereka beribadat malam dan mendengar kuliah di waktu siang. Wanita Malaysia tidak pernah berkumul selama itu malah sukar mengumpulkan barang seribu orang.

Pada saya ketika itu suasana di Thailand juah lebih baik dari di Malaysia walaupun yang berkuasa di Malaysia adalah orang kita sendiri.

Suasana itu sepatutnya dipelihara baik oleh orang Islam mahupun oleh masyarakat Budha yang dominan. Dalam keadaan seperti tidak banyak keperlulan untuk masyarakat di selatan untuk memiliki Negara yang berasingan. Jika diskriminasi dalam bidang pendidikan, pembangunan ekonomi, budaya dan penyertaan dalam pilihan raya dapat dibaiki, maka ia adalah tempat yang terbaik untuk semua pihak.

Tetapi Thaksin tidak dapat menilai peluang yang selesa itu. Thaksin gagal memelihara demokrasi yang diwarisi dari pimpinan sebelumnya. Kejadian 11 September 2001 di Amerika dipercayai banyak menghantui klik yang berkuasa di Thailand.

Jarum beracun yang melihat semua Islam adalah pengganas datang menghantui pemikiran klik yang berkuasa.

Dukacita bahawa jarum asing telah meracuni golognan tertentu di Thailand hingga demokrasi yang baik sebelum ini bertukar menjadi pro kuku besi atau totalitarian.

Malangnya Thaksin telah minta bantuan Malaysia bagi menjernihkan keadaan di wilayah tersebut. Perdana Menteri telah mengirim Timbalan Perdana Menteri ke Bangkok untuk merundingkan apa yang patut dibuat.

Setakat ini yang Malaysia cuba jual Islam Hadhari kepada masyarakat di sana yang dipercayai kemahiran umat Islam Thailand dalam bidang agama Islam mungkin lebih baik dari pengetahuan golongan yang berkuasa di Malaysia.

Apa yang sudah dibuat oleh Malaysia membantu Thaksin meredakan suasasna itu. Mulangkan orang Thailand yng lari ke sini bukan caranya. Menjaga sempadan bagi menghalang orang Islam yang terancam dari memasuk Negara ini juga caranya.

Ia mungkin membantu Thaksin melakukan apa yang dia nak buat, tetapi ia mungkin tidak memberikan keadilan kepada orang Islam yang minta perlindungan.

Thailand tidak dapat dibiarkan sendiri menangani keadaan. Dunia barat tidak akan memberikan apa-apa pembelaan jika Thailand tidak dapat memebrikan keadilan. Mereka lebilh selesa membangkitkan isu Dafur di Sudan tetapi belum pernah mereka membangkitkan masalah penindasan terhadap orang Islam di Thailand.

Ada dua tindakan yang perlu diambil. Pertama OIC mesti membincangkan dan mengambil tindakan diplomatic membela umat Islam di Pattani seperti Kesatuan Eropah dan Nato melihat isu Darfur di Sudan.

Kedua kerajaan Malaysia wajar melantik Tun Dr. Mahathir yang mempunyai hubungan baik dengan Thaksin dan pemimpin-pemimpin Thailand sebelum ini untuk menjadi orang tengah menyelesaikan isu itu secara rundingan. Datuk Seri Najib tidak mampu menangani isu ini. Yang dia tahu hanya sekat orang Thailand diri dating ke sini.

Dr. Mahathir telah membantu Filipina mengadakan rundingan dengan MILF, maka kedua pihak sekarang ada kemajuan. Maka tiada sebab Dr. Mahathir tidak boleh yakinkan Thaksin.

Pada masa ini adalah lebih baik beliau memerhatikan isu ini dari memberi nasihat kepada Petronas dan Proton. Menyelamatkan nyawa imam-imam dan guru-guru agama di Selatan Thailand lebih penting dari menasihatkan Petronas yang sebelum ini pun sudah untung berbilion ringgit.

SeTAPAK
14/09/05